Berita

Saksi Tidak Pernah Nampak Siti Bainun Urus Bayi Jagaannya
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Seorang pegawai penyelidik undang-undang di sebuah firma guaman hari ini memberitahu Mahkamah Sesyen hari ini bahawa beliau tidak pernah nampak Pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali menguruskan bayi di rumah tersebut, sebaliknya menyerahkannya kepada tiga penghuni rumah berkenaan. Suhana Zam, 40, berkata sepanjang berada di kondominium di Wangsa […]

Ibu Campak Bayi Dari Tingkat Lima
Seorang ibu muda berumur 17 tahun dituduh atas tuduhan membunuh selepas mencampak keluar bayinya dari tingkat lima sebuah pangsapuri di US Oktober tahun lalu. Menurut WION, pada awalnya remaja itu mengakui bahawa dia melahirkan bayi tersebut di kediamannya di sebuah pangsapuri di Bronx, New York iaitu lokasi kejadian. Bagaimanapun sejurus dilahirkan, remaja itu bertindak ‘kejam’ […]

Arab Saudi Keluar Arahan Baharu, Larang Pekerja Bekerja Bawah Matahari Terik
Kementerian Sumber Manusia dan Pembangunan Sosial Arab Saudi melarang semua pekerja di sektor swasta bekerja di bawah terik matahari antara 15 Jun hingga 15 September, lapor Arab News. Menurut laporan itu lagi, keputusan itu dibuat kerana suhu panas yang meningkat hingga mencecah 50 darjah celsius. Keputusan yang diambil itu akan mengurangkan kadar tekanan haba dan […]

Sri Lanka Bagi Penjawat Awam Cuti Tiga Hari Seminggu, Galak Jadi Petani Tanam Makanan Sendiri
Sri Lanka dengan secara rasminya telah memberikan penjawat awam satu hari cuti tambahan setiap minggu, menjadikan keseluruhan tiga hari cuti seminggu. Keputusan itu diambil sebagai galakan untuk mereka meluangkan masa dalam bidang pertanian berikutan kebimbangan bakal berdepan kekurangan bekalan makanan. Negara tersebut difahamkan mempunyai kira-kira satu juta kakitangan dalam sektor awam. Dengan penduduk kira-kira 20 […]

Wanita Sarat Hamil Tunggu Hari Nak Bersalin Maut Dipenggal Bekas Kekasih
Seorang wanita hamil yang bakal melahirkan anak pada Julai depan dilaporkan maut dipenggal oleh bekas teman lelakinya minggu lalu, lapor agensi berita People. Difahamkan, pihak berkuasa di Alton, Illinois telah mendakwa suspek yang juga bekas teman lelaki mangsa di atas pembunuhan yang dilakukan pada 9 Jun, Kahmis lalu. Menerusi video yang disiarkan di laman Facebook, […]

Saya Hantar Bagasi Berisi Wang Tunai RM3 Juta Kepada Ahmad Zahid – Saksi
SHAH ALAM, 16 Jun (Bernama) — Bekas Pengurus Pentadbiran Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) David Tan hari ini memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau telah menghantar bagasi berisi RM3 juta kepada Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi di kediaman rasmi bekas Timbalan Perdana Menteri itu di Seri Satria, Putrajaya. Tan, 47, bagaimanapun tidak ingat bila penghantaran […]

Polis Tahan Geng Curi Motosikal ‘Adam EX5’ Dan ‘Haikal LC’
SUNGAI BULOH, 16 Jun (Bernama) — Polis berjaya menumpaskan dua kumpulan curi motosikal susulan penahanan 13 lelaki di beberapa lokasi di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur, pada 14 dan 31 Mei lepas. Kesemua yang ditahan berumur 15 hingga 22 tahun, dan empat daripada mereka merupakan pelajar di sebuah sekolah menengah. Ketua Polis Daerah Sungai Buloh […]

Julai 2023 Sesuai Diadakan PRU15 – Dr Mahathir
PUTRAJAYA, 16 Jun (Bernama) — Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berpendapat tarikh yang sesuai bagi Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) diadakan adalah pada Julai tahun depan. Dr Mahathir yang juga Pengerusi Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) berkata tarikh itu bersesuaian kerana ia merupakan penggal Parlimen ke-14 tamat. “Kalau kita ikut jadual pilihan raya, itu tarikh yang […]

Kajian Saintis India Dapati Lelaki Penyumbang Utama Pencemaran Udara Berbanding Wanita
Satu kajian yang telah dilakukan baru-baru ini oleh Institut Sains India (IISc) mendapati bahawa lelaki adalah penyumbang terbesar kepada pencemaran udara berbanding wanita. Memetik Indian Express, dapatan itu diperolehi melalui kajian yang bertajuk ‘Mengkaji potensi pengurangan pengankutan jalan raya di bandar yang diukur menerusi pendapatan dan kumpulan jantina’ yang juga telah diterbitkan dalam Journal of […]

Menang Laga Ayam Di Thailand, Lelaki Malaysia Ditembak Penduduk Tempatan
Seorang lelaki dari Malaysia dilaporkan ditembak oleh penduduk Thailand selepas menang pertandingan laga ayam di sana, lapor Kosmo. Menurut laporan, lelaki tersebut yang masuk ke Thailand secara haram untuk hadir ke pertandingan laga ayam itu dikatakan berenang kembali ke negara ini dalam keadaan tangan berlumuran dengan darah pada petang Sabtu lalu. Difahamkan, ayam lelaki tersebut […]

Harga Ayam Dijangka Naik Bulan Depan Apabila Diapungkan
PUTRAJAYA, 16 Jun (Bernama) — Harga ayam dijangka naik bulan depan apabila ia diapungkan ekoran berakhirnya skim harga maksimum runcit ayam pada 30 Jun ini. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata susulan jangkaan kenaikan harga ayam, Kementerian Kewangan (MOF) sedang merangka pemberian bantuan kepada golongan memerlukan, yang akan dimuktamadkan […]

‘Rider’ Makanan Tumbuk Muka Wanita 5 Kali, Tak Puas Hati Kena Tengking
SINGAPURA – Seorang wanita di Singapura patah hidung dan retak pada bahagian gigi selepas ditumbuk sebanyak 5 kali oleh seorang penghantar makanan, lapor portal Mothership. Menurut laporan Shin Min Daily News (SMDN), wanita itu memberitahu bahawa kejadian itu berlaku pada 14 Jun lalu berhampiran Blok 36 Chai Chee Avenue sekitar jam 7 malam. Wanita tersebut iaitu […]

Skuad Harimau Malaya Layak Ke Piala Asia 2023: Imbuhan Dibincang Minggu Depan – PM
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Perbincangan berkenaan pemberian imbuhan kepada skuad Harimau Malaya mahupun Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) akan diadakan minggu hadapan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata setakat ini imbuhan yang bakal diberi masih belum diketahui sama ada secara terus kepada pemain ataupun kepada FAM. Ismail Sabri berkata Presiden […]

Terlalu Bincangkan Tarikh PRU15 Ganggu Kestabilan Politik Negara – PM Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 16 Jun (Bernama) — Tindakan terlalu membincangkan bila Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) perlu diadakan akan memberi kesan kepada kestabilan politik negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Beliau berkata tindakan itu juga akan menjejaskan tumpuan kerajaan terhadap menyelesaikan pelbagai isu dihadapi rakyat termasuk berkaitan kenaikan harga barang yang dipengaruhi ekonomi global. “Politik negara […]

Pelajar Hidap Cerebral Palsy Peroleh Keputusan Cemerlang Dalam SPM Di Kedah
ALOR SETAR, 16 Jun (Bernama) — Menghidap penyakit Cerebral Palsy tidak menjadi penghalang kepada Dhia Qaseh Afia Mohd Fadzil untuk mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021. Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Lela Pahlawan, Padang Serai dekat Kulim itu antara dua calon istimewa di Kedah yang berjaya mendapat keputusan cemerlang dengan memperoleh […]

Punca 24,941 Calon Tidak Duduki Peperiksaan SPM 2021 Akan Dikenal Pasti – Radzi Jidin
PUTRAJAYA, 16 Jun (Bernama) — Kementerian Pendidikan (KPM) akan menjalankan ‘post-mortem’ bagi mengenal pasti punca sejumlah 24,941 calon berdaftar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2021 tetapi tidak menduduki peperiksaan itu, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin. Beliau berkata majoriti calon yang tidak menduduki peperiksaan itu adalah calon SPM persendirian. “Kita (KPM) sedang menganalisis data […]

Peguam Bangladesh Dituduh Hina Nabi Muhammad
DHAKA, 16 Jun (Bernama) — Seorang peguam warga Bangladesh dilaporkan menghina Nabi Muhammad SAW di media sosial pada Rabu, menambahkan lagi ketegangan sedia ada di seluruh negara itu. Hantaran di Facebook itu tular di media sosial ketika negara Asia Selatan yang majoriti penduduknya beragama Islam itu berang terhadap kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW oleh dua pegawai Parti Bharatiya Janata (BJP) […]

Suspek Kes Rogol 19 Tahun Lepas Dibebaskan Dengan Jaminan Polis
IPOH, 16 Jun (Bernama) — Lelaki yang ditahan berkaitan kes rogol yang berlaku 19 tahun lepas dibebaskan dengan jaminan polis, kata Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid. Beliau berkata suspek berumur 40 tahun itu dibebaskan berikutan tempoh reman ke atasnya telah berakhir hari ini. “Kami akan merujuk kertas siasatan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya,” katanya ketika […]

Fasa 1 MRT Laluan Putrajaya Mula Beroperasi Hari Ini
KUALA LUMPUR – Fasa 1 Transit Aliran Massa (MRT) laluan Putrajaya akan beroperasi bermula pukul 3 petang hari ini. Pengangkutan awam ini merupakan sebuah bentuk kemudahan yang menjanjikan akses lebih baik untuk orang ramai. Dalam fasa ini, sebanyak 12 stesen akan dibuka, merangkumi Kawasan Damansara, Kampung Selamat, Sungai Buloh, Damansara Damai, Sri Damansara Barat, Sri […]

Tunku Ismail Dilantik Pemangku Raja Mulai Hari Ini
ISKANDAR PUTERI, 16 Jun (Bernama) — Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar hari ini berkenan melantik anakanda sulung baginda, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim sebagai Pemangku Raja mulai hari ini. Baginda mengumumkan perkara itu ketika bertitah merasmikan mesyuarat kedua (pembukaan rasmi) bagi Penggal Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-15 […]