Berita

Berita
Lelaki Guna Nombor Pendaftaran ‘JANDA’ Ditahan Polis
Sibu – Seorang remaja lelaki telah ditahan oleh anggota Bahagian Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (BPST) Ibu Pejabat Polis Daerah Sibu setelah didapati menggunakan nombor pendaftaran ‘JANDA’ pada motosikal yang ditunggangnya. Menerusi catatan Facebook Polis IPD Sibu, remaja lelaki itu telah ditahan oleh anggota BSPT yang sedang melakukan rondaan. Katanya, semasa berada di Lorong Lanang 4, […]
Berita
Kanak-Kanak Dilaporkan Hilang Di Rumah Rakit Ditemukan Lemas
KUANTAN, 29 Mei (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan yang dilaporkan hilang semasa berada di majlis hari raya anjuran keluarganya di rumah rakit di Bukit Rangin di sini, pada Jumaat malam ditemukan lemas hari ini. Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Ismail Abdul Ghani berkata mayat Siti Nur Athhiyya Soffea Mohamad Sukri, […]
Berita
Bekas Diplomat Berstatus Datuk Yang Didakwa Tanam Ganja Dibebaskan
Petaling Jaya – Ditahan kerana didakwa menanam ganja, seorang bekas diplomat bersama anak lelakinya dilaporkan telah dibebaskan semalam. Memetik laporan Utusan, pihak polis gagal mendapatkan reman kali kedua daripada Mahkamah Majistret Bentong dan perlu membebaskan bekas diplomat itu. Menurut peguam kepada bekas diplomat berkenaan, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Majistret Shahrul Ekhsan Hasim tidak membenarkan […]
Berita
Final Liga Juara-Juara Eropah, Real Madrid Tundukkan Liverpool 1-0
ISTANBUL, 29 Mei (Bernama) — Real Madrid menundukkan Liverpool 1-0 untuk memenangi kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah 2022 dalam perlawanan yang berlangsung di Stade de France di Saint-Denis pada Sabtu. Pada minit ke-15 rembatan kaki kanan Mohamed Salah berjaya ditepis penjaga gol Real Madrid,Thibaut Courtois, lapor Anadolu. Thibaut Courtois sekali lagi beraksi cemerlang apabila berjaya menepis […]
Berita
HAWANA 2022 – Deklarasi Melaka, Garis Hala Tuju Kewartawanan Dan Industri Media Negara
KUALA LUMPUR, 27 Mei 2022 – Perdana Menteri YAB Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob dijadual menyertai lebih 700 pengamal media pada 29 Mei ini. Beliau akan menyampaikan ucapan perasmian Majlis Kemuncak HAWANA di Hotel Hatten, Melaka pukul 2.30 petang. Sambutan perayaan terbesar khusus untuk pengamal media ini juga akan menyaksikan kehadiran wartawan dari beberapa […]
Berita
Pelawak Terkenal Korea, Lim Joon Hyuk Meninggal Dunia
Pelawak terkenal Korea, Lim Joon Hyuk dilaporkan meninggal dunia semalam pada usia 42 tahun. Memetik laporan Soompi, Lim Joon Hyuk ditemui maut di kediamannya pada malam 27 Mei, akibat serangan jantung. Difahamkan, pelakon ini memulakan kerjaya sebagai pelawak pada tahun 2003. Beliau muncul dalam pelbagai program komedi termasuklah “People Looking for a Laugh” dan “Gag […]
Berita
Atia Lincah, Seronok Lihat Kehadiran Tetamu Di Majlis Raya – Bapa
KUANTAN, 28 Mei (Bernama) – Kanak-kanak perempuan tiga tahun empat bulan yang didakwa hilang semasa jamuan raya di rumah rakit di Bukit Rangin malam tadi, adalah seorang kanak-kanak lincah dan gembira dengan kehadiran ramai tetamu ke rumah tersebut. Bapanya Mohamad Sukri Ali, 50, berkata Siti Nur Athhiya Soffea, anak tunggal daripada perkahwinan keduanya juga tidak […]
Berita
Tragedi Bercuti Bersama Isteri Dan Anak, Jurulatih Silat Singapura Meninggal Dunia Dalam Kemalangan
Jurulatih silat Singapura, Mochammad Ichsan Nur Romadhon meninggal dunia selepas terlibat dalam kemalangan kereta di Bali, menurut Persekutuan Silat Singapura (Persisi) pada Sabtu. Allahyarham yang berusia 33 tahun dan telah bersama dengan Persisi selama lapan tahun, dikatakan meninggal dunia di Bali ketika bercuti bersama isteri dan dua orang anaknya. ”Amat disayangi oleh semua orang dalam […]
Berita
Cacar Monyet: Malaysia Belum Bercadang Tutup Sempadan
MELAKA, 28 Mei (Bernama) – Kerajaan tidak bercadang untuk menutup pintu sempadan negara ketika ini walaupun terdapat kes jangkitan cacar monyet di beberapa negara lain selain Afrika. Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Noor Azmi Ghazali berkata kerajaan telah mengetatkan saringan kesihatan di semua pintu masuk negara terutama bagi pengembara dari negara yang mempunyai kes penyakit […]
Berita
Terkejut Rasa Makanan Lain Sedap, Gadis Ini Hanya Makan Sandwich Dan Kerepek Selama 23 Tahun
Siapa sangka, seorang gadis berusia 25 tahun menjalani kehidupannya dengan hanya makan sandwich yang berisi kerepek berperisa keju dan bawang sahaja sejak berusia dua tahun. Lanjutan daripada itu, kini gadis tersebut dipercayai akhirnya dapat menikmati makanan dengan betul selepas menjalani hipnoterapi. Zoe Sandler yang berasal dari United Kingdom itu mengatakan dia akan memakan dua paket […]
Berita
HFMD: 105 Tabika, 75 Taska Kendalian Kemas Ditutup
KUANTAN, 28 Mei (Bernama) – Sebanyak 180 premis pendidikan awal dan pusat jagaan kanak-kanak kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) ditutup akibat jangkitan penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) setakat semalam, kata Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid. Beliau berkata daripada jumlah itu, 105 premis ialah Taman Bimbingan Kanak-Kanak (Tabika) manakala bakinya ialah Taman […]
Berita
Trend Solat Dengan Kipas, Orang Ramai Diminta Buat Laporan
IPOH, 28 Mei (Bernama) – Orang ramai diminta melaporkan kepada pejabat agama negeri masing-masing sekiranya terdapat perbuatan menjadikan kipas sebagai makmum apabila menunaikan solat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berkata perbuatan itu menjadi ikutan anak muda dan remaja sedangkan ia tidak sepatutnya berlaku. “Saya nasihatkan kepada anak muda semua […]
Berita
Lelaki Maut, Kereta Dipandu Langgar Besi Penghadang Jalan
PUTRAJAYA, 28 Mei (Bernama) – Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya melanggar besi penghadang jalan di KM 37.9 Persiaran Utama menghala ke Puchong di sini, hari ini. Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang Supt Md Noor Aehwan Mohammad berkata dalam kejadian pukul 6 pagi itu, mangsa berusia 29 tahun berkenaan memandu kereta Proton Gen-2 dari arah […]
Berita
Bocor Rahsia Negara, Bekas Menteri, Ketua Polis Djibouti Dijatuhi Hukuman Penjara
MOGADISHU (Somalia), 28 Mei (Bernama) – Mahkamah di Djibouti, Afrika timur menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun kepada seorang bekas menteri belanjawan dan bekas ketua polis kerana kesalahan membocorkan perbualan sulit antara presiden dan komander tentera, lapor media kerajaan pada Jumaat. Perbuatan Bodeh Ahmed Robleh dan Abdillahi Abdi Farah itu adalah salah di sisi undang-undang, lapor […]
Berita
Zuraida Masih Menteri Kabinet – PM Ismail Sabri
TOKYO, 28 Mei (Bernama) – Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri berkata Datuk Zuraida Kamaruddin masih menteri Kabinet dan perlu menjalankan tugas sebagai Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi seperti biasa, selagi beliau (Ismail Sabri) tidak membuat keputusan. Ismail Sabri berkata Zuraida boleh menghadiri mesyuarat Kabinet terdekat kerana kedudukannya sebagai menteri Kabinet akan diputuskan selepas mereka […]
Berita
Nombor Plat Piala Dunia Fifa Dijual Dengan Harga Kira-Kira 1.8 Juta Riyal Qatar
DOHA, 28 Mei (Bernama) – Jabatan Polis Trafik Qatar telah menjual 50 nombor plat yang mempunyai logo Piala Dunia FIFA Qatar 2022 semasa lelongan dalam talian, dengan nombor termahal dijual pada harga 1.8 juta riyal Qatar (US$495,000), lapor Sputnik. Menurut jabatan itu pada Jumaat, nombor plat berkenaan akan mula dipasang pada Jun. Lelongan plat nombor […]
Berita
Kanak-Kanak Perempuan Hilang Semasa Hadir Majlis Hari Raya
KUANTAN, 28 Mei (Bernama) – Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun empat bulan didakwa hilang semasa berada di majlis hari raya anjuran keluarganya di rumah rakit di Bukit Rangin di sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata Siti Nur Athhiyya Soffea Mohamad Sukri dilaporkan kali terakhir dilihat bapanya […]
Berita
Kemaruk Nak Jadi Haiwan, Lelaki Habiskan RM 68,000 Tempah Kostum Anjing
Seorang lelaki di Jepun dilapor menghabiskan sebanyak USD 15,600 (RM 68,750) semata-mata untuk memenuhi impiannya untuk ‘bertukar’ menjadi haiwan empat kaki, anjing. Menurut laporan Insider, lelaki berkenaan yang hanya dikenali sebagai Toco membelanjakan amaun berkenaan bagi menghasilkan kostum anjing jenis border collie. Lelaki berkenaan dilaporkan turut berkongsi keterujaan baharu itu melalui laman twitternya. Video yang […]
Berita
Nak Tarik Pekerja Dari Malaysia, Restoran Di Singapura Tawar Gaji Cuci Pinggan Sehingga RM 11000 Sebulan
Beberapa pemilik restoran di Singapura mendakwa berdepan kesukaran untuk mencari pekerja bagi mengisi kekosongan jawatan kosong pencuci pinggan di presmis perniagaan masing-masing, sehingga terpaksa menawarkan gaji mencecah RM 11000 sebulan. Menurut laporan portal Must Share News, jawatan kosong sebagai pencuci pinggan itu ada yang tidak terisi untuk tempoh yang begitu lama. Bagaimanapun, masalah berkenaan berjaya […]
Berita
Mesut Ozil Tunai Solat Jumaat Di Masjid Istiqlal Raih Perhatian Ramai
Bintang bola sepak antarabangsa Mesut Ozil telah menunaikan solat Jumaat di Masjid Istiqlal, Jakarta Pusat, Jumaat pada hari ini. Seperti yang dilaporkan oleh Kompas.com, kedatangan bintang kelab bola sepak Turki FC Fenerbahce itu menarik perhatian jemaah solat Jumaat di Masjid Istiqlal. Malah, kehadiran jemaah solat Jumaat di masjid yang terletak di Daerah Sawah Besar itu […]