Berita
TERKINI: Kerajaan Cadang Kurangkan Sejumlah 181 SOP PPN Kepada 10 – Hishammuddin
Kerajaan akan berbincang pengurangan SOP daripada 181 kepada 10 SOP dalam tempoh dua hingga tiga minggu lagi, kata Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam sidang media hari ini. Jelasnya, buat masa ini, terdapat 181 SOP yang merangkumi keempat-empat fasa PPN. Kesemua SOP ini akan diperkemaskan sebelum peralihan ke fasa endemik, katanya. Kerajaan […]
Kemasukan Fizikal Ke IPT Secara Berperingkat Mulai 15 Okt
PUTRAJAYA, 14 Sept (Bernama) — Kemasukan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) secara fizikal ke kampus akan dilaksanakan secara berperingkat bermula 15 Okt ini, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Dr Noraini Ahmad hari ini. Beliau berkata ia melibatkan pelajar yang telah lengkap vaksinasi COVID-19, merangkumi semua kategori pelajar dan semua fasa Pelan Pemulihan Negara (PPN) […]
“Love Lock” Dipotong, Puteri & Atyl Trending Hari Ini, Netizen Simpati Cinta ‘Tak Dipersetujui’
Setiap pasangan yang bercinta sentiasa mempunyai cara yang tersendiri untuk mengabadikan cinta mereka, bahkan sehingga sanggup melakukan sesuatu yang mungkin dirasakan tidak masuk akal oleh orang sekeliling. Rasanya ramai yang tahu mengenai mangga kunci cinta atau love lock yang dikatakan menjadi lambang hubungan cinta yang berkekalan sehingga hujung nyawa. Trend mengunci mangga di jambatan itu […]
Langkah ‘Mengurung’ Rakyat Tidak Lagi Sesuai – PM Ismail Sabri
Langkah ‘mengurung’ rakyat tidak lagi sesuai untuk dilaksanakan, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dalam sidang media hari ini. Menurut Bernama, katanya, tindakan itu dikhuatiri boleh menyebabkan masalah lain termasuk gangguan kesihatan mental rakyat. Tambahnya lagi, pembukaan ekonomi di negeri-negeri fasa 1 PPN adalah wajar berikutan kadar vaksinasi yang tinggi. Setakat ini katanya, seramai […]
Baru Umur 17 Tahun Dah Ada Dua Isteri, Remaja Nikahi Dua Gadis Selang Dua Jam
Tidak lama selepas tular kisah seorang lelaki menikahi dua wanita sekaligus di Sumatera Selatan, kali ini tular pula kisah serupa di mana seorang remaja lelaki berkahwin dengan dua kekasih sebayanya. Menurut SuaraSumsel.id, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun telah menikahi dua gadis seusianya sekaligus dalam satu hari di Musi Rawas Utara baru-baru ini. Kongsi Setiausaha […]
Sesat Di Laut, Kisah Lelaki Sangka Sedang ‘Dikepung’ Jerung Rupanya Sedang ‘Dibantu’ & ‘Dilindungi’ Ikan Lumba-lumba
Setelah diselamatkan, Ruari McSorley menceritakan tentang detik dia sesat sewaktu berenang di laut yang terletak di luar pantai di Co Kerry. Lelaki yang berusia 24 tahun itu pernah menjadi tular pada tahun 2015 selepas dia ditemui dan diselamatkan 4k dari pantai kerana sesat di laut yang berhampiran pantai dekat Inch. Lelaki tersebut kali pertama dilaporkan […]
Boleh Ke Tayang Bonus Dari Perniagaan Sebagai Teknik ‘Marketing’? Ini Penjelasan Mufti WP
Menceburi bidang perniagaan sememangnya mempunyai pelbagai cabaran, namun jika diharungi dengan penuh semangat pasti membuahkan hasil. Setiap hari kita dihidangkan dengan kejayaan-kejayaan usahawan dalam dunia perniagaan. Pelbagai teknik pemasaran yang digunakan bagi melariskan produk mereka. Antara salah satu teknik yang biasa dilihat ialah perkongsian amaun bonus yang diterima untuk menarik minat orang lain bagi menceburi […]
MetMalaysia Keluarkan Ramalan Cuaca Sempena Hari Malaysia Bagi Seluruh Negara
Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan ramalan cuaca sempena Hari Malaysia yang akan disambut pada 16 September ini. Ramalan tersebut meliputi seluruh negara mengikut jangkaan pada hari tersebut. Melihat kepada ramalan cuaca yang dikeluarkan, hujan dan ribut petir dijangka melanda di satu dua tempat di Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Jphor Timur, Sarawak, Sabah dan Wilayah […]
Ketua Gerakan Antivaksin & Tolak Topeng Muka Israel Dilapor Meninggal Dunia Positif COVID-19
Seorang aktivis yang terkenal kerana menentang penggunaan vaksin COVID-19 dan juga digelar sebagai ‘ketua antivaksin’ dilaporkan telah meninggal dunia pada awal pagi Isnin di Pusat Perubatan Wolfson di Holon, Israel akibat COVID-19. Menurut The Jerusalem Post, lelaki itu juga sempat memuatnaik beberapa perkongsian di media sosialnya ketika dia berada di hospital dan sebelum meninggal dunia. […]
‘Tarzan Dunia Sebenar’ Dilapor Meninggal Dunia Akibat Kanser Selepas 8 Tahun Hidup ‘Moden’
Seorang lelaki yang digelar ‘tarzan dunia sebenar’ dilaporkan telah meninggal dunia akibat kanser hati pada 6 September lalu, lapor The Sun. Lelaki Vietnam bernama Ho Van Lang, 52 itu dikatakan telah tinggal selama kira-kira 40 tahun di dalam hutan sebelum kembali ke dunia luar lapan tahun lalu. Menurut portal itu, Ho Van Lang telah dibawa […]
Pesakit COVID-19 Enggan Terima Rawatan Tidak Dibenar Pulang – Hospital Pulau Pinang
GEORGE TOWN, 13 Sept (Bernama) — Hospital Pulau Pinang (HPP) tidak membenarkan seorang pesakit COVID-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) untuk pulang ke rumah kerana berisiko menyebarkan wabak tersebut sekiranya keluar dari hospital. Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Dr Ma’arof Sudin berkata pesakit berkenaan telah dimasukkan ke wad ICU di HPP selepas disahkan […]
Kelas Campur Lelaki Perempuan Pun Tak Boleh, Taliban Akan Hapuskan Kurikulum Tak Sesuai Dengan Syariat Islam
Pemerintahan Afghanistan di bawah kekuasaan Taliban akan menghapuskan beberapa subjek yang bertentangan dengan syariat Islam, di peringkat kurikulum pengajian tinggi. Abdul Baqi Haqqani, Menteri Pengajian Tinggi yang dilantik Taliban berkata, kelas yang bercampur lelaki dan perempuan juga tidak dibenarkan. “Beberapa perubahan akan dilakukan dalam dasar kurikulum dan mengikut syariat Islam. “Setiap subjek yang bertentangan dengan […]

Varian Delta Covid-19 Dominan Di Sarawak – IHCM
KUCHING, 13 Sept (Bernama) — Varian Delta COVID-19 kini merupakan varian dominan di Sarawak apabila 303 kes dikesan daripada 307 kes yang menjalani penjujukan genom setakat 31 Ogos lepas, kata Pengarah Institut Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Prof Dr David Perera. Beliau berkata kes dengan varian membimbangkan (VOC) ini meliputi 99 peratus daripada kes yang menjalani penjujukan genom bagi […]
Amaran Kedutaan Jepun Mengenai Pengganas: Ketua Polis Beri Jaminan Keselamatan Negara Terkawal
Ketua Polis Diraja Malaysia, Dato Sri Acryl Sani dalam satu kenyataan memberi jaminan bahawa tahap keselamatan dan ketenteraman awam di dalam negara adalah terkawal. Hal ini selepas kedutaan Jepun mengeluarkan amaran kepada rakyatnya, kemungkinan berlaku serangan pengganas di rumah-rumah ibadat dan kawasan tumpuan ramai di beberapa kawasan Asia Tenggara termasuk Malaysia. Menurut Acryl, setakat ini […]
4 Menteri Berbincang, Kelonggaran Rentas Negeri Akan Diputuskan Esok?
Seperti yang kita tahu, Malaysia dijangka beralih ke fasa endemik COVID-19 tidak lama lagi. Oleh itu, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bakal mengadakan perbincangan tentang kelonggaran dan penyesuaian prosedur operasi standard (SOP) menuju fasa tersebut. Memetik laporan Astro Awani, Hishammuddin akan menemui Menteri Kesihatan, Menteri Kewangan dan Menteri Komunikasi dan Multimedia esok […]

Tragedi Kuari Roboh, Seorang Operator Jentolak Bersama Jenteranya Tertimbus Dihempap Batu Besar
Seorang operator jentolak dilaporkan telah tertimbus bersama jenteranya selepas dihempap batu besar dalam satu insiden di Bau, Sarawak. Menurut laporan Bernama TV, kejadian tersebut berlaku dalam satu tragedi kuari roboh di Kampung Tanjung Durian Siniawan. Memetik laporan Utusan Borneo, jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima laporan berhubung […]

“Kami Sedang Berusaha Menyelesaikan Permasalahan Ini,” – CIMB Assists
Rangkaian perkhidmatan perbankan CIMB dipercayai mengalami gangguan teknikal pada hari ini. Berdasarkan aduan para pengguna di media sosial, sebahagian mereka mengadu tidak dapat menggunakan perkhidmatan atas talian, kad debit, ATM serta mesin deposit tunai. Berikutan itu, pihak CIMB telah tampil memberi maklumbalas untuk mengatasi masalah berkenaan secepatnya. “Sebarang kesulitan amat kami kesali. Sila maklum bahawa […]
PPV Awam Di Perak Dibuka Untuk ‘Walk-In’ Bagi Individu 18 Tahun Ke Atas
IPOH, 13 Sept (Bernama) — Semua pusat pemberian vaksin (PPV) awam di Perak dibuka untuk individu berusia 18 tahun ke atas bagi mendapatkan vaksin COVID-19 secara jumpa terus (walk-in) mulai hari ini, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Mohd Akmal Kamarudin. Beliau berkata pemberian vaksin juga dibuka kepada individu bukan […]
Polis Tahan Dua Lelaki, Rampas Dadah Bernilai RM1.4 Juta Di Changlun
ALOR SETAR, 13 Sept (Bernama) — Polis menahan dua lelaki dan merampas heroin base serta pil kuda bernilai RM1.4 juta dalam operasi di sekitar Changlun, dekat sini Jumaat lepas. Ketua Polis Kedah Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata dalam serbuan pertama pada 11 pagi, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah menahan seorang lelaki […]
Pekerja Am Maut Tersepit Jentera ‘Spin Chiller’
BATU PAHAT, 13 Sept (Bernama) — Seorang pekerja am di sebuah kilang memproses produk ayam sejuk beku di Jalan Ayer Hitam dekat sini, maut akibat tersepit dalam jentera spin chiller, Sabtu lepas. Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri Johor, Husdin Che Amat berkata dalam kejadian pukul 9 pagi itu, mangsa warga tempatan berusia […]