Berita

TERKINI: 8,209 Kes Positif Baharu Covid-19 Hari Ini, Selangor Catat 3,125 Kes
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa sebanyak 8,209 kes positif Covid-19 telah dikesan di negara kita setakat hari ini. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif adalah 595,374 kes. Ini adalah pecahan kes baharu mengikut negeri. Seperti yang kita lihat di bawah, negeri Selangor mencatat kes tertinggi hari ini dengan 3,125 kes diikuti dengan Wilayah Persekutuan […]
586,308 Syarikat Daftar Kebenaran Beroperasi Ketika ‘Lockdown’ Setakat Pagi Tadi
Sebanyak 586,308 syarikat mendaftar di bawah COVID-19 Intelligent Management System (CIMS) 3.0 setakat pukul 7.30 pagi tadi. Pendaftaran syarikat-syarikat tersebut yang turut melibatkan 10.2 juta tenaga kerja itu adalah bagi memohon kebenaran beroperasi sepanjang tempoh Sekatan Pergerakan Penuh atau ‘total lockdown’ ketika ini. Bagaimanapun daripada angka tersebut, hanya 128, 150 syarikat melibatkan 1.57 juta pekerja […]
Tiada Ancaman Tsunami Kepada Malaysia, Gempa Bumi 5.1 Skala Richter Gegar Kepulauan Talaud, Indonesia
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) melalui ciapan terbaru di laman Twitter rasmi sebentar tadi memaklumkan kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Kepulauan Talaud, Indonesia. Gempa bumi bermagnitud 5.1 skala Ritcher tersebut dilaporkan berlaku di koordinat 5.0 darjah Utara dan 126.0 darjah Timur pada jam 10.31 pagi tadi. Berjarak 116 kilometer Barat Laut dari Pulau Talaud, […]
Tragis, Pengantin Perempuan Meninggal Di Majlis Kahwin, Adik Jadi ‘Pengantin Segera’ Ganti Kakak
Sebuah majlis perkahwinan di Etawah, Uttar Pradesh di India bertukar menjadi kecoh apabila pengantin yang bakal naik ke pelamin ‘bertukar orang’ dalam sekelip mata. Al-kisahnya, pengantin perempuan, Surbhi pada asalnya bakal melangsungkan perkahwinan dan bergelar isteri kepada suami pilihan hati, Manjesh Kumar. Bagaimanapun sesuatu yang tidak dijangka berlaku apabila Surbhi tiba-tiba rebah ketika majlis sedang […]

Rakyat Malaysia Mudah Memaafkan – Kajian Signature Market
Satu kajian terbaharu yang dilaksanakan oleh jenama gaya hidup terus ke pengguna (D2C), Signature Market menunjukkan bahawa 44.3 peratus rakyat Malaysia memerlukan masa satu hari untuk memaafkan seseorang yang telah melakukan kesalahan terhadap mereka. Selain itu, sejumlah 32.2 peratus rakyat Malaysia hanya memerlukan satu jam untuk memaafkan orang lain. Kajian yang dilakukan secara dalam talian […]

Dua Gadis Usia 20-an Tanpa Sejarah Penyakit Antara 123 Kes Covid-19 Yang Maut Semalam
Satu detik hitam buat negara apabila mencatatkan kes kematian harian tertinggi akibat jangkitan Covid-19 iaitu sebanyak 126 kes pada semalam, paling tinggi sejak pandemik melanda negara. Menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), kes kematian baharu itu menjadikan jumlah kumulatif korban akibat wabak berkenaan bertambah kepada 2,993 kes. Daripada jumlah itu, sebanyak 126 kes kematian melibatkan 29 kes di […]

Budak Tujuh Tahun Dilapor Diikat Pada Kayu, Dilumur Madu Untuk ‘Panggil’ Lebah, Dipercayai Sebagai Hukuman Dituduh Mencuri
Seorang budak berusia tujuh tahun dilaporkan telah diikat pada tiang kayu oleh bapanya sebagai hukuman setelah jirannya mendakwanya mencuri. Kejadian tersebut berlaku di sebuah kampung, wilayah Shebin El Qanater, Mesir, lapor Daily Star. Menurut sumber, budak lelaki tersebut diikat dengan tali dan dilumurkan dengan madu untuk menarik kehadiran lebah sebagai hukuman oleh bapanya. Budak itu […]
“Dia Seakan Trauma, Takut Untuk Keluar,” Kisah Sedih Gadis Istimewa Hilang Tempat Bergantung, Ibu Ayah Angkat Dijemput Ilahi
Tidak semua pasangan mempunyai rezeki memiliki cahaya mata, tidak semua anak juga bertuah memiliki ibu dan ayah yang menjaganya penuh kasih sayang sehingga dewasa. Ujian manusia berbeza. Ada anak kecil yang ditatang penuh kasih sayang, tak kurang juga ada antara mereka yang terpaksa membesar tanpa ibu dan ayah kandung kesayangan. Inilah ujian dihadapi seorang gadis […]
PKP 3.0: ERL Gantung Semua Perkhidmatan Mulai Jumaat Ini
KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) — Express Rail Link Sdn Bhd (ERL) akan menggantung semua perkhidmatan trennya mulai Jumaat ini (4 Jun) sehingga notis lanjut susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. ERL dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa keputusan itu dibuat susulan rundingan dengan Kementerian Pengangkutan dan Agensi Pengangkutan Awam […]
(Video) Tular Rakaman Komunikasi Juruterbang Dengan Menara Kawalan Dipercayai Semasa Pencerobohan 16 Pesawat Tentera Udara China Di Kota Kinabalu
Baru-baru ini, negara telah digemparkan dengan insiden pencerobohan 16 pesawat Tentera Udara Republik Rakyat China yang memasuki ruang udara Zon Maritim Malaysia (ZMM), Kota Kinabalu FIR dan menghampiri ruang udara nasional. Menurut Panglima TUDM Jen Tan Sri Ackbal Abdul Samad, pesawat tersebut telah dikesan terbang secara formasi ‘taktikal in-trail’ pada jarak 60 batu nautika di antara […]
‘Dine-In’ Ketika PKP, Enam Individu Dikompaun RM20,000
KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) — Pemilik premis makanan di sebuah kompleks perniagaan ternama di ibu kota dikompaun RM10,000 kerana membenarkan pelanggan makan di dalam premis itu, semasa operasi pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), hari ini. Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Kuala Lumpur Datuk Azman Ayob berkata dalam […]
Kematian Berkaitan COVID-19 Mungkin Mencecah 26,000 Kes Menjelang September- Kajian
KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) — Satu kajian mendapati jumlah kematian berkaitan COVID-19 di negara ini berkemungkinan mencapai 26,000 kes menjelang September berdasarkan trajektori semasa, kata Ahli Majlis Sains Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Prof Datuk Dr Adeeba Kamarulzaman. Anggaran angka itu sekurang-kurangnya sembilan kali ganda daripada jumlah kumulatif kes kematian terkini iaitu 2,993 setakat hari […]
(Video)”Ya Allah, Lama Tak Tengok,” Jumpa Imej Arwah Ayah Nak Pergi Masjid Dalam ‘Google Street’ Undang Sebak
Salah satu kerinduan yang paling menyakitkan ialah rindu kepada mereka yang telah tiada. Hanya gambar dan rakaman video sahaja boleh dijadikan kenangan untuk mengubat rasa duka di hati tatkala kerinduan datang menjengah. Sesekali bila terjumpa gambar-gambar lama insan tersayang dalam simpanan, pasti teruja. Bagi seorang individu dengan nama @topanjey di TikTok, dia tidak menyangka kerinduannya […]
Budak Dilapor Diikat Leher Dan Ditarik Kerana Ditangkap Mencuri, Dipercayai Nak Beli Makanan Untuk Ayah Sakit
Hanya kerana dituduh mencuri duit tabung masjid, seorang kanak-kanak lelaki diikat lehernya sebelum ditarik seperti haiwan peliharaan, lapor Detik News. Dalam kejadian di Aceh Utara itu, kanak-kanak berkenaan telah ditangkap para penduduk kerana dipercayai mencuri sejumlah wang dari tabung masjid. Dia kemudiannya diikat pada tangan dan leher oleh seorang lelaki sebelum ditarik sambil disaksikan para […]
Kilang Buat Topi Keledar Dikompaun RM10,000 Kerana Tipu Isytihar
BUTTERWORTH, 2 Jun (Bernama) — Sebuah kilang membuat topi keledar dikompoun RM10,000, selepas beroperasi dengan mengisytiharkan sebagai kilang pembuatan sarung tangan dan pelitup muka, di Jalan Murni, Sungai Dua di sini hari ini. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara SPU ACP Noorzainy Mohd Noor berkata dalam pemeriksaan pada 11 pagi itu, pihaknya mendapati pengurusan kilang […]

Lelaki Dikatakan ’Racun’ Ayahnya Main PS4 Sampai Jadi ’Ketagih’ Supaya Dibelikan PS5
Pelbagai usaha, rancangan ataupun helah untuk peminat-peminat permainan video untuk mendapatkan PlayStation 5 yang dikatakan dapat memberi kepuasan berganda kepada pemain. Antaranya ialah seperti seorang pemuda ini yang ‘mengajak’ bapanya untuk bermain bersama PlayStation 4 yang sudah tersedia anda sehingga lelaki itu menjadi ‘ketagih’ pada permainan tersebut. Pada dasarnya, rancangan itu adalah untuk menyakinkan ayahnya […]
Macam Taman Tema Air & Beli Kat Shopee Je, Selebriti Saran Beli Kolam Mainan Ini Buat Tambah Aktiviti Anak-anak Masa “Lockdown”
Dalam keadaan pandemik COVID-19 yang masih tidak pulih, rakyat Malaysia kini sekali lagi terpaksa menghadapi fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi membendung jangkitan COVID-19. Seperti PKP 1.0 yang lalu, pasti setiap orang mula mempunyai hobi dan melakukan perkara-perkara yang baharu bagi mengisi masa lapang ketika di rumah. Ditambah lagi bagi ibu bapa yang ada […]
(Video) Nyaris Tertembak Diri Sendiri, Detik Cemas Polis Menyusup & Tumpaskan Wanita Bersenjata Terima Pujian Ramai
Satu video berkenaan seorang polis Perancis yang menumpaskan seorang wanita yang bersenjatakan senapang telah menjadi tular di Eropah selepas video berkenaan detik-detik penangkapan wanita tersebut disiarkan di media sosial, lapor portal LifeZette Video tersebut memaparkan detik penangkapan seorang wanita yang dapat dilihat mengacukan senapang di sebuah jalan yang telah dikepung oleh anggota polis Perancis. Para […]

Ibu Bapa Perlu Proaktif Lindungi Kanak-kanak Daripada COVID – KP Kesihatan
KUALA LUMPUR, 2 Jun (Bernama) — Ibu bapa perlu mengambil tindakan proaktif bagi melindungi kanak-kanak daripada terdedah kepada jangkitan COVID-19 susulan peningkatan kes terutama melibatkan bayi berumur kurang setahun dan kanak-kanak di bawah usia lima tahun. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata ibu bapa yang mempunyai bayi dan kanak-kanak di bawah […]

Ibu ‘Pakat’ Dengan Tukang Gunting Untuk Buat Gaya ‘Botak Tengah’, Nak Elak Anak Keluar Rumah Ketika Musim COVID-19
Dipercayai kerana gelombang baru pandemik COVID-19 di Taiwan, seorang ibu mengambil jalan ‘unik ‘bagi memastikan anak remajanya tidak keluar rumah. Menurut Mothership.sg, wanita itu membawa remaja berusia 15 tahun berkenaan untuk mendapatkan potongan rambut di sebuah salun di Kaohsiung. Dia dikatakan meminta pendandan rambut untuk menata rambut anaknya supaya remaja itu tidak keluar rumah. Tambah […]