Berita

TPR Tentukan Inkues Doktor Pelatih Maut Jatuh Bangunan – Polis
GEORGE TOWN, 17 Mei (Bernama) — Pelaksanaan inkues terhadap kes doktor pelatih maut akibat terjatuh dari unit kediamannya akan ditentukan oleh pejabat Timbalan Pendakwa Raya (TPR). Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata polis sedang melengkapkan kertas siasatan kes tersebut dan setakat ini pihaknya mendapati tiada unsur jenayah. “Kertas siasatan itu hampir siap dan kami perlukan […]

Peminat Bola Sepak Pilih Liverpool Sebagai Kelab EPL Paling Dibenci
Liverpool, kelab gergasi yang juga kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) paling berjaya diperingkat Eropah dipilih sebagai kelab paling dibenci dalam saingan EPL oleh para peminat bola sepak. Dalam satu undian yang dibuat oleh laman twitter, SPORTbible, Liverpool menerima sebanyak 41.6 peratus daripada 28,602 undian. Di tangga kedua, para peminat memilih pesaing utama abadi kepada Liverpool, […]

Lelaki 275 Kilogram Patah Tulang Betis, Lif Dinaiki Terputus Tali
Seorang lelaki dengan berat badan 275 kilogram cedera selepas tali lif yang dinaikinya putus dalam satu kejadian di Kota Malang, Jawa Timur baru-baru ini, lapor TribuneSolo.com. Mangsa, Dwi Ariesta Wardhana, 38, dilapor mengalami patah tulang betis selepas lif barang yang dinaikinya terjatuh dari tingkat dua dengan ketinggian tiga meter. Ketika kejadian, Dwi yang tinggal di […]

Ubat Antiviral Paxlovid Diperluas Ke Hospital, Klinik Swasta Dan Hospital Pengajar
PUTRAJAYA, 17 Mei – Ubat antiviral Paxlovid bagi merawat COVID-19 yang sebelum ini digunakan di klinik kesihatan dan hospital kerajaan, akan diperluas ke hospital dan klinik swasta serta hospital pengajar, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin. “Kita setuju agihkan (ubat antiviral Paxlovid) kepada hospital swasta, klinik swasta dan hospital pengajar supaya penggunaannya dapat diperluaskan,” katanya kepada […]

Kemarau: Bomba Siap Siaga Hadapi Risiko Kebakaran
KUALA LUMPUR, 17 Mei – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) sentiasa siap siaga menghadapi risiko kebakaran ketika negara menempuh musim kemarau susulan fenomena monsun barat daya ketika ini. Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat JBPM Datuk Nor Hisham Mohammad berkata pihaknya telah bersedia dengan kelengkapan jentera yang berupaya membawa kapasiti air sehingga 20,000 liter […]

Terengganu Sedia Dua Insentif Untuk Atlet Sukan SEA
KUALA NERUS, 17 Mei (Bernama) — Kerajaan negeri Terengganu menyediakan dua insentif khas kepada 47 atlet Terengganu yang mewakili negara ke temasya Sukan SEA ke-31 di Vietnam. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri Wan Sukairi Wan Abdullah berkata ia termasuk Insentif Skim Wakil Negara (SWARA) dan Insentif Skim Hadiah Kemenangan (SHAKE) […]

Pelajar Nekad Buat Laporan Polis, Dakwa Empat Tahun Jadi Mangsa Liwat Guru
Kota Bharu – Seorang pelajar berusia 14 tahun dilaporkan telah menjadi mangsa liwat guru agamanya dalam kejadian di sini. Memetik laporan Astro Awani, pelajar tersebut nekad melaporkan jenayah tersebut kepada pihak polis selepas empat tahun menjadi mangsa perbuatan jijik itu. Mangsa tampil membuat laporan sendiri selepas memaklumkan kepada keluarganya. Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhammad Zaki […]

Pengacara Popular Didakwa Di Mahkamah Atas Pertuduhan Khianat
PETALING JAYA, 17 Mei (Bernama) — Seorang pengacara popular didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan khianat dengan merosakkan palang pagar pondok pengawal milik pengurusan sebuah perumahan di Damansara. Pengacara itu telah mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Zhafran Rahim Hamzah. “Saya mengaku tidak bersalah,” jawabnya yang […]

PM Sri Lanka Ingatkan Rakyat Siap Sedia Tempuh Kesusahan Untuk Tempoh Dua Bulan Lagi
NEW DELHI, 17 Mei (Bernama) — Perdana Menteri baharu Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe mengingatkan rakyatnya supaya bersiap sedia menghadapi kesusahan untuk tempoh sekurang-kurangnya dua bulan lagi susulan krisis kewangan negara yang belum pernah berlaku sebelum ini. Wickremesinghe berkata “adalah menjadi satu cabaran bagi perbendaharaan mencari US$1 juta” berbanding rizab pertukaran asing negara sebanyak US$7.5 bilion […]

Korea Utara Catat 6 Lagi Kematian Di Tengah Peningkatan Kes COVID-19
SEOUL, 17 Mei (Bernama) — Korea Utara pada Selasa melaporkan enam lagi kematian disyaki akibat jangkitan COVID-19 dan negara ini mengerahkan tentera untuk membekalkan ubat ke farmasi di Pyongyang, lapor Agensi Berita Yonhap. Menurut maklumat ibu pejabat pencegahan wabak, enam kematian dilaporkan setakat 6 petang Isnin, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 56, memetik Agensi Berita […]

McDonald’s Malaysia Iktiraf Guru Luar Biasa Melalui Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022
KOTA BHARU, 14 Mei – McDonald’s Malaysia hari ini mengumumkan 25 penerima Anugerah Guru Inspirasi McDonald’s 2022. Anugerah ini adalah untuk menghargai para guru Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang “luar biasa” atas jasa mereka meningkatkan kecemerlangan akademik dan mewujudkan akses kepada pendidikan untuk anak murid. Memasuki tahun keenam penganjurannya, anugerah ini telah menerima lebih daripada […]

Gempar, Lelaki Dakwa Temui Kampung Terpencil Dalam Hutan Yang Disangka Lokasi Sebenar Filem ‘KKN Desa Penari’
Sebuah foto tular memaparkan penemuan mengejutkan sebuah rumah misteri yang disangka lokasi sebenar dalam filem seram Indonesia, KKN Desa Penari, lapor Tribun Style. Baru-baru ini, sebuah filem seram baharu yang sedang menjadi trending di Indonesia, KKN Desa Penari telah berjaya ‘memecahkan’ panggung wayang di sana. Dalam filem tersebut, antara elemen penting yang diketengahkan dan cukup […]

Harga Gandum Cecah Rekod Tertinggi Selepas Larangan Eksport Oleh India
Harga gandum cecah rekod tertinggi selepas India mengumumkan larangan untuk mengeksport komoditi itu ketika negara mereka dilanda gelombang haba kini, lapor NDTV. Dikatakan, harga gandum kini telah melonjak kepada RM 1,992.29 per tan dan ia turut mencetus kebimbangan awam mengenai stok bekalannya dalam kitaran sumber makanan. Menurut NDTV, lonjakan harga tersebut dipercayai adalah susulan daripada […]

TV Disambar Petir, Sebuah Rumah Dilapor Terbakar
Ruang televisyen (TV) sebuah rumah di Indonesia mengalami kerosakan teruk selepas terbakar, dipercayai berpunca akibat disambar petir dalam satu kejadian pada 16 Mei baru-baru ini. Memetik Kompas.com, Ketua Balai Bomba Kota Bekasi, Indonesia, Aceng Solahudin menjelaskan, kebakaran berlaku di Jalan Eka Cipta, Desa Jati Rahayu, Daerah Pondok Melati di Bekasi. “Kejadian yang terjadi pada jam […]

Aksi Regu Badminton Negara Saling Berbalas ‘Smash’ Dengan Vietnam ‘Cemaskan’ Suasana
Regu badminton lelaki negara tampil dengan aksi penuh bertenaga sebelum melangkah ke peringkat separuh akhir selepas menewaskan pasangan tuan rumah, di Sukan Sea Vietnam tadi. Menerusi sebuah klip video yang dimuat naik ke Twitter, ia menyaksikan perlawanan sengit antara kedua-dua regu dengan menunjukkan satu ‘rally yang gila’ sepanjang beraksi. Gandingan negara, Arif Junaidi dan Muhammad […]

Nor Sarah Cipta Kejutan Lompat Bergalah, Kuartet 4x100M Lelaki Pecah Rekod
HANOI, 16 Mei (Bernama) — Atlet lompat bergalah wanita kebangsaan Nor Sarah Adi mencipta kejutan dengan merangkul pingat emas Sukan SEA di Stadium Nasional My Dinh, sekali gus menamatkan kemarau emas 11 tahun bagi Malaysia. Atlet berusia 22 tahun itu, yang sepatutnya hanya menyertai acara 4x100m wanita pada penampilan sulungnya di temasya dwitahunan itu, muncul […]

Asteroid Sebesar 2 Kali Ganda London Bakal Melalui Orbit Bumi Esok
National Aeronautics and Space Administration (NASA) mengeluarkan amaran sebuah asteroid sebesar dua kali ganda bandar London bakal melalui orbit Bumi pada esok hari, lapor Daily Star. Menurut NASA, batu angkasa gergasi itu akan terbang dengan jarak yang sangat dekat dengan Bumi iaitu pada Selasa bersamaan 17 Mei esok. Namun difahamkan, ia tidak dianggap mendatangkan sebarang […]

Air Laut Pasang, Laluan Pejalan Kaki Tembok Laut Padang Kota Lama Ditutup Sementara
GEORGE TOWN, 16 Mei (Bernama) — Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menutup sementara laluan bawah pejalan kaki di Tembok Laut Padang Kota Lama berikutan berlaku air laut pasang yang mencapai ketinggian melebihi kawasan tersebut. MBPP dalam kenyataan memaklumkan penutupan itu dibuat bermula petang hari ini selepas kejadian air pasang di kawasan tersebut dan demi keselamatan semua […]

Lelaki Terjun Sungai Kelantan Dipercayai Murung
Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas setelah bertindak terjun ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra tengah hari tadi dipercayai mengalami kemurungan. Memetik Utusan Malaysia, mangsa yang berusia 46 tahun itu didapati meninggalkan sebuah motosikal jenis Honda Wave sebelum bertindak sedemikian sehingga dikhuatiri lemas. Difahamkan, mangsa sering mengadu kepada isterinya bahawa dia sering tertekan […]

Pengunduran Afifi Al-Akiti Tindakan Bertanggungjawab
IPOH, 16 Mei (Bernama) — Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad menyifatkan pengunduran diri Pensyarah Pusat Islam, Universiti Oxford, United Kingdom Datuk Dr Afifi Al-Akiti sebagai Orang Kaya-Kaya Imam Paduka Tuan yang juga Penasihat Agama Sultan Perak, adalah sangat bertanggungjawab. “Siapa sahaja yang berada dalam keadaan sebegitu perlu meletakkan kepentingan menandingi kemuliaan Sultan, demi […]