Berita
(Video) Beli Pada Tahun 1980, Lelaki Jual Balik Gelang Emas Tahun Ini Dan Dapat Sehingga RM5,800
Barang emas bukan sekadar menjadi aksesori yang digayakan oleh para wanita tetapi juga turut mempunyai nilai yang tersendiri. Dalam tempoh tertentu, emas itu mungkin boleh dijual dengan harga yang sangat tinggi. Justeru, tidak hairanlah jika ramai wanita yang sanggup berhempas pulas menabung untuk membeli emas kerana bila tiba masanya nanti mereka akan mendapat pulangan yang […]

(Video) Masuk Kedai Acu Pistol, Pelanggan ‘Steady’ Patahkan Cubaan Rompak Dengan Sebelah Tangan, Sampai Ada Merangkak Lari
Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah jua. Itulah peribahasa yang sesuai ditujukan buat situasi tiga suspek dipercayai perompak malang ini yang tumpas kepada mangsanya sendiri. Lebih malang dan memalukan, mangsa mereka ketika itu bukanlah orang awam biasa, sebaliknya merupakan seorang bekas anggota ‘marine’ seperti yang dilapor Sky News. Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), […]
Dos Penggalak Pfizer Akan Diberi Kepada Penerima Vaksin Sinovac
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) akan melanjutkan pemberian dos penggalak vaksin COVID-19 jenis Comirnaty (Pfizer-BioNTech) kepada individu yang telah lengkap dos vaksin Sinovac, sekurang-kurangnya selepas tiga bulan penerimaan dos kedua vaksin itu. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata pemberian dos penggalak secara heterologous itu adalah secara penggunaan off-label dan akan diberikan kepada penerima vaksin Sinovac yang layak […]

Dua Anggota Polis Didakwa Terima Rasuah
KOTA KINABALU, 21 Okt (Bernama) — Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima suapan berjumlah RM1,870 antara 2017 dan 2018. Tertuduh Koperal Sebestino Bong, 42, dan Lans Koperal Haikal Ibrahim Abdullah, 32, yang bertugas di Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Belud membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim […]
(Video)“Dalam Masa Sama Kejar Cita-Cita & Cinta,” Mekanik Kongsi Apa Kena Fikir Sebelum Beli Kereta Pertama
Selain rumah, kereta juga merupakan salah satu daripada komitmen jangka panjang yang perlu dihadapi oleh kita semua bila meningkat dewasa. Bagi yang pertama kali ingin membeli kereta, banyak perkara yang mesti dipertimbangkan terlebih dahulu agar kelak korang tidak akan merasa rugi atau menyesal. Tidak kira apa jua jenis kereta yang diidamkan, paling penting adalah korang […]
Bunuh Nenek: Penganggur Terselamat Daripada Tali Gantung
PUTRAJAYA, 21 Okt (Bernama) — Seorang penganggur terselamat daripada hukuman gantung selepas Mahkamah Rayuan di sini hari ini mengetepikan sabitan dan hukuman terhadapnya kerana membunuh neneknya yang berusia 78 tahun, enam tahun lepas. Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Has Zanah Mehat sebulat suara mendapati rayuan Maslizan Muhamad, 42, mempunyai merit. Hakim Has Zanah, […]
Macam Mana Nak Tahu Kita Begitu Hampir Dengan Panahan Petir? Buat Kiraan 30 Ini & Bersedia Untuk Berlindung
Ketika ribut petir sedang melanda di kawasan yang anda berada, sudah pasti akan timbul perasaan gementar dan lantas mencari tempat perlindungan yang lebih selamat. Pun begitu, adakah cara kita menyelamatkan diri dari ribut petir adalah tindakan tepat? Seperti yang dikongsikan oleh Public Health Malaysia di Facebook, terdapat cara untuk mengetahui bagaimanakah untuk mengenal pasti adakah […]
Amaran Ribut Petir Dan Hujan Lebat di 8 Buah Negeri Sehingga Malam Ini
Sebentar tadi, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka melanda 8 buah negeri di Semenanjung Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Menerusi amaran yang dikeluarkan pada jam 5.05 petang tadi, beberapa kawasan di Selangor, Wilayah Persekutuan dan beberapa kawasan di Johor dijangka dilanda ribut petir dan hujan lebat sehingga jam […]
Isu Arak Timah: Hormat Sensitiviti Umat Islam – Pejabat Mufti WP
Baru-baru ini timbul isu mengenai pengeluaran produk baharu arak jenama tempatan yang menggunakan istilah ‘Timah’ sebagai jenamanya. Bagaimanapun, kewujudannya dikatakan menimbulkan pelbagai persoalan daripada sesetengah pihak. Susulan isu ini, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan telah mengeluarkan Bayan Linnas Siri Ke-244: Jenama Arak: Hormati Sensitiviti Muslim seperti di bawah: Bayan Linnas Siri ke-244: Jenama arak: hormati sensitiviti […]
Kemasukan Pesakit COVID-19 Ke Hospital Awam, PKRC Meningkat Selepas Pergerakan Rentas Negeri Dibenarkan – Khairy
Menteri Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin memaklumkan bahawa kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam, PKRC di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya meningkat selepas pergerakan rentas negeri dibenarkan, lapor Bernama. Kemasukan pesakit COVID-19 ke hospital awam, PKRC di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya meningkat selepas pergerakan rentas negeri dibenarkan – Khairy@Khairykj @KKMPutrajaya @MKNJPM pic.twitter.com/lRm4esBGKf — BERNAMA […]
Kesan Lubang Bukanlah Punca Awal Gigi Rosak, Doktor Dedahkan Tanda Kerosakan Gigi Yang Kena Korang Kena Jaga
Mungkin, ada yang beranggapan bahawa tanda awal bagi kerosakan gigi adalah pembentukan ‘lubang’ pada permukaan gigi, namun sebenarnya ia bukanlah seperti apa yang kita fikirkan. Seperti yang dijelaskan oleh seorang doktor gigi, tanda awal kerosakan gigi bermula dengan tompok atau bercak berwarna putih dan kasar yang disebut sebagai “white spot”. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, […]

Lelaki Dedah Terima Upah RM100 Sehari Sebagai Penghantar Air Ketum
PASIR MAS, 21 Okt (Bernama) — Seorang lelaki mengaku menerima upah RM100 sehari dengan bekerja sebagai penghantar air ketum di kawasan Wakaf Merah, Tendong dan Bunut Susu di sini. Pendedahan dibuat lelaki berusia 24 tahun itu hasil soal siasat selepas ditahan polis berdekatan Kampung Padang Embun, Tendong, kira-kira 7.30 malam tadi. Ketua Polis Daerah Pasir Mas […]
Penyelia Ladang Maut Dihempap Traktor
KUANTAN, 21 Okt (Bernama) — Seorang penyelia ladang maut dihempap traktor di Ladang Kelapa Sawit Sungai Derhaka di Sungai Tembeling di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Kuantan ACP Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata kejadian kira-kira 7 malam itu dipercayai berlaku ketika Loh Yee Hing, 62, sedang dalam perjalanan menuju ke pejabat pentadbiran ladang berkenaan. Beliau berkata siasatan […]
Tebing Ban Sungai Temelok Pecah Punca Banjir ‘Terkejut’
BUKIT GANTANG, 21 Okt (Bernama) — Hujan lebat berterusan menjadi punca tebing ban Sungai Temelok pecah sehingga membawa kepada musibah banjir dan memaksa penduduk Kampung Temelok, Trong, Taiping dipindahkan ke pusat penempatan sementara (PPS) tengah malam tadi. Rata-rata penduduk ketika ditemui Bernama memaklumkan tebing ban di sungai yang pecah dan terhakis itu telah membawa arus deras […]
Dua Pegawai SPRM Didakwa Tipu Individu Sebagai Balasan Selesai Kes
JOHOR BAHRU, 21 Okt (Bernama) — Dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari atas pertuduhan menipu seorang individu sehingga menyerahkan wang tunai sebanyak RM40,000 kepada mereka sebagai balasan untuk menyelesaikan kes, minggu lepas. Amir Izham Shahak, 32, Penolong Penguasa di SPRM Cawangan Kluang, mengaku bersalah manakala Wan Kamarul Za’im Wan […]
Antivaksin: KKM Guna Pendekatan Tidak Benarkan Kebebasan Tertentu – Khairy
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) mengambil pendekatan tidak membenarkan kebebasan tertentu dinikmati individu yang lengkap divaksin kepada kumpulan antivaksin, Dewan Negara diberitahu hari ini. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kebebasan yang disekat itu hanya dituju kepada mereka yang enggan menerima vaksin COVID-19. Beliau berkata terdapat dua kumpulan yang harus dibezakan iaitu mereka yang […]
KKM Tingkat Penguatkuasaan Larangan Merokok Di Premis Makanan – Khairy
KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) — Penguatkuasaan larangan merokok di premis makanan akan ditingkatkan selaras dengan Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018. Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin menerusi ciapan dalam Twitternya hari ini berkata beliau telah mengarahkan pasukan penguat kuasa untuk berbuat demikian semalam. “Semalam saya telah minta penguatkuasaan terhadap larangan merokok ini ditingkatkan lagi. “Sambil memantau pematuhan prosedur […]
Astro Warna Mohon Maaf, Takkan Berkompromi Dengan Isu Gangguan Seksual
Susulan klip video berbaur seksual dalam sebuah program bual bicara terbitan Astro Warna baru-baru ini, pihak produksi tampil meminta maaf. Memetik laporan Astro Awani, pihak penerbit program “Rumah No. 107” itu juga menegaskan tidak berkompromi dengan hal-hal terkait gangguan seksual dan diskriminasi terhadap kaum wanita baik dari segi perbuatan mahupun lisan. Menurut Astro Warna, mereka […]
Peniaga Rugi Lebih RM8,000 Akibat Dua Kali Banjir Di Yan
YAN, 21 Okt (Bernama) — Seorang peniaga kedai runcit serta pengusaha kedai alat ganti dan servis motosikal di sini kerugian lebih RM8,000 akibat kejadian banjir semalam dan Ogos lepas. Tinjauan Bernama hari ini mendapati premis mereka dipenuhi lumpur selepas air surut dengan terdapat sejumlah barangan perniagaan rosak. Pemilik kedai runcit, Abdullah Samsudin, 61, berkata kesan banjir kilat […]
Asal Usul Mak Yong Dan Singkap Kisah Tarian Ini Yang Pernah Diharamkan Hampir 30 Tahun Di Kelantan
Makyong (atau Mak Yong atau Makyung) merupakan sejenis tarian Melayu tradisional yang sudah lama bertapak di beberapa kawasan Asia Tenggara termasuklah Thailand, Indonesia dan Malaysia. Bahkan dalam kalangan penduduk Malaysia, Tarian Mak Yong ini sudah cukup terkenal dan tidak asing lagi, terutamanya bagi penduduk di negeri Kelantan. Menurut Kamus Dewan, “Mak Yong” adalah sandiwara yang […]