Berita

Bank Negara Umum Naikkan OPR 25 Mata Kepada 2.25 Peratus
Bank Negara Malaysia (BNM) sebentar tadi mengumumkan bahawa pihaknya bersetuju untuk meningkatkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2.25 peratus. Keputusan itu dibuat menerusi mesyuarat bersama Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) hari ini, 6 Julai 2022. Dalam pada itu, BNM juga telah meningkatkan kadar tertinggi dan juga terendah koridor bagi OPR masing-masing kepada […]

Dilepas Tanpa Dibebaskan Oleh Mahkamah, Yasin Terlepas Hukuman Gantung
Dilepas Tanpa Dibebaskan Oleh Mahkamah, Yasin Terlepas Hukuman Gantung Mahkamah Majistret melepas tanpa membebaskan seorang komposer dan juga penyanyi nasyid, Muhammad Yasin Sulaiman daripada tuduhan mengedar dadah beberbahaya jenis ganja hari ini, Rabu, 6 Julai 2022, lapor Sinar Harian. Ia sekaligus menyaksikan dia terlepas hukuman gantung. Menurut Yasin, hal tersebut merupakan satu perkembangan yang positif […]

Arwah Isteri Luah Hasrat Namakan Bayi Muhammad Aidan
BALING, 6 Julai (Bernama) — Walaupun belum diketahui jantina bayi mereka, mangsa banjir Nurul Anis Abu Hassan, 23, pernah menyatakan hasrat menamakan bayinya dengan panggilan Muhammad Aidan. Suaminya Muhammad Khairul Asyraf Nor Azman, 24, berkata nama yang dipilih isterinya mempunyai makna yang baik iaitu anak lelaki yang penuh bersemangat, berakhlak mulia dan cergas. “Kami berkahwin pada […]

Jangkitan Dikesan Di Pusat Karaoke, 25 Juta Penduduk Shanghai Terpaksa Jalani Ujian Covid Besar-besaran
Penduduk Shanghai di China terpaksa jalani dua pusingan ujian Covid-19 secara besar-besaran selepas jangkitan virus dikesan dipercayai merebak di sebuah pusat karaoke, lapor TRTWorld. Menurut laporan, sebanyak 25 juta penduduk di wilayah itu perlu turun padang menjalani ujian Covid-19 masing-masing dalam tempoh tiga hari bermula Selasa hingga Khamis bagi setiap daerah sehingga akhir Julai ini. […]

Isteri Kecewa, ‘Tangkap’ Suami Curang Di Rumah Mentua Sendiri
Isteri Kecewa, ‘Tangkap’ Suami Curang Di Rumah Mentua, Ayah Mentuanya Pula Leka Menonton TV Tular video isteri kecewa apabila mengetahui suaminya berlaku curang bersama wanita lain di dalam bilik rumah mentuanya sendiri. Menerusi video yang tular di laman Instagram, wanita tersebut dipercayai merakam tindakannya menyerbu dan membongkar kecurangan si suami menggunakan telefon bimbitnya sendiri. Hal […]

Sri Lanka Mengaku Sudah Bankrup, 80 % Rakyat Terpaksa “Skip” Makan Kerana Harga Barang Melonjak
Sri Lanka sudah bankrup dan krisis ekonomi teruk yang berlaku ketika ini dijangka akan berterusan sehingga tahun depan, maklum Perdana Menteri, Ranil Wickremesinghe Selasa lalu. Negara dengan populasi 22 juta itu terpaksa melalui tempoh-tempoh sukar untuk berbulan-bulan lamanya seperti masalah inflasi dan bekalan tenaga terpaksa dipotong selepas kerajaan kehabisan matawang asing untuk mengimport barang keperluan […]

Kelibat Ibu Harimau Malaya ‘Merayau’ Bersama Empat Anak Dirakam, Beri Sinar Baharu Buat Populasi
Penemuan seekor Harimau Malaya dan empat anaknya memberi sinar baharu buat populasinya selepas kelibat haiwan itu berjaya dirakam oleh kamera perangkap dalam usaha menyelamatkan spesies terancam tersebut. Berdasarkan gambar yang dimuat naik oleh World Wildlife Fund (WWF), ia memaparkan seekor harimau berjalan bersama tiga anaknya yang berada di hadapan dan seekor lagi di sebelah kanan, […]

Dua LRA Dihenti Tugas Berikutan Air Mentah Keruh Akibat Banjir Di Baling
ALOR SETAR, 6 Julai (Bernama) — Operasi Loji Rawatan Air (LRA) Kulim Hi-Tech dan LRA Bukit Pinang/Sungai Petani terpaksa dihenti tugas berikutan kadar kekeruhan air mentah (NTU) yang tinggi akibat kejadian banjir dan fenomena kepala air di Baling, Isnin lepas. Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu hantaran di laman Facebooknya […]

Tular Video Dipercayai Prank Tarik Tudung Wanita, Polis Sahkan Sudah Terima Laporan
Polis telah menerima satu laporan berkaitan video yang tular di media sosial dipercayai ‘prank’ tarik tudung terhadap dua wanita. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintendan Ashari Abu Samah, seorang lelaki telah tampil membuat laporan polis pada Isnin mengenai video yang dimuat naik olehnya. “Berdasarkan maklumat yang diterima perbuatan tersebut dirancang untuk mendapatkan perhatian di media […]

Adi Putra Mengaku Terima Bayaran Tinggi Untuk Mat Kilau, Tapi…
Pelakon utama Mat Kilau Kebangkitan Pahlawan, Datuk Adi Putra mengakui dirinya terima bayaran yang tinggi dalam filem inspirasi sejarah karya Syamsul Yusof itu. Bagaimanapun di sebalik itu, Adi yang memegang watak Mat Kilau lebih selesa untuk ‘kunci mulut’ jika dipersoal tentang jumlah bayaran yang diterimanya, lapor Utusan Malaysia. “Ya memang benar (bayaran mahal). Sebab ia […]

Jenazah Tiga Mangsa Banjir Di Baling Selamat Dikebumikan
BALING, 6 Julai (Bernama) — Jenazah tiga mangsa banjir bersama janin berusia empat bulan yang terkorban dalam bencana itu yang berlaku di daerah ini selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kampung Charuk Bemban Dalam di sini kira-kira pukul 5.30 pagi tadi. Jenazah ibu yang hamil empat bulan, Nurul Anis Abu Hassan, 23, bersama janinnya serta ibu mentuanya yang lumpuh Salmah Mat Akib, […]

Kenaikan OPR Bakal jejas Sosio Ekonomi Rakyat, Pertumbuhan Ekonomi Negara
KUALA LUMPUR (Bernama) — Bank Negara Malaysia digesa untuk tidak menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) kerana ia akan memberi implikasi yang besar kepada sosio ekonomi rakyat, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara secara keseluruhan. Pakar Ekonomi, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berkata mengekalkan OPR pada kadar semasa iaitu 2.0 peratus merupakan satu tindakan yang […]

Penganggur Dakwa Tikam Ibu Selepas Terdengar ‘Bisikan’
MELAKA, 5 Julai (Bernama) — Seorang penganggur bertindak menikam ibu kandungnya yang berusia 63 tahun di rumah mereka di Kampung Paya Luboh, Tanjung Kling di sini hari ini selepas mendakwa terdengar ‘bisikan’ bahawa wanita itu menyembah berhala. Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata mangsa, Rozizah Md Dom, yang merupakan pesara guru, maut di tempat […]

Dakwaan Tanaman Durian Punca Banjir, Ahli Parlimen Mahu Projek Dihentikan
BALING, 5 Julai (Bernama) — Ahli Parlimen Baling Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim berharap projek tanaman durian Musang King di Gunung Inas di sini dihentikan, selepas ia didakwa sebagai antara punca kejadian banjir dan fenomena kepala air yang berlaku di beberapa buah kampung di daerah ini, petang semalam. Beliau berkata sebelum ini pihaknya yang […]

Jenazah Ibu, Bayi Tiga Bulan Dikebumi Dalam Satu Liang Lahad
JOHOR BAHRU, 5 Julai (Bernama) — Suasana pilu menyelubungi pengebumian bayi berusia tiga bulan dan seorang wanita yang disyaki dibunuh suaminya dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Bakar Batu di sini semalam. Jenazah Hajar Nursyahirin Rosman, 26, dan anak lelakinya Hans Mohd Thakif Amir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bakar Batu dalam satu liang lahad […]

Bantuan RM1,000 Setiap Keluarga Mangsa Banjir, RM10,000 Untuk Keluarga Kehilangan Nyawa
BALING, 5 Julai (Bernama) — Kerajaan Persekutuan menyalurkan bantuan peringkat awal bernilai RM1,000 kepada setiap keluarga mangsa banjir di sini manakala keluarga yang terlibat dengan kehilangan nyawa akan diberi sumbangan bernilai RM10,000. Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus berkata setakat ini sumbangan telah disalurkan kepada lebih 100 keluarga yang ditempatkan di beberapa […]

Wanita Dilapor Maut Dipercayai Ditikam Anak Sendiri Di Bahagian Leher
Tangga Batu – Seorang pesara guru dilaporkan maut selepas dipercayai ditikam di leher oleh anak kandungnya dalam kejadian di Kampung Paya Luboh kira-kira jam 3 petang tadi. Memetik laporan Astro Awani, mangsa yang baharu kematian suami kira-kira sebulan lalu telah ditemui di dalam bilik tidur kediamannya dalam keadaan berlumuran darah. Difahamkan, mangsa dipercayai ditikam oleh […]

Polis Sahkan Suspek Kes Kelar Isteri Dan Bayi Negatif Dadah
Polis Sahkan Suspek Kes Kelar Isteri Dan Bayi Negatif Dadah Lelaki yang disyaki membunuh isteri dan bayi lelakinya di Kampung Bakar Batu, di sini disahkan negatif dadah, lapor Kosmo. Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat mengesahkan perkara tersebut dan berkata ujian saringan awal air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati […]

Bunuh Isteri & Anak: “Saya Maafkan…,” Bapa Mangsa Redha, Tak Akan Berdendam Dengan Suspek
Bapa kepada wanita yang disyaki telah dibunuh oleh suaminya di kediaman mereka di Kampung Bakar Batu, Johor Bahru semalam berkata bahawa dia tidak berdendam dengan suspek dan keluarganya. “Saya tidak akan berdendam dengan keluarga menantu kerana lebih mengenali menantu,” katanya. Memetik laporan Astro Awani, beliau turut mendedahkan bahawa bapa kepada suspek telah berkali-kali memohon maaf […]

Cadangan Kerja Empat Hari Seminggu Adalah Di Peringkat Kajian Sahaja – JPA
Cadangan waktu bekerja empat hari dalam seminggu seperti yang diuar-uarkan di media sebelum ini hanyalah di peringkat penilitian dan kajian sahaja. Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Datuk Seri Mohd Shafiq Abdullah berkata, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sentiasa terbuka mendapatkan input menyeluruh daripada pihak-pihak berkepentingan bagi mengkaji kebolehlaksanaan cadangan tersebut secara empirikal. Bagaimanapun jelasnya, pelaksanaan cadangan tersebut […]