Berita

Berita
TERKINI: Tiada Fakta Jelas Bahawa PM Tidak Lagi Mendapat Kepercayaan Majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat – Peguam Negara
Dari segi undang-undang, Perdana Menteri dan Jemaah Menteri masih kekal menjalankan kuasa eksekutif Persekutuan, lapor Bernama, memetik kenyataan Peguam Negara hari ini. Menurut kenyataan tersebut, tiada fakta jelas bahawa Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti Ahli-Ahli Dewan Rakyat. “Merujuk kepada kenyataan media yang dikeluarkan oleh Presiden UMNO bertarikh 7 Julai 2021, kenyataan tersebut merupakan […]
Berita
(Video) Kapal Kontena Dilapor Meletup, Gegaran Dirasai Sejauh 15 Batu
Sebuah kapal kontena di Dubai dilaporkan telah meletup dan mengeluarkan bebola api besar, malah menyebabkan gegaran sejauh 15 batu melintasi hab komersial Emiriah Arab Bersatu. Menurut Daily Mail, kebakaran yang berlaku pada Rabu (7/7) itu telah mengeluarkan nyalaan besar berwarna oren di atas kapal kontena di Pelabuhan Jebel Ali. Letupan yang berlaku itu dilaporkan telah […]
Berita
Komet Gergasi Dipercayai 1000 Kali Ganda Lebih Besar Dari Komet Biasa Dilapor Telah Ditemui
Satu komet gergasi yang 1000 kali ganda lebih besar daripada komet biasa dilaporkan telah ditemui di dalam sistem suria pada 23 Jun yang lalu. Menurut Space.com, objek itu yang secara rasminya disebut sebagai Komet C/2014 UN271 atau Bernardinelli-Bernstein yang bersempena nama penemunya, pelajar siswazah, Pedro Bernardinelli dan ahli astronomi, Gary Bernstein. Mereka menganggarkan bahawa komet […]
Berita
(Video) Tak Selesa Penumpang Belakang Lunjur Kaki Kat Tepi, Tindakan Lelaki Ini Buat Terus ‘Settle’ Masalah
Kadangkala, ada sahaja pengalaman kurang menyenangkan bila kita menaiki pengangkutan awam. Jika bernasib malang, mungkin kita akan bertemu dengan individu pentingkan diri yang suka membuang sampah merata-rata, bersembang terlalu kuat sehingga mengganggu penumpang lain hatta menurunkan kusyen sehingga anda tersepit di belakang. Malah, ada juga sebahagian individu yang gemar melunjurkan kaki ke tempat duduk hadapan […]
Berita
JAWI Tetapkan Had Baharu Jemaah Di Masjid Dan Surau
KUALA LUMPUR, 8 Julai (Bernama) — Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) membuat ketetapan baharu berhubung had jemaah solat Jumaat, solat fardu dan solat sunat Aidiladha di masjid serta surau dalam Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan berkuat kuasa esok. Pengarah JAWI Datuk Mohd Ajib Ismail berkata untuk kawasan dilaksanakan Kawalan Pergerakan dalam Pelan Pemulihan Negara […]
Berita
Punya 147k Pengikut Di FB, Kucing Kesayangan Ramai, Hamdan Karipuley Sudah Tiada
Bagaikan keluarga sendiri, kehilangan kucing kesayangan pasti amat dirasai oleh pemiliknya. Tiada kata yang mampu mengambarkan segala rasa pilu dan kesedihan yang membelenggu di dalam hati. Mungkin itulah yang dirasai ketika ini oleh pemilik Hamdan Karipuley, seekor kucing yang amat popular di Facebook. Khabar mengenai pemergian Hamdan telah dimaklumkan di page Facebook itu sebentar tadi. […]
Berita
Mirip Kempen Bendera Putih, Lelaki Bina “Website” Kitajaga.co, Lebih Mudah Untuk Mohon & Hulur Bantuan Sesama Orang Ramai
Di musim wabak pandemik COVID-19 ini menyerang Malaysia, ramai rakyat Malaysia yang tidak dapat keluar untuk bekerja terkesan. Apabila tidak dapat bekerja, ianya secara tidak langsung akan menjejaskan pendapatan. Dan bila pendapatan terjejas, keperluan harian seperti makanan, ubat-ubatan dan sebagainya tidak dapat dibeli. Apabila keperluan harian tidak lagi mampu untuk dibeli dan diusahakan sendiri, rata-ratanya […]
Kesihatan
TERKINI: Melonjak Ke Angka 8k, Kes Baharu COVID-19 Hari Ini 8,868, Selangor Catat Kes Lebih 4k
Putrajaya – Sebanyak 8,868 kes COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia sebanyak 808,658 angka. Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor menjadi negeri dengan kes tertinggi iaitu 4,152 diikuti WP Kuala Lumpur, 1,133 dan Negeri Sembilan, 897. Terkini #COVID19, 8,868 kes baharu — KKMalaysia🇲🇾 (@KKMPutrajaya) July 8, […]
Luar Negara
(Video) Bertenggek Atas Pokok, Tular Lembaga Didakwa Pontianak ‘Hadiri’ Pengebumian Jenazah Pesakit COVID-19
Baru-baru ini, tular di Indonesia mengenai penampakan pontianak ketika proses pengebumian seorang jenazah pesakit COVID-19. Menurut Tribun Cirebon, gambar penampakan tersebut ditangkap ketika para petugas dan penggali kubur sedang melakukan solat jenazah di Tempat Pemakaman Umum Blok Ciloklok, Kuningan Jawa Barat. Tersebar di aplikasi WhatsApp, orang ramai terutama dalam kalangan ibu-ibu dipercayai merasa ketakutan kerana […]
Kesihatan
Mustahil Penerima Diberi Suntikan Tanpa Vaksin – JKNS
SHAH ALAM, 8 Julai (Bernama) — Agak mustahil untuk berlakunya penyuntikan tanpa vaksin kepada mana-mana penerima seperti yang ditularkan, kata Pengarah Kesihatan Negeri Selangor Datuk Dr Sha’ari Ngadiman. Beliau berkata pusat pemberian vaksin (PPV) sentiasa memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan (KKM) dan penyelarasan di peringkat hospital secara holistik telah diambil […]
Berita
(Video) Kenderaan Dipercayai Bawa Ismail Sabri Keluar Dari Kawasan Kediaman Perdana Menteri Tadi
Kenderaan dipercayai membawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri keluar dari kawasan kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pukul 12.35 tengah hari tadi. Perkara itu dimaklumkan menerusi ciapan Bernama di laman Twitter sebentar tadi. Kelihatan kenderaan dipercayai membawa Datuk Seri Ismail Sabri keluar dari kawasan kediaman Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin […]
Berita
(Video) Gayat Tengok, Lelaki ‘Berhati Kering’ Dirakam Panjat Balkoni Apartmen, Dipercayai Di Johor
Satu video yang memaparkan aksi seorang lelaki memanjat balkoni sebuah rumah apartment telah menjadi tular di media sosial. Menurut perkongsian daripada pengguna Facebook yang bernama Shafinaz Shariff, kejadian itu berlaku di sebuah apartment yang didakwa terletak di Johor Bahru. Terdapat dua video di dalam perkongsiannya itu. Video pertama memaparkan lelaki tersebut memanjat balkoni rumah apartment […]
Berita
(Video) Murah Tapi Berbaloi, Guna ‘Spray’ Ni & Lap Sikit Ja Kat Lantai Terus Bersih Dan Berkilat Macam Baru, Tak Sampai RM10 Kat Mr. DIY
Penjagaan kebersihan dalam rumah sering dititik beratkan terutamanya oleh suri rumah. Apa tidaknya, mereka seakan tidak senang duduk kalau tengok ada sahaja yang tidak sedap dipandang seperti lantai yang kotor. Kalau boleh tu, nak sentiasa nampak berkilat. Namun, kalau nak berkilat dan sentiasa bersih, perlu mop dan banyak kerja lain juga perlu dibuat. Tapi jangan […]
Berita
“Kepada Yang Tertinggal…”, Siapa Punya, Rapid KL Cari Penumpang Tertinggal Gigi Palsu Dalam Tren
LRT, MRT atau monorel merupakan pengangkutan awam utama yang sering digunakan oleh masyarakat Malaysia yang berada di ibu kota. Bukan sahaja mudah untuk bergerak, ia juga menjimatkan kos bahan api. Pelbagai ragam manusia yang dapat dilihat di dalam pengangkutan awam tersebut termasuk individu yang sering tertinggal barang. Terbaru, menerusi perkongsian Rapid KL di Facebook, seorang […]
Berita
Presiden Dibunuh, Haiti Isytihar Darurat
BOGOTA, 8 Julai (Bernama) — Perdana Menteri sementara Haiti, Claude Joseph, pada Rabu mengisytiharkan darurat susulan pembunuhan Presiden Jovenel Moise, lapor Agensi Berita Anadolu (AA). “Berdasarkan artikel 149 Perlembagaan, saya baru sahaja mempengerusikan satu mesyuarat tergempar dan kerajaan memutuskan darurat diisytiharkan di seluruh negara. “Keselamatan negara kini terkawal,” katanya dan berikrar membawa mereka yang bertanggungjawab ke […]
Berita
COVID: 463 Kes Rentas Negeri, Cetus Lima Kluster Besar Di Terengganu
KUALA TERENGGANU, 8 Julai (Bernama) — Sebanyak 463 kes COVID-19 akibat aktiviti rentas negeri (import B) dikesan di Terengganu bagi tempoh Mei dan Jun tahun ini seterusnya mencetuskan lima kluster yang besar dalam komuniti, kata Pengarah Kesihatan Negeri Dr Nor Azimi Yunus. Beliau berkata kes import B dari pelbagai negeri itu merekodkan bilangan tertinggi di […]
Luar Negara
‘Bawang Merah’ Nia Ramadhani & Suami Dilapor Ditahan Polis, Terkait Penyalahgunaan Dadah
Pelakon terkenal Indonesia, Nia Ramadhani dan suaminya, Ardi Bakrie dilaporkan telah ditangkap oleh pihak polis berhubung kes penyalahgunaan dadah. Menurut CNN Indonesia, maklumat penangkapan tersebut telah disahkan oleh Ketua Perhubungan Awam Polda Metro Jaya Kombes, Yusri Yunus. “Saya mengesahkan NR dan AB sedang ditahan di balai polis Jakarta Pusat,” katanya kepada wartawan ketika disoal mengenai […]
Berita
Kontraktor Sampai Di Rumah Yang Salah Untuk ‘Renovate’, Pemilik Ini Biarkan Supaya Dapat ‘Halaman Baru’
Seorang wanita menjadi tular setelah membiarkan sekumpulan pembina membuat kerja renovasi di halaman rumahnya, lapor Daily Star. Menurut portal itu, wanita tersebut tidak memberitahu kumpulan berkenaan bahawa mereka telah tersalah rumah tatkala melakukan kerja-kerja ubah suai terbabit. Dia mendakwa, sekumpulan lelaki muncul di rumahnya dan mula memunggah batu-batu kerikil di halaman miliknya tanpa memastikan rumah […]
Luar Negara
Presiden Haiti Didakwa Dibunuh Tentera Upahan Profesional, Menyamar Agen DEA Amerika
Duta Haiti ke Amerika Syarikat, Bocchit Edmond mendakwa, pembunuh yang membunuh Presiden, Jovenel Moïse merupakan tentera upahan profesional yang menyamar sebagai agen Drug Enforcement Administration (DEA) Amerika Syarikat. Perkara berkenaan dikongsikan oleh portal berita AFP melalui satu tweet sebentar tadi. Haiti police hunt down president's assassins as uncertainty grows. Haiti's ambassador to Washington, Bocchit Edmond, […]
Berita
(Video) Seolah-olah Tahu Sedang Sakit, Monyet Lawat & Peluk Wanita Tua Yang Selalu Berinya Makan
Pelbagai video di media sosial yang telah banyak membuktikan bahawa haiwan juga turut mempunyai hati dan perasaan sama seperti manusia. Satu video berkenaan seekor monyet yang berpelukan dengan seorang wanita tua yang tular pada baru-baru ini juga sekali lagi membuktikan mengenai perkara tersebut. Menurut keterangan video terbabit, monyet tersebut telah mengunjungi wanita tua itu semasa […]