Berita

“Ada Budak Memanggilnya…,” Ibu Dedah Anak Tak Dapat Tidur Malam Sebelum Hilang Dalam Hutan
“Ada Budak Memanggilnya…,” Ibu Dedah Anak Tak Dapat Tidur Malam Sebelum Hilang Dalam Hutan Remaja lelaki yang dilaporkan hilang di hutan belakang rumahnya di Kampung Temalir, didakwa sudah lima hari tidak tidur sebelum hilang pada Selasa lalu. Menurut laporan Sinar Harian, remaja bernama Norhisham Saifudin 18 tahun hilang selepas dia bertindak berlari ke kawasan hutan […]

Rambut Tersangkut Dalam Mesin, Lelaki Parah Kulit Kepala Dan Telinga Tersiat
Rambut Tersangkut Dalam Mesin, Lelaki Parah Kulit Kepala Dan Telinga Tersiat Seorang lelaki dilaporkan tersangkut pada mesin di tempat kerjanya sehingga menyebabkan kulit kepala dan telinga tersiat dari kepalanya, lapor Mirror UK. Lelaki yang tidak didedahkan namanya itu bekerja di sebuah syarikat perindustrian dan berkunjung ke salah satu tapak syarikat di bandar Scunthorpe, England. Bagaimanapun, […]

KKD Dan Telco Bincang Penurunan Harga Perkhidmatan
KKD dan Telco bincang penurunan harga perkhidmatan KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat telco bagi menurunkan harga perkhidmatan telekomunikasi di negara ini. Menterinya Fahmi Fadzil berkata beliau telah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) serta syarikat telco melakukan kajian bagi memenuhi aspirasi rakyat yang inginkan perkhidmatan telekomunikasi […]

31 Maut Minum Arak Beracun Di India
31 Maut Minum Arak Beracun Di India Berpuluh-puluh orang telah meninggal dunia manakala beberapa yang lain dimasukkan ke hospital di India gara-gara meminum air beralkohol yang beracun, lapor Daily Mail. Kematian direkodkan berlaku di dua kampung di negeri timur Bihar, di mana penjualan dan pengambilan minuman keras adalah dilarang. Larangan sedemikian berkuat kuasa di beberapa […]

Basmi Kemiskinan Tegar Antara Tumpuan Kini Rafizi, Akan ‘Update’ Pelaksanaan Setiap Minggu
Basmi Kemiskinan Antara Tumpuan Rafizi Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata beliau akan memberikan tumpuan dalam mempercepat dan menambah baik program kerajaan bagi membasmi kemiskinan tegar yang membelenggu rakyat di seluruh negara. Beliau berkata demikian dalam satu hantaran di laman Facebook rasminya, memberi kemas kini mingguan mengenai fungsi dan pelaksanaan perkara selepas 10 hari menerajui Kementerian […]

Parlimen New Zealand Luluskan RUU Haramkan Rokok, Bakal Berkuat Kuasa 2023
Parlimen New Zealand Luluskan RUU Haramkan Rokok, Bakal Berkuat Kuasa 2023 New Zealand bakal melaksanakan undang-undang mengharamkan pembelian rokok pada masa depan dan melarang individu berumur 14 tahun ke bawah daripada membeli rokok berkuat kuasa 2023, lapor BBC Undang-undang baru yang diluluskan oleh parlimen pada Selasa, 13 Disember lepas bakal menjadikan New Zealand negara pertama […]

Anthony Loke Turun TBS, Bincang ‘Upgrade’ Operasi & Kekerapan Komuter
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke sekali lagi membuat tinjauan bagi melihat situasi sebenar perkhidmatan Keretapi Tanah Melayu Bhd (KTMB) Komuter dan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) selepas membaca maklum balas di media sosial. Menerusi laman Facebook, Loke memaklumkan beliau membuat tinjauan di TBS bersama dua pembantunya pada petang tadi yang umumnya merupakan waktu puncak buat rakyat Malaysia […]

Padah Baling Air Kencing Ke Rumah Jiran, Lelaki Didenda RM3,100
Padah Baling Air Kencing Ke Rumah Jiran, Lelaki Didenda RM3,100 Mahkamah Majistret Melaka hari ini menjatuhkan hukuman denda RM 3,100 ke atas seorang lelaki yang mengaku bersalah membaling bungkusan mengandungi air kencing dan bekas minyak hitam ke rumah jirannya, lapor Sinar Harian Majistret Sharda Shienha Mohd membuat keputusan tersebut selepas tertuduh yang berusia 41 tahun […]

KPM Tumpu Tujuh Fokus Utama, Teruskan Dasar Sedia Ada- Fadhlina
PUTRAJAYA, 15 Dis (Bernama) — Kementerian Pendidikan (KPM) akan memberi tumpuan kepada tujuh teras utama dengan memastikan pelbagai inisiatif yang disediakan akan dikekalkan serta ditambah baik mengikut keperluan. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata tujuh teras utama itu termasuk memberi perhatian terhadap isu kemiskinan multidimensi murid daripada keluarga B40 termasuk dari aspek malnutrisi, peranti dan ruang pembelajaran. […]

Ketepikan Perbezaan Politik Dan Harus ‘Buta Warna’ Dalam Menangani Banjir – Ahmad Zahid
Ketepikan perbezaan politik dan harus ‘buta warna’ dalam soal menangani banjir – Ahmad Zahid Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata pada hari ini bahawa pemimpin harus ketepikan perbezaan politik dan harus ‘buta warna’ dalam soal menangani banjir di setiap negeri. Apa yang dimaksudkan oleh beliau ialah, pemimpin dari mana-mana komponen politik […]

Pasar Raya, Kedai Runcit Di Lima Negeri Berdepan Kekurangan Bekalan Telur Ayam
Pasar raya, kedai runcit di lima negeri berdepan kekurangan bekalan telur ayam KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) — Bekalan telur ayam di pasar raya dan kedai runcit di lima negeri iaitu Perak, Pulau Pinang, Kelantan, Selangor dan Melaka dilihat semakin meruncing berikutan banyak pihak, termasuk pengguna dan peniaga mengakui berdepan kesukaran mendapatkan bekalan itu ketika ini. Di PERAK, tinjauan […]

Sabri Redah Banjir Guna Motosikal Ubah Suai Bantu Penduduk Kampung
PASIR MAS, 15 Dis (Bernama) — Kreativiti seorang pemuda dari Kampung Tersang, Rantau Panjang di sini, yang mengubahsuai motosikalnya bagi memastikan kenderaan itu dapat meredah banjir secara tidak langsung telah membantu ramai penduduk kampung berkenaan. Sabri Sulaiman, 21, berkata pada mulanya ubah suai itu dibuat bagi membolehkan dia memantau lembu ternakannya yang diletakkan di tempat tinggi berikutan kampungnya digenangi air. “Saya pelihara […]

Rusuhan Selepas Perlawanan Perancis-Morocco, Budak Maut Dirempuh Kereta
Seorang budak lelaki terbunuh dalam rusuhan yang tercetus selepas tamat perlawanan separuh akhir Piala dunia antara Perancis dan Morocco malam tadi, lapor Metro UK. Insiden yang berlaku di bandar selatan Montpellier itu melibatkan seorang kanak-kanak yang dilanggar oleh sebuah kereta dalam pertempuran tersebut. Disebabkan itu, kanak-kanak tersebut disahkan meninggal dunia sejurus selepas tiba di hospital. […]

Air Pasang Besar Diramal Badai Klang 23 Disember Ini, Ketinggian Air Dijangka Cecah 5.1 Meter
Air Pasang Besar Diramal Badai Klang 23 Disember Ini, Ketinggian Air Dijangka Cecah 5.1 Meter Fenomena air pasang besar yang dijangka bermula 23 hingga 26 Disember ini berkemungkinan membawa kepada bencana banjir akan berlaku di sekitar Klang, lapor Sinar Harian. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JBPD) Klang dalam satu kenyataan menggesa supaya penduduk di sekitar daerah […]

Lazada Bekerjasama Dengan Resorts World Genting Sebagai Rakan eDagang Teras, Bawakan Pengalaman Percutian Mengujakan
Genting Highlands, 13 Disember 2022 – Lazada Malaysia dan Resorts World Genting (RWG) telah menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) di Crockfords Hotel, Resorts World Genting demi memeterai kerjasama jangka panjang sebagai ‘Rakan eDagang Teras’. Kolaborasi tersebut merupakan usaha strategik bersama bagi membawakan pengalaman percutian, hiburan dan membeli-belah yang mengujakan di destinasi yang unik seperti Genting Highland […]

Larangan Alkohol Antara Faktor, Polis Puji Sikap “Fans” UK Di Qatar, “First Time” Tak Kena Tangkap
Larangan Alkohol Antara Faktor, Polis Puji Sikap “Fans” UK Di Qatar, “First Time” Tak Kena Tangkap Penyokong bola sepak daripada United Kingdom dipuji selepas polis mengesahkan tiada seorang pun warga negara Britain ditahan pada edisi Piala Dunia kali ini, lapor Sport Bible. Penyokong dari England dan Wales dipuji kerana telah menunjukkan ‘teladan’ di Qatar, di […]

eslite spectrum Kuala Lumpur Akan Dibuka Pada 17 Disember 2022
Kedai akan beroperasi sehingga 1 pagi sempena sambutan pembukaannya. Tarikan pembukaan kedai termasuk penampilan ribuan produk buatan Taiwan, kopi gourmet bertaraf dunia, serta lebih daripada 30 acara seminar pengarang dan persembahan muzik eslite spectrum Kuala Lumpur, cawangan pertama eslite di Asia Tenggara telah ditampilkan hari ini (15 Disember 2022) semasa sidang pratonton media. Selain kedai bukunya […]

Harga Minyak Merosot Ekoran Kebimbangan Ke Atas Permintaan
Harga Minyak Merosot Ekoran Kebimbangan Ke Atas Permintaan ANKARA, 15 Dis (Bernama) — Harga minyak turun pada Khamis berikutan kebimbangan ke atas permintaan berikutan kenaikan kadar oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat selain pengukuhan dolar. Penanda aras antarabangsa minyak mentah Brent didagangkan pada AS$82.16 setong pada 09.24 pagi waktu tempatan (0624GMT), penurunan 0.65 peratus daripada harga penutupan Rabu […]

Surat Tawaran Haji, Rayuan & Kriteria Kesihatan Akan Diumumkan Nanti – TH
Lembaga Tabung Haji (TH) akan mengumumkan tarikh pengeluaran surat tawaran haji kepada bakal jemaah haji terpilih bagi musim haji 1444H/2023M menerusi semua platform rasmi milik TH kelak. Menurut Pengarah Eksekutif Tabung Haji (TH), Dato’ Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman, pada tarikh pengeluaran surat tawaran haji diumumkan, bakal haji Malaysia boleh melayari pautan www.thijari.com.my atau […]

Oldtown White Coffee Raikan Warisan Dengan Penawaran Baharu
Menghormati warisan dengan penampilan segar dan pengenalan perisa terbaharu KUALA LUMPUR, 15 DISEMBER 2022 – Jenama kopi putih tempatan kegemaran rakyat Malaysia, OLDTOWN, meraikan warisan dengan penampilan logo dan reka bentuk pek yang baharu. Setiap pek OLDTOWN White Coffee kini menampilkan ilustrasi terkini yang menggambarkan Bandaraya Ipoh zaman dahulu. Logo ini bertujuan untuk memperingati tempat […]