Berita

Luar Negara
(Video) Suhu Menjunam Kepada 7 Celcius, Salji Dilapor Turun Di Utara Arab Saudi
Bahagian utara Arab Saudi dilaporkan telah dilitupi lapisan hujan batu dan salji halus sejak Ahad lalu. Memetik laporan Arab News, suhu di negara itu menjunam kepada kira-kira 7 Celcius. Salah satu bandar yang dilanda cuaca itu adalah Qurayyat yang terletak di wilayah Al Jawf, iaitu kira-kira 30 kilometer dari sempadan Jordan. Pusat Meteorologi Kebangsaan Saudi […]
Luar Negara
Seludup Masuk Salinan Drama Squid Game Dari China, Lelaki Korea Utara Dilapor Dijatuhi Hukuman Mati
Seorang lelaki warga Korea Utara yang telah menyeludup salinan drama bersiri popular Korea Selatan, Squid Game dilaporkan telah dijatuhi hukuman mati selepas pihak berkuasa telah menangkap beberapa orang pelajar sekolah yang menonton drama itu. Memetik laporan portal Variety, drama bersiri itu dipercayai telah diseludup masuk dari China dengan menggunakan pendrive. Difahamkan, pesalah berdepan hukuman mati […]
Berita
Lebih 75,000 Tan Sampah Dikeluarkan Dari Sungai Klang Sejak 2016
SHAH ALAM, 24 Nov (Bernama) — Sungai Klang yang pernah disenaraikan sebagai antara sungai terkotor di dunia kini berubah secara drastik dan menjadi lebih bersih. Pengarah Urusan Landasan Lumayan Sdn Bhd Syaiful Azmen Nordin berkata ini susulan lebih 75,000 tan metrik sampah dikeluarkan dari sungai itu sejak 2016 hingga September lepas menerusi projek Gerbang Maritim Selangor (SMG), satu inisiatif mega […]
Luar Negara
Lisa Blackpink Disahkan Positif Covid-19, 3 Ahli Lain Masih Tunggu Keputusan Ujian Saringan
Salah seorang ahli kumpulan K-pop terkenal, Blackpink dilaporkan positif virus COVID-19 selepas melakukan ujian saringan tengah hari semalam, lapor media tempatan. Memetik laporan Soompi, keadaan terkini kesihatan Lalisa Manoban atau lebih dikenali sebagai Lisa diumumkan oleh agensi mereka, YG Entertainment, melalui hebahan media tempatan semalam. Menurut portal tersebut, tiga ahli kumpulan yang lain iaitu Jisoo, […]
Berita
Elak Didenda JPN: 68 Individu Buat Laporan Polis Palsu
KUALA LUMPUR, 24 Nov – Mendakwa menjadi mangsa samun dan ragut, itu antara alasan digunakan 68 individu yang membuat laporan palsu berhubung kehilangan kad pengenalan diri (MyKad) sejak Januari hingga 21 Nov lepas. Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kesemua individu berusia lingkungan 18 hingga 60 tahun itu sebenarnya menggunakan alasan itu bagi mengelakkan […]
Berita
Cuti Krismas Dan Tahun Baharu Dibeku Bagi Membendung Covid-19 Di Indonesia
Kerajaan Indonesia telah mengeluarkan satu kenyataan berkaitan pembekuan cuti sambutan Krismas dan tahun baru. Larangan tersebut telah dikeluarkan kepada penjawat awam dan pekerja di syarikat swasta yang dimiliki oleh kerajaan tersebut. Menurut laporan daripada The Strait Times, pembekuan cuti tersebut diambil bagi membendung peningkatan mendadak jangkitan Covid-19 akhir-akhir ini. Arahan tersebut akan melibatkan kira-kira 4.2 […]
Berita
NASA Lancar Kapal Angkasa ‘Pemburu’ Asteroid, Dakwa Bakal ‘Selamatkan’ Bumi Dari Dihentam
Agensi Aeronautik dan Angkasa Lepas (NASA) bertindak melancarkan sebuah kapal angkasa Ujian Pengalihan Asteroid Berganda (DART) hari ini, dipercayai untuk menghentikan asteroid yang mungkin menghentam bumi pada masa akan datang. Menurut Independent, DART dilancarkan dari Pangkalan Angkatan Angkasa Vandenberg, California pada Rabu, sekitar jam 6.20 pagi waktu tempatan. Kapal angkasa berkenaan lepas landas dengan misi […]
Berita
Polis Nafi Kenyataan Rakyat Singapura Akan Diragut Apabila Sempadan Dibuka
JOHOR BAHRU, 24 Nov (Bernama) — Polis Johor menafikan kenyataan yang tular di media sosial berhubung kemungkinan rakyat Singapura akan diragut di daerah ini apabila sempadan Malaysia-Singapura dibuka. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata pihaknya akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab sama ada menyebarkan kandungan, khabar angin atau berita […]
Dua Lelaki Ditahan Disyaki Tipu Ubah Suai Rumah
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) — Polis menahan dua lelaki warga asing awal bulan ini kerana disyaki menipu pengubahsuaian dalaman rumah dan pembelian perabot serta barangan elektrik melibatkan sekurang-kurangnya 40 pemilik kondominium di sekitar ibu negara dengan kerugian RM84,550. Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata kedua-dua warganegara Singapura dan Bangladesh berusia lingkungan […]
Gaya hidup
Gadis Dakwa Jadi Mangsa ‘Scammer’, Tak Sengaja Dedah Data Peribadi Dalam Game Online
Benarlah kata sesetengah orang, dalam dunia media sosial ni kita tak boleh jujur sangat. Sebab ada berjuta orang di luar sana yang kita tak kenal. Nama pun alam maya kan, dunia tanpa sempadan. Bercakap tentang ‘jujur’ ni, ia sebenarnya merujuk kepada data peribadi kita sendiri. Anda pasti biasa kan isi maklumat peribadi dalam platform tertentu? […]
Berita
Mayat Seorang Lelaki Ditemui Di Tepi Jalan Ladang Sawit TSK Kuala Kuang
Mayat seorang lelaki telah ditemui di tepi jalan dekat Ladang Sawit TSK Kuala Kuang, Kupang, Baling. Mayat yang sedang terbaring itu ditemui kira-kira 12 tengah hari pada hari Rabu. Ketua Polis Daerah Baling, Superintenden Shamsudin Mamat melaporkan bahawa mangsa dikenali sebagai Rodzi Md Rejab dari Kampung Masjid Kuala Kuang, Baling. Polis telah menerima panggilan daripada […]
Berita
Kos Makanan Punca Harga Telur Ayam Di Perak Meningkat
IPOH, 24 Nov – Kenaikan harga telur ayam di Perak adalah disebabkan oleh tindakan pengeluar yang terpaksa menaikkan kos di ladang. Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Integrasi Nasional dan Masyarakat Sivil Perak Datuk Abdul Yunus Jamahri berkata pemeriksaan pihak berkuasa mendapati kenaikan harga itu berpunca daripada peningkatan kos makanan ayam di […]
Berita
Restoran Hameediyah Beri Penjelasan Harga Dua Ekor Sotong RM100
GEORGE TOWN, 24 Nov – Restoran nasi kandar tertua di Pulau Pinang, Restoran Hameediyah yang tular menerusi media sosial kerana menjual dua ekor sotong goreng berharga RM100 hari ini mempertahankan harga tersebut berdasarkan kos bahan mentahnya. Pengarah Restoran Hameediyah di Lebuh Campbell Muhammad Riyaaz Syed Ibrahim berkata beliau terpanggil untuk memberi penjelasan berhubung harga dua […]
Berita
Mufti Perjelaskan Hukum Menjual Barangan Tiruan Atau ‘Copy Ori’
Jika dilihat pada zaman sekarang, barangan tiruan terutamanya yang berjenama popular begitu banyak di pasaran bebas. Ya, kita hanya boleh dapatkan di pasar malam, melalui atas talian malah boleh dapatkan barangan tersebut di negara jiran. Seperti mana yang kita tahu, barangan tiruan adalah barang yang telah diciplak, ditiru tanpa kebenaran si pencipta. Kita boleh lihat, […]
Berita
Layak Dapat Diskaun 10%, Ini 8 Langkah Mudah Daftar Bayaran Balik Pinjaman PTPTN Secara ‘Direct Debit’
Graduan universiti dan mereka yang kembali bekerja dan merupakan peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) adalah antara yang terkesan dengan pandemik Covid-19 dan era selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Dalam Bajet 2022 yang dibentangkan baru-baru ini, kerajaan membuktikan yang ia tidak terlepas pandang akan isu ini. Peka dengan masalah anak-anak muda ini, Bajet dengan […]
Berita
Nanta Nafi Gesa Pengguna Makan Makan Itik Susulan Kenaikan Harga Ayam
KUCHING, 24 Nov (Bernama) — Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Alexander Nanta Linggi menafikan dakwaan beliau menggesa pengguna di negara ini untuk memakan itik sementara kerajaan mengkaji kenaikan harga ayam. Nanta berkata beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan seperti itu yang tidak sensitif dan seperti mempersendakan rakyat yang sedang dalam kesusahan. […]
Berita
TWG Syor Pemberian Vaksin Comirnaty, Astrazeneca, Coronavac Sebagai Dos Penggalak – Khairy
KUALA LUMPUR, 24 Nov (Bernama) — Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG) di bawah Badan Bertindak Imunisasi COVID-19 Penggalak (CITF-B) telah mengesyorkan dos penggalak melibatkan tiga jenis vaksin diberikan kepada semua penduduk berumur 18 tahun dan ke atas. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata dos itu ialah vaksin Comirnaty, AstraZeneca dan CoronaVac dengan keutamaan janji temu diberikan mengikut turutan umur, petugas […]
Luar Negara
Pemain Real Madrid, Karim Benzema Terbukti Bersalah Ugut Rakan Sepasukan
Setelah beberapa kali naik turun mahkamah sejak enam tahun lalu, pemain penyerang Real Madrid, Karim Benzema akhirnya diputuskan bersalah atas dakwaan peras ugut berkait rakaman pita seks, lapor ESPN. Menurut ESPN, Benzema dikenakan tempoh percubaan 12 bulan dan denda €75,000 atau kira-kira RM354,000 setelah terbukti bersubahat melakukan pemerasan terhadap rakan senegara yang pernah sama-sama bermain […]
Berita
“Perjuangan Rozzana Berakhir..,” Hampir 2 Bulan Koma Di Korea Selatan, Rakyat Malaysia Ini Akhirnya Meninggal Dunia
Setelah hampir dua bulan ‘ditidurkan’ di Hospital Myongji, Korea Selatan akibat serangan asma, seorang wanita warganegara Malaysia yang dilaporkan bekerja di sana menghembuskan nafas terakhir pagi tadi. Berita pemergian Allahyarhamah Rozzana Mat Nanyan dimaklumkan sendiri melalui laman sosial Facebook oleh kakak tirinya, Nur Diana Abdul Rahim Lee pagi tadi. Menurut kemaskini di laman Facebook peribadi […]
Berita
Harga RON97 Turun 3 Sen, RON95 & Diesel Kekal
Harga runcit bagi minyak petrol RON97 dilapor turun tiga (3) sen seliter, iaitu daripada RM3.08 ke RM3.05, umum Kementerian Kewangan. Dalam pada itu, harga runcit bagi petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter, manakala harga runcit diesel juga turut kekal dengan RM2.15 seliter. Harga runcit terkini yang diumumkan menerusi kenyataan media Kementerian Kewangan tersebut adalah […]