Berita

Buat Kali Pertama Dalam Sejarah, Perak Tersingkir Ke Liga Perdana
Buat pertama kali dalam sejarah, pasukan bola sepak Perak FC secara rasminya telah tersingkir ke Liga Perdana selepas tumpas 1-2 dengan Melaka United malam ini. Gol awal yang dijaringkan Sergio Aguero pada minit ke-30 ternyata tidak membantu apabila skuad Hang Tuah menyamakan kedudukan 1-1 dengan gol oleh Manuel Ott pada minit ke-66. Bagaimanapun Melaka United […]

(Video) Rakaman Detik Cemas Myvi Dihanyutkan Arus Banjir
Tular satu video memaparkan situasi cemas sebuah kereta Perodua Myvi berwarna putih yang dihanyutkan air banjir dalam satu kejadian yang berlaku petang tadi. Berdasarkan perkongsian video di Bernama TV, kejadian tersebut didakwa berlaku berikutan fenomena banjir kilat yang melanda sebuah kampung di Jalan Kionsom, Inanam di Kota Kinabalu. Bagaimanapun setakat ini, maklumat lanjut mengenai mangsa […]

Saya Bertanggungjawab Atas Apa Yang Berlaku – Jurulatih Ziyad
SEPANG, 3 Sept (Bernama) — Jurulatih lontar peluru para negara Mohd Faizol Harun mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas insiden pembatalan pingat emas dimenangi jaguh lontar peluru kebangsaan Muhammad Ziyad Zolkefli di Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Mohd Faizol berkata sebagai jurulatih beliau adalah individu yang paling dekat dengan Ziyad sepanjang temasya itu. “Kepada semua pihak yang mencari siapa […]

Guru Enggan Terima Vaksin Tidak Boleh Mengajar Secara Bersemuka
KANGAR, 3 Sept (Bernama) — Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menetapkan guru yang enggan menerima vaksin COVID-19 tidak akan dibenarkan mengajar secara bersemuka di dalam kelas serta berinteraksi dengan pelajar apabila sesi persekolahan dibuka pada 3 Okt ini. Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin berkata Undakan itu diambil bagi memastikan ibu bapa yakin bahawa persekitaran […]
Pemandu Lori Ditahan, Rogol Kanak-Kanak Usia 12 Tahun Di Hotel
Seorang pemandu lori di Bandar Bukit Tinggi, Klang ditahan polis pada Rabu selepas didakwa merogol seorang budak perempuan berusia 12 tahun yang dikenalinya menerusi aplikasi WeChat, lapor Sinar Harian. Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Shamsul Amar Ramli memetik Sinar Harian berkata, kejadian itu dilaporkan berlaku pada 17 Ogos lalu, kira-kira jam 10.20 pagi. […]

Kira-kira 13,000 Waris Belum Mohon Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 – NADMA
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) — Kira-kira 13,000 waris atau ahli keluarga pesakit yang meninggal dunia akibat COVID-19 belum membuat permohonan Bantuan Khas Pengurusan Kematian COVID-19 (BKPC) yang dikendalikan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA). Ketua Pengarah NADMA Datuk Aminuddin Hashim berkata setakat ini pihaknya telah menerima 4,311 permohonan BKPC dengan 3,496 daripadanya layak, lengkap permohonan, serta telah […]

Pekerja Enggan Divaksin Boleh Dikenakan Tindakan – Menteri Sumber Manusia
IPOH, 3 Sept (Bernama) — Pekerja yang enggan mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 boleh dikenakan tindakan mengikut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (AKKP) 1994 kerana menyebabkan suasana tempat kerja yang tidak selamat. Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M.Saravanan berkata walaupun tiada peruntukan undang-undang yang mewajibkan pengambilan vaksin COVID-19 namun AKKP 1994 menuntut majikan memastikan persekitaran tempat […]
JAIS Akan Laksana Vaksinasi Khas
SHAH ALAM, 3 Sept (Bernama) — Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) akan melaksanakan program vaksinasi khas bagi guru Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA), pegawai masjid dan penolong pendaftar nikah yang enggan menerima vaksin COVID-19. Pengarah JAIS Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata susulan program vaksinasi khas itu, satu arahan […]
Jarak Saf Solat Di Masjidil Haram Dipendekkan, Untuk Tampung Lebih Ramai Jemaah
Pihak berkuasa di Masjidil Haram di Makkah dilaporkan telah beransur-ansur memberikan kelonggaran buat jemaah yang menjalani ibadah ketika musim pandemik, lapor Kumparan. Terbaru, pengurus masjid suci terbesar di dunia itu telah memendekkan dan mengurangkan jarak saf ketika solat agar mampu menampung jemaah yang lebih ramai. “Masjidil Haram mengurangkan penjarakkan sosial di antara jemaah ketika solat […]
(Video) Luar Biasa, Aksi Dramatik Atlet Paralimpik Panah Guna Mulut Hampir Cipta Rekod “Perfect 10“
Dimana ada kemahuan, disitu pasti ada jalan. Itulah ungkapan yang boleh mencerminkan semangat seorang atlet paralimpik dari Amerika Syarikat ini. Atlet memanah Amerika Syarikat yang bernama Eric Bennett itu hanya menggunakan mulutnya sahaja untuk memanah. Di pusingan penyingkiran pertama acara memanah recurve individu, beliau berjaya menewaskan pesaingnya iaitu Taymon Kenton-Smith daripada Australia. Lebih menakjubkan lagi […]
Serang Orang Awam Yang Tak Bersalah, Polis New Zealand Tembak Mati Lelaki ‘Mengganas’ Di Pasar Raya
Polis New Zealand dilaporkan telah menembak mati seorang ‘pelampau ganas’ yang telah menikam dan mencederakan sekurang-kurangnya enam orang awam di sebuah pasar raya di bandar Auckland. Kejadian itu telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Jacinda Ardern dalam satu sidang media pada hari ini, lapor Hindustan Times. Difahamkan, penyerang itu merupakan warga Sri Lanka yang tinggal di […]
Remaja Maut, Muntah Hingga Tersedak Ketika Naik Buai Hayun Di Taman Tema
Seorang remaja perempuan dilaporkan maut setelah tersedak muntahnya sendiri ketika menaiki permainan di taman tema. Menurut Daily Star, keluarga remaja itu mendakwa bahawa mereka telah meminta operator untuk menghentikan permainan itu tetapi tidak diendahkan. Kejadian itu difahamkan berlaku di daerah Avcilar, Istanbul. Remaja berusia 19 tahun itu dikatakan tidak sedarkan diri dan telah muntah ketika […]
(Video) Ada Yang Terperangkap Bawah Tanah, Lebih 43 Maut Jadi Mangsa Banjir Di Amerika
Sekurang-kurangnya 43 orang terbunuh dalam ribut yang disebabkan oleh ‘sisa-sisa’ taufan Ida yang melanda New Orleans, Amerika Syarikat beberapa hari sebelumnya. Menurut The New York Times, ribut ganas itu mengorbankan penduduk di empat negeri iaitu di New York, New Jersey, Pennysylvania dan Connecticut, kebanyakan dari mereka berada di pangsapuri di bawah tanah. Lebiha daripada 150,000 […]
Kerajaan Pertimbang Kelonggaran SOP Termasuk Aktiviti Rentas Negeri, Diberikan Dalam Masa Terdekat
Aktiviti rentas negeri serta beberapa lagi kelonggaran lain akan dipertimbangkan dan diberikan dalam masa yang terdekat. Menteri Kesihatan Malaysia, Khairy Jamaluddin berkata, perkara tersebut akan dibincangkan bersama dengan pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) berdasarkan penilaian risiko daripada Kementerian Kesihatan. Oleh yang demikian, beliau meminta rakyat untuk bersabar dan memberi sedikit ruang buat kerajaan untuk membuat […]
TERKINI COVID-19: 19,378 Kes Baharu Dilaporkan, Perlis Catat 80 Kes Baharu
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa sehingga 3 September 2021, terdapat 19,378 kes COVID-19 baharu yang dilaporkan. 19,378 kes COVID-19 baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 1,805,382 kes. Sehingga 3 September 2021: Jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 19,378 kes (1,805,382 kes). Pecahan setiap […]
Ribut Petir, Hujan Lebat Sepanjang Fasa Peralihan Monsun Bermula Hujung September
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan negara akan mengalami ribut petir dan hujan lebat yang lebih kerap pada petang dan awal malam ketika fasa Peralihan Monsun bermula hujung September hingga pertengahan atau hujung Oktober ini. Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah berkata ia disebabkan oleh atmosfera yang tidak stabil sekali gus meningkatkan aktiviti perolakan […]
Ganjaran Muhammad Ziyad: KBS Akan Kemuka Cadangan Kepada Kabinet
PUTRAJAYA, 3 Sept (Bernama) — Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan mencadangkan kepada Kabinet mengenai ganjaran setimpal kepada jaguh lontar peluru paralimpik kebangsaan Muhammad Ziyad Zolkefli bagi menghargai pencapaiannya di Sukan Paralimpik Tokyo 2020. Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata insiden pembatalan pingat emas tidak pernah dijangka malah tidak pernah difikirkan ketika dasar pemberian […]
GSC Rayu Pawagam Dibuka Semula, Ini Respon Menteri Komunikasi “InsyaAllah,…Tidak Lama Lagi”
Pasti ramai diantara kita yang rindu nak menonton filem di pawagam bukan? Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 3.0) dilaksanakan, panggung wayang di seluruh Malaysia terpaksa ditutup bagi mengelakkan penularan wabak COVID-19. Sejak dari itu, orang ramai khususnya penggemar filem terpaksa melupakan hasrat mereka untuk keluar mengunjungi pawagam bagi menonton filem kegemaran mereka. Namun pada baru-baru […]
Mangsa Banjir Yan Dan Merbok Dikecualikan Bayaran Ganti Lesen Kenderaan, Lesen Memandu
PUTRAJAYA, 3 Sept (Bernama) — Mangsa tragedi banjir di Yan dan Merbok, Kedah akan diberi pengecualian pembayaran yuran penggantian Lesen Kenderaan Motor (LKM) dan Lesen Memandu Malaysia (LMM). Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang mengumumkan perkara itu berkata pengecualian bayaran itu adalah bagi lesen yang hilang dan cukai jalan yang rosak akibat […]
Edar 299.09 Gram Kanabis, Penghantar Barang Menangis Ke Tali Gantung
KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) — Seorang penghantar barang tidak dapat menahan kesedihan selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini, menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadapnya setelah didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 299.09 gram, tiga tahun lepas. Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Hafizul Rashid Emmy, 29, selepas […]