Berita
TERKINI: Kes Baharu COVID-19 Hari Ini 10,710, Hanya Satu Negeri Catat Ribuan Kes
Kes baharu COVID-19 pada hari ini dilaporkan sebanyak 10,710 kes dan menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 916,561 kes. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di laman Facebook milik beliau. Pada hari ini, hanya satu negeri mencatatkan ribuan kes iaitu negeri Selangor dengan 4,828. WP Kuala Lumpur pula mencatatkan 945 […]
Larangan Rentas Negeri Guna Surat MITI Selama 4 Hari Kerana Ada Individu Salah Guna Surat Berkenaan Pulang Ke Kampung – TPM
Larangan pergerakan rentas negeri menggunakan surat MITI selama empat hari bermula hari ini kerana ada individu salah guna surat berkenaan pulang ke kampung, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri. Perkara itu menerusi perkongsian di laman Twitter Bernama sebentar tadi. Semalam, Pihak Polis Diraja Malaysia memaklumkan bahawa orang ramai tidak boleh menggunakan surat MITI […]

(Video) Aliran Trafik Sesak Kira-Kira 800 Meter Sebelum Plaza Tol Gombak Menghala Kuala Lumpur
Aliran trafik dilaporkan sesak kira-kira 800 meter sebelum Plaza Tol Gombak menghala ke Kuala Lumpur, lapor Bernama hari ini. Menurut Bernama, kesesakan itu dipercayai berpunca daripada pemeriksaan teliti di sekatan jalan raya di lokasi berkenaan. Kenderaan yang tidak memiliki dokumen kebenaran merentas negeri diarah berpatah balik. Semalam, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menegaskan orang ramai […]

(Video) Tak Payah Tekan-Tekan, Mekanik Tunjuk Cara Mudah Nak ‘Check’ Angin Tayar Yang Dah Kurang
Salah satu aspek keselamatan di jalan raya yang perlu dititikberatkan ialah keadaan kenderaan yang kita pandu. Risau jika silap haribulan, masalah teknikal pada kenderaan membuatkan berlaku perkara tidak diingini ketika kita asyik memecut di jalan. Sebelum bergerak, pastikan tayar berada dalam keadaan baik. Tak botak, tak kembung dan mempunyai angin yang cukup. Macam mana nak […]
Wanita Didakwa ‘Pecah Masuk’ Klinik Gigi, Cabut 13 Batang Gigi Dari Pesakit Tidak Sedarkan Diri
Seorang wanita Nevada memecah masuk ke klinik pergigian, mencuri wang serta mencabut 13 batang gigi pesakit yang tidak sedarkan diri, lapor Fox32Chicago. Menurut portal itu, suspek yang mengakui pernah bekerja di klinik itu telah bertindak demikian dalam dua kejadian berbeza. Bagaimanapun, wanita yang bukan merupakan doktor gigi itu didakwa telah mencuri wang tunai berjumlah $22,861 […]

Sekitar 40 Orang Dilapor Terjatuh Ke Dalam Perigi Ketika Operasi Selamatkan Seorang Budak, 11 Maut
Sebuah kejadian mengerikan telah berlaku di daerah Vidisha, Madhya Pradesh, India apabila operasi menyelamatkan seorang kanak-kanak dari dalam perigi telah mengakibatkan puluhan orang terjatuh ke dalamnya. Menurut India Times, 11 orang dilaporkan maut dan mayat mereka telah ditemui manakala 19 orang lagi berjaya diselamatkan. Tambah portal itu, sekitar 40 orang yang berkumpul sekitar perigi itu […]
Boleh Ke Guna Untuk Ganti Lafaz Salam? Ini Hukum Penggunaan Ucapan ‘Shalom’
“Assalamua’laikum, hai, morning” dan sebagainya adalah ucapan yang kerapkali kita dengar di mana sahaja. Satu lagi ucapan yang mungkin agak asing bagi sebahagian kita ialah ‘shalom’, bermaksud aman dan sejahtera dalam bahasa Ibrani. Bagaimanapun, ia dikatakan telah menjadi antara perkataan yang terkenal dalam trend anak muda masa kini. Kita juga boleh melihat penggunaan ucapan ini oleh […]
“Alat Pengimbas Suhu Boleh Kesan COVID-19?” Ini 5 Mitos COVID-19 Yang Korang Kena Elakkan
Pandemik COVID-19 sememangnya telah memberikan pelbagai kesan kepada kehidupan seharian manusia. Walaupun sudah ada negara yang dikatakan telah ‘memenangi’ peperangan ini, namun risiko jangkitan virus ini terus ‘menghantui’ ramai orang. Sejak virus COVID-19 ini melanda dunia, pelbagai spekulasi yang dibuat atas pelbagai tujuan. Antaranya ialah pelbagai mitos-mitos yang tular sama ada di media sosial mahupun […]
(Video) Teringin Nak Tahu, Youtuber Pasang GoPro Dalam Mesin Basuh, Rupanya Ini Yang Terjadi Di Dalam Mesin Saat Baju Dicuci
Semua orang ada mesin basuh pakaian di rumah, tapi tak semua orang tahu atau pun pernah lihat macam mana mesin basuh ini betul-betul berfungsi. Ekoran daripada itu seorang Youtuber yang bernama Tim Long telah melakukan eksperimen tersebut dengan meletakkan kamera GoPro di dalam mesin basuh bagi mengetahui bagaimana ianya berfungsi dari dalam. Dapat dilihat bahawa […]
Abang Ni Kongsi Apa Nak Buat Kalau Barang Tak Dapat Tapi Sistem Tulis “Delivered” Atau “Stuck” Tak Sampai-sampai
Sejak wabak pandemik COVID-19 membadai negara ini, ramai diantara kita yang kalau dulu selalu shopping dekat pusat beli-belah, kini banyak menghabiskan masa di platform pembelian atas talian kerana takut untuk keluar dari rumah. Dah masuk dalam platform pembelian atas talian seperti Shopee ni, cukup susah untuk keluar kan? Dan bila dah masuk je dalam Shopee […]
Ibu Kandung, Teman Lelaki Ditahan Disyaki Dera Dua Kanak-Kanak
KUALA LUMPUR, 17 Julai (Bernama) — Polis menahan seorang wanita dan teman lelakinya malam ini, kerana dipercayai telah mendera dua anak kandungnya berusia dua dan tiga tahun di sekitar Taman Samudera, Batu Caves dekat sini. Ketua Polis Daerah Gombak ACP Zainal Mohamed Mohamed berkata, tangkapan dibuat selepas pihaknya menerima laporan daripada orang awam memaklumkan, penemuan dua […]
Mungkin Ramai Yang Tertekan, Lelaki Buka Khemah Tepi Jalan & Sedia Jadi Pendengar Luahan
Pandemik COVID-19 ternyata bukan sahaja meragut nyawa manusia tetapi juga telah memberikan kesan yang mendalam terhadap kesihatan mental seseorang. Manakan tidak, ramai yang terpaksa berkurung di rumah, hilang pekerjaan dan tiada sumber pendapatan. Ia boleh menyebabkan berlakunya masalah kemurungan dan stres yang melampau sehingga akhirnya membawa kepada kes bunuh diri. Dalam keadaan ini, sokongan daripada […]
Polis Larang Rentas Negeri Guna Surat MITI Bermula 18 Hingga 21 Julai Ini
Semua dokumen yang dikeluarkan oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) sebagai kelulusan untuk merentas negeri tidak dibenarkan diguna pakai di Sekatan Jalan Raya (SJR) bagi tempoh 18 hingga 21 Julai 2021. Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan berkata, keputusan itu dibuat susulan pihaknya mengesan peningkatan […]
Rider GrabFood & Orang Awam Jadi Hero, Pantas Terjun Longkang Sedalam 7 Kaki Berjaya Selamatkan Nyawa Penumpang Kereta Terlibat Kemalangan
Tindakan berani 12 orang terdiri daripada rider Grab Food dan orang awam berjaya menyelamatkan sebuah keluarga yang mengalami kemalangan kereta di Jalan Camar dekat Petra Jaya, Sarawak pada jam 9 malam tadi. Menerusi perkongsian Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Sarawak di Facebook, mereka nekad terjun ke dalam longkang sedalam tujuh kaki dan menyelamatkan semua […]
(Video) Awalnya Malu-malu Nak Buka Kotak Hadiah, Reaksi Bapa Ini Dapat “Phone” Baharu Bikin Ramai Sebak
Ketika ini, ramai yang mendambakan untuk berada di samping ibu bapa masing-masing tetapi keadaan nampaknya masih lagi tidak menyebelahi. Mungkin boleh melepaskan rindu melalui panggilan video namun ia tetap tidak tidak sama dengan bersemuka. Bagi orang-orang yang berada di sisi ibu bapa pula, hargailah dan layanilah mereka dengan sebaiknya kerana kenangan bersama mereka akan diingati […]
58 Kes Positif COVID Libatkan Kakitangan, Pesakit, Ahli Keluarga Di Hospital Alor Gajah
MELAKA, 17 Julai (Bernama) — Sebanyak 58 kes positif COVID-19 dikesan melibatkan Kluster Paya Datuk yang terdiri daripada petugas dan pesakit Hospital Alor Gajah serta ahli keluarga mereka dalam tempoh seminggu ini.. Exco Kesihatan Melaka Datuk Rahmad Mariman berkata daripada jumlah itu, 16 individu membabitkan petugas hospital itu, pesakit (32 orang) dan ahli keluarga (10 orang). […]
Bagi Alasan Buang Bungkusan Isi Ayam Busuk, CCTV Rakam Tindakan Wanita Rupanya Buang Mayat Bayi Sendiri Yang Dah Berbau
Kes seorang wanita yang membuang mayat bayi di Jalan Bintara 9, Jawa Barat, Indonesia telah menjadi tular selepas rakaman kamera CCTV berkenaan insiden tersebut beredar di media sosial, lapor Tribun News. Wanita tersebut kelihatan dengan tenangnya meletakkan beg plastik berwarna merah di hadapan kereta yang diparkir di sebelah kenderaan yang dinaikinya. Ketua Rukun Tetangga setempat, […]
Ambil Iktibar, Jangan Ulangi Kesilapan Musim Perayaan Lalu – Dr Noor Hisham
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menyeru masyarakat agar mengambil iktibar daripada kesilapan mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) khususnya ketika sambutan perayaan lalu sehingga mencetuskan jangkitan COVID-19. Beliau berkata kesilapan itu tidak seharusnya berulang semasa sambutan Aidiladha yang akan diraikan pada 20 Julai ini. “Masyarakat diingatkan bahawa larangan rentas daerah dan negeri masih […]
“Posing” Penuh Gaya Curi Tumpuan, Si Putih ‘Tertangkap’ Tumpang Populariti Di Sidang Media Di Stesen LRT
Cerita pasal kucing memang takkan habis, ada saja telatah mereka yang membuatkan manusia di sekeliling ‘pening’ dan terhibur. Terkadang, tak payah buat apa-apa pun, duduk saja pun dah menarik perhatian ramai. Sama seperti kucing putih ini yang nampaknya telah interframe dalam satu sidang media dan berjaya mencuri tumpuan ramai. Menerusi perkongsian Rapid KL, kucing itu […]
Buat “Prank” Menyamar Jadi ‘Malaikat Maut’, Remaja Maut Dilanggar Trak Ketika Buat “Content” TikTok
Keterujaan sekumpulan remaja yang menyamar sebagai ‘malaikat maut’ untuk membuat prank pada orang ramai berakhir dengan tragedi apabila salah seorang dari mereka dilaporkan maut setelah dilanggar oleh sebuah trak. Kejadian tersebut berlaku di Bekasi, Jawa Barat pada minggu lalu, lapor Tribun News. Remaja-remaja tersebut juga dikatakan membuat prank itu untuk kandungan TikTok mereka dengan tema […]