Berita
JTK Diarah Siasat Dakwaan Buruh Paksa Dalam Syarikat ATA IMS
PUCHONG, 9 Dis (Bernama) — Kementerian Sumber Manusia telah mengarahkan agensinya, Jabatan Tenaga Kerja (JTK) untuk menyiasat secara terperinci laporan dakwaan berlaku kegiatan buruh paksa dalam kalangan pekerja penyedia perkhidmatan pembuatan elektronik (EMS), ATA IMS Bhd baru-baru ini. Menteri berkenaan Datuk Seri M. Saravanan berkata beliau telah melakukan lawatan ke kilang itu yang terletak di […]

(Video) Tak Tahan Stres Dengan Bos, Pekerja Wanita Tekad Bakar Tempat Kerja
Seorang wanita di Thailand dilaporkan tekad membakar gudang minyak tempat dia bekerja di wilayah Nakhon Pathom baru-baru ini gara-gara tidak tahan dengan majikan yang selalu membuatkannya tertekan, lapor Daily Mail. Wanita tersebut, Ann Sriya, 38, didakwa membakar sekeping kertas dan melemparkannya ke arah sebuah tong minyak sehingga menyebabkan kebakaran besar melanda gudang Minyak Prapakorn itu. […]

(Video) CCTV Rakam Kerusi Pejabat Tiba-Tiba Gerak Sendiri Pukul 3.15 Pagi
Kebanyakan orang tidak percaya kewujudan makluk misteri walaupun pernah diganggu atau berdepan dengan situasi yang menyeramkan. Situasi seperti ini kadangkala membuatkan kita berada dalam ketakutan. Rakaman litar tertutup di sebuah bangunan pejabat di Cyberjaya merakam kejadian misteri sebuah kerusi bergerak dengan sendirinya secara tiba-tiba yang berada dalam keadaan tersusun. Menerusi rakaman tersebut, jelas menunjukkan kerusi […]
Dua Jenis Ubat Neutralkan Antibodi Covid-19 Diluluskan Unit Pengawalan Dan Penyeliaan Ubat Negara
Permohonan pendaftaran dua jenis ubat rawatan meneutralkan antibodi COVID-19, iaitu cecair suntikan BRII-196 dan BRII-198 diluluskan oleh Jabatan Pengawalan dan Penyeliaan Perubatan Negara (NMPD), pada Rabu. Kedua cecair suntikan tersebut dikeluarkan oleh Teknologi Perubatan Tengshenghuachuang Sdn Bhd (Beijing), sebuah anak syarikat Brii Biosciences. Memetik laporan Bernama, ia merupakan kali pertama ubat rawatan meneutralkan antibodi COVID-19 […]

Wilayah Sharjah Di UAE Tetapkan Hari Bekerja Hanya Empat Hari Seminggu
Wilayah Sharjah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) dilapor telah menetapkan jumlah bilangan hari bekerja hanya selama empat hari seminggu, lapor Gulf News hari ini. Menurut laporan itu, waktu bekerja yang ditetapkan adalah dari 7.30 pagi hingga 3.30 petang, manakala Jumaat, Sabtu dan Ahad pula menjadi hari hujung minggu (cuti). Penetapan terbaharu itu diluluskan oleh Majlis […]

Kes SRC: Najib Langgar Amanah, Khianati Kepercayaan Rakyat – Hakim
PUTRAJAYA, 9 Dis (Bernama) — Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bukan hanya melanggar amanah dan kepercayaan yang diberikan oleh rakyat kepada beliau malah bertindak mengkhianatinya. Justeru, Hakim Datuk Abdul Karim Abdul Jalil berkata hukuman yang dijatuhkan oleh Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali ke atas Najib iaitu […]

Saya Tak Pernah Anggap Diri Seorang ‘Superstar’ – Safawi Rasid
KUALA LUMPUR, 9 Dis – Saya tidak pernah menganggap diri saya adalah seorang pemain bintang. Itu kata-kata merendah diri daripada pemain sayap skuad kebangsaan Muhammad Safawi Rasid selepas menjaringkan hatrik untuk membantu Malaysia membenam Laos 4-0 sekali gus meraih kemenangan kedua dalam saingan Kumpulan B kejuaraan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) 2020. Tiga gol dijaringkan Muhammad Safawi di […]
Ada Laporan Dakwa Pihak Filipina Sedang Rancang Untuk Ceroboh Sabah, Ini Jawapan Tegas Ketua Polis Negara
Memetik daripada laporan berita tempatan, satu mesyuarat telah diadakan di selatan Filipina dipercayai berhubung rancangan untuk menceroboh Sabah. Dalam satu kenyataan media hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani berkata pihaknya telah mengambil maklum laporan media bahawa pihak dari Filipina sedang merancang untuk menceroboh Sabah. Polis Diraja Malaysia (PDRM) memandang serius perkara ini […]

Varian Omicron: Thailand Sahkan Tiga Kes Import
BANGKOK – Thailand mengesahkan tiga kes import varian Omicron Covid-19 dan satu lagi kes kebarangkalian bagi virus itu yang membabitkan seorang lelaki tempatan yang pulang dari Congo, menurut Ketua Pengarah Jabatan Sains Perubatan, Dr Supakit Sirilak. Menurutnya, kes pertama melibatkan seorang warga Amerika, 35 tahun yang tiba dari Sepanyol. Manakala dua kes lagi membabitkan wanita […]

Tiada Dalam Senarai Lawan Laos, Tan Cheng Hoe Sahkan Akhyar Rashid Positif Covid-19
Menerui perkongsian di Twitter Zulhelmi Zainal Azam, pemain sayap kebangsaan, Akhyar Rashid dilaporkan positif Covid-19 selepas menjalani ujian PCR pagi tadi. Kenyataan itu disahkan oleh jurulatih skuad kebangsaan, Tan Cheng Hoe. Akhyar menjaringkan dua gol ketika menentang Kemboja pada aksi pembukaan Kumpulan B Piala AFF, Isnin lalu. Walau bagaimanapun, kelibatnya tidak kelihatan semasa Harimau Malaya […]

Penunggang Motosikal Maut Terbabas Ke Dalam Gaung Sungai
Seorang penunggang motosikal dilaporkan terbabas ke dalam gaung sungai dengan anggaran kedalaman kira-kira 50 kaki dalam satu kejadian di Jalan Tranum – Bukit Fraser, hari ini. Menerusi perkongsian di laman Facebook Balai Bomba Dan Penyelamat Raub, kejadian yang melibatkan seorang mangsa lelaki dewasa itu berlaku sekitar 12.59 tengah hari tadi sebelum anggota penyelamat Pasukan Cekap […]
“Lain Guna Tepung Bestari Ni Masak Jadi Sedap,” Warganet Kongsi Trik Masak Udang Mentega Telur Masin Style Kedai Seafood Cina
Ramai peminat-peminat telur masin pastinya akan tidak melepaskan peluang untuk menjamah hidangan yang menggunakan telur masin di dalamnya. Telur masin ini sangat terkenal sebagai penambah selera. Contohnya, kalau dalam pinggan tu dah lengkap dengan segala lauk pauk, perkara terakhir untuk melengkapkan juadah makan khususnya pada tengah hari pastinya adalah telur masin. Sama juga seperti bubur […]

Penjaga Parkir Didakwa Tendang, Cubit Dan Pukul Anak Tunang Guna Penyangkut Baju
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) — Seorang penjaga parkir didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menendang, mencubit dan memukul anak tunangnya menggunakan penyangkut baju sehingga mengakibatkan lebam pada badan kanak-kanak lelaki itu, bulan lepas. V.K. Jaganathan, 34, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Nor Hasniah Ab […]

Jangkitan Semula Mungkin Lebih Tinggi, Tapi Omicron Boleh Jadi Lebih ‘Ringan’ Dari Delta – Tedros
Varian coronavirus baharu mungkin menimbulkan risiko jangkitan semula yang lebih tinggi, tetapi penyelidikan terkini menunjukkan ia mungkin kurang teruk daripada varian Delta, kata Tedros Adhanom Ghebreyesus. Data awal menunjukkan varian coronavirus Omicron mungkin lebih mudah menjangkiti semula orang yang telah dijangkiti virus atau telah divaksin berbanding varian sebelumnya. Ia juga boleh menyebabkan penyakit yang lebih […]
Kematian Kalangan Tidak Divaksin 20 Kali Ganda Lebih Tinggi Berbanding Vaksinasi
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) — Kematian akibat COVID-19 adalah 20 kali ganda lebih tinggi dalam kalangan populasi yang tidak divaksin berbanding populasi yang telah divaksinasi, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah. Menerusi akaun Twitternya Dr Noor Hisham berkata trend kematian COVID-19 di Malaysia terus menunjukkan penurunan dengan liputan vaksinasi yang meluas. “Data kami (Kementerian […]
Tak Mahu Generasi Muda Terus Merokok, New Zealand Bakal Haramkan Penjualan Rokok Kepada Individu Lahir Selepas 2008
Bagi memastikan generasi akan datang tidak lagi merokok, New Zealand dilaporkan akan mengharamkan penjualan tembakau atau rokok kepada rakyatnya yang dilahirkan selepas tahun 2008. Undang-undang berkaitan pengharaman itu dijangka akan digubal pada tahun depan, lapor BBC. Menteri Kesihatan, Dr Ayesha Verall berkata mereka mahu memastikan golongan muda tidak lagi merokok pada masa akan datang. Menurutnya, […]
Persenda OKU: Laporan Polis Untuk Elak Insiden Berulang-Ras Adiba
KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) — Presiden OKU Sentral Senator Datuk Ras Adiba Radzi berkata beliau tetap membuat laporan polis ke atas individu yang mempersendakan Orang Kurang Upaya (OKU) walaupun mereka telah memohon maaf secara terbuka. Beliau berkata laporan polis itu bertujuan menghalang insiden menghina OKU terus berlaku dalam kalangan masyarakat seterusnya menjadikan orang ramai […]
Antara Yang Terbesar, APM Marang Berjaya Tangkap Dua Ular Sawa ‘Gergasi’, Berat Lebih 200kg
Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dilaporkan telah menangkap dua ekor ular sawa seberat lebih 200 kilogram di tapak pembinaan di Kampung Gong Nangka, semalam. Menurut laporan Utusan, kedua ular sawa itu ditemukan secara berasingan ketika buruh binaan melakukan kerja-kerja rutin menggunakan jentolak. Pegawai Pertahanan Awam Daerah, Leftenan (PA) Mujahid Abd. Wahab berkata tangkapan pertama membabitkan […]
Gagal Hadir Mahkamah, Wanita Warga Emas Dikenakan Waran Tangkap
PUTRAJAYA, 9 Dis (Bernama) — Mahkamah Persekutuan di sini mengeluarkan waran tangkap terhadap seorang wanita warga emas, yang sebelum ini dibebaskan daripada pertuduhan membunuh pembantu rumahnya warga Indonesia, selepas dia gagal hadir pada prosiding kes itu hari ini. Waran tangkap itu dikeluarkan panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Vernon Ong Lam Kiat terhadap wanita, 63, […]
Budak 14 Tahun Dipenjara Selepas Lari Dari Perkahwinan Yang Diatur Keluarganya
Seorang gadis berusia 14 tahun di Mexico telah dipenjarakan selepas dia melarikan diri daripada perkahwinan yang diatur oleh keluarganya, lapor Daily Star. Gadis tersebut dilaporkan sepatutnya berkahwin dengan jirannya di kampung di Guerrero, Mexico. Menurut laporan, gadis yang merupakan ahli komuniti Mixtec itu beranggapan bahawa kakaknya yang akan berkahwin. Walau bagaimanapun, gadis tersebut menolak untuk […]