Berita
Percaya Syarat Ritual Pelik, Wanita Didakwa Serahkan Anak Gadisnya Disetubuhi Bomoh Palsu Untuk ‘Gandakan Wang’
Gara-gara menuruti syarat ritual pelik untuk dapatkan duit, seorang ibu di wilayah Muna, Sulawesi Tenggara didakwa tergamak merelakan anak gadisnya sendiri ditiduri dan diperkosa bomoh palsu. Merujuk laporan iNews, bomoh tersebut dipercayai mampu menggandakan wang menjadi lebih banyak melalui ritual pemujaan, dengan syarat perlu melakukan hubungan seks dengan gadis tersebut. Jurucakap polis Muna, Kasat Reskrim […]

Golongan Transgender Perlu Ubah Penampilan Diri Untuk Masuk Masjid – Mufti P. Pinang
GEORGE TOWN, 26 Sept (Bernama) — Golongan ‘mukhannath’ atau transgender hendaklah mengubah penampilan diri mereka jika mahu berada di masjid atau surau supaya mereka tidak kelihatan ganjil atau berbeza, malah mengelak rasa tidak senang dalam kalangan majoriti jemaah lain. Mufti Pulau Pinang Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor berkata beliau berpendapat tiada jalan lain dapat menyelesaikan […]
TERKINI: Lebih Rendah Berbanding Semalam, 13,104 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 13,104 kes COVID-19 baharu pada hari ini, seperti yang dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menerusi laman Twitter miliknya. Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kian meningkat kepada 2,198,235 kes setakat ini. Berdasarkan statistik KKM, Sarawak mencatatkan angka harian tertinggi dengan 2,943 […]
JPJ Sasar Selesai Ujian Memandu Tertangguh Sebelum Akhir Tahun
KUALA TERENGGANU, 26 Sept (Bernama) — Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menyasarkan semua ujian yang tertangguh di 232 institut memandu di seluruh negara melibatkan 462,124 calon akan selesai sebelum akhir tahun ini. Timbalan Ketua Pengarah Perancangan dan Operasi JPJ Aedy Fadly Ramli berkata bagi mencapai sasaran itu, jabatan tersebut akan menambah bilangan penguji sehingga 20 peratus, […]
Asyik Telefon Talian Kecemasan Mengadu ‘Penat’, Lelaki Tak Pasal-pasal ’Check In’ Penjara
Seorang lelaki di Indiana ditahan atas alasan menelefon talian kecemasan berulang kali dan mengadu dirinya ‘penat’, lapor Newsweek.com. Menurut portal itu, lelaki berusia 61 tahun berkenaan dipercayai telah menelefon talian 911 sebanyak empat kali pada Khamis. “Pemanggil asyik menelefon, mengadu dirinya penat,” tulis portal itu memetik kenyataan pihak polis berkenaan penahanan lelaki tersebut. Penahanan itu […]

TERKINI: Pembayaran BPR Keluarga Malaysia Fasa 3, Rayuan BPR Mulai 28 Sept – PM
Pembayaran Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) Keluarga Malaysia Fasa 3 serta rayuan BPR akan dikreditkan ke dalam akaun penerima secara berperingkat mulai 28 September ini dan dijangka selesai pada 30 September berikutnya. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pembayaran tersebut akan memanfaatkan seramai 3.6 juta penerima sedia ada kategori isi rumah dan pemohon rayuan […]
JKKP Arah Lombong Henti Operasi Selepas Pekerja Maut Jatuh Dalam Palong Pengisar
KOTA BHARU, 26 Sept (Bernama) — Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Kelantan telah mengarahkan pemilik premis sebuah lombong di Felda Aring 5, Gua Musang untuk menghentikan semua kerja operasi pemprosesan bijih susulan kemalangan maut ke atas seorang buruh, Khamis lepas. Pejabat Pengarah JKKP Kelantan dalam kenyataan hari ini memaklumkan sepasukan pegawai penyiasat jabatan itu […]
(Video) Api ‘Lekat’ Lebih Lama, Lelaki Kongsi Cara Buat Bara Api Guna Tisu Dan Minyak Masak
Trik menyalakan api sememangnya berguna untuk para peminat aktiviti perkelahan atau berkhemah di dalam hutan. Selain untuk memasak makanan, unggun api juga penting demi keselamatan. Pun begitu, kerja menghidupkan api memerlukan kesabaran yang tinggi. Tak kira sama ada menggunakan daun kering, sarang telur mahupun kertas surat khabar, ada masanya ia mengambil masa yang lama hingga […]

Kru Kapal Dakwa Tak Perasan, Bangkai Ikan Paus Bersaiz 32 Kaki Ditemui Tersangkut Pada Kapal
Bangkai seekor paus bersaiz 32 kaki dilaporkan tersangkut pada bahagian busur sebuah kapal yang berlabuh di pelabuhan Mizushima, Jepun. Menurut Daily Mail, penduduk tempatan yang menyedari kewujudan haiwan itu telah memaklumkan kepada pengawal pantai tempatan. Difahamkan, kapal tersebut telah belayar di lautan Pasifik sebelum berlabuh di Mizushima. Malah, kru kapal mendakwa mereka tidak menyedari telah […]
Indonesia Larang “Selfie” Tanpa Pakai Pelitup Muka Di Kawasan Pelancongan
Masyarakat di Indonesia dilaporkan telah dilarang berswafoto tanpa memakai pelitup muka. Perkara itu telah ditekankan oleh Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Sandiaga Uno dalam kenyataan media berkaitan Pemberlakuan Pembatasan Kegiatan Masyarakat (PPKM). Menurutnya percubaan dalam pelaksanaan pembukaan 20 tempat tarikan pelancong semasa PPKM tahap 3 dan 2 pada minggu lalu telah menunjukkan hasil yang positif. […]
Kebenaran Rentas Negeri Dijangka Dimuktamad Tiga Minggu Lagi
JOHOR BAHRU, 25 Sept (Bernama) — Kebenaran untuk rentas negeri dijangka dapat dimuktamadkan dalam tempoh tiga minggu lagi selepas negara mencapai kadar 90 peratus populasi dewasa yang lengkap suntikan vaksin COVID-19. Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata berikutan itu, beberapa langkah untuk menyegerakan vaksinasi populasi dewasa akan diambil dalam masa terdekat. Beliau […]
(Video) Ditemui Selepas 6 Hari Hilang Di Gunung, Remaja Kata Hanya Hilang Beberapa Jam & Ada Nenek Bagi Makan
Seorang pemuda berumur 14 tahun yang dilaporkan hilang sewaktu mendaki Gunung Guntur, Garut, Jawa Barat, Indonesia ditemui selamat selepas 6 hari operasi mencari dan menyelamat dilakukan. Muhammad Gibran Arrasyid telah dilaporkan hilang selama enam hari sejak 19 September 2021 sewaktu mendaki gunung tersebut bersama rakan-rakannya. Anehnya, Gibran mendakwa bahawa sewaktu dia dilaporkan hilang itu, dia […]
“Harini Takda Terus…”, Guru Sedih Pelajar Tak Hadiri Kelas Online, Rasa Macam ‘Syok Sendiri’
Bukan mudah untuk menggalas tugas sebagai seorang guru terutama dalam tempoh pandemik pada ketika ini. Manakan tidak, pelbagai cabaran yang perlu dilalui oleh mereka ketika mengadakan sesi pembelajaran secara dalam talian. Ada sesetengah pelajar yang tidak memberikan kerjasama baik sehingga membuatkan guru-guru merasa kecewa dan sedih. Bahkan, sudah kerap kali kita mendengar mengenai pelajar yang […]
Gara-gara ‘Hutang’ RM 1.80 Beli Mountain Dew, Lelaki Berdepan Penjara 7 Tahun
Seorang lelaki di Pennsylvania dilaporkan telah dipenjara pada bulan lalu atas kesalahan membayar harga minuman berkarbonat Mountain Dew kurang AS$0.43 (RM1.80) daripada harga sebenar. Menurut Fox News, lelaki itu dikatakan telah masuk ke sebuah kedai serbaneka di Perry County dan ingin membeli dua botol Mountain Dew yang berharga AS$ 3.00 (RM12.57). Difahamkan, lelaki itu mengambil […]
Lebih 7000 Usahawan Berjaya Naik Taraf Hidup Dengan Cara Ni
Umum telah mengetahui bahawa wabak pandemik COVID-19 yang melanda dunia kini telah banyak memberi kesan kepada ramai orang. Ada yang kalau sebelum ini hidup senang dan bersederhana, kini nampak terdesak kerana dibebani dengan pelbagai hutang. Selain daripada itu, wabak pandemik ini telah banyak membuatkan orang ramai hilang pekerjaan dan terputus rezeki. Walaupun begitu, kehadiran produk […]
Dapat Panggilan “Prank” 2,000 Kali, Mangsa Nombor Telefon Terdedah Dalam Siri Squid Game Dapat Pampasan RM 3,500
Netflix dilaporkan akan membayar sebanyak 1 juta won (RM 3500) kepada mangsa yang nombor telefonnya terdedah dalam drama Squid Game. Selain kejayaan besar yang diraih di peringkat global, darama popular Netflix ‘Squid Game’ telah menyebabkan ramai orang menjadi mangsa tanpa diduga. Selepas beberapa nombor telefon bimbit dikesan pada kad nama dalam drama tersebut, mangsa yang […]
TERKINI COVID-19: 13,899 Kes Dicatatkan Hari Ini, Sarawak Rekod Kes Tertinggi
Sebanyak 13,899 kes baharu COVID-19 yang telah dilaporkan pada hari ini dan ia menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia sebanyak 2,185,131 kes. Melalui data yang dikongsikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Sarawak mencatatkan kes harian tertinggi hari ini iaitu sebanyak 2,712 kes. Ia diikuti oleh negeri Selangor dengan 2,341 kes […]
Dr Zakir Naik Cari Calon Isteri Untuk Anaknya, “Prefer” Yang Sanggup Tinggal Di Malaysia
Penceramah terkenal, Dr Zakir Naik, kini sedang dalam misi mencari calon isteri buat anak lelakinya, Fariq Naik dan telah menyediakan ‘resume’ yang lengkap mengenai butiran anaknya bagi memudahkan urusan pencarian itu. Menerusi kiriman di Facebook miliknya semalam, Dr Zakir mengatakan bahawa dia mencari seorang wanita Muslim yang berakhlak mulia dan boleh menjadi sumber kekuatan dan […]
82.5 Peratus Populasi Dewasa Lengkap Vaksinasi Setakat Semalam
KUALA LUMPUR, 25 Sept (Bernama) — Sebanyak 82.5 peratus atau 19,311,563 individu daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19 setakat semalam. Berdasarkan perincian yang dikongsi menerusi portal COVIDNOW hari ini, Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan sebanyak 93.6 peratus atau 21,903,061 individu daripada populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin. Selain itu, seramai 25,326 atau […]
Mangsa Terakhir Bot Karam Di Tenom Ditemukan
BEAUFORT, 25 Sept (Bernama) — Mayat mangsa terakhir tragedi bot karam di Kampung Kalandos, Pangi, Tenom pada 22 Sept lalu ditemukan pada pukul 7.50 pagi di Kampung Batu 64, Beaufort hari ini. Penolong Pengarah Bahagian Operasi Negeri, Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Misran Bisara berkata mayat Joseph Sayah, 55, ditemukan oleh orang awam. “Pasukan bomba […]