Berita

Berita
“Langkah Yang Perlu Diambil Dalam Situasi Begini, Bukanlah Jalan Yang Mudah,” – Ismail Sabri
Susulan peningkatan kes Covid-19 secara mendadak sehingga melepasi angka 8 ribu pada hari ni, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengusulkan satu cadangan kepada pihak kerajaan. Menerusi kenyataan ringkas yang dimuat naik di Facebook rasmi beliau sebentar tadi, Ismail berkata, langkah yang perlu diambil dalam situasi ini bukanlah satu jalan yang […]
Berita
Bot Karam Di Laut Kuning, Pencarian Tujuh Anak Kapal Hilang Diteruskan
SHENYANG (China), 28 Mei – Pasukan penyelamat maritim China meneruskan pencarian tujuh anak kapal yang hilang daripada sebuah bot nelayan yang terbalik pada Selasa di perairan di timur laut wilayah Liaoning, China di Laut Kuning, kata pihak berkuasa maritim tempatan pada hari Jumaat. Kerajaan Tempatan Donggang dan Pentadbiran Keselamatan Maritim Dandong telah menggerakkan anggota pasukan […]
Kesihatan
287 Kluster Tempat Kerja Dilaporkan Dari 1 April-26 Mei, Ini Langkah-Langkah Pencegahan Penularan COVID-19 Di Tempat Kerja
Sehingga kini, pandemik COVID-19 sudah melanda negara kita setahun lebih dan Malaysia sudah mengadakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) yang ketiga. Pada PKP 3.0 ini, ekonomi tetap berjalan kerana rakyat masih dibenarkan untuk keluar ke tempat kerja walaupun sudah ramai yang Bekerja Dari Rumah (BDR). Walau bagaimanapun, pelbagai inisiatif telah dijalankan termasuk inisiatif baru yang disambut […]
Berita
Fenomena Istiwa’ A’dzam Petang Ini Beri Peluang Umat Islam Semak Arah Kiblat
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) – Umat Islam di negara ini boleh melakukan semakan berhubung arah kiblat yang tepat di premis masing-masing susulan fenomena dikenali sebagai Istiwa’ A’dzam pada 5.16 petang ini. Timbalan Mufti Wilayah Persekutuan Jamali Mohd Adnan berkata ketika fenomena ini berlaku, kedudukan matahari berada pada titik zenith iaitu tepat di atas Kaabah […]
Berita
Guna Nama Allah Dalam Lirik Lagu “Muk bang” Remix, Jay Park Tampil Mohon Maaf
Sejak kebelakangan ini, kecoh nama seorang penyanyi, Jay Park di Twitter dipercayai kerana bait-bait lirik yang dinyanyikan olehnya didakwa menyentuh sensitiviti umat Islam. Perkara tersebut dipercayai melibatkan Remix bertajuk “Mukbang” (2020) yang dikatakan menggunakan nama Allah di dalam liriknya. Susulan itu, artis berkenaan kini tampil mengeluarkan kenyataan permohonan maaf atas tindakannya tersebut. “Dalam lagu remix […]
Berita
Lebih 13k Perkongsian, JPN Kongsi Tips Palang Salinan Kad Pengenalan Yang Betul
Kad pengenalan atau pun IC adalah suatu bentuk dokumen peribadi penting yang perlu disimpan secara rapi. Ini kerana, IC ini mempunyai maklumat peribadi yang mungkin boleh digunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab untuk membuat kerja-kerja jenayah. Bukan sahaja itu, kad pengenalan yang telah di fotostat juga perlu dijaga atas faktor keselamatan serta disalahguna. Justeru daripada […]
Berita
Sudah Berbulan Siling Bocor Tidak Dibaiki, Keluarga Ini ‘Cuak’ Dapati Ada Sarang Ular ‘Atas Kepala’ Setiap Hari
Hidup dengan serangan tikus, lipas dan lebah sudah cukup sulit bagi Harry Pugliese sekeluarga. Bukan itu sahaja, apabila siling di rumah telah runtuh setelah berbulan-bulan bocor, bayangkan betapa ngerinya ketika mereka mendapati ular juga ‘bersarang’ di dalamnya. Menurut portal Metro.co.uk, Harry mengatakan bahawa dia memaklumkan pada tuan rumahnya, mengenai bumbung yang bocor. Pada bulan Februari […]
Berita
Dua Lelaki Ditahan Bersama 105 Kg Syabu Bernilai RM3.83 Juta
GEORGE TOWN, 28 Mei (Bernama) — Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah selepas menahan dua nelayan termasuk seorang warga Indonesia bersama 105 kilogram (kg) syabu bernilai RM3.83 juta dalam serbuan ke jeti haram di Bagan Bukit Tambun, Simpang Ampat dekat sini semalam. Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Sahabudin Abd Manan berkata lelaki berusia 57 tahun dan pembantunya […]
Berita
Hospital Selayang Pula Guna Kontena Simpan Jenazah Pesakit COVID-19
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) — Selepas Hospital Sungai Buloh di Selangor, kini Hospital Selayang pula terpaksa menyediakan kontena khas bagi menempatkan mayat pesakit COVID-19. Ketua Unit Perubatan Forensik Hospital Selayang Dr Zairee Omar berkata kapasiti peti sejuk untuk penyimpanan mayat yang ditempatkan di unit forensik hospital itu hanya mampu menampung 16 mayat dalam satu-satu masa. […]
Berita
Kanak-kanak Beribukan Warga Filipina, Bapa Rakyat Malaysia Gagal Dalam Rayuan Berhubung Kerakyatan
PUTRAJAYA, 28 Mei (Bernama) — Mahkamah Persekutuan dengan keputusan majoriti 4-3, hari ini menolak rayuan seorang kanak-kanak lelaki berumur 10 tahun, yang bapanya warganegara Malaysia dan ibunya rakyat Filipina, bagi mendapatkan kerakyatan Malaysia. Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Rohana Yusuf yang menyampaikan keputusan mahkamah itu berkata kanak-kanak tersebut tidak memenuhi kriteria yang diperlukan di bawah Perlembagaan Persekutuan untuk diisytiharkan sebagai warganegara Malaysia melalui kuat kuasa undang-undang. Kanak-kanak itu dilahirkan […]
Berita
(Video) Canggih & Macam Tak Percaya Wujud, Viral Sinki Di Jepun Ni Siap Dilengkapi Dengan Tempat Penstrilan Telefon
Sudah setahun lebih sejak pandemik COVID-19 melanda, masyarakat di dunia kini telah terbiasa dengan kehidupan norma baharu yang pastinya sangat berbeza dari tahun-tahun sebelum ini. Pastinya, masing-masing kini sedaya upaya untuk menjaga kesihatan dan mengelak dari jangkitan COVID-19. Terkadang, keadaan ini juga boleh menimbulkan paranoid. Pun begitu, bukan kebersihan diri sahaja yang perlu dijaga, kebersihan […]
Berita
TERKINI: Lepasi Angka 8k, Kes Baharu COVID-19 Dilaporkan Hari ini 8,290
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 8,290 kes Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Menurut perkongsian di akaun Twitter rasminya, negeri Selangor mencatatkan kes COVID-19 yang paling tinggi pada hari ini iaitu sebanyak 2,052 kes. Kelantan pula menjadi negeri kedua tertinggi yang mencatatkan kes COVID-19 baharu pada hari […]
Berita
Mayat Bayi, Kanak-Kanak Dijumpai Hanyut Di Persisiran Pantai Libya
TRIPOLI (Libya), 28 Mei (Bernama) — Mayat enam pelarian termasuk seorang bayi, seorang kanak-kanak dan seorang wanita ditemui terdampar di persisiran pantai di Libya pada Khamis. Menurut sumber tempatan, penduduk kota barat Zuwara telah menghubungi pihak berkuasa dengan menyalurkan maklumat berkenaan penemuan mayat itu, lapor Agensi Anadolu. Anggota keselamatan menemui mayat dua kanak-kanak itu, seorang wanita dan tiga lelaki yang lain. […]
Berita
Vaksin, Kawalan Pergerakan Kendiri Kini Pertahanan Utama Lawan COVID-19
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) — Suntikan vaksin dan kawalan pergerakan kendiri, adalah pertahanan utama dan penting bagi setiap rakyat ketika ini dalam usaha untuk melumpuhkan penularan COVID-19 yang dilihat kembali memuncak sejak awal April lepas. Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia Datuk Dr Zainal Ariffin Omar berkata dua tindakan itu harus dilaksanakan dan […]
Kesihatan
COVID-19: Mimpi Ngeri Pandemik, Kes Harian Baharu Lima Angka Semakin Hampir
KUALA LUMPUR, 28 Mei (Bernama) — Malaysia semakin diasak mimpi ngeri lonjakan 10 ribu kes harian baharu setelah tiga hari berturut-turut mencatat kes melepasi tujuh ribu pada Selasa (25 Mei), Rabu (26 Mei) dan semalam. Ini ditambah penularan varian baharu COVID-19 (VOC) yang lebih ganas serta kluster baharu yang masih terus dilaporkan berlaku terutamanya di […]
Berita
COVID: Tidak Patuh SOP Sumbang Peningkatan Kes Di Pahang
KUANTAN, 28 Mei (Bernama) — Perhimpunan tanpa pematuhan prosedur operasi standard (SOP) dan rentas negeri menjadi penyumbang terbesar kepada peningkatan kes positif COVID-19 di Pahang, kata Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Bahari Che Awang Ngah. Beliau berkata ada yang melakukan majlis perkahwinan, tahlil atau hari jadi semasa cuti sekolah pada penghujung Mac lepas dengan Pahang ketika itu […]
Berita
Palestin Sambut Baik Keputusan (UNHRC) Siasat Pencabulan Israel
RAMALLAH, 28 Mei (Bernama) — Palestin pada Khamis menyambut baik keputusan Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHRC) untuk membentuk sebuah jawatankuasa bebas bagi menyiasat pencabulan Israel di wilayah Palestin, lapor Xinhua. Semasa sesi khas, UNHRC memutuskan untuk melancarkan siasatan antarabangsa terhadap pelanggaran hak asasi manusia yang dilakukan Israel di wilayah Palestin yang diceroboh sejak April, […]
Berita
Umpama ‘Magik’, Viral Fenomena ‘Sun Halo’ Latari Langit Di Bengaluru, Pukau Pandangan Ramai
Fenomena alam di dunia ini sememangnya sentiasa memberikan ‘kejutan’ yang tidak terjangka kepada manusia. Tetapi, apa yang pasti adalah fenomena tersebut juga memperlihatkan pemandangan yang indah dan mungkin belum pernah dilihat sebelum ini. Minggu ini, tular di media sosial mengenai beberapa keping gambar yang memaparkan suasana pemandangan fenomena sun halo yang menyaksikan matahari membentuk bulatan […]
Gaya hidup
Rumah Ronald McDonald di Hospital Tunku Azizah Buka Pintu Secara Rasmi kepada Keluarga Pesakit
KUALA LUMPUR, 28 May 2021 – Rumah Ronald McDonald ketiga di negara ini kini membuka pintu secara rasmi kepada keluarga pesakit pediatrik yang menjalani rawatan di Hospital Tunku Azizah, sebelum ini dikenali sebagai Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Kuala Lumpur. Rumah Ronald McDonald merupakan rumah penginapan sementara yang bertujuan untuk memenuhi keperluan keluarga pesakit kanak-kanak dari […]
Berita
Jumpa Lipas Cedera Di Tepi Jalan, Lelaki Prihatin Ini Bawa Serangga Itu Ke Klinik Haiwan Untuk Rawatan
Lipas adalah merupakan salah satu haiwan yang sering dianggap sebagai musuh di dalam rumah. Walaupun saiznya kecil, kehadiran serangga ini sering membuatkan ramai orang berasa geli dan takut. Walaupun begitu, ada juga yang tidak takut akan haiwan ini. Serangga ini boleh bergerak dengan cepat dengan cara merayap atau terbang. Kebiasaannya orang akan menghindari sejurus selepas […]