Berita

Gunung Berapi Aktif Terbesar Dunia, Mauna Loa Dilapor Meletus Buat Pertama Kali Selepas 38 Tahun
Gunung Berapi Aktif Terbesar Dunia, Mauna Loa Dilapor Meletus Buat Pertama Kali Selepas 38 Tahun HONOLULU — Gunung berapi terbesar di dunia, Mauna Loa di Hawaii dilaporkan meletus buat pertama kali sejak tahun 1984, lapor CNN News. Menurut Balai Cerap, letusan gunung berapi itu dilaporkan berlaku sekitar jam 11.30 malam waktu tempatan semalam di Moku’āweoweo, […]

Tiada Lagi Kelulusan Perolehan Tanpa Tender – PM Anwar
PUTRAJAYA, 29 Nov (Bernama) — Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan proses tata kelola kerajaan pimpinannya tidak boleh lagi berlaku kelulusan perolehan tanpa tender. Pada majlis perjumpaan Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri (JPM) di sini hari ini, Anwar berkata kerajaan pimpinannya tidak lagi boleh mengizinkan kebocoran, ketirisan dan rasuah terus berleluasa. “Soal […]

PLUS Tutup Sementara Laluan Hala Ke Selatan Antara Ipoh Utara-Ipoh Selatan Esok
PLUS Tutup Sementara Laluan Hala Ke Selatan Antara Ipoh Utara-Ipoh Selatan Esok PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa pihaknya akan menutup sementara laluan Ipoh Utara dan Ipoh Selatan (Arah Selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan pada 30 November (esok) pada jam 10 pagi hingga 2.30 petang. Pengguna lebuhraya itu dinasihatkan untuk merancang perjalanan mereka […]

Jika Apple & Google Buang Aplikasi Twitter Dari “App & Play Store”, Elon Musk ‘Ugut’ Mahu Buat Telefon Sendiri
Jika Apple & Google Buang Aplikasi Twitter Dari “App & Play Store”, Elon Musk ‘Ugut’ Mahu Buat Telefon Sendiri CEO Twitter, Tesla, SpaceX dan beberapa lagi syarikat, Elon Musk dalam satu balasan ciapan baru-baru ini memberi bayangan bahawa pihaknya bersedia membangunkan telefon pintar sendiri sebagai pesaing kepada gergasi telefon pintar dunia, Apple dan juga Google. […]

Sebab Terlalu Tua, “Influencer” Berusia 30 Tahun & Ke Atas Wajar Jauhi TikTok?
Pempengaruh media sosial yang sudah berusia lebih dari 30 tahun diminta untuk tidak menggunakan TikTok disebabkan mereka sudah terlalu tua untuk platform tersebut. Begitulah satu pendapat yang dikeluarkan oleh pentadbir akaun tiktok InstagramCeleb Spellcheck apabila melalukan satu sesi soal jawab bersama pengikutnya. Ketika ditanyakan mengenai siapakah selebriti Australia yang pelik dan sering menimbulkan rasa geli […]

Terpaksa Potong Kaki Lepas Disengat Kala Jengking
Seorang lelaki di Britain bertindak melancarkan laman ‘Just Giving’ untuk mengumpul dana bagi pihak bapanya yang ditahan di hospital di Thailand selepas disengat kala jengking. Mangsa Alan Stephenson, 73 tahun yang berasal dari Bilton, Warwickshire disengat kala jengking semasa menjelajah Thailand awal bulan ini. Difahamkan, dia hanya merasakan kesakitan yang tajam tetapi tidak sempat melihat haiwan […]

Anak Jumpa Mayat Ibu Disumbat Dalam Peti Sejuk
Mayat seorang wanita ditemui disumbat ke dalam peti sejuk di belakang rumahnya sendiri dalam kejadian di wilayah Phitsanulok, utara Thailand pada Sabtu lepas. Mangsa, 58 tahun dianggarkan telah meninggal dunia sekurang-kurangnya tiga hari sebelum disumbat ke dalam peti yang tidak dihidupkan sehingga mengeluarkan bau busuk. Difahamkan mulut mangsa juga diikat menggunakan pita pelekat. Pegawai dari […]

Glazer Sedia Jual MU, Dubai Nyatakan Minat Nak Beli
Pemilik kelab Manchester United (MU), Glazer Family menyatakan kesanggupannya untuk menjual kelab Liga Perdana itu kepada pemilik baharu, lapor Sportbible baru-baru ini. Menurut Arabian Business, pelabur dari Dubai mungkin menjadi salah satu pihak yang berminat untuk membeli MU. Dalam kenyataan yang sama, pelabur Dubai tersebut menyatakan akan melabur sebanyak RM47.8 bilion (£8.8 bilion) untuk kelab […]

Bayi Baru Lahir Terbunuh Di Ukraine Dalam Serangan Rusia
Seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan terbunuh di hospital di Ukraine semasa serangan udara yang dilancarkan oleh Rusia pada Rabu, lapor CBS News. Menurut Perkhidmatan Kecemasan Negeri Ukraine, bayi tersebut yang baru berumur dua hari dilahirkan di sebuah hospital di Vilnyansk yang terletak di wilayah Zaporizhzhia, Ukraine. Bagaimanapun, serangan udara yang dilancarkan oleh Rusia menyasarkan […]

Lelaki Maut Ketika Panjat Pokok Kelapa
Seorang lelaki warga Thailand maut ketika cuba memanjat pokok kelapa di rumahnya di Samut Sakhon, Thailand pada Selasa, lapor Thaiger. Mangsa yang berusia 45 tahun dari wilayah Roi Et itu dikatakan mempunyai penyakit kronik menyebabkan dia terpaksa berada di rumah. Disebabkan itu, mangsa pernah meminta isterinya untuk berhenti bekerja dan duduk di rumah untuk menjaganya. […]

Kabinet Dibentuk Segera Selepas Ambil Pandangan Semua Parti Kerajaan – PM
PETALING JAYA, 28 Nov (Bernama) — Pembentukan Kabinet kerajaan perpaduan akan dibuat secepat mungkin selepas mengambil kira pandangan daripada semua parti dalam kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau berkata perkara itu harus diteliti memandangkan saiz Kabinet dalam kerajaan perpaduan akan dikecilkan. “Seperti mana saya sebut, tidak seperti biasa, kerajaan perpaduan ini melibatkan lapan parti. […]

Chong Wei Sambut Kehadiran Anak Lelaki Ketiga
Chong Wei Sambut Kehadiran Anak Lelaki Ketiga KUALA LUMPUR, 28 Nov (Bernama) — Kehidupan keluarga legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei bertambah ceria dengan kelahiran anak ketiganya bersama isteri Datin Wong Mew Choo, hari ini. Chong Wei, 40, menerusi laman Facebooknya, berkongsikan khabar gembira tersebut bersama peminat selain menamakan bayinya itu sebagai Anson. Chong […]

Terengganu Umum Bonus Penjawat Awam RM900
Terengganu Umum Bonus Penjawat Awam RM900 KUALA TERENGGANU, 28 Nov (Bernama) — Kerajaan Terengganu mengumumkan pemberian bonus sebanyak RM900 kepada kira-kira 14,000 penjawat awam di negeri ini. Menteri Besar Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata pembayaran yang akan dibuat pada Januari 2023 itu diharap dapat memberi suntikan semangat untuk penjawat awam negeri bekerja lebih gigih pada masa hadapan. […]

Ketepikan Ideologi, Sentimen Politik & Utamakan Pembangunan Pahang – Tengku Hassanal
Pemangku Raja Pahang menitahkan agar pembentukan Kerajaan Negeri Pahang antara BN dan PH mengetepikan ideologi serta sentimen politik. PEKAN, 28 Nov (Bernama) — Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini menitahkan agar Kerajaan Negeri Pahang yang baharu dibentuk antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) […]

Ferdinand Dakwa Beckham Mungkin Tubuh Konsortium Beli Manchester United
Bekas pertahanan Manchester United, Rio Ferdinand mendakwa legenda, David Beckham mungkin menubuhkan konsortium bagi membeli kelab itu, lapor Manchester Evening News. Ferdinand menerusi rancangan bual bicara FIVE berkata, ura-ura Beckham mahu membeli United tidak diragui jika melihat kepada kemampuan kewangan pemain legenda itu. “Dia (Beckham) akan tubuhkan konsortium. Saya ternampak dia malam semalam semasa perlawanan […]

Lawatan Khas: Sultan Brunei Berkenan Pandu Sendiri BMW Bawa Anwar Ke Seri Perdana
Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah berkenan memandu sendiri kereta jenis BMW bagi membawa Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menuju ke Seri Perdana, Putrajaya. Memetik laporan ringkas Bernama di Twitter sebentar tadi, baginda Sultan Hassanal Bolkiah memandu BMW berkenaan dari Pangkalan Tentera Udara Malaysia, Subang kira-kira pukul 11.45 pagi tadi. Difahamkan, baginda Sultan Hassanal Bolkiah […]

Penyokong Belgium Protes, Dipercayai Tak Puas Hati Kalah 0-2 Dengan Morocco
Sekumpulan orang awam dipercayai penyokong bola sepak Belgium membuat rusuhan di ibu negara, Brussels selepas negara itu tewas 0-2 kepada Morocco dalam saingan Piala Dunia malam tadi, lapor New York Times. Difahamkan laporan media tempatan memaklumkan perusuh bertindak mengamuk dengan membakar kereta dan skuter, selain turut membaling batu ke arah kenderaan di lokasi kejadian. Jurucakap […]

Remaja Lelaki Maut Kemalangan, Tercampak Dari Jambatan
SEREMBAN, 28 Nov (Bernama) — Seorang remaja lelaki maut selepas tercampak dari sebuah jambatan setelah motosikal yang ditunggangnya bertembung dengan sebuah kereta di Jalan Besar Nilai-Pajam, Nilai, dekat sini, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Nilai Supt Abdul Malik Hasim berkata dalam kejadian pada 1.57 pagi itu, mangsa berusia 18 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian […]

Keadaan Nad Zainal Semakin Baik, Kadar Kebergantungan Mesin Oksigen Berkurangan
Keadaan Nad Zainal Semakin Baik, Kadar Kebergantungan Mesin Oksigen Berkurangan “Alhamdulillah, segala puji bagi Allah atas ehsan dan rahmat-Nya keadaan Nad semakin baik berbanding semalam,” demikian kata-kata Pengarah Sharulezad Mohameddin memaklumkan mengenai keadaan Pelakon Nad Zainal yang menunjukkan peningkatan pada hari ini. Sharulezad Mohameddin atau lebih mesra dikenali sebagai Budak Ijat berkata disebabkan keadaan Nad […]

‘Tolak Kereta Mercedes, Guna Apa Saja Sedia Ada’ – Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan dirinya menolak untuk menggunakan kenderaan mewah sebagai pengangkutan utama untuknya bergerak atas urusan rasmi. Sebaliknya beliau berkata, dirinya hanya akan memilih untuk guna aset-aset kerajaan sedia ada seperti yang sudah disediakan sahaja. “Saya ingin memaklumkan bahawa semalam saya telah menolak untuk menggunakan sebuah kenderaan jenis Mercedes S600 yang […]