Berita
Bercita-cita Tinggi, Samsung Rancang Cipta Cip Yang Boleh Tiru Fungsi Otak Manusia
Samsung Electronics dilaporkan mempunyai wawasan untuk mengembangkan cip yang boleh meniru fungsi otak manusia dengan lebih baik. Ini bermakna, mereka akan copy-paste otak manusia ke cip silikon. Menurut laporan Detik.com, Samsung Advanced Institute of Technology (SAIT) telah bekerjasama dengan penyelidik dari Universiti Harvard dan menerbitkan kertas penyelidikan yang bertajuk ‘Neuromorphic electronics based on copying and […]
Penyokong Di Negeri Fasa 2, 3 & 4 Dibenar Hadir Ke Tempat Perlawanan Sukan, Tapi Perlu Lengkap 2 Dos Vaksin – PM
Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob merangkap Pengerusi Jawatankuasa Khas Pengurusan Pandemik COVID-19 dalam satu kenyataan memaklumkan, beberapa kelonggaran telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Pandemik hari ini. Kelonggaran baharu yang ditetapkan adalah seperti berikut: 1. Majlis rasmi kerajaan dan swasta termasuklah perasmian dan bengkel, dibenarkan di negeri Fasa 2 dan Fasa 3, […]
Kedah Akan Beralih Ke Fasa 2 Berkuat Kuasa 1 Okt, Tiada Lagi Negeri Dalam Fasa 1
Negeri Kedah akan beralih dari Fasa 1 ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) berkuat kuasa 1 Oktober 2021 ini. Perkara tersebut dimaklumkan menerusi akaun Facebook rasmi Majlis Keselamatan Negara Negeri Kedah sebentar tadi. Susulan daripada pengumuman tersebut, tiada lagi negeri di Malaysia yang berada dalam Fasa 1. Ekoran daripada itu, orang ramai disarankan supaya […]
TERKINI: Lembah Klang & Melaka Beralih Ke Fasa 3 Bermula 1 Oktober Ini-PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa Lembah Klang dan Melaka akan beralih daripada Fasa 2 ke Fasa 3 berkuat kuasa 1 Oktober ini. Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada petang ini, beliau mengatakan bahawa peralihan fasa ini dibuat setelah mengambil kira penilaian risiko semasa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara […]
Wanita Dibelasah Teruk Oleh Suami Selepas Tak Sengaja “Video Call” Ketika Sedang Bersetubuh Dengan Lelaki Lain
Seorang lelaki nekad membelasah isterinya sehingga ‘separuh mati’ selepas wanita itu tak sengaja membuat panggilan video ‘FaceTimed’ ketika melakukan hubungan seks bersama dengan lelaki lain dalam sebuah kereta yang diparkir berhampiran sebuah hotel di Pennsylvania, Amerika Syarikat. Lelaki yang berusia 34 tahun itu mendakwa bahawa dia menerima panggilan video dari isterinya pada 21 September. Berikutan […]
Usahawan Muda Ini Buktikan Boleh Sebaris Dengan Jenama Terkenal Dalam ‘Mall’
Jenama popular tempatan iaitu Absolut Chocolat kini mula membuka cawangan stor fizikal pertamanya di pusat beli belah terkemuka, Mid Valley Megamall selepas tiga tahun beroperasi dalam talian. Jenama yang dimiliki anak tempatan berbangsa Melayu itu mahu bersaing secara sihat dan sebaris dengan jenama besar lain di pasar raya terkemuka negara di bawah tapak bernombor LGC-18. […]

“Ingat Kami Suami Isteri Lama Dalam Wad,” Bekas Pesakit Lega Disahkan Bebas Kategori 4, Kongsi Ikhtiar Semasa Di Hospital
Pengalaman dijangkiti virus yang menular ini pastinya tak mudah untuk kebanyakan pesakit. Ditekan dengan masalah kesihatan dan stigma masyarakat, sedikit sebanyak pastinya ia boleh menjejaskan emosi dan mental pesakit. Apatah lagi bila terbaca kisah-kisah sedih yang menyayat hati melibatkan para pesakit yang terpaksa dikuarantin jauh dari keluarga. Ada yang pergi dalam keadaan penuh harapan dan […]
“Penyeksaan Yang Tak Akan Berakhir,” Hidap OCD, Wanita ‘Tersiksa’ Ada Tabiat Gosok Gigi Sampai 90 Minit
Menghidap Obsessive-Compulsive Disorder (OCD) sejak 10 tahun yang lalu, hidup seorang wanita dilaporkan tidak lagi ‘normal’ seperti sebelumnya sehingga membuatkannya hanya terkurung di dalam bilik sahaja. Menurut Mirror.co, Vanessa Ward bahkan mempunyai tabiat menggosok gigi selama 90 minit. Wanita berusia 30 tahun itu mengatakan bahawa penyakit OCD yang dihidapinya merupakan satu ‘penyeksaan yang tidak akan […]
“Takpe Ke Incik Bos?,” Wajib Layan Konspirasi Adu Du Dalam Video Baru BoBoiBoy Terkait Isu Sungai Tercemar Baru-Baru Ini
Baru-baru ini gangguan bekalan air yang berlaku disebabkan pencemaran sungai membuatkan pengguna kesal terhadap pihak tidak bertanggungjawab yang menjadi punca kejadian tersebut. Memetik laporan Awani, pada 2019 yang menyatakan bahawa lebih 80% sungai di bandar-bandar utama negara boleh dianggap ‘mati’ dek kerana pencemaran terutama daripada sisa industri yang terus meningkat setiap tahun. Dalam laporan yang sama, […]

(Video) Penduduk Berdepan Detik Cemas, Puting Beliung Bawa Angin Kuat Dengan Bunyi Menakutkan Membadai Kawasan Rumah
Penduduk Taman Bagan Kurnia, Kuala Lukut terpaksa melalui detik-detik cemas apabila puting beliung yang membawa angin kuat membadai kawasan perumahan mereka kira-kira 10.30 pagi tadi. Menurut laporan ringkas Bernama, angin puting beliung seperti yang dirakam dan dimuat naik ke Twitter sebentar tadi didakwa turut mengeluarkan bunyi yang menakutkan. Difahamkan, rakaman video memaparkan fenomena puting beliung […]
Vaksin COVID-19: Penghuni ‘Tirai Besi’ Syukur Tidak Dilupakan
KUANTAN, 29 Sept (Bernama) — Walaupun berada di sebalik tembok besi, penghuni Penjara Penor di sini bersyukur kerana tidak dilupakan dalam pemberian suntikan vaksin COVID-19 sebagai perlindungan diri daripada wabak berbahaya itu. Banduan yang dikenali sebagai T**, 30, mengakui sering tertanya-tanya bilakah dia akan menerima suntikan tersebut kerana banyak mengetahui mengenai COVID-19 menerusi media massa […]

Khidmat Acryl Sani Sebagai KPN Dilanjutkan Secara Kontrak Selama 2 Tahun
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) — Khidmat Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sebagai Ketua Polis Negara (KPN) akan dilanjutkan selama dua tahun secara kontrak selepas beliau bersara wajib awal bulan depan. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata Acryl Sani, 59, dilantik secara kontrak bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 4 Okt 2021 hingga […]
Hujan Lebat & Ribut Petir Dijangka Melanda 10 Buah Negeri Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sepuluh negeri di Malaysia hari ini. Menurut agensi itu, amaran tersebut dijangka terpakai sehingga jam 7 malam ini. Berikut adalah negeri dan kawasan yang dijangka terlibat: Perlis Kedah (Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Padang Terap, Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, […]
Dakwaan Tiga Remaja Di Perak, Sabah Meninggal Akibat Vaksin COVID-19 Tidak Benar
IPOH, 29 Sept (Bernama) — Dakwaan dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tasek Damai di sini meninggal dunia akibat vaksin COVID-19 menerusi rakaman video yang tular adalah tidak benar. Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata semakan mendapati dua pelajar sekolah berkenaan dilaporkan meninggal dunia sebelum Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja yang bermula […]
Pejabat Mufti WP Terangkan Cara Untuk Bezakan Darah Haid & Istihadhah Yang Anda Perlu Tahu
Perbezaan darah haid dan istihadhah penting bagi memastikan waktu suci seseorang wanita agar boleh menunaikan solat. Biarpun kelihatan serupa, terdapat beberapa cara untuk membezakan jenis darah ini berdasarkan tempoh masa ia keluar serta fizikal darah terbabit. Berikut adalah contoh situasi serta penjelasan Mufti Wilayah Persekutuan mengenai cara membezakan kedua-dua jenis darah tersebut. SOALAN Assalamualaikum. Kebiasaan […]

Pengasuh Didakwa Cuba Bunuh Bayi Lelaki Berusia Tujuh Bulan
IPOH, 29 Sept (Bernama) — Seorang pengasuh wanita didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan cuba membunuh seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan, minggu lepas. Nursahidah Amran, 22, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norita Mohd Ardani. Mengikut kertas pertuduhan, Nursahidah didakwa telah menghentak dan menyebabkan kecederaan pada kepala mangsa yang tertuduh […]

TERKINI: 12,434 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini Dengan 5 Negeri Catat Ribuan Kes
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 12, 434 kes COVID-19 baharu pada hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kian meningkat kepada 2,232,960 kes setakat ini. Berdasarkan statistik KKM, Sarawak masih kekal mencatatkan angka harian tertinggi dengan 2,967 kes, diikuti Selangor dengan 1,362 kes dan Johor 1,289 kes. Selain itu, angka […]

JPN Sahkan Tidak Berlaku Sebarang Kebocoran Data Maklumat – Hamzah
KUALA LUMPUR, 29 Sept (Bernama) — Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengesahkan tiada sebarang kebocoran maklumat dalam pangkalan data peribadi MyIdentiti, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin. Beliau berkata ini kerana sistem kawalan keselamatan data ‘FireWall’ adalah sangat kukuh dan kesemua maklumat adalah dilindungi. “Kementerian saya sentiasa memastikan keselamatan dan integriti data rakyat Malaysia […]

Rusuhan Di Penjara Di Ecuador Ragut 24 Nyawa
BOGOTA (Colombia), 29 Sept (Bernama) — Satu rusuhan berlaku di sebuah penjara di bandar Guayaquil, Ecuador pada Selasa mengorbankan 24 banduan manakala 48 yang lain cedera. Kejadian dikatakan berpunca akibat pergaduhan membabitkan geng di penjara Litoral Penitentiary, lima banduan maut dipenggal, lapor Agensi Anadolu memetik kenyataan pihak berkuasa penjara. Pasukan polis dan tentera dihantar ke lokasi kejadian […]

Singapura Lapor Lebih 2,000 Kes Baharu COVID-19, 5 Kematian Pada 28 Sept
SINGAPURA, 29 Sept (Bernama) — Singapura pada Selasa (28 Sept) melaporkan 2,236 kes baharu COVID-19, buat pertama kali melepasi angka 2,000 sejak wabak itu bermula tahun lalu. Menurut Kementerian Kesihatan Singapura 1,711 kes dikesan dalam komuniti, 515 di asrama pekerja migran dan 10 kes import. Berdasarkan data terkini, 1,325 kes kini ditempatkan di hospital antaranya 209 adalah kes serius […]