Berita
(Video)Tak Dibenarkan Pasang Langsir, Cikgu Guna Duit Sendiri Pasang “Tinted” Kat Cermin Kelas, Takut Murid Panas
Sejak awal bulan ini, beberapa kumpulan pelajar di sekolah rendah dan menengah telah kembali semula ke sekolah dan dibenarkan untuk belajar secara bersemuka mengikut SOP yang ditetapkan. Guru dan pelajar pastinya teruja dengan pengumuman itu kerana sudah sekian lama menjalani Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR). Sempena menyambut kedatangan para pelajar, seorang guru berkongsikan mengenai […]
APMM Halau Bot Cuba Seludup Masuk 40 Pendatang Asing Tanpa Izin
SHAH ALAM, 19 Okt (Bernama) — Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Negeri Selangor telah memintas dan menghalau cubaan menyeludup masuk 40 pendatang asing tanpa izin, oleh sebuah bot dari Indonesia sekitar jam 4.00 pagi tadi. Pengarah APMM Negeri Selangor Kepten Maritim Mohd Rosli Kassim berkata Pusat Operasi Maritim Negeri Selangor telah menerima maklumat risikan berkaitan […]
Polis Bantu Turunkan Lelaki Dengan Kaki Terikat Pada Pokok Di Bukit Heawood, Sungai Siput
Pasukan bomba dilaporkan telah membantu pihak polis menurunkan seorang lelaki berusia 43 tahun dari atas Bukit Heawood di ladang sawit, Sungai Siput dengan kaki yang terikat pada pokok pagi tadi. Bagaimanapun, punca kejadian itu tidak didedahkan. Maklumat lanjut akan menyusul. Pasukan bomba membantu polis menurunkan seorang lelaki berusia 43 tahun dari atas Bukit Heawood di […]
Wanita Lalui Detik Hitam Dirogol Dalam Kereta Api Penuh Penumpang, Tapi Seorang Pun Tak Tolong
Warga Amerika Syarikat dikejutkan dengan satu kejadian rogol yang amat memilukan yang menimpa seorang wanita, dalam kejadian yang berlaku di Pennsylvania. Apa yang mengejutkan adalah kejadian berkenaan dilaporkan berlaku di dalam sebuah kereta api yang dipenuhi penumpang, bagaimanapun tiada seorang pun yang tampil menghulurkan bantuan kepada wanita berkenaan. Detik-detik hitam yang dilalui wanita tersebut dirakam […]
TERKINI: 5,745 Kes Positif COVID-19 Dilaporkan Hari Ini
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 5,745 kes positif harian COVID-19 telah dilaporkan hari ini. Ia menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,401,866 kes. Pun begitu, catatan kes positif harian hari ini menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 5,434 kes semalam. Sementara itu, menurut Dr Noor Hisham, kadar positif […]
(Video) Macam Bom, Rakaman Petir Sambar Pokok Di Lebuhraya, Ada Moto Lalu Di Sebelah
Tular satu rakaman di TikTok yang memaparkan kejadian panahan petir berhampiran sebuah lebuhraya, semalam. Menerusi rakaman yang dimuatnaik oleh @kejutartora, petir itu dilihat menyambar pokok yang berada di sekitar kawasan itu. Mujurlah, ia tidak terkena pada penunggang motosikal dan kenderaan lain yang melalui lebuhraya itu. Video yang dirakam dengan menggunakan dash cam itu juga menyaksikan […]
(Video) Berang Tak Dibayar Gaji, Lelaki Mengamuk Bawa Ekskavator “Hancurkan” Lori Syarikat
Berang kerana gajinya tidak dibayar, seorang lelaki bertindak nekad melepaskan amarahnya dengan memandu sebuah ekskavator dan merosakkan beberapa buah lori milik syarikat tempat dia bekerja, dalam kejadian yang dilaporkan berlaku di Turki. Mendurut Daily Mail, lelaki berkenaan hanya tidak dibayar gaji sebulan dan syarikat berkenaan merupakan syarikat milik bapa saudaranya. Akibat tindakan tersebut, pakciknya dilapor […]
Bukan “Ee-kia” Atau “Ai-kay-uh”, Mungkin Ramai Salah Sebut, IKEA Dedah Ini Cara Betul Nak Sebut Namanya
Terkenal dengan himpunan pelbagai jenis perabot mampu milik dan meatball yang enak, IKEA menjadi gedung beli-belah yang sentiasa mendapat perhatian ramai. Syarikat dari Sweeden itu mempunyai lebih daripada 160 buah cawangan di 29 buah negara termasuk di Malaysia. Bagi yang belum tahu, nama IKEA tercipta dari akronim nama pengasasnya iaitu Ingvar Kamprad, ladang di mana […]
Siapa Yang Tak Nak Kediaman Yang Selesa? Ini 8 Ciri Terbaik Korang Kena Tahu Sebelum Pilih Rumah Teres
Memiliki kediaman yang selesa dengan harga yang berpatutan adalah impian besar bagi setiap orang. Terutama bagi korang yang sudah berkeluarga, semestinya korang menginginkan sebuah kediaman sendiri. Tidak kira besar, kecil, mahal ataupun murah rumah yang hendak dibeli sebaiknya kita membuat pilihan yang betul. Rumah teres boleh dikatakan antara pilihan terbaik. Tetapi, ada beberapa ciri rumah […]
(Video) Seakan Bola Api, Objek Merah Jatuh Dari Langit Gemparkan Pagi Subuh Warga Acheh
Kecoh di media sosial di negara jira, Indonesia apabila tularnya satu rakaman yang menggemparkan pagi Subuh penduduk di Simpang Lancang, Pintu Rime Gayo, Bener Meriah,Acheh. Menurut laporan Liputan6, satu objek bewarna merah seakan-akan bola api dilihat jatuh dari langit dalam kejadian yang berlaku pada 14 Oktober itu. Lebih menyeramkan, cahaya merah berkenaan dilihat jatuh perlahan-lahan […]
Padah Sorok Duit Dari Isteri, Lelaki Berputih Mata Duit Disorok Rosak Digigit Tikus
Gara-gara sembunyikan wang dari isteri, seorang lelaki berputih mata setelah wang yang disimpan olehnya di dalam kereta dilaporkan telah rosak dimakan tikus. Menurut Liputan6, lelaki dari Thailand itu memilih untuk menyembunyikan wang di dalam kereta tersebut kerana merasakan bahawa ia tidak akan ditemui oleh isterinya. Bagaimanapun, nampaknya tindakan itu telah ‘memakan diri’ apabila sebahagian besar […]
Kanak-kanak Perempuan 6 Tahun Dilapor Maut Dipercayai Jatuh Hotel
GEORGE TOWN, 18 Okt (Bernama) — Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut dipercayai terjatuh dari sebuah hotel dekat Tanjung Tokong di sini hari ini. Menerusi satu perkongsian yang tular di media sosial, insiden malang itu difahamkan berlaku pada kira-kira 11.30 pagi selepas mangsa selesai mandi di kolam renang dan berjalan ke bilik penginapannya bersama […]
Insiden Paip Pecah Semalam, Kerja Pembaikan Kini Capai Tahap 29 Peratus, Air Dijangka Disalur Secara Berperingkat Mulai 6.30 Petang Ini
Susulan gangguan bekalan air tidak berjadual yang berpunca daripada insiden paip pecah di Simpang 3 LBJ, Jalan B48, Kampung Chinchang, Salak Tinggi, Sepang, Air Selangor memaklumkan bahawa pelaksanaan kerja-kerja kecemasan telah mencapai tahap 29% setakat jam 6.00 pagi tadi. Menerusi kenyataan di Facebook, Air Selangor berkata kerja-kerja pembaikan mengalami kesukaran disebabkan paip pecah terletak berhampiran sungai […]

(Video) Baru ‘First Day’ Balik Kampus, Monyet Dah Mula Tunjukkan Diri, ‘Ceroboh’ Bilik Pelajar
Kebiasaannya pelajar masuk semester baharu pada bulan September tetapi sejak pandemik yang melanda Malaysia tahun lalu, kemasukan pelajar dianjakkan ke bulan Oktober. Begitu juga dengan tahun ini, kemasukan pelajar bagi semester baharu adalah seawal bulan Oktober. Kebiasaannya pelajar yang menetap di kolej atau asrama akan pulang awal ke tempat kediaman untuk mengemas bilik dan barang-barang. […]

Anak Pengasas Microsoft, Bill Gates Dilapor Kahwin Dalam Majlis Bercirikan Islam
Anak perempuan pengasas Microsoft, Bill Gates iaitu Jennifer Gates baru-baru ini melangsungkan perkahwinan bersama suaminya, Nayel Nassar dalam majlis bercirikan Islamik, lapor The National News. Kedua-dua pasangan mempelai itu meraikan hari bahagia mereka di rumah pengantin perempuan di North Salem, New York yang dikatakan berkeluasan sehingga 50 hektar luasnya. Jennifer dilapor mengenakan gaun panjang berwarna […]
(Video) Macam Pengantin Baru, Anak Rai ‘Anniversary’ Mak Ayah Sambil Cipta Kenangan Bermakna
Pelbagai cara yang boleh kita lakukan untuk membahagiakan ibu bapa kita. Ada orang mungkin bagi hadiah berbentuk kek atau wang sebagai tanda kasih sayang mereka. Malah ada juga yang berikan hadiah berbentuk percutian untuk ibu bapa mereka. Tetapi hal ini lain pula dengan wanita ini. Pemilik akaun Tiktok Anies Aida Muda ini berkongsikan bagaimana beliau […]

Gangguan Bekalan Air Di 156 Kawasan Susulan Insiden Paip Pecah – Air Selangor
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) — Sebanyak 145 kawasan di Sepang dan 11 lagi di Kuala Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual susulan insiden paip pecah di Simpang 3 LBJ, Jalan B48, Kampung Chinchang, Salak Tinggi, Sepang. Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah menutup bekalan air pada 9 malam tadi bagi […]

Wanita Dilapor Sambut Cahaya Mata Pertama Pada Usia 70 Tahun, Dipercayai Salah Seorang ‘Ibu Baru Tertua’ Di Dunia
Seorang wanita yang mengaku dirinya berusia 70 tahun baru sahaja menyambut kelahiran bayi pertamanya pada usia berikut, dan menjadikan dia salah seorang ibu baru pertama yang tertua di dunia ini. Menurut Mirror, wanita bernama Jivunben Rabari dan suaminya Maldhari berusia 75 tahun telah mencuba untuk mendapatkan zuriat setelah sekian lama sebelum melakukan rawatan IVF. Menurut […]

Penduduk Terkejut Nampak Van Atas ‘Bus Stop’, Ramai Sangka Punca Pemandu Mabuk, Rupanya Ada Sebab Lain
Baru-baru ini, tular beberapa gambar di media sosial memaparkan sebuah hentian bas kecil di tepi jalan yang ‘berbumbungkan’ sebuah van misteri berwarna putih. Kejadian yang dirakam berlaku di Plounéventer, bandar Finistere di Perancis itu mengundang persoalan ramai hingga pihak polis terpanggil untuk jalankan siasatan. Difahamkan, kedudukan van itu sangat membingungkan kerana ia terletak ‘elok’ di […]

Kerajaan Bukan Aniaya Golongan Antivaksin, Mahu Elak Mudarat Lebih Besar – Hishammuddin
KUALA LUMPUR, 18 Okt (Bernama) — Pendirian kerajaan mengenakan tindakan terhadap golongan enggan divaksin bukan bertujuan untuk menganiaya sebaliknya ingin mengelakkan mudarat lebih besar dalam mendepani wabak COVID-19 dalam negara, kata Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammudin Tun Hussein. “Seperti yang disebut oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kerajaan bukanlah hendak menganiaya atau […]