Berita
(Video) Mungkin Ada Dendam, Kucing Ni Tendang Pintu Sampai Terhantuk Kepala Tuannya
Kucing adalah haiwan peliharaan yang sangat comel dan kadang kala terkenal dengan sifatnya yang nakal. Pencinta kucing pastinya sudah pun lali dengan sifat kenakalan yang ada pada kucing ini. Suka jatuhkan baranglah, suka sepahkan rumah lah dan bermacam-macam lagi telatah mereka. Apa yang boleh dibuat selepas mengetahui berkenaan dengan kekacauan yang ditimbulkan oleh haiwan ini […]

Sunway Lagoon Ditutup Sementara Waktu Sepanjang PKP
5 Mei 2021, Bandar Sunway – Berhubung dengan pengumuman terbaru berkenaan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bagi daerah-daerah di Selangor, Sunway Lagoon akan menghentikan operasi sementara waktu. Taman tema kami akan ditutup dari 6 Mei 2021 sehingga 17 Mei 2021. Jika anda telah membeli tiket kami melalui kaunter taman tema atau laman web rasmi Sunway […]

(Video)”Adik, Salah Mak,” Gelagat Lucu Budak Ini Tersalah Peluk Wanita Lain, Ingatkan Mak Sendiri
Bermacam ragam boleh kita lihat ketika menjaga anak yang sedang membesar. Ada yang menguji, ada yang menghiburkan hati. Apapun, kedua-duanya adalah nikmat yang perlu kita hargai selagi mereka masih ada di sisi. Baru-baru ini, seorang wanita dengan nama @ecah9933 telah berkongsi gelagat anaknya yang tersalah emak ketika mereka bersiar-siar di sebuah pantai di Kuantan. Dipercayai […]
Wanita Belanjakan Lebih RM600k Untuk Bina Jambatan Agar Anaknya Sampai Ke Sekolah Dengan Selamat
Seorang wanita di wilayah Henan, China dilaporkan telah membelanjakan lebih daripada sejuta yuan (RM 634403.00) untuk membina dua jambatan besi di hadapan sekolah anaknya, bagi memastikan anaknya serta pelajar sekolah yang lain dapat melintas dengan selamat, lapor Oddity Central. Wanita yang dikenali sebagai Meng itu pada baru-baru ini memberitahu kepada Stesen Televisyen Henan bahawa jalan […]
Kecewa Bakal Suami Tak Tahu Sifir 2, Wanita Nekad Batalkan Perkahwinan Di Hari Bahagia
Apabila memilih pasangan hidup, setiap orang mempunyai kriteria yang tersendiri. Ada yang sangat mementingkan mengenai tahap pendidikan kerana ia merupakan salah satu daripada asas untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik, selain ‘menurunkan’ tahap kepandaian kepada anak-anak kelak. Anda mungkin tidak percaya bahawa ada yang sanggup tidak berkahwin jika tidak mendapat ciri-ciri yang diimpikan seperti di […]
Senarai Aktiviti Tidak Dibenarkan Dan SOP PKP Di Selangor Yang Berkuat Kuasa Hari Ini
Hari ini merupakan hari pertama pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di negeri Selangor. Menurut kemaskini Majlis Keselamatan Negara (MKN), terdapat beberapa perubahan melibatkan SOP PKP pada kali ini antaranya jumlah penumpang dalam kenderaan serta pertambahan tempoh masa perniagaan. Berikut adalah senarai aktiviti yang tidak dibenarkan berdasarkan SOP terbaru sehingga 17 Mei akan datang. Antara SOP […]

Nak Elak Sekatan Jalan Raya, Penduduk Nekad Naik Rakit Untuk Pulang Ke Kampung
Demi pulang beraya ke kampung, penduduk di Jawa Barat nekad menaiki rakit untuk lari dari sekatan jalan raya, lapor SuaraJabar.id. Menurut portal itu, para penduduk yang menaiki motosikal memutuskan untuk menggunakan khidmat rakit di beberapa sungai termasuk Sungai Citanduy untuk merentas wilayah. “Penggunaan perahu dan rakit menjadi salah satu alternatif penduduk berbanding melintasi jambatan Manganti,” […]

Banjir Kilat Di Beberapa Kawasan Di Kajang, Jalan Susur Masuk Dan Keluar Ke Kajang Ditutup
Susulan ribut petir dan hujan lebat di seluruh Malaysia petang tadi, daerah Kajang dilanda banjir kilat dan menjejaskan sebahagian penduduk setempat. Video yang dimuatnaik pengguna Facebook Abah Rotijohn ini menunjukkan keadaan banjir kilat di kawasan Taman Zamrud, Kajang petang tadi. Hujan lebat selama dua jam mengakibatkan banjir separas betis dewasa di kawasan itu. Kebanyakan kereta […]

“Baru Tahu Cincau Asal Dari Pokok..” Wanita Ini Pertama Kali Buat Cincau Dari Pokok Cincau Ditanam Sendiri
Air cincau menjadi satu minuman popular terutamanya ketika Ramadan. Rasanya yang kenyal, enak, segar dan sejuk apabila dicampur air batu sangat sesuai diminum untuk menghilangkan dahaga. Ditambah pula dalam sirap bandung atau soya, fuhh memang sedap! Ramai beranggapan bahawa cincau dihasilkan dari agar-agar namun ternyata ianya salah. Cincau hitam sebenarnya berasal daripada pokok cincau atau […]

(Video) Terperangkap Lebih Sejam, Detik-Detik Cemas Dua Beranak Nyaris Dihanyutkan Arus Deras
IPOH, 5 Mei – Seorang ibu dan anak perempuannya bedepan detik cemas apabila terperangkap lebih sejam dengan berpaut pada kereta bagi mengelak dihanyut arus deras di Dusun Sungai Meru di sini, hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Meru Shahrudi Muhamad Halil berkata pihaknya menerima panggilan mengenai detik mencemaskan melibatkan wanita berusia 47 tahun […]

Dua Lelaki Ditahan Guna Bas Ekspres Seludup Daun Ketum
SERDANG, 5 Mei – Taktik licik dua lelaki menggunakan bas ekspres untuk menyeludup daun ketum terbongkar apabila premis memproses air daun ketum dipercayai milik mereka diserbu di Lestari Perdana, Seri Kembangan, pada Isnin. Kedua-dua lelaki berumur dalam lingkungan 20-an dan 30-an itu ditahan semasa sedang memproses air ketum di premis mereka di tingkat dua pada 10 malam. Pemangku Ketua Polis Daerah Serdang Supt Mohd […]
Seorang Parah, Dua Cedera Alat Pemadam Api Meletup
IPOH, 5 Mei – Tiga lelaki cedera termasuk seorang hampir putus kaki selepas sebuah alat pemadam api yang sedang diselenggara oleh mereka meletup di sebuah premis di Jalan Hussin Nordin, Taman Pearl, di sini hari ini. Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, mangsa berusia 40-an itu cedera parah di bahagian kanan kaki manakala dua rakannya cedera ringan. Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan […]

TERKINI: Kuala Lumpur, 3 Daerah Di Johor Dilaksanakan PKP Mulai 7 Mei 2021
Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan tiga (3) daerah di Johor iaitu Johor Bahru, Kulai dan Kota Tinggi berkuatkuasa bermula 7 Mei hingga 20 Mei ini. Selain itu, 14 mukim dalam daerah Besut di Terengganu turut dikenakan PKP berkuatkuasa pada tarikh yang sama. Menteri Kanan Keselamatan, Datuk […]

TERKINI: Sehari Sebelum PKP, Selangor Catat 1,548 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini
Sebanyak 3,744 kes kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah kes positif di Malaysia adalah sebanyak 424,376 kes setakat Rabu (5 Mei 2021), jam 12 tengahari. Menurut perkongsian terkini Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), tujuh (7) negeri kekal mencatatkan kes tiga angka iaitu Selangor tertinggi dengan 637 kes, Kelantan 401 kes, Sarawak 356 kes, […]

Awas, Ribut Petir Dan Hujan Lebat Diramal Melanda Hampir Seluruh Negara Hingga Jam 7 Malam
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di seluruh negara yang dijangka berlaku sehingga jam 7 petang ini. MetMalaysia dalam kenyataan sebentar tadi, memaklumkan kawasan dijangka terlibat adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Kelantan (Kuala Krai […]
TERKINI: Harga Runcit Petrol RON97 Naik 2 Sen, RON95 Dan Diesel Kekal Dari 6 Mei Hingga 12 Mei 2021
Kementerian Kewangan Malaysia pada hari ini telah mengemas kini harga runcit petroleum untuk tempoh 6 Mei hingga 12 Mei 2021. Perkara ini telah dimaklumkan menerusi siaran media yang dikeluarkan melalui akaun rasmi Twitternya. Harga RON97 naik 2 sen seliter kepada RM2.60 manakala RON95 dan diesel kekal. Kementerian Kewangan Malaysia memaklumkan bahawa kesan perubahan harga minyak […]
Bazar Ramadan Di Selangor Tak Dibenarkan Beroperasi Mulai 8 Mei, Kerajaan Negeri Salur Bantuan Untuk Peniaga Terjejas
Kerajaan Selangor salur bantuan RM500 kepada setiap peniaga yang terjejas akibat arahan penutupan Bazar Ramadan. Hal ini susulan daripada kerajaan negeri telah mengumumkan bahawa semua bazar Ramadan tidak dibenarkan beroperasi mulai 8 Mei ini. Datuk Ismail Sabri semalam telah mengumumkan PKP di 6 daerah di Selangor. PKP di Selangor ini berikutan peningkatan kes yang berterusan […]
Lembaga Zakat Selangor Bantu Keluarga ’28 Anak’ Sejak 2010
SHAH ALAM, 4 Mei (Bernama) — Lembaga Zakat Selangor (LZS) telah menyalurkan pelbagai jenis bantuan zakat sejak 2010 kepada keluarga besar yang tular di media sosial semalam ekoran hidup dalam keadaan tidak kondusif dan mempunyai 28 orang anak. Ketua Pegawai Eksekutif Saipolyazan M. Yusop berkata keluarga yang tinggal di Klang itu telah menerima pelbagai jenis […]
Cuci Dan Jual Semula Alat ‘Swab Test’ Yang Dah Digunakan, Lima Pekerja Syarikat Farmasi Ditahan
Beberapa orang pekerja sebuah syarikat farmasi dilaporkan telah ditangkap di Indonesia kerana disyaki mencuci dan menjual semula alat ujian calitan COVID-19 yang telah digunakan. Menurut BBC, syarikat yang dikenali sebagai Kimia Farma itu kini menghadapi tindakan undang-undang kerana seramai 9,000 penumpang di lapangan terbang Medan telah diuji dengan menggunakan alat calitan tersebut. Pihak polis mengesyaki […]
Polis Kesan Pesakit COVID-19 Lari Dari Hospital Lama Sungai Petani
SUNGAI PETANI, 5 Mei (Bernama) — Polis sedang mengesan seorang pesakit COVID-19 yang dipercayai melarikan diri dari Hospital Lama Sungai Petani, dekat sini pagi semalam. Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata usaha mengesan lelaki berumur 39 tahun terbabit dimulakan sejurus pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan lelaki itu dari wad. “Pasukan petugas […]