Berita

Berita
Tujuh Ditahan Hadir Majlis Hari Jadi, Lima Positif Dadah
SHAH ALAM, 23 Jun (Bernama) — Polis menahan tujuh warga tempatan termasuk seorang wanita atas kesalahan menghadiri majlis sambutan hari jadi di sebuah kondominium mewah di Seksyen 7, dekat sini, awal pagi semalam. Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Baharudin Mat Taib berkata penahanan individu berusia 21 hingga 37 tahun itu dilakukan selepas pihaknya melakukan […]
Berita
2,200 Pekerja Micron Technology Divaksin Di Bawah PIKAS
GEORGE TOWN, 22 Jun (Bernama) — Syarikat penyedia penyelesaian memori dan storan yang beribu pejabat di Amerika Syarikat (AS) Micron Technology Inc, hari ini mengumumkan kejayaan pelaksanaannya dalam Program Imunisasi Industri Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS) COVID-19, dengan langkah vaksinasi 2,200 pekerjanya. Langkah yang bermula pada 16 Jun lepas dan disempurnakan dalam masa lima hari itu adalah hasil usaha pendaftaran […]
Berita
(Video) Ramai Terlepas Pandang, Tak Sangka Rupanya Ini Fungsi Kipas Kecil Pada Pesawat Yang Mungkin Kita Tak Tahu Selama Ini
Pernah melihat kapal terbang berlepas dari landasan? Tidak kiralah sama ada di depan mata sendiri atau melalui televisyen dan video di internet sahaja, setiap perincian yang ada pada badan kapal terbang itu pasti akan diperhatikan. Kalau korang perasan, terdapat satu kipas kecil di bawah kapal terbang atau pesawat yang berpusing ketika ia berlepas. Pun begitu, apakah […]
Berita
(Video) Setahun ‘Terbiar’, Bulu Biri-Biri Tebal Sampai Tutup Mata Akhirnya Dicukur, Nampak Lebih Segar
Ingat tak lagi, kisah biri-biri bernama Baarack yang memiliki bulu setebal 34kg sebelum ini? Gara-gara tak dicukur selama lima tahun, biri-biri domestik itu mengalami masalah pergerakan dek kerana bulu tebal yang memberatkan badannya. Malah, dalam bulu itu juga terselit ranting dan serangga yang ‘menumpang’ biri-biri berkenaan. Inilah yang hampir berlaku kepada seekor biri-biri jenis babydoll yang […]
Berita
Jimat Bajet & Modal Hanya RM 85, Abang Ni Cat Rumah Batu ‘Tukar’ Jadi Rumah Papan, Nampak “Real”
Tak lapuk ditelan zaman, senibina rumah kampung sememangnya mempunyai nilai warisan yang tersendiri. Walaupun arus pemodenan menerpa, ia masih lagi dikekalkan dan tidak diubah. Pembinaan rumah berkonsepkan kampung juga sebenarnya masih lagi diteruskan tetapi dengan reka bentuk yang lebih moden. Sesuai dengan hasilnya yang nampak mewah dan cantik, kos untuk membina rumah kampung moden sememangnya […]
Berita
Bangga Tolong Orang Susah, Peguam Baik Hati Terima Ketam Sebagai Upah Kerana Anak Guam Tiada Duit Nak Bayar Khidmatnya
Seorang peguam di bandar Sorsogon, Filipina dilaporkan telah menerima ketam sebagai bayaran setelah anak guamnya tidak mampu untuk membayar khidmatnya dengan menggunakan duit, lapor GMA News Online. Noel Allen Bose memuatnaik sekeping gambar di Facebook yang memperlihatkannya sedang memegang beberapa ekor ketam di perkarangan luar mahkamah. Peguam itu menjelaskan bahawa anak guamnya memberikan ketam itu […]
Berita
(Video) “Aku Dengar Bunyi…”, Wanita Panjat Tangga Rumah, Selisih Kelibat Putih Terpacak, Bikin Seram
Tular satu penampakan kelibat aneh yang berdiri berseorangan di dalam galap dalam sebuah rumah. Menurut perakam video tersebut, dia nekad untuk naik ke tingkat atas rumahnya dan menyiasat sendiri setelah dia terdengar bunyi bising. Dengan penuh perasaan ingin tahu, dia telah menaiki tangga rumahnya secara perlahan-lahan sambil merakam video. Sesudah sampai ke bahagian atas rumahnya […]
Berita
(Video) Berbau Busuk & Digelar ‘Penjara Syaitan’, Kenali Telaga Barhout, Lubang Besar ‘Misteri’ Di Tengah Padang Pasir
Telaga Barhout (Well of Barhout), lubang misteri di timur Yaman ini dipercayai dikenali sebagai ‘penjara syaitan’ dek kerana bau busuk yang muncul dari kedalaman lubang tersebut. Ia terletak di sebuah padang pasir di wilayah Al-Mahra yang berada sekitar 1,300 kilometer daripada ibu negara, Sanaa. Lubang misteri berkenaan dipercayai mempunyai kedalaman sekitar 100 hingga 250 meter, […]
Gaya hidup
Seram, Budak Perempuan Ni Suka Main & Tidur Dengan Anak Patung Kesayangan Berupa ‘Pocong’
Kalau masih ingat lagi, dulu-dulu ada filem anak patung seram yang ‘bernyawa’ iaitu Chukky. Melihat mukanya saja yang berjahit itu pun sudah bikin meremang bulu roma. Tapi apa yang berlaku di Indonesia ini memang betul-betul menyeramkan. Baru-baru ini tular beberapa foto seorang kanak-kanak perempuan yang bergambar bersama anak patung kesayangannya. Namun anak patung itu bukanlah […]
Berita
Tiga Suspek Dipercayai Pecah Rumah Cedera Parah, Terjun Dari ‘Flyover’ Elak Diberkas Polis
Memetik daripada laporan berita, cubaan tiga orang suspek dipercayai pecah rumah melarikan diri daripada ditahan bukan sahaja gagal malah mereka mengalami kecederaan parah akibat terjun dari laluan bertingkat dalam satu kejadian di Jalan Tampoi hari ini. Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Dzulkhairi Mukhtar berkata sebelum kejadian, sepasukan polis sedang menjalankan rondaan di […]
Berita
Tayar Kren Meletup, Lelaki Maut Terkena Besi Terpelanting
IPOH, 22 Jun – Seorang pekerja pusat servis tayar di Menglembu di sini yang sedang menukar tayar sebuah kren, maut dipercayai terkena besi yang terpelanting apabila tayar itu meletup dalam kejadian yang berlaku pagi tadi. Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Yahaya Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian yang menimpa mangsa berusia 60 tahun itu, pada […]
Demi Nasab, Ayah Nikahi Anak Gadis Sendiri Lepas Terlanjur & Mengandung Gara-Gara Suka Sama Suka
Mahkamah syariah menyimpan 1,001 kisah masyarakat yang berkisarkan isu-isu keruntuhan institusi kekeluargaan. Antara kes yang kerap difailkan adalah penceraian, nasab keluarga dan lain-lain. Baru-baru ini, peguam syariah, Nur Fatihah Azzahra berkongsi satu kes melibatkan nasab keluarga yang bercelaru. Percayakah anda, si bapa dalam kes ini sanggup menikahi anak gadisnya sendiri gara-gara pernah lakukan hubungan terlarang? […]
Berita
Bayaran Sagu Hati Sukarelawan Kesihatan Dinaikan, Tanda Kerajaan Iktiraf Jasa
TANGKAK, 22 Jun – Kerajaan hari ini mengumumkan peningkatan bayaran sagu hati sukarelawan petugas kesihatan yang terlibat dalam proses vaksinasi dan pengurusan COVID-19 kepada RM100 sehari berbanding RM50 sebelum ini, sebagai tanda pengiktirafan terhadap sumbangan mereka. Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pembayaran yang bermula bulan ini akan melibatkan 19,000 sukarelawan yang bertugas lebih […]
Berita
Polis Tahan Sembilan Lelaki Disyaki Terlibat Edar Minuman Keras, Rokok Seludup
KUALA LUMPUR, 22 Jun – Polis menahan sembilan lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan mengedar minuman keras serta rokok seludup, dan merampas pelbagai barangan dianggarkan bernilai hampir RM5.9 juta di Klang, dekat sini, semalam. Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Kententeraman Awam Bukit Aman Datuk Zainal Abidin Kassim berkata kesemua mereka yang berusia lingkungan 22 hingga […]
Berita
Situasi Sebenar, Intervensi Akan Dilihat Sebelum Putuskan Negara Beralih Ke Fasa Kedua – PM
TANGKAK, 22 Jun (Bernama) — Kerajaan akan melihat pelbagai faktor termasuk situasi sebenar COVID-19 dalam negara serta kaedah intervensi sebelum memutuskan negara boleh beralih ke fasa kedua Pelan Pemulihan Negara, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Beliau berkata meskipun kerajaan telah menentukan sasaran seperti tarikh, tempoh, kadar dan jumlah kes serta proses vaksinasi serta […]
Berita
Abang Rayu Orang Ramai Bantu Kesan Adik Hilang, Dipercayai Lari Dari Hospital Di Klang
“Ya Allah, kembalikan la dia ke pangkuan kami ya rabb…” Demikian luahan keluarga kepada seorang remaja yang dikatakan telah menghilangkan diri dari sebuah hospital di Klang. Menurut abangnya, remaja ini dipercayai melarikan diri pada jam 7.30 malam dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang pada 21 Jun 2021 lalu. Assalamualaikum sahabat semua… Mohon sekiranya ternampak […]
Berita
Peguam Cerita Kisah Anak Guam Ditipu Dengan Iklan Tawaran Kerja Gaji Lumayan Sampai Kena Tahan Reman
Tidak dinafikan terdapat pelbagai taktik licik yang digunakan orang yang tidak bertanggungjawab untuk memerangkap mangsa pada zaman ini. Ya, dahulunya kita dikejutkan dengan jenayah keldai dadah, tetapi kali ini tentang keldai akaun atau ‘mule account’. Kisah ini berdasarkan pengalaman sebenar salah seorang daripada anak guam Hafidzah Hassan yang berkongsi cerita ini menerusi laman Twitternya. Kepada […]
Gaya hidup
Keliru Beli Kereta Baru Atau Terpakai? Hadamkan 5 Perkara Ini Dulu Kenapa Tak Digalakkan Beli Kereta Baharu
Selalunya kalau nak beli kereta, sebelum itu kita mesti akan keliru dengan pilihan kereta baharu atau kereta terpakai kan? Ada yang kata, elok beli kereta baharu, senang benda semua ‘baru’. Ada pula yang kata, lagi berbaloi beli kereta terpakai saja. Harga murah, tak pening kepala, kualiti tetap ‘ok’ macam kereta baharu asalkan pandai cari. Apakah […]
Kesihatan
Kes Sporadik: Kebanyakan Tidak Bergejala, Tapi Boleh Menjangkiti, Ini Pesanan KKM Untuk Cegah Peningkatan Kes
Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) memaklumkan bahawa kebanyakan kes sporadik sebenarnya tidak bergejala namun masih boleh menjangkiti orang sekeliling dan orang yang tidak mengamalkan SOP dengan betul. Infografik yang bersumberkan kenyataan akhbar KPK mengenai bahaya kes sporadik ini telah dikongsikan oleh KKM menerusi Twitter. Kes Covid-19 sejak Januari hingga Jun yang meningkat setakat ini dipercayai sebahagiannya adalah […]
Berita
Buat Laporan Suami Mati, Wanita Dilapor Kantoi Bunuh Suaminya Sendiri Dengan ‘Belajar’ Dari Carian Google
Seorang wanita sanggup membunuh suaminya sendiri dengan mencari cara membunuh dan membuang mayat melalui carian di Google. Kejadian tersebut dilaporkan berlaku pada Jumaat lalu (18/6) di daerah Harda, negeri Uttar Pradesh, India. Menurut portal Suara.com, wanita itu melaporkan kematian suaminya kepada polis dan mendakwa bahawa dia tidak mengetahui puncanya. Maka, polis pergi ke tempat kejadian […]