Berita
Beroperasi Tanpa Lesen, Kilang Santan Di Seberang Perai Tengah Diserbu
Sebuah kilang memproses santan tanpa lesen di Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang telah diserbu dalam operasi yang dilakukan oleh Jabatan Pelesenan dan Jabatan Perkhidmatan Kesihatan Majlis Bandaraya Seberang Perai, semalam. Menerusi perkongsian Majlis Bandaraya Seberang Perai di Facebook, serbuan yang dibuat telah mendapati bahawa kilang tersebut beroperasi tanpa kebenaran serta gagal mematuhi pelbagai syarat pelesenan […]
(Video) Tak Tahu Apa Tujuannya, Remaja Dilapor Sengaja Bakar Bunga Api Dalam Pasar Raya
Pihak polis dilaporkan telah menahan sekumpulan remaja susulan daripada menyalakan bunga api yang terdapat di ruangan pameran dalam sebuah kedai runcit di Eagan, Minnesota Isnin lalu. Pihak polis dan pasukan bomba telah digegaskan ke tempat kejadian yang berada di 1500 Central Park Commons Drive itu, menurut jurucakap Jabatan Polis Eagan, Aaron Machtemes. Anggota bomba berjaya […]
Polis Rampas 18.5 Juta Rokok Seludup Bernilai RM13.9 jUTA
KEPALA BATAS, 24 Jun (Bernama) — Polis menahan lima lelaki termasuk warga emas disyaki ahli sindiket penyeludupan rokok putih dan merampas 18.5 juta rokok putih bernilai RM13.87 juta termasuk cukai di sebuah gudang dan stor di Tasek Gelugor di sini semalam. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Zainal Abidin […]
PGA7 Rampas 28 Ekor Lembu Bernilai Lebih RM282,000 Dipercayai Diseludup
PASIR MAS, 24 Jun (Bernama) — Batalion Ke-7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) merampas 28 ekor lembu dianggarkan bernilai RM282,240 yang dipercayai diseludup dari Thailand berdekatan Jalan Perumahan Prima Lubok Jong, di sini, awal pagi tadi. Pegawai Pemerintah PGA7 Supt Azhari Nusi berkata kesemua lembu itu dirampas dalam kejadian pada 2 pagi, selepas kegiatan penyeludupan haiwan ternakan itu dikesan […]
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Seru Umat Islam Di Negeri Selangor Ambil Vaksin Dan Perkasa Jawatankuasa Masjid Dan Surau
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menzahirkan sokongan dan kerjasama yang padu terhadap Pelan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Selangor bermula Februari 2021 sehingga kini. Pihak MAIS melihat tindakan Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Selangor menyediakan vaksinasi kepada rakyat bagi melindungi rakyat negara ini dari wabak COVID-19 adalah […]
TERKINI: 5,841 Kes COVID-19 Baharu Dilaporkan Pada Hari Ini, Selangor Paling Tinggi
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 5,841 kes baharu positif COVID-19 yang dicatatkan pada hari ini. Menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya itu, 5,841 kes yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 716,847 kes. Sehingga 24 Jun 2021: Jumlah kes COVID-19 […]
(Video) Tular Fenomena ‘Ombak’ Api Menjalar Di Persisiran Pantai Sulawesi Cetus Tanda Tanya, Gemparkan Penduduk Tempatan
Tular satu rakaman yang memaparkan ombak berapi menjalar di persisir pantai menggemparkan penduduk Sulawesi. Fenomena unik itu dilaporkan berlaku pantai Kampung Baru, Sulawesi Tengah, Indonesia pada baru-baru ini. Dalam rakaman video tersebut, api dapat dilihat menjalar di sepanjang persisir pantai berkenaan. “Air laut keluar api gais. Ombak api,” kata lelaki yang merakam video tersebut. Ada […]
Pengasas Perisian Antivirus, John McAfee Dilaporkan Meninggal Dunia Di Dalam Penjara
Pengasas perisian antivirus, John McAfee dilaporkan telah ditemui mati di dalam selnya di sebuah penjara pada Rabu. Berusia 75 tahun, McAfee sedang menunggu ekstradisi di penjara Sepanyol setelah dituduh mengelak untuk membayar cukai di Amerika Syarikat pada tahun lalu. Memetik laporan CNN Philippines, seorang pegawai perubatan berada di tempat kejadian dan punca kematian sedang disiasat. […]
(Video) Wanita Tak Sangka Produk Muka Viral Di TikTok Jadi ‘Bahan Eksperimen’ Satu Dunia Sampai ‘Genggam’ Satu Juta Pertama
Lelaki atau perempuan masing-masing menginginkan kulit wajah yang cantik, mulus dan terhindar daripada ‘anasir’ jahat yang terdiri daripada jerawat, bintik hitam dan putih. ‘Kotoran’ ini akan memberi kesan yang besar kepada kulit muka sekaligus membuatkan hilang keyakinan diri kepada individu berkenaan. Nak muka cantik kenalah rajin kan? Penjagaan kulit muka yang konsisten sangat penting dalam […]
(Video) “Takde Apa Pun,” Pak Nil Cucuk Vaksin Di Usia 59 Tahun Pelik Badan Rasa Lagi Kuat
Pejam celik pejam celik, sudah hampir menuju ke fasa empat program vaksinasi COVID-19 di negara ini dijalankan. Bagi yang belum mendapatkan suntikan vaksin ini, diharapkan bersabar kerana turn korang pasti akan tiba juga tidak lama lagi. Dalam pada itu, pasti ada sesetengah di antara korang yang bimbang mengenai kesan sampingan apabila menyuntik vaksin kan? Tidak […]

Gempa Bumi Berkekuatan 5.8 Skala Richter Melanda Laut Banda, Indonesia
Gempa bumi sederhana berskala Richter 5.8 dilapor melanda Laut Banda kira-kira jam 10.24 pagi waktu tempatan, sebentar tadi. Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia, gegaran yang berpusat di latitud 6.1 darjah Selatan dan longitud 128.3 darjah Timur itu menghasilkan gegaran berkedalaman 346 kilometer. Jarak kejadian gempa dikatakan berada pada 265 kilometer Selatan dari Ambon, Indonesia. Walau bagaimanapun, […]
Gempa Bumi Sederhana Gegar Laut Seram, Indonesia
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) — Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.2 pada skala Richter menggegarkan Laut Seram, Indonesia pada 10.42 pagi tadi. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), kejadian itu berlaku di kedudukan 134 kilometer (km) barat laut dari Ambon, Indonesia dengan kedalaman 29 km. Bagaimanapun, gempa berkenaan tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. Sumber: BERNAMA
Hampir 19,000 OKU Terima Dos Pertama Vaksin COVID-19 – Rina
KUALA LUMPUR, 24 Jun (Bernama) — Hampir 19,000 individu Orang Kurang upaya (OKU) di seluruh negara telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 setakat ini, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun. Beliau berkata hampir 280,000 individu OKU pula telah berdaftar untuk mendapatkan vaksinasi melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan. “Ini menunjukkan peningkatan dan angka […]
Polis Tahan Lelaki Cuba Pecahkan Mesin CDM
BALIK PULAU, 24 Jun (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki yang cuba memecahkan mesin deposit tunai (CDM) di sebuah bank di Lintang Bukit Penara, di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Kamarul Rizal Jenal berkata pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian daripada pihak pengurusan bank pada 10 malam yang mengesan kejadian selepas sistem […]
Boleh Cicah Macam-Macam, Lelaki Ini Kongsi Resipi Sos ‘Homemade’ Pekat Raih Ribuan Perkongsian
Setiap kali makan, ada juga orang yang sukakan tambahan makanan seperti sos. Terutamanya ketika makan keropok, cucur ataupun pisang goreng. Kalau dapat sos yang pekat dan menepati citarasa, boleh jadi tak cukup makanan yang tersedia tu. Selain daripada membelinya di kedai, sebenarnya anda boleh membuatnya sendiri dengan perkongsian resipi sos ‘homemade’ oleh seorang pengguna di […]
Jangan Buat Main, Ini 7 Punca Kenapa Anda Berak Berdarah, Nombor 7 Paling Menakutkan
Pernah tak ketika anda membuang air besar, terlihat darah pada najis? Jika ya, berkemungkinan terdapat pendarahan pada usus atau kolon. Tetapi banyak lagi punca-punca lainnya. Apa yang pasti, jika anda menghadapi situasi berak berdarah, langkah yang paling bijak adalah segera ke pusat rawatan berdekatan dan dapatkan nasihat perubatan dari doktor. Bagaimanapun, menurut Hello Doktor, berikut […]
Tak Mahu Ada Yang Tertekan, Universiti Ini Minta Pelajar Reka Sendiri Soalan Peperiksaan & Sediakan Jawapan
Institut Teknologi India (IIT) Goa telah memutuskan untuk meredakan sedikit tekanan para pelajarnya yang bakal menduduki peperiksaan semester di tengah-tengah wabak pandemik COVID-19, dengan meminta mereka untuk membuat soalan mereka sendiri, lapor portal India Today. Menurut kertas soalan untuk peperiksaan semester tersebut, pelajar telah diminta untuk menyiapkan soalan mereka sendiri dari keseluruhan pengajian semester mereka, […]
(Video) ‘Air Dicincang Kini Putus’, Viral Air Berjaya Dipotong Guna Pisau “Superhydrophobic”, Buat Ramai Terpegun
Peribahasa merupakan susunan kata dalam bentuk kiasan yang mempunyai maksud yang tersirat. Sejak dari dulu lagi, terdapat banyak peribahasa yang digunakan oleh lapisan masyarakat di negara ini. Salah satu yang paling popular adalah ‘Air yang dicincang tidak akan putus’. Seperti yang diketahui, maksudnya yang tersirat adalah talian persaudaraan yang erat dan tidak akan terputus walau […]
(Video) Gelap-gelita & Bikin Meremang Bulu Roma, Ini 5 Bunyi Seram Misteri Dirakam Di Laut Dalam
Mungkin kita merasakan bahawa telah melihat dan mengetahui segalanya tetapi banyak perkara di dunia ini sebenarnya belum lagi ‘diterokai’ dan dibongkar terutama di dalam laut. Kelihatan indah nan membiru, samudera yang luas terbentang itu sering dikatakan mempunyai pelbagai misteri yang tersendiri. Dari jenis-jenis hidupan laut, kepada serpihan-serpihan kapal karam hingga ke bunyi-bunyian yang pelik, ia […]

Rasa ‘Terganggu’, Penduduk Ini Potong Separuh Pokok Yang Masuk Ke Halaman Rumahnya
Disebabkan rasa terganggu dengan pokok yang turut memasuki ruang halaman rumahnya, pasangan warga emas di kejiranan ini bertindak memangkas sebahagian daripada pokok tersebut. Perkara itu adalah kerana pasangan berusia 70-an di Sheffield, England itu rasa terganggu dengan bunyi burung dan yang mengotorkan halaman mereka. Lapor Metro UK, kedua-duanya memutuskan untuk mencantas dahan pokok fir berusia […]