Berita

Berita
Polis Siasat Kes Buli Didakwa Berlaku Di MRSM Kuala Kangsar
IPOH, 10 Dis (Bernama) — Polis Perak kini sedang melakukan siasatan terperinci berhubung satu kes buli didakwa berlaku di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar, seperti yang tular di media sosial hari ini. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata pihaknya akan melakukan siasatan lanjut sebelum mengambil tindakan sewajarnya. “Saya telah mengarahkan […]
Berita
Sindiket Judi Dalam Talian Di Johor Bahru Tumpas
JOHOR BAHRU, 10 Dis (Bernama) — Satu sindiket perjudian dalam talian tumpas dengan penahanan lima lelaki warga Indonesia susulan serbuan di sebuah rumah di Taman Ungku Tun Aminah di sini Rabu lepas. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata kesemua yang ditahan berumur lingkungan 21 hingga 29 tahun dan berperanan sebagai operator tambah nilai kredit serta […]
Berita
Pemandu Lori Didenda RM2,000, Pindah 21 Ekor Lembu Tanpa Kebenaran
BUTTERWORTH, 10 Dis (Bernama) — Seorang pemandu lori didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret (Munisipal) di sini hari ini selepas mengaku bersalah melakukan pemindahan 21 ekor lembu tanpa kebenaran Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang pada Januari lalu. Tertuduh, Mohd Aidil Abdul Halim, 40, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Noor Farah Hazwani Osman. […]
Berita
“Gila Mahal, Takleh Kurang Ke?”, Yuran Mengaji Cuma RM 50 Sebulan, Lelaki ‘Penat’ Layan “Parent” Ni Asyik Minta Diskaun
Membaca dan mendalami ilmu Al-quran merupakan ibadah yang dituntut untuk dilaksanakan oleh Umat Islam dan ia menjadi salah satu amalan yang boleh mendekatkan diri kita kepada Allah SWT. Jika tidak mahir, setiap orang digalakkan untuk mempelajari Al-quran secara bersemuka atau berhadapan dengan guru yang lebih arif. Pun begitu, nampaknya bukan semua orang boleh menerima kenyataan […]
Berita
MARA Tidak Berkompromi Terhadap Sebarang Salah Laku Pelajar MRSM
PUTRAJAYA, 10 Dis. – Majlis Amanah Rakyat (MARA) mengambil maklum bahawa satu kandungan di media sosial Facebook dan Twitter telah tular berkaitan rakaman video sekumpulan pelajar sedang membuli rakannya. Menurut Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, pihak MARA memandang serius berkaitan isu tersebut dan akan melaksanakan siasatan terperinci terhadap video yang tular. “Saya […]
Berita
Siasatan Pengambilan Tanah Di Sungai Baru, Kampong Bharu Ditangguhkan Tahun Depan
KUALA LUMPUR, 10 Dis (Bernama) — Siasatan pengambilan tanah di Sungai Baru, Kampung Baru di sini ditangguhkan ke tahun hadapan bagi membolehkan rundingan antara pemaju dan pemilik lot/ flat PKNS Sungai Baru mencapai satu persetujuan. Perbadanan Pembangunan Kampong Bharu (PKB) dalam kenyataan memaklumkan perkara itu dicadangkan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim. “Menteri Wilayah Persekutuan […]
Berita
Perjumpaan 19 ‘Datuk Bandar’ Berkaitan Usaha Jaga Keselamatan – Polis
KOTA KINABALU, 10 Dis (Bernama) — Perjumpaan 19 ‘datuk bandar’ dari selatan Filipina baru-baru ini adalah berkaitan usaha menjaga keselamatan dan rancangan mempertahankan kawasan itu dari elemen yang menggugat keselamatan, bukan merancang plot baharu untuk menawan Sabah. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman Datuk Hazani Ghazali berkata berita palsu berkenaan telah […]
Berita
TERKINI: 5,058 Kes Baharu COVID-19 Dicatatkan Pada Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa pada 10 Disember 2021, sebanyak 5,058 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan. Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 2,683,523. Bagi mendapatkan maklumat secara lebih terperinci berkenaan statistik kes COVID-19, kunjungi laman COVIDNOW https://covidnow.moh.gov.my/ Pada 10 Disember […]
Berita
(Video) “Keluar, Ini Rumah Aku”, Lelaki Tergamak Halau Dipercayai Ibu Mertua Sendiri Yang Berkerusi Roda
Satu video yang memaparkan seorang anggota tentera udara Indonesia didakwa menghalau ibu mertuanya yang berkerusi roda keluar dari rumahnya telah menjadi tular di media sosial. Dalam video itu, kelihatan seorang lelaki yang tidak berbaju telah menyuruh ibu mertuanya keluar dari rumahnya. Menurut portal bekasi.pikiran-rakyat.com, lelaki tersebut bertugas di Wing 6 Pangkalan Udara Roesmin Nurjadin Pekanbaru, […]
Berita
POPULAR Menggila Buat ‘BookFest’ Terbesar
Tahun 2021 bakal melabuhkan tirai tak lama lagi. Dah nak hujung tahun ni, mesti ramai kaki shopping tengah sibuk buat persiapan untuk intai jenama-jenama besar yang akan buat sales nanti. Bagi ulat buku, penggemar novel khususnya yang suka baca novel fiksyen, klasik dan seangkatan dengannya lah. Ada berita baik untuk korang ni. Kedai buku terkenal […]
Kesihatan
Gagal Patuhi SOP Disyaki Punca Penularan COVID-19 Babitkan Kluster Industri Di Kulim
ALOR SETAR, 10 Dis (Bernama) — Kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan di tempat kerja serta aktiviti rekreasi melibatkan kumpulan pekerja disyaki sebagai punca penularan jangkitan COVID-19 membabitkan pekerja kilang di Mukim Padang Meha, Padang Serai, Kulim dan ahli keluarga mereka. Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah Dr Othman Warijo berkata penularan itu […]
Berita
Terbahagi Kepada 3, Ini Jenis-jenis Riba Mengikut Mazhab Syafie Umat Islam Kena Tahu
Amalan riba sememangnya ditegah di dalam agama Islam kerana ia memberikan kesan yang buruk bukan sahaja ke atas individu tetapi kepada negara juga. Kebiasaannya, riba akan berlaku dalam proses jual beli atau sebarang jenis pinjaman. Di dalam mazhab Syafie, riba terbahagi kepada tiga jenis iaitu riba al-Fadl, riba al-Nasiah dan riba al-Yadd. Ikuti pencerahan yang […]
Berita
(Video) Kuasa Allah, Kucing Ditemui Masih Hidup Walau Ditimbus Lumpur Panas Letusan Gunung Berapi Semeru
Kejadian letusan Gunung Berapi Semeru pada Sabtu lalu menyaksikan puluhan penduduk telah terkorban dek kerana debu atau abu panas yang ‘menenggelami’ kawasan sekitar. Namun, kejadian itu juga sebenarnya turut memberi kesan kepada hidupan lain seperti kucing yang bagaikan tiada arah tuju selepas semua kawasan dilitupi dengan dabu atau asap panas. Baru-baru ini seekor kucing dilaporkan […]
Berita
Lelaki Didakwa Rogol 12 Orang Pelajarnya Termasuk Ketika Haid, 9 Daripadanya Hamil & Sudah Bersalin
Pemilik sebuah institusi pendidikan persendirian di Cibiru, Kota Bandung, Jawa Barat, Indonesia didakwa melakukan serangan seksual dengan merogol 12 pelajar perempuan di bawah umur. Menurut portal BeritaSubang.com, 9 daripada mangsa kini telah pun melahirkan anak. Mangsa yang masih dalam usia belasan tahun dilaporkan telah dirogol di dalam bilik suspek di rumahnya serta di pusat pengajian […]
Berita
Berang Laos Kalah Besar, Lelaki Tuduh Perlawanan Lawan Malaysia ‘Diatur’, Minta Pihak Berkuasa Siasat
Skuad Harimau Malaya sekali lagi catat keputusan yang membanggakan apabila berjaya menundukkan pasukan Laos dengan skor 4 berbalas 0 dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan saingan Piala AFF Suzuki Cup 2020 semalam. Hasil jaringan hatrik daripada bintang Johor Darul Ta’zim (JDT) Safawi Rasid dan Shahrul Saad itu telah berjaya meletakkan pasukan negara ke kedudukan selesesa iaitu […]
Gaya hidup
(Video) “Nak Tinggal Di Cameron?” Semua Sejuk, Wanita Kongsi Benda Kena Hadap Hari-hari Kalau Tinggal Di Cameron Highland
Siapa je kan yang tak suka pergi Cameron Highland? Lagi-lagi dengan keadaan cuaca negara kita yang tak menentu ini. Ada ketika panas berpanjangan, kadang-kadang malam pun masih panas. Disebabkan itu, apabila ada kawasan yang sejuk seperti Cameron Highland, dan Genting Highland memang semua orang suka nak pergi, tak kurang juga yang mahu tinggal di sana […]
Berita
Vokalis Kumpulan Screen, Gmie Meninggal Dunia
Penulis skrip yang juga merupakan vokalis kepada kumpulan rock terkenal tanah air Screen, Gmie atau nama sebenarnya Hajmi Ibrahim meninggal dunia, lapor Astro Awani. Allahyarham yang berusia 50 tahun dilapor menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira 2.30 pagi tadi di Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, akibat penyakit buah pinggang. Menurut perkongsian yang dibuat oleh anaknya, Siti Hadirah, […]
Luar Negara
Dijumpai Selepas 14 Tahun Akibat Diculik, Ayah Sayu Anaknya Tak Mahu Kembali Ke Pangkuannya Lagi
Luluh hati seorang ayah apabila anak lelakinya yang pernah diculik pada 14 tahun lalu tidak mahu kembali semula kepadanya, malah memilih untuk tinggal bersama keluarga angkatnya. Ayah tersebut, Sun Haiyang (kanan) dari Hubei, China ditakdirkan bertemu semula dengan anak lelakinya, Zhuo (tengah) baru-baru ini hasil kerjasama pelbagai pihak termasuk polis yang mengikuti kisah perpisahan tragis […]
Berita
Import Ayam Beku Bersifat Sementara Bagi Stabilkan Harga Di Peringkat Runcit
PUTRAJAYA, 9 Dis (Bernama) — Tindakan membawa masuk ayam sejuk beku dari luar negara adalah bersifat sementara untuk menstabilkan harga di peringkat runcit, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi. “Terdapat banyak permintaan daripada bekalan. Sebab itu kita bawa masuk bekalan dan harap di peringkat runcit akan menurun (harga) […]
Berita
Persenda OKU Dalam Sosial Media, Polis Kesan 4 Individu Didakwa Terlibat
KUALA LUMPUR – Baru-baru ini, tular video seorang pengguna media sosial didakwa mempersenda dan menyalahgunakan kemudahan khas untuk golongan orang kurang upaya (OKU) apabila mereka mengambil tempat parkir khas untuk golongan tersebut. Polis mengesan empat individu yang didakwa terlibat dengan kejadian tersebut untuk mendapatkan keterangan yang lebih lanjut. Menurut Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner […]