Berita

Berita
Debu ‘Penuhi’ Langit, Gunung Berapi Taal Di Filipina Muntahkan Asap & Wap Panas Ke Udara
MANILA – Gunung Berapi Taal di selatan Manila yang menunjukkan aktiviti aktif telah menghemburkan asap dan wap panas sehingga kelihatan ke udara. Berdasarkan laporan BNO News, asap berkepul ke udara itu kelihatan sekitar jam 8.30 pagi pada hari ini. Memetik daripada laporan Bernama, Institut Volkano dan Seismologi Filipina telah meningkatkan amaran tahap tiga daripada lima […]
Berita
Doktor Di Korea Dakwa Individu Tak Pernah Kena Covid Mungkin Sebab Tiada Kawan & Ada Masalah Hubungan
SEOUL – Satu kenyataan oleh seorang doktor pakar di Korea Selatan baru-baru ini mencetuskan kontroversi selepas beliau menyatakan bahawa individu yang belum dijangkiti Covid-19 berkemungkinan kerana mereka tidak mempunyai atau tiada kawan. Menurut doktor pakar yang juga merupakan Naib Presiden Persatuan Vaksin Korean, Ma Sang-hyuk menerusi Facebooknya mendakwa, orang dewasa yang belum pernah dijangkiti Covid-19 […]
Berita
Operasi Ketenteraan Rusia Di Ukraine Diteruskan – Pegawai
MOSCOW, 26 Mac (Bernama) — Operasi ketenteraan khas di Ukraine akan diteruskan sehingga semua tugasan selesai, lapor Xinhua memetik kenyataan Timbalan Pengerusi Majlis Keselamatan Rusia Dmitry Medvedev pada Jumaat. “Tugasan itu mempunyai kaitan dengan masa depan Ukraine: status Ukraine sebagai negara berkecuali, negara yang tidak melaksanakan dasar anti-Rusia, bukan negara ketenteraan, dan sebagai jiran biasa […]
Berita
Tangki Minyak Di Jeddah Dilapor Terbakar, Didakwa ‘Dibedil’ Peluru Berpandu Houthi
JEDDAH – Tangki minyak simpanan dipercayai milik Aramco di Jeddah dilapor terbakar, didakwa berpunca daripada serangan pemberontak Houthi Yaman. Memetik daripada laporan ringkas CNBC, kumpulan itu bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengaku bahawa pihaknya melancarkan serangan tersebut. Namun begitu, dalam satu tweet lebih awal, jurucakap pemberontak Houthi mengumumkan bahawa pihaknya akan menjalankan operasi ketenteraan jauh […]
Berita
Lelaki Thailand Terlibat Pemerdagangan Migran Rohingya Ke Malaysia Ditangkap Selepas 7 Tahun
BANGKOK, 25 Mac – Polis Thailand menahan seorang lelaki tempatan kerana didakwa terlibat dengan kes pemerdagangan migran Rohingya ke Malaysia. Menurut laporan Bangkok Post lelaki berusia 54 tahun dari daerah Sadao di wilayah selatan Songkhla itu ditahan di Samut Prakan, selatan Bangkok pada Khamis selepas tujuh tahun melarikan diri. Komander Polis Daerah Wilayah 8, Mejar […]
Berita
Remaja Maut, Tergelincir & Jatuh Dari Permainan “Fun Fair” Setinggi 430 Kaki
CALIFORNIA – Seorang remaja lelaki maut selepas tergelincir dan jatuh dari tempat duduknya ketika menaiki permainan ‘Orlando Free Fall’ setinggi 430 kaki di taman tema Icon Orlando. Memetik daripada laporan Dailymail, identiti remaja tersebut masih belum dapat dikenal pasti kerana kecederaan yang dialaminya sangat teruk. Pekerja taman tema itu mendakwa mangsa tergelincir dan jatuh pada […]
Berita
Dua Tahun Terpisah, Lelaki Nekad Kayuh Bot Getah 2000km Dari Thailand Ke India Untuk Jumpa Isteri
PHANGNA – Perasaan rindu yang mendalam seorang suami ke atas isterinya membuatkan seorang lelaki Vietnam nekad mendayung bot getah dari Phuket, Thailand ke India sejauh kira-kira 2000km (kilometer). Bagaimanapun, usahanya tidak berhasil sebelum terpaksa diselamatkan daripada bot getah yang dinaikinya selepas mengharungi perjalanan hanya kira-kira 80 kilometer. Lelaki berusia 37 tahun itu dilapor ditemui oleh […]
Berita
Dua Lelaki Ditahan Kes Halang Ambulans
SHAH ALAM, 25 Mac – Polis menahan dua lelaki kerana disyaki menghalang laluan ambulans yang sedang membawa pesakit ke hospital semalam. Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Cha Hoong Fong kedua-dua suspek ditahan sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan kira-kira pukul 4 petang tadi. Katanya mereka ditahan susulan […]
Berita
Thailand Setuju Buka Pintu Sempadan Di Wang Kelian Dan Bukit Kayu Hitam – PM
KANGAR, 25 Mac (Bernama) — Thailand bersetuju untuk membuka pintu sempadan daratnya dengan Malaysia iaitu di Wang Kelian, Perlis dan Bukit Kayu Hitam, Kedah mulai 1 April ini. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata perkara itu merupakan berita gembira khususnya bagi penduduk di kedua-dua negeri berkenaan. Beliau berkata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin juga […]
Berita
Penyanyi, Komposer Disyaki Tanam Dan Proses Ganja Direman 7 Hari
PETALING JAYA, 25 Mac (Bernama) – Seorang penyanyi dan komposer yang diberkas di kediamannya dalam satu serbuan di sebuah kondominum semalam kerana disyaki menanam pokok ganja dan memproses ganja direman tujuh hari bermula hari ini. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata lelaki berumur 47 tahun yang mempunyai rekod penyalahgunaan dadah […]
Berita
Polis Tahan Bapa 3 Kanak-Kanak Buat Aksi Bahaya Dalam Kereta
IPOH, 25 Mac – Polis menahan bapa kepada tiga kanak-kanak yang membuat aksi berbahaya dengan mengeluarkan separuh badan dari dalam kereta yang sedang bergerak dipercayai dirakam di Jalan Tambun di sini, seperti yang tular dalam media sosial semalam. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata lelaki berusia 37 tahun itu ditahan di Sunway City […]
Berita
Hujan Lebat & Ribut Petir Dijangka Badai Hampir Seluruh Negara Sehingga 8 Malam Ini
KUALA LUMPUR – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) setakat kemas kini jam 4.55 petang (25 Mac 2022) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda beberapa kawasan seluruh negara sehingga 8 malam ini. Antara negeri dan kawasan yang dijangka terlibat adalah Perlis. Manakala di Kedah, kawasan-kawasan yang diramal akan dilanda fenomena cuaca berkenaan adalah […]
Berita
Penduduk Jakarta Terima Hadiah Minyak Masak Jika Ambil Dos Penggalak
JAKARTA – Pusat Kesihatan Daerah Kecil Tebet, Jakarta mengadakan program vaksinasi dengan menghadiahkan minyak masak secara percuma kepada penerima dos penggalak di Masjid Al-Ittihad pada 26 Mac dan 27 Mac 2022. Timbalan Gabenor DKI Jakarta, Ahamd Riza Patria bagaimanapun mengakui bahawa pihaknya tidak menerima sebarang arahan daripada pihak kerajaan sebelum melaksanakan pemberian hadiah tersebut kepada […]
Berita
MYDIN Bantu Golongan Memerlukan Sediakan Persiapan Ramadan & Aidilfitri
SUBANG JAYA: Rangkaian pemborong dan peruncit halal terbesar tempatan, Mydin Mohamed Holdings Berhad (MYDIN) meneruskan kempen program tanggungjawab sosial korporatnya, Senyuman Syawal dan MYDIN Prihatin Syawal 2022 bagi membantu persiapan golongan memerlukan menjelang sambutan Ramadan dan Aidilfitri tidak lama lagi. Pelancaran kempen disempurnakan oleh Yang Amat Berhormat, Dato’ Seri Amirudin bin Shari, Menteri Besar Selangor […]
Polis Pulau Pinang Terima 108 Kes Ugutan Video Bogel Babitkan Kerugian RM589,685
GEORGE TOWN, 25 Mac (Bernama) — Polis Pulau Pinang menerima laporan 108 kes ugutan penyebaran video bogel lelaki dalam talian sehingga menyebabkan kerugian RM589,685 sejak 2020 hingga Februari lepas. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata mereka yang menjadi mangsa dalam pemerasan itu berusia antara 13 hingga 64 tahun dengan seorang daripadanya telah membunuh […]
Berita
Wang Simpanan Guru RM277,000 Lesap Angkara Macau Scam
KUANTAN, 25 Mac (Bernama) — Seorang guru mendakwa kerugian lebih RM277,000 selepas diperdaya Macau Scam menerusi beberapa panggilan telefon bermula 18 Mac lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang Supt Mohd Wazir Mohd Yusof berkata wanita berusia 55 tahun itu pada mulanya telah dihubungi oleh seorang individu yang mendakwa daripada syarikat insurans dan memaklumkan mangsa […]
Berita
Gangguan Bekalan Air Sekitar Jalan Burma Ahad Ini
GEORGE TOWN, 25 Mac (Bernama) — Kawasan di sekitar Jalan Burma akan mengalami gangguan bekalan air berjadual selama 12 jam pada Ahad 27 Mac, dari 9 pagi hingga 9 malam. Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP) dalam kenyataan memaklumkan, gangguan bekalan air itu berlaku berikutan kerja-kerja pengalihan segera saluran paip air di hadapan […]
Berita
Sisa Buangan Bahan Makanan Dijangka Meningkat Ketika Ramdahan – SWCorp
SEREMBAN, 25 Mac (Bernama) — Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp) menjangkakan berlaku peningkatan jumlah sisa buangan bahan makanan terutama ketika Ramadan yang bakal disambut bulan depan. Pengerusinya, Datuk Rizalman Mokhtar berkata ia berikutan kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) dengan sektor ekonomi boleh beroperasi tanpa sekatan termasuk penganjuran semula bazar Ramadan selepas dua tahun ia tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya susulan COVID-19. “Kita […]
Berita
Peniaga Dipenjara 13 Tahun Sebabkan Kematian Kekasih Ibu
SHAH ALAM, 25 Mac (Bernama) — Seorang peniaga yang sebelum ini menghadapi tuduhan membunuh kekasih ibunya dihukum penjara 13 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas didapati bersalah menyebabkan kematian lelaki warga Pakistan itu. Hakim Datuk Abd Halim Aman menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, lelaki berusia 27 tahun selepas meminda pertuduhan membunuh kepada menyebabkan kematian tanpa niat […]
Berita
Kematian Pelakon Netflix Thailand Beam Mungkin Berpunca Dari SUDS
BANGKOK, 25 Mac (Bernama) — Kematian pelakon Thailand, Papangkorn Lerkchaleampote, 25, atau lebih dikenali sebagai Beam mungkin berpunca daripada sindrom kematian mengejut yang tidak dapat dijelaskan (SUDS). Pesuruhjaya Biro Polis Metropolitan, Jeneral Samran Nuanma berkata pelakon itu bermain bola sepak dari lapan hingga sepuluh malam, kemudian pulang ke rumah pada 11.30 malam Selasa. Beliau ditemukan meninggal dunia […]