Berita
Belum Ada Cadangan Jadikan Hospital Sungai Siput Sebagai Hospital Penuh Covid – Saarani
LENGGONG, 31 Julai – Kerajaan negeri Perak masih belum membuat ketetapan rasmi untuk menjadikan Hospital Sungai Siput (HSS) sebagai pusat rawatan khusus bagi pesakit COVID-19 susulan peningkatan kes positif wabak berkenaan di negeri itu sejak beberapa hari lepas. Menteri Besar Datuk Saarani Mohamad berkata bagaimanapun pihaknya sentiasa bersiap sedia ke arah perkara itu jika jumlah […]
MAFI Perkenal Projek Ternak Udang Galah Dalam Sawah Padi
PASIR SALAK, 31 Julai (Bernama) — Sawah padi dalam Kawasan Pembangunan Pertanian Bersepadu (IADA) Seberang Perak di sini, menjadi lokasi Projek Rintis Integrasi Tanaman Padi dan Ternakan Udang Galah bersama syarikat swasta, untuk meningkatkan pendapatan pesawah. Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, projek seluas lebih satu hektar dengan kerjasama […]
Sumbangan, Khidmat Bakti Warga ATM, PDRM Mendepani Covid-19 Tidak Ternilai – Muhyiddin
KUALA LUMPUR, 31 Julai – Sumbangan serta khidmat bakti warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya yang bertugas di barisan hadapan ketika negara berdepan penularan wabak COVID-19 tidak ternilai harganya. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ketika memerangi pandemik COVID-19, para pahlawan di barisan hadapan keselamatan telah membuktikan kesungguhan mereka […]

Apakah Hukum Menyertai Himpunan Demonstrasi? Ini Penjelasan Mufti WP
Perhimpunan atau demonstrasi biasanya tercetus akibat rasa tidak setuju mengenai sesuatu isu atau perkara. Tujuannya adalah dipercayai sebagai platform untuk menyuarakan suara hati yang terpendam, sama ada secara aman mahupun tunjuk perasaan. Namun daripada sudut pandang Islam, apakah hukum menganjur atau menyertai perhimpunan seperti ini? Mari ikuti hujah dan penjelasan daripada Bayan Linnas Pejabat Mufti […]

Nur Dhabitah Layak Ke Akhir, Pemburuan Pingat Diteruskan
TOKYO, 31 Julai (Bernama) — Penerjun negara Nur Dhabitah Sabri terus berada pada landasan yang betul dalam usaha memburu pingat Olimpik Tokyo 2020, selepas layak ke akhir acara 3 meter (m) papan anjal wanita individu di Pusat Akuatik Tokyo. Penerjun berusia 22 tahun, menunjukkan terjunan yang konsisten dalam kelima-lima terjunan, membolehkan beliau yang bermula pada […]
Polis Akan Panggil Semua Pihak Terlibat Perhimpunan Di Dataran Merdeka
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) — Polis akan memanggil semua pihak termasuk penganjur yang terlibat dalam perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ berhampiran Dataran Merdeka di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata walaupun perhimpunan itu berlangsung secara aman, ia jelas melanggar peraturan dan seramai 400 peserta telah menyertai perhimpunan itu. “Perhimpunan ini […]

TERKINI: 17,786 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini, Lima Negeri Catat Kes Empat Angka
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 17,786 kes positif Covid-19 baharu setakat Sabtu (31 Julai). Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, angka tersebut sekaligus menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 negara kini terus meningkat kepada 1,113,272 kes. Berdasarkan statistik, lima negeri mencatatkan kes empat angka di mana Selangor kekal tertinggi dengan […]

Vaksinasi Secara ‘Walk-In’ Di Lembah Klang Mulai 2 Ogos – Khairy
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) — Operasi vaksinasi tanpa janji temu (walk-in) akan bermula di beberapa pusat pemberian vaksin (PPV) terpilih di Lembah Klang, Isnin ini (2 Ogos), kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Khairy Jamaluddin. Beliau yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, vaksinasi secara tanpa janji temu itu dimulakan di Lembah […]

Speaker Dewan Rakyat Kecualikan Diri Buat Keputusan Berhubung Usul Kula Segaran
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) — Yang Dipertua Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun membuat keputusan untuk mengecualikan diri beliau daripada membuat sebarang keputusan berkaitan usul oleh Ahli Parlimen Ipoh Barat M. Kula Segaran. Azhar berkata pihaknya telah menerima usul oleh Kula Segaran pada 29 Julai lepas. “Usul tersebut mempunyai hal-hal yang bersangkutan dan mengenai […]

Tiada Sebarang Perjumpaan Agong Dengan Mana-Mana Pihak Hari Ini
Tidak ada sebarang perjumpaan melibatkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dengan mana-mana pihak hari ini, memetik laporan Sinar Harian. Menurut Sinar, pihak Istana Negara telah membuat penafian berhubung perkara tersebut menerusi perkataan palsu pada keratan media yang melaporkan berita berkenaan. Pada Sabtu, timbul beberapa laporan media mendakwa Ketua Pembangkang, Datuk Seri […]

Proklamasi Darurat di Sarawak Perlu Untuk Elak Penularan Covid-19 Jadi Serius – Pejabat PM
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) — Proklamasi Darurat bagi seluruh Sarawak yang berkuat kuasa mulai 2 Ogos ini sehingga 2 Feb tahun depan perlu diisytiharkan untuk menangguhkan pilihan raya negeri (PRN) bagi mengelak penularan COVID-19 menjadi lebih serius. Pejabat Perdana Menteri menerusi satu kenyataan memaklumkan dengan Proklamasi Darurat itu, PRN Sarawak tidak akan diadakan sepanjang […]

(Video) Bagai ‘Lautan Hitam’, Suasana Peserta Perhimpunan Bergerak Ke Dataran Merdeka
Hari ini, beberapa kawasan berhampiran Dataran Merdeka di Kuala Lumpur berubah menjadi ‘lautan hitam’ apabila dipenuhi dengan peserta-peserta bagi sebuah perhimpunan. Difahamkan, perhimpunan aman yang bermula pada pukul 11 pagi itu didakwa sebagai usaha segelintir individu untuk menyalurkan suara rakyat. Turut sama kelihatan di sana adalah petugas-petugas media dan pihak polis yang mengawal keadaan semasa. […]
Ebit Lew Bangunkan Rumah Transit, Khas Buat Anak-anak Pesakit Kanser Yang Berulang-Alik Ke HKL & Sekitarnya
Pendakwah terkenal, Ustaz Ebit Lew hari ini berkongsi tentang pembukaan sebuah rumah transit di Titiwangsa, Kuala Lumpur yang bernaung di bawah Persatuan Kasih Umat Malaysia. Dalam satu perkongsian di Facebook, Rumah Kasih Umat itu berfungsi sebagai rumah transit bagi anak-anak pesakit kanser yang berulang-alik mendapatkan rawatan Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan sekitarnya. “Masa ayah saya […]

Lebih 20 Juta Vaksin COVID-19 Telah Diberikan Menerusi PICK – Adham
KUALA LUMPUR, 31 Julai (Bernama) — Sebanyak 20,014,549 dos vaksin COVID-19 telah diberikan menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) yang dimulakan sejak 24 Feb sehingga semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Dr Adham menerusi perkongsian infografik di Twitternya berkata daripada jumlah itu, sebanyak 13,500,479 merupakan suntikan vaksin dos pertama, manakala 6,514,070 lagi […]

”Perlu Dilakukan Pada Masa Yang Sama,” Ini Cara Betul Guna ‘Pulse Oximeter’ Di Rumah
Baru-baru ini kita digalakkan untuk memiliki pulse oximeter sendiri di rumah bagi mengukur kadar oksigen dalam darah. Namun, tahukah anda bagaimana caranya untuk menggunakan pulse oximeter dengan betul? Menurut perkongsian Kementerian Kesihatan (KKM), pengukuran dan hasil bacaan pada pulse oximeter perlu dicatat tiga kali sehari dan mesti dilakukan pada masa yang sama setiap hari. Cara […]

Agong Isytihar Darurat Di Sarawak Sehingga 2 Februari 2022
KUCHING, 31 Julai (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengisytiharkan Proklamasi Darurat (Sarawak) di seluruh negeri itu mulai 2 Ogos ini sehingga 2 Feb tahun depan, sekali gus menggantung pilihan raya negeri (PRN) daripada diadakan dalam tempoh berkenaan. Dalam satu warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 30 Julai, Seri Paduka berpuas […]
Majoriti Petugas Barisan Hadapan Divaksin, Yang Dijangkiti COVID-19 Hanya Bergejala Ringan-Dr Hishamshah
KUALA LUMPUR, 30 Julai (Bernama) — Petugas barisan hadapan di fasiliti kesihatan yang dijangkiti COVID-19 meskipun setelah menerima dua dos suntikan vaksin, majoritinya tidak bergejala (kategori satu) atau hanya menunjukkan gejala ringan (kategori dua). Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Penyelidikan dan Sokongan Teknikal) Datuk Dr Hishamshah Mohd Ibrahim berkata sehingga kini 4,761 petugas Kementerian Kesihatan Malaysia […]
(Video) Dihantui Ketukan Misteri Setiap Malam, CCTV Bongkar Sosok Putih Berdiri Depan Rumah
Sebuah video yang memaparkan satu kelibat putih misteri yang dirakam kamera CCTV telah menjadi tular di media sosial. Kejadian itu dilaporkan berlaku di Batu Bara, Sumatera Utara, Indonesia. Video tersebut asalnya telah dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook yang bernama Asty Nirwana. Video yang dimuat naiknya telah dikongsi lebih ratusan pengguna Facebook yang lain. Dalam […]
Remaja OKU Bertarung Nyawa Ditikam 60 Kali, Dipercayai Angkara Rakan Sendiri
Seorang remaja perempuan yang merupakan Orang Kelainan Upaya (OKU) dilaporkan kini bertarung nyawa untuk hidup setelah ditikam sebanyak 50 hingga 60 kali. Menurut Mirror, remaja yang berusia 16 tahun itu telah ditemui di sebuah padang di Sittingbourne, Kent, United Kingdom pada 22 Julai dengan kesan tikaman yang serius. Dia kini berada di hospital London dan […]
(Video) Berang Pemaju Tak Bayar Kerjanya, Kontraktor Bawa “Excavator” Runtuhkan Balkoni Bangunan
Seorang lelaki yang didakwa sebagai kontraktor bangunan dilaporkan telah meruntuhkan balkoni sebuah blok pangsapuri yang baru siap dibina kerana kecewa selepas mendakwa bahawa hasil kerjanya tidak dibayar oleh pemaju. Satu rakaman yang dramatik memaparkan bangunan yang terletak di bandar Blumberg, Jerman dimusnahkan oleh sebuah jengkaut pada malam Rabu. Menurut pihak polis, nilai kerosakan bangunan tersebut […]