Berita

Pesawat Kargo DHL Alami Masalah Hidraulik Terbabas Ketika Mendarat Cemas, Ekor Pesawat ‘Patah’
Sekumpulan anggota Bomba dan Penyelamat bertungkus lumus memadam kebakaran selepas sebuah pesawat kargo jenis Boeing 757 milik DHL terbabas dan terkeluar dari landasan di Lapangan Terbang Juan Santamaria. Insiden berkenaan dilapor berlaku ketika pesawat kargo DHL berkenaan melakukan pendaratan kecemasan dan akibat daripada kejadian itu ekor pesawat telah patah dan hampir terpisah dari badan pesawat. […]

Viral Perbualan Getir Juruterbang Air France, Pesawat Alami Masalah Teknikal & ‘Sukar Dikawal’ Ketika Mendarat
Rakaman perbualan detik cemas antara juruterbang pesawat Boeing 777 Air France dalam perjalanan dari New York dengan pegawai pusat kawalan trafik udara (ATC) menjadi tular di media sosial baru-baru ini. Difahamkan, juruterbang berkenaan dilapor berdepan dengan situasi getir di mana pesawat yang dikendalikannya dipercayai mengalami masalah teknikal dan sukar dikawal hingga ketika mahu mendarat di […]

Lelaki Beli Pajero Dengan Duit Syiling
Lelaki beli Pajero dengan duit syiling 15 sen hasil tabungan yang disimpannya selama berbulan-bulan untuk dihadiahkan kepada isteri. Seorang lelaki di Karawang, Jawa Barat tekad beli sebuah Pajero Sport untuk isterinya dengan menggunakan duit syiling bernilai 15 sen. Muhammad Endang Junaedi yang lebih mesra disapa Haji Endang datang ke ‘Showroom‘ Mitsubishi Motor di Karawang Jawa […]

Ibu & Dua Anak Kembar Ditemui Maut, Polis Jumpa Ubat Hama Dalam Tong Sampah
Seorang ibu & dua anak kembar ditemui maut di dalam sebuah rumah mewah di Lubukpakam, Indonesia, pada 6 April kelmarin. Menurut Tribun News, ketiga-tiga mayat mangsa ditemukan dalam keadaan seperti sedang tidur, selain buih turut terkeluar pada bahagian mulut mereka. Ketua Polis Tempatan, Irsan Sinuhaji berkata, selain bekas minuman yang berada di atas almari solek […]

Popular Dengan Lagu ‘Aidilfitri’, Ajai ‘Throwback’ Rakaman Suara Sanisah Huri Yang Kekal Merdu Tak Ditelan Zaman
Tiap kali datangnya Ramadan pasti bermacam-macam lagu Hari Raya Aidilfitri dimainkan, antara yang cukup terkenal ialah Aidilfitri, Selamat Hari Raya, Suasana Hari Raya dan banyak lagi. Tidak kurang juga, saban tahun lagu-lagu raya versi moden juga makin banyak dihasilkan. Seiring dengan arus moden, muzik, konsep dan pembawaannya juga agak berbeza berbanding lagu raya klasik. Walau […]

Polis Tingkat Penguatkuasaan Di Pintu Sempadan Elak Seludup Mercun
BALING, 7 April – Penguatkuasaan di pintu masuk sempadan negara di Bukit Kayu Hitam akan ditingkatkan bagi mengekang penyeludupan mercun dan bunga api khususnya menjelang sambutan Aidilfitri akan datang. Ketua Polis Kedah Komisioner Wan Hassan Wan Ahmad berkata pada masa ini hanya terdapat beberapa syarikat yang telah memohon untuk menjadi pengedar berlesen bagi membawa masuk […]

Bapa Maut, Anak Perempuan Cedera Kereta Rempuh Pokok Di Mukah
MUKAH, 7 April – Seorang lelaki maut manakala anak perempuannya cedera apabila kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pokok di Jalan Orang Kaya Setia Raja di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata dalam kejadian kira-kira 1.40 tengah hari, kereta dipandu Hassan Rajak, 51, sedang bergerak […]

Sultan Johor Titah Semua Aktiviti Selam Di Perairan Mersing Dihentikan Sementera
JOHOR BAHRU, 7 April – Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar menitahkan kesemua aktiviti menyelam di perairan Mersing dihentikan buat sementara waktu. Baginda bertitah ini berikutan insiden kehilangan empat penyelam sekitar Pulau Tokong Sanggul yang terletak berhampiran Pulau Sibu semalam. “Saya mahu kesemua aktiviti menyelam dihentikan sementara sehingga kita dapat kenal pasti apa sebenarnya […]

Keperluan Perakuan Sirim Terhadap Pelitup Muka Bukan Perubatan Ditunda Ke 1 jan 2023
PUTRAJAYA, 7 April – Penguatkuasaan Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan) Pelitup Muka Bukan Perubatan yang mengkehendaki pengilang dan pengimportnya membuat permohonan perakuan serta penandaan MS SIRIM ditangguhkan ke 1 Jan 2023. Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata penangguhan itu bukan kerana kerajaan membuat pusingan U tetapi […]

Pelajar Hanya Mampu Lihat Dokumen Peribadi Terbakar
MELAKA, 7 April (Bernama) — Seorang pelajar berusia 20-an hanya mampu melihat barangan peribadi serta dokumen pengenalan diri miliknya hangus apabila gudang tempatnya menjalani latihan industri di Kawasan Perindustrian Krubong, di sini terbakar pagi tadi. Hanya mahu dikenali sebagai Siti Aishah, beliau ketika itu baru tiba di pejabat sebelum terdengar bunyi letupan dan melihat api berdekatan wayar pada alat […]

Pencipta Bersama Komik Doraemon, Fujiko Fujio A Meninggal Dunia
Pencipta bersama (co-creator) komik Doraemon, Fujiko Fujio A dilapor telah meninggal dunia pada pagi Khamis di kediamannya di Kawasaki, Tokyo pada usia 88 tahun. Merujuk Anime News Network, pihak polis pada awalnya menerima laporan mengenai kejadian Fujiko yang dilapor rebah sekitar pukul 8:40 pagi di kediamannya. Bagaimanapun figura manga Doraemon itu akhirnya disahkan meninggal dunia […]

Pegawai Bank Rompak Bank, Misi Gagal ‘Kantoi’ Guna Pistol Palsu
Seorang pegawai bank yang merompak sebuah bank ditahan polis selepas misi rompakannya musnah gara-gara pistol yang dibawanya ‘gagal’ menakutkan mangsa. Lebih malang, tindakan ‘ganas’ suspek yang membawa senjata palsu jenis ‘airsoft’ itu berjaya dipatahkan dengan mudah oleh pengawal keselamatan bank berkenaan. Memetik Tribun News, rompakan gagal tersebut dilapor berlaku di sebuah bangunan bank di Jakarta […]

Kes Cuai Khatan: Pemuda Peroleh Ganti Rugi Berjumlah RM3.1 Juta
KUALA LUMPUR, 7 April – Seorang pemuda berumur 22 tahun yang terpotong kepala alat sulitnya ketika berkhatan 12 tahun lepas, memperoleh ganti rugi berjumlah RM3.1 juta selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini membenarkan tuntutan samannya terhadap kerajaan Malaysia dan empat lagi. Turut dinamakan sebagai defendan dalam saman itu ialah pegawai perubatan dan pengarah Hospital […]

Lebih 100,000 Saman Trafik Tertunggak Sejak 2016 Milik Warga Singapura – Bukit Aman
KUALA LUMPUR, 7 April – Sebanyak 108,757 saman tertunggak direkodkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membabitkan pelbagai kesalahan trafik dilakukan oleh warga Singapura bagi tempoh 2016 hingga tahun lepas. Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mat Kasim Karim berkata daripada jumlah itu sebanyak 21,452 saman trafik belum dijelaskan pada 2016, sebanyak 19,275 […]

Rangka Kanak-Kanak Perempuan Ditemukan
SEREMBAN, 7 April (Bernama) – Polis menemukan rangka dipercayai milik seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di kawasan belukar berhampiran tangki air di Taman Bukit Zamrud, di sini pagi tadi. Ketua Polis Daerah Seremban ACP Nanda Maarof berkata penemuan rangka manusia pada kira-kira 11 pagi itu membabitkan tengkorak, gigi geraham dan cebisan tulang yang dipercayai […]

Bekas Pengarah 1MDB Mengaku RM2.28 Billion Masuk Ke Akaun Peribadi Najib
KUALA LUMPUR, 7 April (Bernama) — Seorang saksi dalam perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) hari ini menukar keterangannya dan mengaku di Mahkamah Tinggi di sini bahawa sejumlah RM2.28 bilion daripada wang dana negara itu masuk ke akaun peribadi bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di antara tahun 2011 dan 2014. Bercanggah dengan keterangannya sebelum […]

Harga Dedak Naik, Harga Daging Dijangka Meningkat Menjelang Raya
ALOR SETAR – Selepas peningkatan harga ayam proses pada awal bulan ini, pembeli dijangka akan berdepan dengan kenaikan harga daging menjelang sambutan Aidilfitri ini. Memetik laporan Utusan Malaysia, Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (Cake), Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, harga daging dijangka melambung berikutan kenaikan harga dedak bermula hari ini. Menurutnya, kenaikan harga dedak itu dimaklumkan sendiri […]

Polis Tahan Tiga Individu, Rampas Dadah Bernilai RM40,540
KUCHING, 7 April (Bernama) – Polis menahan seorang lelaki tempatan dan dua wanita warga Vietnam selepas disyaki memiliki dadah pelbagai jenis bernilai RM40,540 dalam dua serbuan di bandar raya ini, Isnin lepas. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak Supt Wong Leong Meng berkata lelaki berkenaan ditahan bersama sejumlah dadah pada kira-kira 2.30 petang. […]

Kos Haji Tahun Ini Dijangka Cecah Lebih RM25,000 Seorang
KUALA LUMPUR , 7 April – Lembaga Tabung Haji (TH) menjangkakan kos menunaikan haji bagi seorang jemaah muassasah pada tahun ini meningkat kepada lebih RM25,000 susulan kenaikan berkaitan cukai dan caj perkhidmatan baharu yang dikenakan kerajaan Arab Saudi. TH dalam kenyataan hari ini memaklumkan kos berkenaan merupakan peningkatan 12 peratus berbanding RM22,900 bagi seorang jemaah […]

Peluang Temukan Tiga Lagi Penyelam Dalam Keadaan Selamat Adalah Tinggi – Polis
MERSING, 7 April (Bernama) – Peluang menemukan tiga lagi penyelam warga asing yang dilaporkan hilang di perairan Pulau Tokong Sanggol, di sini, dalam keadaan selamat adalah tinggi, kata Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing. Beliau berkata keyakinan itu berdasarkan pengalaman ketiga-tiga penyelam itu iaitu Adrian Peter, 46, yang merupakan warga Britain dan anak […]