Berita

Mana Ada Saya Pergi Qatar Tengok World Cup – Tengku Zafrul
Mana Ada Saya Pergi Qatar Tengok World Cup – Tg Zafrul Ketidakhadiran Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan semalam telah mencetuskan pelbagai ‘cerita sensasi’ dalam kalangan rakyat. Tidak cukup dengan itu, turut timbul juga dakwaan dan desas-desus yang mendakwa bahawa beliau berada di Qatar […]

Abang Muhyiddin, Abdul Aziz Meninggal Dunia
JOHOR BAHRU, 6 Dis (Bernama) — Bekas Ahli Parlimen Muar Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yassin yang juga abang kepada bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, meninggal dunia hari ini pada usia 90 tahun. Perkara berkenaan disahkan menerusi satu hantaran dalam Facebook Ahli Parlimen Pagoh itu. Menerusi hantaran itu, Muhyiddin turut melahirkan rasa dukacita atas pemergian […]

Sidang Pembentangan Belanjawan Ghana ‘Pecah’, Ahli Parlimen Sindir Naib Presiden Guna Maguire
Sidang Pembentangan Belanjawan Ghana ‘Pecah’, Ahli Parlimen Sindir Naib Presiden Guna Maguire Seorang ahli parlimen Ghana nekad menjadikan pemain pertahanan Manchester United sebagai rujukan dan menyamakannya dengan Naib Presiden negara tersebut dalam satu perdebatan di dewan parlimen baru-baru ini. Isaac Adongo menggunakan Harry Maguire untuk menyindir Naib Presiden Ghana ketika perdebatan yang membabitkan belanjawan 2023. […]

3 Maut, 4 Cedera Dalam Letupan Bom Terbaru Di Landasan Kereta Api Di Sadao
SONGKHLA, 6 Dis (Bernama) — Tiga pekerja State Railway of Thailand (SRT) maut manakala empat lagi cedera apabila sebutir bom meletup pagi ini berhampiran dengan tempat kejadian landasan kereta api dibom pada Sabtu lepas di Sadao, Songkhla. Timbalan Komander Tentera Bahagian Keempat Mej Jen Paisan Nusang mengesahkan tiga pekerja SRT meninggal dunia di tempat kejadian […]

Dua Bekas Pegawai Kanan Pos Malaysia Didakwa Terima Rasuah
SHAH ALAM, 6 Dis (Bernama) — Dua bekas pegawai kanan Pos Malaysia Bhd masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM26,000 bagi membantu mempercepatkan bayaran kepada sebuah syarikat, dua tahun lepas. Bekas Ketua Pengurusan Kontrak dan Armada dan bekas Penolong Pengurus Operasi membuat pengakuan tersebut […]

2,500 Bangkai Anjing Laut Ditemui Tepi Pantai Di Rusia, Punca Belum Diketahui
Sekurang-kurangnya 2,500 bangkai anjing laut ditemui di persisiran pantai Laut Kaspia di selatan Rusia pada Ahad baru-baru ini yang dikatakan mati akibat faktor semula jadi, lapor Daily Mail. Ketua Pusat Perlindungan Alam Sekitar Caspian, Zaur Gapizov berkata anjing laut itu berkemungkinan mati beberapa minggu lalu dan tidak ada tanda-tanda ia terbunuh atau terperangkap dalam jaring […]

Gempa Bumi Berkekuatan 5.9 Magnitud Badai Selatan Jawa Sebentar Tadi
Gempa Bumi Berkekuatan 5.9 Magnitud Badai Selatan Jawa Sebentar Tadi Satu kejadian gempa bumi dilapor membadai Selatan Jawa, Indonesia sebentar tadi pada pukul 2.07 petang. Menurut MET Malaysia, gempa bumi berkenaan berlaku pada tahap sederhana iaitu 5.3 magnitud. Pusat gempa bumi di 10.7° Selatan dan 113.4° Timur dengan kedalaman 10 km. 296km Barat Daya dari […]

Teleskop Radio Terbesar Dunia, SKA Dijangka Siap 2028
The Square Kilometre Array atau singkatannya SKA dijangka akan menjadi teleskop radio terbesar di dunia setelah pembinaanya dijangka siap pada 2028, lapor BBC. Difahamkan, pembinaan SKA telah dimulakan pada Isnin sekali gus menjadikan ia sebagai salah satu projek saintifik terbesar pada abad ke-21.K Kawasannya merentasi Afrika Selatan dan Australia dengan ibu pejabat di United Kingdom […]

Ketua Balai Polis Didenda RM6,500 Lepaskan Pemilik Premis Langgar SOP PKP
Ketua Balai Polis didenda RM6,500 lepaskan pemilik premis langgar SOP PKP MELAKA, 6 Dis (Bernama) — Gara-gara menerima suapan daripada pemilik sebuah pusat hiburan yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), seorang bekas ketua balai polis berpangkat subinspektor didenda RM6,500 oleh Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini. Hakim Elesabet Paya Wan […]

“…Bukan Soal Formula,” Rafizi Tekankan Kerajaan Perlu Masa Untuk Kaji Sebelum Turunkan Harga Minyak
“…Bukan Soal Formula,” Rafizi Tekankan Kerajaan Perlu Masa Untuk Kaji Sebelum Turunkan Harga Minyak Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menyatakan bahawa walaupun harga minyak mentah dunia semasa kini menunjukkan trend penurunan, kerajaan pada masa ini memerlukan lebih banyak masa untuk memutuskan sama ada harga runcit bahan api akan di kurangkan. Kerajaan ketika ini perlu melihat pelbagai […]

Jepun Kemas “Locker Room”, Tinggalkan Origami & Ucapan Terima Kasih Pada Penganjur
Jepun Kemas “Locker Room”, Tinggalkan Origami & Ucapan Terima Kasih Pada Penganjur Pasukan Jepun mengakhiri perjalanan mereka di peringkat 16 terbaik dalam saingan Piala Dunia Qatar selepas terikat 1-1 kepada Croatia sebelum tewas dalam penentuan sepakan penalti di Stadium Al Janoub, Isnin lalu. Berdasarkan laporan Sinar Harian, pasukan Jepun sebelum ini telah menunjukkan prestasi terbaik […]

Tengku Zafrul, YDPA Hadir Majlis Kerjasama Perdagangan Petronas-UAE Di Abu Dhabi Semalam
Tengku Zafrul, YDPA Hadir Majlis Kerjasama Perdagangan Petronas-UAE Di Abu Dhabi Semalam Teka-teki tidak hadir ke mesyuarat Kabinet akhirnya terjawab apabila Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Tengku Zafrul Abdul Aziz mendedahkan beliau sebenarnya menghadiri majlis kerjasama perdagangan Petronas dan Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) di Abu Dhabi semalam. Maklum beliau dalam satu kenyataan, hubungan […]

Wanita Orang Asli Maut Dipercayai Dipijak Gajah
Wanita orang asli maut dipercayai dipijak gajah KUANTAN, 6 Dis (Bernama) — Seorang wanita Orang Asli maut akibat cedera parah dipercayai kerana dipijak gajah di Kampung Simoi Baru, Pos Betau di Kuala Lipis, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Lipis Supt Azli Mohd Noor berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian pada 4.40 pagi dan mangsa Wak Angkat Yok […]

Sidang Media MOT Hanya Isu Pengangkutan, Hal Politik Tanya Di Luar – Anthony Loke
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook menegaskan beliau tidak akan menjawab sebarang pertanyaan berkaitan politik jika disoal pemberita semasa sidang media Kementerian Pengangkutan. Malah menurutnya, segala perkara berkaitan politik tidak akan disentuh dalam bangunan kementerian berkenaan, sebaliknya akan diulas dan dijawab di pejabat parti atau di luar. “Pendekatan saya, kalau saya berada dalam bangunan Kementerian […]

Saya Tidak Akan Ambil Gaji Perdana Menteri Dan Juga Menteri Kewangan – PM
Saya Tidak Akan Ambil Gaji Perdana Menteri Dan Juga Menteri Kewangan – PM Datuk Seri Anwar Ibrahim pada hari ini menegaskan bahawa beliau tidak akan mengambil gaji sebagai Perdana Menteri termasuk juga gaji sebagai Menteri Kewangan. Menurut Astro Awani, beliau berkata terdapat dakwaan yang mengatakan bahawa beliau hanya mengambil gaji sebagai Menteri Kewangan adalah tidak […]

Takiyuddin Jangan Gopoh, Saya Di MOF, Fail Ada Dengan Saya – Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan Setiausaha Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Datuk Seri Takiyuddin Hassan supaya jangan bersifat gopoh mengenai dakwaan peruntukan dana melibatkan syarikat perjudian. Anwar berkata demikian bagi menjawab soalan pemberita mengenai Takiyuddin yang menuntut dirinya mengemukakan bukti selepas membayangkan Perikatan Nasional (PN) didakwa menerima dana daripada syarikat perjudian semasa Pilihan Raya […]

Wanita Terkejut Temui Cacing Dalam Jejari Ikan, Terus Hilang Selera Makan
Wanita Terkejut Temui Cacing Dalam Jejari Ikan, Terus Hilang Selera Makan Seorang ibu terkejut, sebaik menjumpai seekor cacing di dalam jejari ikan yang dihidangkan kepada anak perempuannya yang berusia dua tahun, lapor Daily Star. Rona Lovell, 28, mendakwa jejari ikan tersebut dibeli di sebuah pasar raya di Skelton, North Yorkshire. Ketika memotong salah satu daripadanya, […]

Muhyiddin Jangan Cabar, Saya Nak Tumpu Uruskan Negara – PM Anwar
Muhyiddin jangan cabar, saya nak tumpu uruskan Negara – PM Anwar PUTRAJAYA, 6 Dis (Bernama) — Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin supaya tidak mencabar kerajaan berhubung isu dana RM600 bilion yang didakwa diseleweng kerajaan di bawah pentadbiran Pengerusi Perikatan Nasional (PN) itu sebelum ini. Perdana Menteri menegaskan bahawa berdasarkan maklumat diperolehnya, […]

Bomba Selamatkan Kanak-Kanak Tiga Tahun Terperangkap Dalam Kereta
Bomba selamatkan kanak-kanak 3 tahun terperangkap dalam kereta IPOH, 6 Dis (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun diselamatkan anggota bomba selepas terperangkap lebih 30 minit dalam sebuah kenderaan di Bercham Raya dekat sini hari ini. Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Tambun, pihak bomba bergegas ke lokasi kejadian setelah menerima panggilan kecemasan pada 8.10 […]

Ada Puluhan Bilion Ringgit Peruntukan Kerajaan Terdahulu Langgar Peraturan – PM
Ada Puluhan Bilion Ringgit Peruntukan Kerajaan Langgar Peraturan – PM Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa terdapat peruntukan berpuluh bilion Ringgit yang diberikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kepada rakyat didapati melanggar peraturan. Menurut sidang media yang disiarkan Astro Awani, Anwar menjelaskan bahawa peruntukan RM600 bilion yang diberikan kerajaan PN kepada rakyat, sejumlah […]