Berita

Berita
MB Kedah Cadang Kerajaan Benar Eksport Daun Ketum
ALOR SETAR, 16 Mac (Bernama) – Kerajaan Persekutuan dicadang agar membenarkan eksport daun ketum bagi memenuhi permintaan tinggi untuk tujuan perubatan oleh syarikat farmasi di luar negara. Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata langkah itu bukan sahaja membantu pengusaha tanaman ketum di negara ini, malah kerajaan juga mendapat hasil menerusi cukai […]
Berita
Dera Kanak-kanak: Polis Lengkapkan Siasatan, Tunggu Pertuduhan
GEORGE TOWN, 16 Mac (Bernama) — Polis telah melengkapkan siasatan berhubung seorang wanita warga asing yang dikatakan mendera kanak-kanak, dan kertas siasatan telah dikemukakan kepada pejabat timbalan pendakwa raya untuk proses pertuduhan di mahkamah. Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Soffian Santong berkata kejadian dalam paparan video yang ditular dalam media sosial baru-baru ini melibatkan wanita berkenaan, sebenarnya berlaku pada […]
Berita
Pencarum KWSP Wajar Dapat Khidmat Nasihat Kewangan Sebelum Keluarkan Simpanan
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) — Sebelum membuat pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), pencarum perlu mendapatkan khidmat nasihat kewangan daripada mana-mana agensi berkaitan. Penganalisis ekonomi dari Putra Business School Prof Madya Dr Ahmed Razman Abdul Latiff berkata ini penting, bagi memastikan golongan itu membuat keputusan sewajarnya terutama tidak menjejaskan simpanan hari tua mereka. “Keputusan […]
Berita
(Video) Langit Sepanyol Bertukar Jingga Pagi Tadi, Penghidap Asma Berdepan Risiko Tinggi
Ribut debu besar yang mengubah langit Eropah menjadi jingga hari ini didakwa akan melanda Inggeris esok pagi, menurut ramalan pakar, lapor Daily Star. Menurut Daily Star, bahagian selatan Sepanyol telah dilitupi dengan udara panas hingga menyebabkan langit kelihatan bercahaya pada waktu pagi, 15 Mac semalam. Laboratorio de Climatologia di Universiti Alicante telah mengeluarkan amaran kepada […]
Berita
TERKINI: Harga Minyak Terus Meningkat, RON97 Kini RM4 Seliter
Kementerian Kewangan Malaysia (MoF) hari ini telah mengemas kini harga runcit produk petroleum bagi tempoh 17 Mac 2022 hingga 23 Mac 2022. Menerusi siaran media yang dikeluarkan, harga runcit petroleum bagi petrol RON97 naik sebanyak RM0.25 sen daripada RM3.75 kepada RM4.00 seliter. Manakala, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan Diesel juga […]
Politik
PH Akui Kelemahan PRN Johor Kali Ini
Majlis Presiden Pakatan Harapan (MPPH) mengakui kelemahan keputusan PRN Johor baru-baru ini atas faktor pertandingan pelbagai penjuru, logo, peratusan keluar pengundi yang rendah serta aspek penerangan dan komunikasi. MPPH berkata demikian dalam satu kenyataan bersama melibatkan pemimpin-pemimpin parti iaitu Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden AMANAH, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan […]
Selepas Lebih 60 Tahun, Identiti Sebenar Gadis ‘Little Miss Body’ Yang Hilang Pada 1960 Akhirnya Didedah
Selepas lebih 60 tahun, akhirnya kes kehilangan seorang gadis kecil ‘Little Miss Nobody’ berjaya dibongkarkan dan dipercayai pernah diculik dari rumahnya ketika dia masih kecil, memetik laporan The Independent. Menurut laporan, gadis itu pernah diculik, dibunuh dan ditanam dalam padang pasir sebelum mayatnya ditemui di Sand Creek Wash berhampiran Kongres, Arizona di US semasa usianya sekitar […]
Berita
Butiran Pengeluaran Khas KWSP Akan Diumumkan Dalam Masa Terdekat – Menteri Kewangan
Butiran mengenai pengeluaran khas simpana persaraan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga RM10,000 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Ismail Sabri Yaakob hari ini akan dieprincikan oleh KWSP dlaam masa terdekat. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa KWSP juga akan mengumumkan langkah-langkah yang perlu bagi menangani isu dana […]
Berita
Dakwaan AJK Fatwa Selangor Mahu Hidupkan Ajaran Sesat Satu Tuduhan Berat – Mufti Selangor
Baru-baru ini tular di media sosial video didakwa berkaitan isu yang bertajuk “AJK Fatwa Negeri Selangor Mahu Hidupkan Ajaran Sesat?”. Ekoran video tular tersebut, Dato Seri Utama Diraja Mufti Selangor, Dato’ Dr. Haji Anhar Bin Haji Opir mengeluarkan kenyataan menyangkal kenyataan daripada video tersebut. “Dakwaan Ahli Jawatan Kuasa Fatwa Negeri Selangor mahu menghidupkan ajaran sesat […]
Berita
Polis Rekod Keterangan Lima Individu Bantu Siasatan Kes Bunuh, Bakar Wanita
KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) – Polis selesai mengambil keterangan lima individu termasuk suspek utama bagi membantu siasatan kes bunuh dan bakar seorang wanita di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak, Cheras, di sini Sabtu lepas. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Azmi Abu Kassim berkata polis berkemungkinan akan memanggil beberapa lagi individu bagi membantu […]
Berita
RM10k KWSP, Ismail Rayu Buat Keputusan Pengeluaran Dengan Bijak
Dalam membuat keputusan Pengeluaran Khas RM10k, semua pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) disaran agar membuat pertimbangan sewajarnya mengenai pengeluaran khas yang dibenarkan. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata demikian berikutan kebenaran kerajaan terhadap pengeluaran khas simpanan KWSP sebanyak RM10k yang diumum sebentar tadi. “Walaupun kerajaan berikan kebenaran untuk pengeluaran khas KWSP ini, […]
Berita
Kerajaan Setuju Benarkan Pengeluaran Khas KWSP RM10000
Kerajaan hari ini bersetuju untuk membenarkan pengeluaran khas KWSP sebanyak RM10000 atau RM10k untuk pencarum KWSP. Menerusi sidang media yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebentar tadi, beliau berkata berdasarkan dapatan kajian dalam situasi pandemik ini, ada keluarga yang masih terkesan dari segi ekonomi, hilang pendapatan dan sedang membina mula kedudukan. […]
Berita
SPRM Kesan Dua Individu Bantu Pengurusan Kes
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sarawak sedang mengesan dua individu bagi membantu pengurusan kes SPRM. SPRM dalam kenyataan memaklumkan, individu pertama, Steven Jong Thien Wun berusia 22 mempunyai alamat terakhir di No 372, Lorong 6 Batu 17, Jalan Kuching/Serian Siburan 94200, Kuching, Sarawak. Sementara itu, individu kedua, Kelvin Chan Peggy berusia 21 mempunyai alamat terakhir […]
Berita
Nantikan, Sidang Media Khas Secara Langsung PM, 1.30 Tengah Hari Ini
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan bersiaran secara langsung dalam satu sidang media khas pada pukul 1.30 tengah hari ini. Orang awam boleh mengikuti sidang media berkenaan melalui medium LIVE Facebook dan Youtube Bernama TV, Unifi TV 631, myFreeview 121, AWANI dan saluran berita lain. Laporan intipati sidang media tersebut akan dilaporkan sejurus […]
Berita
Gempa Bumi Gegar Perairan Jawa Sebentar Tadi
Satu gegaran gempa bumi sederhana dikesan berlaku Jawa, Indonesia pada pukul 11:00 pagi tadi, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia. Menurut jabatan itu, gempa bumi bermagnitud 5.4 pada skala Ritcher tersebut terletak di 8.0 darjah Selatan dan 106.9 darjah Timur. Difahamkan, ia berlaku pada jarak 121 kilometer Selatan dari wilayah Sukabumi, Indonesia dengan kedalaman 75 kilometer ke […]
Berita
Onn Hafiz Mula Tugas Sebagai Menteri Besar
ISKANDAR PUTERI, 16 Mac (Bernama)– Menteri Besar Johor yang baharu Datuk Onn Hafiz Ghazi memulakan tugasnya secara rasmi di Bangunan Dato’ Jaafar Muhammad, Kota Iskandar di sini hari ini. Kenderaan membawa Menteri Besar Johor ke-19 itu tiba di pekarangan bangunan berkenaan pada 10.05 pagi dan ketibaan beliau disambut Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Azmi Rohani. Sebelum […]
Berita
Dolar Amerika Tercabar? Jual Minyak Ke China, Arab Saudi Dilapor Sedia Terima Matawang Yuan
Arab Saudi dilapor sedang berunding dengan China melibatkan urusan penjualan minyak ke negara itu dan bersedia menerima bayaran menggunakan matawang Yuan, berbanding amalan biasa yang menggunakan matawang Dolar Amerika Syarikat (AS). Arab Saudi merupakan negara pengeksport minyak utama dunia, manakala China adalah negara pengimport utama minyak dunia. Sekiranya benar dan menjadi kenyataan, keputusan ini dilapor […]
Berita
Tiada Kesan Tumpahan Minyak Di Pantai Cermin, Port Dickson – EXCO
SEREMBAN, 16 Mac (Bernama) – Tiada kesan tumpahan minyak di sepanjang Pantai Cermin, Port Dickson, dekat sini, kata Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S.Veerapan. Beliau berkata pasukan penyiasat Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Sembilan telah memeriksa keadaan air laut di sepanjang Pantai Cermin dan mendapati hanya kesan habuk kayu bakau […]
Berita
Qari Terkenal, Ustaz Nik Azizan Al Farisi Meninggal Dunia
Seorang pendakwah bebas dan guru mengaji taranum serta qari yang cukup dikenali ramai iaitu Ustaz Azizan Al Farisi meninggal dunia sekitar jam 7.30 pagi pada Rabu. Berita duka pemergian Allahyarham Ustaz Azizan Al Farisi ini disampaikan menerusi laman Facebook Amin Idris sebentar tadi. Sungguh terkejut kerana pagi ini menerima berita duka pemergian Senior Falahiah Ust […]
Berita
Kanak-Kanak Lelaki 10 Tahun Tidak Kekok Ternak Ikan Peliharaan Bapa
BALIK PULAU, 16 Mac (Bernama) – Ketika kanak-kanak sebayanya leka menonton rancangan kartun di televisyen mahupun permainan lain, Mohamad Sufi Ryyan Suwardi memilih untuk berada di kolam ternakan ikan milik bapanya dan ‘lincah’ mengendalikan pelbagai jenis ikan peliharaan tanpa rasa kekok. Malah, keakraban kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun itu bersama ikan berkenaan boleh diibaratkan sebagai […]