Berita
(Video) Katanya Tersohor Di Seluruh Kelantan, Kelibat Sosok Putih ‘3 Beranak’ Didakwa Di Jalan Gua Musang Berjaya Dirakam
Satu video menyeramkan yang memaparkan kelibat entiti yang tidak dikenali di sebuah jalan raya. Video tersebut asalnya dimuat naik di akaun TikTok bernama @phr_77, namun ianya telah dikongsi dan menjadi tular di akaun Twitter bernama @mrcreepyposta. Menurut akaun Twitter tersebut, kejadian itu dirakam di sebuah jalan yang terletak di Gua Musang, Kelantan. Dalam rakaman video […]
Degil Main Sabung Ayam Ketika Perintah Berkurung, Lelaki Dihukum Berjemur Tengah Panas 2 Jam Dengan Set Penuh PPE
Seorang lelaki di Kecamatan Sukasada, Bali dilaporkan telah dihukum memakai baju PPE selama dua jam kerana didapati telah menyabung ayam ketika negara itu sedang menjalani perintah berkurung. Menurut Kompas.com, lelaki itu juga telah didenda sebanyak Rp 1 juta (RM292.25). Difahamkan, lelaki itu ditahan oleh Agensi Ketenteraman Awam, Kabupaten Buleleng (Satpol PP) ketika dalam satu serbuan […]
Selangor Dijangka Capai Imuniti Kelompok Kurang Dari Sebulan
SHAH ALAM, 31 Julai (Bernama) — Selangor dijangka mencapai imuniti kelompok dalam masa kurang dari sebulan susulan kerjasama bersepadu antara Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) dengan Program Vaksin Selangor (SelVAX) di bawah kerajaan negeri. Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dalam kenyataan berkata setakat hari ini, 65.5 peratus daripada orang dewasa di Selangor telah […]
Anak Kelaparan, Ayah Tiada Duit Terpaksa ‘Korban’ Kasut, Dibarter Dengan Susu
Buntu dan tidak tahu di mana lagi hendak mencari duit, seorang bapa telah membuat tawaran untuk menukarkan sepasang kasut miliknya dengan sekotak susu untuk anaknya yang berusia satu tahun. Lelaki yang berasal dari Solo, Indonesia itu memuatnaik kiriman di Facebook dan menawarkan kasut kesayangannya dengan menegaskan bahawa dia tidak mahu menjual tetapi sebaliknya menukarkannya dengan […]

Covid: Kontak Rapat Terus Jadi Penyumbang Utama Kes Baharu Di Sabah
KOTA KINABALU, 31 Julai – Saringan Kontak Rapat terus menjadi penyumbang peratusan tertinggi kes baharu COVID-19 di Sabah iaitu 48.02 peratus atau 497 kes daripada 1,035 jumlah kes baharu direkodkan di Sabah hari ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun. Beliau berkata Saringan Bergejala pula menyumbang kes kedua tertinggi 251 kes […]
Vaksinasi ‘Jumpa Terus’ Di Sembilan PPV Terpilih Untuk Rakyat Lembah Klang Bermula 2 Ogos Ini – CITF
KUALA LUMPUR, 31 Julai – Sembilan pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih akan menjalankan operasi vaksinasi jumpa terus atau “walk-in” tanpa janji temu bagi penduduk di Lembah Klang bermula 2 Ogos ini. Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) dalam kenyataan hari ini berkata PPV yang dibenarkan operasi jumpa terus ialah KL Convention Centre, HCO F, HCO G dan HCO H; Bangi Avenue […]
“Basah Ketiak,” Datuk Lee Chong Wei Kongsi Reaksi “First Time” Layan “Medal Match” Olimpik Kat Tv
Setelah beberapa hari ‘kempunan’ untuk mendapatkan pingat di temasya Olimpik Tokyo, Malaysia hari ini dihadiahkan dengan pingat gangsa menerusi kemenangan beregu badminton negara, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik sebentar tadi. Menewaskan jaguh beregu dari Indonesia, Mohammad Ahsan dan Hendra Setiawan, mereka mempamerkan aksi yang sangat bertenaga. Walaupun tewas pada set pertama dengan mata 21-17, […]
(Video) “Gamers” Sejati, Remaja Ini Kental Berendam Main Game Walau Kafe Dinaiki Air
Sekumpulan remaja di Filipina pada baru-baru ini berjaya meraih perhatian apabila menjadi tajuk utama berita antarabangsa selepas rakaman aksi mereka bermain game di dalam sebuah kafe siber yang sedang dinaiki air akibat taufan menjadi tular. Rakaman video itu memaparkan sekumpulan remaja sedang asyik bermain game mengabaikan kenaikan paras air di sebuah kafe siber di bandar Cainta […]
Lelaki Ditemukan Mati Dipercayai Dibunuh
KUALA LUMPUR, 31 Julai – Seorang lelaki warga tempatan ditemukan mati dipercayai dibunuh di sebuah premis di Lorong Bukit Ceylon, Bukit Bintang, awal pagi tadi. Mangsa yang berusia 28 tahun itu, ditemukan dalam keadaan terbaring di atas katil. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu daripada […]
Vaksinasi Ditingkatkan, Kes Covid-19 Di GKV Mungkin Mula Turun Pertengahan Ogos – Timbalan KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 31 Julai – Kes-kes COVID-19 harian mungkin akan menunjukkan trend menurun pada pertengahan bulan Ogos apabila kadar vaksinasi di Greater Klang Valley (GKV) meningkat. Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Chong Chee Kheong berkata jangkaan itu berdasarkan kepada langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan bagi membendung pandemik berkenaan, di samping mengambil kira peningkatan program […]
Lelaki Maut Dalam Kemalangan Babit Tiga Kenderaan Di Mersing
MERSING, 31 Julai – Seorang lelaki maut manakala isterinya mengalami sakit dada selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer Satu, Jalan Mersing-Endau berhampiran pekan Endau di sini, pagi tadi. Ketua Polis Daerah Mersing Supt Cyril Edward Nuing berkata dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, mangsa yang meninggal dunia, Ali K. Moideen Kutty, 59, […]
(Video) Tular Suara Serak-serak Basah “Cover” Lagu Cinta, Melly Goeslaw Nak Jumpa Pemuda Dari Sarawak Ini
Menyanyi semula atau cover lagu-lagu yang sudah sedia ada sememangnya menjadi perhatian sejak sekian lama. Malah, ramai sebenarnya penyanyi-penyanyi baharu di negara ini yang memulakan karier nyanyian dengan menyanyikan lagu cover. Kebiasaannya, nyanyian tersebut akan dimuatnaik menerusi platform Youtube atau media sosial yang lain sehingga menjadi tular. Sama seperti yang dilakukan oleh lelaki dari Sarawak […]
Pingat Pertama Olimpik Tokyo, Beregu Badminton Negara Raih Gangsa Tumpaskan Jaguh Indonesia
Pemain beregu lelaki badminton negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berjaya meraih pingat pertama untuk negara dalam pentas sukan Olimpik Tokyo 2020 selepas menewaskan pasangan beregu dari Indonesia sebentar tadi. Dalam aksi di Musashino Forest Sport Plaza itu, pasangan utama negara terpaksa berhempas pulas bermain sehingga ke set penentuan sebelum berjaya ditabalkan sebagai pemenang pingat gangsa. […]

Pakar Perubatan Bimbang Demonstrasi Burukkan Lagi Situasi Covid-19
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) — Pakar perubatan melahirkan kebimbangan bahawa tindakan sesetengah pihak menganjur dan menyertai perhimpunan atau demonstrasi ketika negara sedang bergelut dengan COVID-19 akan memburukkan lagi situasi pandemik di negara ini. Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata ini terutama apabila Lembah Klang kini menjadi kawasan hotspot penularan […]

Ismail Sabri Khuatir Perhimpunan ”Keluar Dan #Lawan” Jadi Punca Jangkitan Covid-19 Merebak
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) — Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melahirkan kebimbangannya perhimpunan “Keluar dan #Lawan” di Dataran Merdeka hari ini mungkin menjadi penyebab baharu merebaknya jangkitan COVID-19. “Saya bimbang tentang keselamatan mereka (peserta perhimpunan) apabila kumpul beramai-ramai. Kalau salah seorang mereka dapat jangkitan dari jalanan, mereka akan bawa balik COVID-19 bersama […]
Risiko COVID-19, Mesyuarat Khas Dewan Rakyat Pada Isnin Ditangguh
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) — Mesyuarat Khas Dewan Rakyat pada Isnin ini ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan ditetapkan kelak. Menerusi notis dikeluarkan Setiausaha Dewan Rakyat Nizam Mydin Bacha Mydin kepada Ahli-ahli Dewan Rakyat bertarikh hari ini, pejabat Yang Dipertua Dewan Rakyat telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung penangguhan persidangan […]
‘Terbakar’ Cemburu, Viral Rakaman Wanita Tikam Kekasih ‘Gelap’ Suami Dengan Pisau Dapur
Kerana marah dan cemburu, seorang wanita di Indonesia dilaporkan telah menikam teman wanita suaminya. Menurut Kompas TV, wanita berusia 34 tahun itu bertindak sedemikan kerana mengesyaki bahawa mangsa mempunyai hubungan yang terlarang dengan suaminya. Kejadian tersebut telah dirakam menerusi CCTV yang dipasang di perkarangan sebuah klinik kecantikan yang terletak di Jalan Boulevard, Panakkukang, Sulawesi Selatan. […]
Sanggup Ambil Risiko Berhimpun Walau Varian Delta Makin Menular – Hamzah
LARUT, 31 Julai – Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin membidas pihak yang sanggup berhimpun beramai-ramai dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ketika negara sedang berdepan penularan varian Delta pandemik COVID-19 ketika ini. Beliau berkata tindakan itu tidak seharusnya berlaku apabila tidak mematuhi Op Patuh dan menggagalkan usaha kerajaan untuk melandaikan lengkuk COVID-19 dengan […]

Gimnas AS Biles Tarik Diri Acara Akhir Melombol, Palang Bertingkat
TOKYO, 31 Julai (Bernama) — Pasukan Gimnastik Amerika Syarikat (AS) pada Sabtu mengesahkan Simone Biles menarik diri daripada final acara melombol dan palang bertingkat di temasya Olimpik Tokyo. “Selepas berbincang dengan petugas perubatan, Simone Biles memutuskan untuk menarik diri. “Gimnas itu akan terus dipantau setiap hari untuk menentukan sama ada boleh terus bertanding dalam disiplin […]
Belum Ada Cadangan Jadikan Hospital Sungai Siput Sebagai Hospital Penuh Covid – Saarani
LENGGONG, 31 Julai – Kerajaan negeri Perak masih belum membuat ketetapan rasmi untuk menjadikan Hospital Sungai Siput (HSS) sebagai pusat rawatan khusus bagi pesakit COVID-19 susulan peningkatan kes positif wabak berkenaan di negeri itu sejak beberapa hari lepas. Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata bagaimanapun pihaknya sentiasa bersiap sedia ke arah perkara itu jika jumlah […]