Berita
Bahana COVID-19, Sebuah Keluarga Dilapor Meninggal Dunia Pada Hari Yang Sama
COVID-19 benar-benar merupakan ‘musuh’ yang perlu dielakkan kerana ia boleh ‘membunuh’ sesiapa saja tanpa mengira usia. Seperti yang diketahui, kes kematian di Indonesia disebabkan oleh virus itu kini melonjak dengan sangat tinggi. Terbaru, sebuah keluarga di Bekasi, Jawa Barat, dilaporkan telah meninggal dunia akibat COVID-19 dan apa yang memilukan adalah mereka meninggal dunia pada hari […]
Kecoh Pengantin Lelaki Tiba-tiba Ceraikan Isteri Selepas Akad Nikah, Pasangan Ini Setuju Berdamai & Kembali Rujuk
Satu video yang memaparkan seorang lelaki menjatuhkan talak kepada isterinya selepas ijab kabul dilafazkan telah menjadi tular di media sosial. Difahamkan bahawa perkara tersebut berlaku di Kabupaten Empang, Kabupaten Sumbawa, Nusa Tenggara Barat, Indonesia pada Ahad. Khabar terbaru mengenai pasangan tersebut menyatakan bahawa kedua-dua mereka akhirnya bersetuju untuk berdamai dan meneruskan perkahwinan mereka. Pengantin lelaki […]
Bagaimana Golongan Belia Boleh Mengharungi ‘Norma Baharu’ Di Pasaran Kerja Tempatan
Sejak bertahun-tahun yang lalu, pengangguran belia merupakan salah satu masalah sosial yang masih sukar diatasi di Malaysia. Pada tahun 2018, Jabatan Perangkaan Malaysia mencatatkan sejumlah 162,000 para graduan yang menganggur. Kini, dengan serangan wabak Covid-19, keadaan makin membimbangkan dengan kenaikan kadar pengangguran belia yang mendadak. Kesukaran mendapat pekerjaan menyebabkan kehilangan pendapatan dan pengumuman sekatan PKP […]

(Video) “Bergantung Pada Iman Masing-masing,” Viral Temubual Lama, Nia Ramadhani Dedah Tidak Tergoda Dengan Dadah
Semalam, berita mengenai penangkapan Nia Ramadhani dan suaminya kerana penyalahgunaan dadah bukan sahaja menggemparkan Indonesia tetapi di negara ini juga. Pelakon yang terkenal dengan sinetron ‘Bawang Putih, Bawang Merah‘ itu dilaporkan mengaku kepada pihak polis bahawa telah menggunakan dadah jenis syabu sejak lima bulan yang lalu. Susulan itu juga, para netizen di negara tersebut menyingkap […]
Misi Bantuan Ihsan : Panggilan Pulau Ke Pulau Redang Dan Pulau Perhentian Oleh Mapim Malaysia
PUTRAJAYA: 8 Julai – Dalam suasana pandemik COVID-19 ini, terdapat ramai masyarakat yang terjejas dari segi kewangan dan keperluan harian bagi meneruskan kehidupan. Terutamanya bagi kawasan yang menjadi destinasi percutian seperti Pulau Redang dan Pulau Perhentian ini sudah tentu terkesan berikutan penutupan sektor pelancongan. Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM Malaysia) sejak dari PKP 1 […]
Pemilik Bengkel Motosikal Maut, Ditemui Tergantung Dalam Bengkelnya
Seorang lelaki di Jalan Persekutuan Ipoh-Butterworth dekat Masjid Tinggi ditemui mati tergantung di dalam sebuah bengkel motosikal, semalam. Isteri kepada mangsa yang berusia 60 tahun itu telah menemuinya dalam keadaan tergantung di dalam bengkel selepas dia dilaporkan tidak pulang ke rumah. Menurut Kosmo, mangsa bercadang untuk menjual bengkelnya itu pada minggu ini kepada seorang pembeli […]
Hanya Terlantar & Tak Mampu Urus Diri Sendiri, Adik Rayu Sumbangan RM 5k Beli Keperluan & Katil Khas Untuk Abang
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang dapat digambarkan melalui perkongsian terbaru aktivis kemanusiaan, Natipah Abu, mengenai seorang adik yang khuatir terhadap keadaan abangnya yang sedang sakit terlantar. Lebih memilukan, si adik juga sebelum ini terpaksa menghantarnya abangnya ke pusat jagaan berbayar bukan Islam kerana sudah tidak mempunyai pilihan lain. Tidak cuma […]
Nak Buat Video IG, FB & TikTok Tapi Tak Tahu Nak Guna ‘Setup’ Macam Mana, Ini Barang Yang Korang Kena Ada
Dengan teknologi yang berkembang pesat, setiap orang pastinya tidak mahu terlepas untuk mengikuti dan menyertai segala trend terkini yang ada di media sosial termasuk mencipta pelbagai video berkaitan dengan gaya hidup. Tidak lama dulu, kebanyakan video seperti itu hanya dimuatnaik ke dalam aplikasi Youtube sahaja namun kini ia terus ‘menular’ hingga ke semua media sosial […]

Dua Wanita Mabuk, Positif Dadah Rempuh SJR Ditahan
KUALA LUMPUR, 8 Julai – Dua wanita dipercayai mabuk dan di bawah pengaruh dadah ditahan selepas merempuh sekatan jalan raya (SJR) di Lebuhraya Persekutuan, awal pagi tadi. Seorang daripada suspek dipercayai telah bertindak agresif dan menumbuk seorang anggota polis dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid […]
Kematian Presiden Haiti: Polis Sahkan Jovenel Ditembak 12 Kali & Sebelah Matanya Dicungkil Keluar
Semalam dunia digemparkan dengan tragedi pembunuhan tragis Presiden Haiti, Jovenel Moise yang ditembak mati di kediamannya dalam kejadian yang berlaku sekitar jam 1 pagi. Kediaman presiden itu di Port-au-Prince dilaporkan telah digempur dan dimasuki oleh sekumpulan lelaki bersenjata sebelum insiden tembakan tersebut berlaku di mana turut mencederakan isterinya. BACA: (Video) Detik-Detik Cemas Dipercayai Saat Pemberontak […]
Ibu Selamat Lahirkan Bayi Besar Seberat 5KG, Menyamai Sebiji Bola Bowling
Seorang ibu di Britain mencatat ‘rekod’ tersendiri apabila berjaya melahirkan bayi seberat lima kilogram iaitu menyamai berat sebiji bola bowling. Bayi tersebut dilaporkan menjadi salah salah satu bayi terbesar pernah dilahirkan di negara itu dalam tempoh 20 tahun. Jade Bayer, 33, melahirkan anaknya yang dinamakan sebagai Ronny-Jay Fewtrell secara ceasar pada awal pagi di Worcestershire […]

PEJUANG Sah Didaftar Sebagai Parti Politik Hari Ini
Parti Pejuang Tanahair (PEJUANG) telah didaftarkan sebagai parti sah setelah mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) hari ini (Khamis). Pengerusinya, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengesahkan kenyataan tersebut menerusi ciapan di laman Twitter PEJUANG. Berita lanjut menyusul pic.twitter.com/23Zy1Cyc8A — PEJUANG TanahAir (@PejuangRasmi) July 8, 2021 Sumber: Twitter PEJUANG

Sabah Bakal Beralih Ke Fasa Dua PPN Mulai 10 Julai Ini – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 8 Julai – Selepas Kelantan, Terengganu, Perak, Pahang, Perlis dan Pulau Pinang, Sabah menjadi negeri terbaharu beralih kepada Fasa Dua Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) mulai Sabtu ini. Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyatakan keputusan dibuat setelah meneliti nilai-nilai ambang atau threshold negeri itu. […]

KKM Sahkan Dakwaan 2 Ribu Pesakit COVID-19 Di CAC Stadium Malawati Adalah Tidak Benar
Hari ini tular di media sosial beberapa keping foto yang memaparkan situasi sesak yang didakwa berlaku di sebuah Pusat Penilaian COVID-19 (CAC). Terdapat dakwaan awam yang mengatakan bahawa CAC tersebut telah menerima kemasukan terkini ribuan pesakit COVID-19 sekaligus menimbulkan kegusaran ramai. Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kenyataan di Facebook menafikan dakwaan tersebut dan mengesahkannya sebagai […]

Awas, Beberapa Negeri Bakal Dilanda Hujan Lebat & Ribut Petir Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi (METMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat dan ribut petir yang dijangka melanda beberapa negeri sehingga jam 7 dan 8 malam ini. Data terkini yang dikeluarkan adalah pada 4.55 petang tadi. Berikut adalah senarai negeri dan kawasan yang terlibat. Sehingga 7 malam:- Selangor: Hulu Selangor & Gombak WP Kuala Lumpur: seluruh wilayah Sabah: Tawau, Sandakan […]
Nia Ramadani Dan Suami Akui Ambil Syabu Sejak 5 Bulan Lalu – Polis
Memetik laporan media Indonesia, Artis Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie dinyatakan positif dadah jenis syabu berdasarkan daripada ujian air kencing yang dilakukan pihak berkuasa. Ketua Perhubungan Awam Polis Metro Jaya berkata, pasangan itu mengakui mengambil dadah selama lima bulan yang lalu termasuk pemandu peribadi mereka. Justeru itu, pihak polis turut merampas sejumlah barang bukti termasuk […]

(Video) Mengharukan, Gajah Seakan Ucap Terima Kasih Kepada Jengkaut Setelah Dibantu Naik Dari Bawah Lubang
Manusia dan haiwan sememangnya makhluk yang boleh berkasih sayang antara satu lama lain. Manusia mempunyai sifat ihsan terhadap haiwan, tidak kurang juga ada haiwan yang menyayangi manusia lebih daripada segala-galanya. Tular sebuah video yang menunjukkan seekor gajah telah terjatuh ke lubang parit yang dipenuhi tanah, lalu dibantu oleh manusia yang baik hati. Mereka telah menggunakan […]
Musang King: JPNP Sedia Beri Kerjasama Jika Ada Aduan Ketirisan
KUANTAN, 8 Julai (Bernama) — Jabatan Perhutanan Pahang (JPNP) sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika ada siasatan dakwaan berlaku ketirisan dalam isu penerokaan hutan simpan bagi kebun durian Musang King di Raub. Pengarah JPNP Datuk Dr Mohd Hizamri Mohd Yasin berkata isu penerokaan di Hutan Simpan Kekal (HSK) Batu Talam, […]
Lelaki Cerobah Pangsapuri Berjaya Diberkas, Positif Methamphetamine & Ada 18 Rekod Jenayah Lampau
Polis IPD Johor Bahru Utara memaklumkan bahawa seorang suspek yang menceroboh rumah di sebuah pangsapuri telah berjaya diberkas. Menurut kenyataan media yang dikeluarkan, lelaki tersebut merupakan seorang warga tempatan yang berumur 27 tahun. Suspek dikaitkan dengan dengan pencerobohan rumah di sebuah pangsapuri sekitar Jalan Tahana, Tampoi, Johor Bahru seperti dalam video yang tular di media […]
Rumah PM Muhyiddin Jadi Tumpuan
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) — Kediaman Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi tumpuan hari ini apabila beberapa anggota kabinet dan pegawai tertinggi kerajaan dilihat memasuki kawasan rumah perdana menteri di Bukit Damansara. Beberapa kenderaan berwarna hitam termasuk sebuah kenderaan menggunakan plat ‘Menteri’ dengan diiringi polis dilihat memasuki kawasan itu pagi ini sebelum keluar meninggalkan kediaman tersebut kira-kira 12.30 tengah […]