Berita

Sukan SEA: Pesilat Negara Raih Emas Ketujuh Buat Malaysia
HANOI, 11 Mei (Bernama) — Aksi mantap dengan kepelbagaian teknik yang ditampilkan Mohd Taqiyuddin Hamid dan Sazzlan Yuga memberi kelebihan kepada gandingan pesilat negara itu untuk mempertahankan pingat emas acara seni ganda putra pada Sukan SEA ke-31 di sini hari ini. Pasangan berkenaan mengungguli acara final tersebut yang berlangsung di Pusat Sukan Bac Tu Liem […]

348 Kes Dilapor Setakat Ini, WHO Kaji Kaitan COVID-19 Dengan Hepatitis Akut Misteri Libatkan Kanak-kanak
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan pihaknya kini sedang mengkaji potensi peranan adenovirus dan Covid-19 dengan penyakit hepatitis akut misteri. Setakat ini, sebanyak 348 kes hepatitis akut misteri berjaya dikenal pasti di seluruh dunia. Buat masa ini, WHO menjelaskan hipotesis utama kekal ia berkemungkinan membabitkan adenovirus. Kes-kes hepatitis akut misteri ini dilaporkan di 20 negara dengan […]

Bronok Muar Bakal Rintis Potensi Juadah Kerabu ‘Bronok Selatan’
MUAR, 11 Mei (Bernama) — Penemuan timun laut atau bronok di Sungai Muar baru-baru ini, bukan sahaja membuka ruang penyelidikan kepada saintis tempatan tetapi juga berpotensi menjadi sumber rezeki baharu masyarakat setempat menerusi hidangan juadah kerabu ‘Bronok Selatan’. Kajian awal mendapati bronok atau nama saintifiknya Acaudina molpadioides di Sungai Muar itu amat mirip dengan spesis bronok di Pulau Langkawi, satu […]

Prosedur Permohonan Dipermudahkan Bagi Mempercepat Pembayaran Subsidi Kepada Penternak Ayam
REMBAU, 10 MEI 2022 –MAFI telah mempermudahkan prosedur permohonan di peringkat negeri dan ibu pejabat bagi mempercepatkan pembayaran subsidi kepada penternak ayam. Menurut Menteri Pertanian dan Industri Makanan, YB Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, prosedur permohonan dan semakan yang dilaksanakan di tiga (3) peringkat sebelum ini iaitu daerah, negeri dan ibu pejabat telah dikurangkan kepada […]

Laporkan Pendapatan Tahun Taksiran 2021 Sebelum 15 Mei, Elak Penalti – LHDN
KUALA LUMPUR, 11 Mei (Bernama) — Pembayar cukai yang tidak menjalankan perniagaan diingatkan supaya segera melaporkan pendapatan mereka yang layak dikenakan cukai bagi Tahun Taksiran 2021 selewat-lewatnya pada 15 Mei ini melalui e-Filing. Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) melalui kenyataan hari ini memaklumkan ia bagi mengelakkan sebarang penalti lewat kemuka Borang Nyata Cukai dikenakan. LHDN […]

Dua Kumpulan Gangster Di Haiti Lancar Perang Rebut Kawasan, 148 Maut Setakat Ini
Sekurang-kurangnya 148 orang dilaporkan terkorban, termasuk dua yang dibakar hidup-hidup, sejak dua kumpulan gangster melancarkan perang merebut kawasan di kawasan bandar Haiti. Daripada jumlah berkenaan, 7 orang merupakan ahli kumpulan gangster yang dibunuh oleh ketua sendiri, dedah badan hak asasi manusia, RNDHH yang menyiasat tragedi berdarah tersebut. RNDHH yang menyifatkan apa yang berlaku sebagai ‘pembunuhan […]

Janda Baik Ditenggelami Banjir Pagi Tadi
Beberapa kawasan di sekitar Janda Baik, Pahang dilapor dinaiki banjir dalam satu kejadian awal yang berlaku kira-kira awal pagi tadi. Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ketari, Young Syefura memaklumkan keadaan sedemikian menerusi satu kenyataan di laman Facebook miliknya sebentar tadi. “Awal pagi tadi saya telah mendapat panggilan yang memaklumkan Janda Baik dinaiki air. “Saya kini […]

160 Penduduk Terima Geran Hak Milik Penempatan Desa KEDA
POKOK SENA, 10 Mei – Impian memiliki rumah kediaman tertunai akhirnya. Itu kegembiraan berganda bagi 160 peserta Desa Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) menyambut Aidilfitri tahun ini dan menerima geran hak milik penempatan mereka. Lebih bermakna bagi mereka apabila geran tersebut diserahkan sendiri oleh Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid dalam satu majlis […]

Israel Tolak Campur Tangan Asing, Mahu Kuasa Urus Sendiri Kawasan Suci Masjid Al-Aqsa
Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett dalam satu kenyataan yang dibuat Ahad lalu menegaskan bahawa pihaknya akan mengurus dan membuat keputusan sendiri berhubung Baitulmuqaddis dan kawasan suci Masjid Al-Aqsa sekaligus menolak campur tangan kuasa asing dalam perkara tersebut. Kenyataan itu dibuat dalam satu mesyuarat kabinet kerajaan pimpinannya sebagai respon terhadap kenyataan yang dikeluarkan oleh pemimpin parti […]

Doktor Dedah Temui DNA Virus Dalam Jantung Babi
Punca kematian manusia pertama menerima jantung babi yang meninggal dunia dua bulan lalu didakwa mungkin disebabkan oleh penemuan DNA virus dalam organ haiwan itu, lapor Independent. Lelaki penerima jantung tersebut, David Bennett Sr., 57, dari Maryland itu meninggal dunia pada Mac lalu iaitu dua bulan selepas membuat pemindahan jantung babi ke dalam tubuhnya. Penyelidik yang […]

Penduduk Di Zhoushan, China Gempar, Langit Bertukar Merah ‘Darah’, Dakwa Macam ‘Akhir Zaman’
Penduduk di Zhoushan, China digemparkan dengan satu fenomena aneh apabila langit dikawasan berkenaan bertukar menjadi warna merah seperti darah, baru-baru ini. Menurut laporan WIO News, keadaan itu sempat menimbulkan suasana panik dalam kalangan penduduk tempatan dengan ada yang menyifatkan ia seolah-olah ia ‘pemandangan akhir zaman’ dan ‘penghujung dunia’. Pada awalnya, tiada pihak yang tampil menjelaskan […]

Janin Ditemukan Dalam Tandas Di Stesen Minyak
KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) — Janin bayi yang cukup sifat ditemukan orang awam di dalam tandas di sebuah stesen minyak di Danau Kota, Setapak, di sini petang tadi. Ketua Polis Daerah Wangsa Maju Supt Ashari Abu Samah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian kira-kira 4.57 petang dan sepasukan pegawai serta anggota telah menjalankan siasatan […]

Bayi 11 Bulan Meninggal Dunia Di Rumah Pengasuh
KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) — Bayi lelaki berusia 11 bulan meninggal dunia selepas ditemukan tidak sedarkan diri ketika dalam jagaan di rumah pengasuhnya di Kajang, semalam. Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata bayi lelaki tersebut dibawa ibu mangsa ke Hospital Serdang untuk menerima rawatan. Menurutnya, hasil bedah siasat yang dilakukan hari […]

Piala Thomas: Skuad Tanpa Bintang Malaysia Tewaskan AS Untuk Ke Suku Akhir
BANGKOK, 10 Mei (Bernama) — Tiada bintang, tiada masalah. Skuad badminton Malaysia melayakkan diri ke suku akhir Final Piala Thomas 2022 di sini, terima kasih kepada skuad tanpa bintang negara yang menewaskan Amerika Syarikat (AS) 5-0 dalam perlawanan kedua Kumpulan D hari ini. Ketiadaan pemain perseorangan utama, Lee Zii Jia dan beregu nombor satu Malaysia […]

AirAsia Mohon Maaf Atas Penjadualan Semula Penerbangan Ketika Hari Raya
KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) — AirAsia mengambil maklum dan memohon maaf kepada tetamu yang telah mengalami kesulitan akibat penjadualan semula beberapa penerbangan susulan peningkatan permintaan mendadak pada musim perayaan kali ini. Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Riad Asmat berkata beberapa faktor dan insiden yang tidak dapat dielakkan telah mengakibatkan kelewatan di luar jangkaan serta […]

Zizie Izette Mengaku Terima Wang Pengenalan RM2.8 Juta Dalam Rakaman Percakapan – Pegawai Penyiasat
KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) — Mahkamah Sesyen hari ini diberitahu bahawa isteri Ahli Parlimen Kinabatangan, Datin Seri Zizie Izette Abdul Samad mengaku menerima RM2.8 juta daripada seorang perunding unit amanah kerana memperkenalkan suaminya, Datuk Seri Bung Moktar Radin berhubung pelaburan Felcra dalam unit amanah Public Mutual. Pengawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Mohd […]

Sukan SEA: Jelson Dan Hanis Rangkul Emas Keenam Buat Malaysia
Malaysia berjaya merangkul pingat emas keenam dalam acara terjun menerusi aksi cemerlang yang dipamerkan oleh Jelson Jabilin dan Hanis Nazirul sebentar tadi. Pasangan tersebut berjaya meraih 345.93 mata dalam final acara 10 meter (m) platform seirama lelaki. Maklumat lanjut akan menyusul. #Hanoi2021 | #Diving Sekali lagi negaraku 🇲🇾 berkumandang di bumi Hanoi 🇻🇳. Jelson Jabillin […]

Polis Kesan Dua Beradik Disyaki Hilang
SEREMBAN, 10 Mei (Bernama) — Polis sedang mengesan dua beradik yang dilaporkan tidak pulang selepas keluar dari asrama secara sembunyi di sebuah sekolah di Senawang di sini, awal pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata kehilangan pelajar lelaki berusia 15 dan 16 tahun itu dilaporkan gurunya setelah menyedari mereka tidak hadir semasa […]

Lelaki Dipenjara 12 Hari Halang Tugas Polis Iring Konvoi TYT Sarawak, Pandu Secara Berbahaya
KUALA LUMPUR, 10 Mei (Bernama) — Seorang pekerja syarikat penyelenggaraan dipenjara 12 hari dan didenda RM10,000 oleh dua Mahkamah Majistret di sini hari ini, kerana menghalang tugas anggota polis yang mengiringi konvoi Yang Dipertua Negeri Sarawak dan memandu kereta secara melulu serta berbahaya di Lebuh Raya Sultan Iskandar di sini, Jumaat lepas. Majistret Aina Azahra […]

Tak Mahu Duit Anak-Anak, Moyang Berusia 95 Tahun Masih Mampu Bekerja
Siapa sangka, seorang moyang berusia 95 tahun masih mampu memerah keringat mencari rezeki di sebuah kedai kopi di Singapura, lapor Mothership. Ketika di hujung usia, mungkin ramai warga emas sudah tidak mampu berjalan atau melakukan pekerjaan yang berat. Tapi ia sungguh berbeza dengan Zheng Xuehua yang ditemui oleh Shin Min Daily News. Zheng, 95 tahun, […]