Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Disalur Melalui Kabel Bawah Laut, Singapura Dilapor Mahu Dapatkan Bekalan Elektrik Dari Ladang Solar Di Australia

Gambar via New Atlas

Singapura dilaporkan akan mendapatkan bekalan elektrik dari ladang solar di Australia melalui kabel bawah laut dengan voltan tinggi.

Menurut New Atlas, projek infrastruktur itu bernilai AS $ 22 bilion (RM92 bilion) dan Singapura akan memperoleh manfaat menjelang tahun 2027. Ia juga merupakan ladang solar dan tempat kemudahan penyimpanan bateri yang terbesar di dunia.

Difahamkan, wilayah Utara Australia mempunyai banyak ruang dan mendapat cahaya matahari yang lebih. Manakala, Singapura pula tidak mempunyai ruang yang cukup dan ingin beralih ke kuasa yang boleh diperbaharui.

Gambar via New Atlas

Keadaan itu menjadikan kedua-dua negara dapat berhubung dalam salah satu projek tenaga yang boleh diperbaharui yang terbesar dalam sejarah.

Projek yang dikenali sebagai Australia-Asia Powerlink yang diterajui oleh Sun Cable Australia itu juga merancang mewujudkan Powell Creek Solar Precint di tanah gersang yang mempunyai ukuran sekitar 12,000 hektar, ia berada di 800km di selatan Darwin.

Gambar via New Atlas

Tapak itu dipilih kerana ia merupakan salah satu tempat yang paling cerah di Bumi dan akan menjadi ‘rumah’ bagi penjanaan tenaga solar.

Tenaga tersebut akan ‘bergerak’ ke utara pantai melalui kabel overhead dan kemudia akan ‘bergerak’ ke arah barat laut ke Singapura. Sekitar 4,200km kabel dasar laut DC voltan tinggi akan diletakkan di sepanjang dasar laut.

Dengan pelaksanaan projek itu, tiga juta isi rumah di Singapura akan mendapat manfaat bekalan tenaga elektrik.

Sumber: New Atlas