Berita

Luar Negara
Tragedi Bola Indonesia: Ketua Polis Malang Dipecat, 9 Anggota Elit Digantung Tugas
Ketua Polis Kota Malang, Indonesia dilaporkan telah dipecat dan sembilan pegawai polis elit telah digantung kerja berkait dengan insiden rempuhan yang berlaku di Stadium Kanjuruhan pada Sabtu lalu yang menyebabkan 125 nyawa terkorban dan 323 mangsa cedera. Menurut jurucakap Polis Negara, Dedy Prasetyo berkata, Ketua Polis Kota Malang telah dipecat pada Isnin manakala sembilan anggota […]
Berita
Suami Maut Dilanggar SUV, Balu ‘Rider’ Grab Tak Sangka Terima Bantuan Setiap Bulan
Balu Allahyarham Muhaimin Mohad Sain @ Mohd Said, 34, telah menerima beberapa bentuk bantuan daripada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) semalam. Nur Izwana Othman, 26 yang baru sahaja mendirikan rumah tangga bersama Allahyarham Muhaimin kurang sebulan lalu telah menerima bantuan Pencen Penakat di bawah Skim Keilatan serta Faedah Orang Tanggungan (FOT). Bantuan ini disalurkan susulan arwah […]
Berita
Polis Kenal Pasti Dua, Tiga Suspek Lagi Kes Culik Ejen Kosmetik
GEORGE TOWN, 4 Okt (Bernama) — Polis sedang mengenal pasti dua hingga tiga orang lagi yang dipercayai terlibat dalam penculikan ejen jualan produk kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim oleh sekumpulan lelaki di rumahnya di Tumpat, Kelantan pada 13 Sept lepas. Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata suspek yang dikenal pasti itu dipercayai warga […]
Berita
Tahu Masih Simpan Perasaan, Isteri Izin Suami Kahwini Bekas Kekasih, Ajak Tinggal Bersama
Tahu Masih Simpan Perasaan, Isteri Izin Suami Kahwini Bekas Kekasih, Ajak Tinggal Bersama Seorang wanita di India dilapor membenarkan suaminya mengahwini bekas teman wanitanya selepas mendapat tahu kedua-duanya masih menyimpan perasaan antara satu sama lain. Lebih mengejutkan, wanita berkenaan dilapor turut mengajak madunya itu untuk tinggal bersama. Menurut laporan Oddity Central, perkahwinan wanita berkenaan dengan […]
Berita
Kandungan Sumbang: Pelakon Zul Ariffin Didenda RM30,000
SEPANG, 4 Okt (Bernama) — Pelakon drama dan filem Zul Ariffin, didenda RM30,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah memuat naik kandungan video bersifat sumbang menggunakan aplikasi Instagram miliknya, pada 18 Mac lepas. Hakim Noorhisham Mohd Jaafar menjatuhkan hukuman itu terhadap Zul Ariffin atau sebenarnya Zulkifli Ariffin, 36, yang didakwa membuat penghantaran […]
Berita
PAC Syor MySejahtera Dimiliki Sepenuhnya Kerajaan
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) — Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan supaya kerajaan memastikan pemilikan penuh dalam aplikasi MySejahtera bagi menjamin keselamatan data peribadi pengguna dalam aplikasi itu serta data berkenaan tidak disalah guna mana-mana pihak. Pengerusi PAC Wong Kah Woh dalam kenyataan hari ini berkata kerajaan juga perlu menyemak semula kewajaran pemberian kontrak aplikasi […]
Berita
Syarikat Penerbangan Domestik Setuju Tambah Frekuensi Penerbangan
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) — Syarikat-syarikat penerbangan domestik bersetuju menambah frekuensi penerbangan dari semasa ke semasa bergantung kepada permintaan sebagai langkah menangani masalah harga tiket yang tinggi. Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Henry Sum Agong berkata hal ini susulan perbincangan dengan Kementerian Pengangkutan, Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) dan syarikat-syarikat penerbangan domestik bagi memastikan harga tiket penerbangan yang […]
Berita
Subsidi Penginapan Pelajar Antara Cadangan Dalam Bajet 2023
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) — Subsidi keperluan asas dan penginapan pelajar adalah antara insentif diharap dapat diberi penekanan dalam Bajet 2023, yang akan dibentangkan pada 7 Okt ini. Bekas Penolong Bendahari Kesatuan Pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Aidi Zuhaili Zuhaimi berkata kerajaan perlu menyediakan bajet pembangunan membina kemudahan kediaman yang mencukupi di Universiti […]
Berita
Lebih RM1.53 Bilion Dibelanjakan Bantu Pesawah – Ronald
KUALA LUMPUR, 4 Okt (Bernama) — Kerajaan membelanjakan lebih RM1.53 bilion untuk membantu pesawah di seluruh negara termasuk bantuan subsidi input dan output, kata Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Seri Dr Ronald Kiandee. Beliau berkata subsidi input pertanian meliputi Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan; Skim Insentif Pengeluaran Padi; Skim Baja dan Racun Padi Bukit […]
Berita
Malaysia Tidak Menuju Ke Arah Sebarang Krisis Ekonomi Atau Kewangan – Tengku Zafrul
Malaysia Tidak Menuju Ke Arah Sebarang Krisis Ekonomi Atau Kewangan – Tengku Zafrul Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz menjelaskan bahawa Malaysia tidak akan berhadapan atau menuju ke arah sebarang masalah krisis ekonomi mahupun kewangan, lapor Astro Awani. Beliau menjelaskan bahawa negara tidak akan mengalami krisis seperti mana yang berlaku pada tahun-tahun […]
Bisnes
Takut Rugi Besar, “Scalpers” Didakwa Terpaksa Lelong Iphone 14, Jual RM 653 Lagi Murah Dari Pasaran
Scalper iPhone 14 di China didakwa sedang bergelut untuk mendapatkan semula modal pelaburan mereka apabila terpaksa menjual peranti tersebut dengan harga yang lebih rendah daripada harga jualan di kedai-kedai pengedar rasmi jenama tersebut. Difahamkan, gambar scalper duduk di pinggir jalan bersama timbunan iPhone 14 di depan mereka telah tersebar meluas dia pelusuk China. Ini adalah […]
Luar Negara
Korea Utara Lancar Peluru Berpandu, Dipercayai Terbang Melintasi Jepun & Jatuh Di Lautan Pasifik
Korea Utara Lancar Peluru Berpandu, Dipercayai Terbang Melintasi Jepun & Jatuh Di Lautan Pasifik Korea Utara dipercayai telah melancarkan peluru berpandu yang tidak dikenal pasti, lapor ketenteraan Korea Selatan semalam. Memetik AFP, peluru berpandu tersebut disyaki rentetan daripada sebahagian ujian senjata Korea Selatan yang semakin menggandakan latihan ketenteraan dengan Amerika Syarikat. “Korea Utara melancarkan peluru […]
Hiburan
Terdengar Bisikan Misteri, Ustaz Nazrey Johani Tinggalkan Raihan Demi Berdakwah Di Sabah
Pada tahun 2006, kita menyaksikan penyanyi utama Raihan, Ustaz Nazrey Johani tidak lagi menjadi sebahagian daripada kumpulan nasyid tersebut. Keputusannya telah menggemparkan dunia muzik tempatan, sekali gus merupakan satu kehilangan besar dalam industri nasyid di Malaysia. Sebelum ini, Siakap Keli ada melaporkan punca penyanyi utama tersebut meninggalkan Raihan. Berdasarkan keratan laporan terdahulu, Ustaz Nazrey Johani […]
Berita
Warga Asing Maut Bergaduh Di Pusat Hiburan
KUALA LUMPUR, 3 Okt (Bernama) — Seorang lelaki warga asing terbunuh dipercayai selepas terlibat dalam satu pergaduhan membabitkan tujuh lagi warga asing termasuk dua wanita, di sebuah pusat hiburan di Jalan Tun Razak, di sini, hari ini. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata pihaknya menerima maklumat pada 5.35 pagi tadi mengenai tiga lelaki […]
Berita
Nombor Telefon Peribadi PM UK Dijual Dalam Talian – Laporan
LONDON, 3 Okt (Bernama) — Nombor telefon bimbit peribadi Perdana Menteri Britain Liz Truss dan ahli politik lain dilaporkan dijual menerusi laman sesawang, lapor media tempatan pada Ahad. Sebuah laman sesawang yang berpangkalan di Amerika Syarikat (AS), mengenakan bayaran £6.49 (US$7.2) untuk akses selama seminggu, ke pangkalan data nombor telefon hasil pelanggaran data dan serangan siber […]
Kanak-Kanak Tiga Tahun Maut Dipercayai Didera Rakan Bapa, Pembantu Rumah
JOHOR BAHRU, 3 Okt (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun sembilan bulan maut dipercayai didera rakan bapa dan pembantu rumah warga asing dalam kejadian di sebuah rumah di Jalan Ria 2, Taman Skudai, semalam. Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat, berkata kejadian berlaku di rumah rakan lelaki bapa mangsa berusia 28 tahun, manakala […]
Berita
Nelayan Hilang 14 Jam Ditemukan Selamat Berpaut Pada Tong Plastik
MERSING, 3 Okt (Bernama) — Seorang kru bot nelayan tempatan selamat ditemukan dalam keadaan sedang berpaut pada tong minyak plastik berwarna biru, kira-kira 14 jam selepas dilaporkan hilang. Pengarah Zon Maritim Mersing Komander Maritim Khairul Nizam Misran berkata warga Indonesia yang dikenali sebagai Catur, 40, itu ditemukan oleh bot Perikanan PL 87, yang turut serta […]
Berita
“Kalau Comel Ikut Ayoh…” Ustaz Azhar Idrus Timang Cahaya Mata Ke-12
Sering berkongsi ilmu pada orang ramai dengan gaya bersahaja, pendakwah bebas ternama di Malaysia Ustaz Azhar Idrus (UAI) mengejutkan orang ramai dengan berita kelahiran anaknya yang ke-12. Baru-baru ini, hantaran Facebook SALAM Specialist Hospital Kuala Terengganu mencuri perhatian orang ramai ekoran perkongsian itu melibatkan pendakwah kesayangan orang awam tersebut. Hantaran itu merupakan perkara yang tidak […]
Berita
Permohonan Najib Untuk Hadir Sidang Parlimen Ditolak
Jabatan Penjara Malaysia (JPM) dilapor menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak untuk menghadiri sidang Dewan Rakyat yang diadakan di Parlimen, lapor Awani. Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah memaklumkan perkara tersebut pada Isnin, selepas prosiding perbicaraan penyelewengan dana RM2.3 bilion 1Malaysia Development Berhad (1MDB). Sebelum ini pada 19 September lalu, permohonan […]
Polis Rampas Lebih 200 Kg Daun Ketum
JOHOR BAHRU, 3 Okt (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki dan merampas 201 kilogram (kg) daun ketum dalam dua serbuan di sekitar bandar raya, hari ini. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata pihaknya telah menjalankan satu serbuan dan menahan lelaki berusia 19 tahun itu di Kampung Melayu Majidee kira-kira 12.30 tengah […]