Berita

Berita
“Thank You For Memories,” Lee Kwang Soo Akhirnya ‘Berpisah’ Dengan Running Man Selepas 11 Tahun
Sebuah sedutan episod akhir Running Man bersama Lee Kwang Soo tular hari ini di laman sosial mengundang sebak warganet. Ramai yang sebak apabila bintang kegemaran Running Man itu terpaksa meninggalkan program realiti yang dibintanginya sejak 11 tahun lalu kerana masalah kesihatan yang dialaminya selepas terlibat dalam kemalangan pada tahun lalu. Hari ini, #RunningMan trending nombor satu di […]
Berita
TERKINI: Kes Menurun Kepada 4,949 Kes Baharu Positif Covid-19
KUALA LUMPUR, 14 Jun – Jumlah kes baharu harian COVID-19 yang dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu menunjukkan penurunan apabila 4,949 kes dicatatkan berbanding 5,304 semalam. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi hantaran di laman Twitter berkata perkembangan terbaharu itu menjadikan angka kumulatif jangkitan di dalam negara berjumlah 662,457 orang setakat […]
Berita
Penganggur Didakwa Tawar Dan Beri Rasuah RM120,000 Kepada Polis
SHAH ALAM, 14 Jun – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menawar dan memberi rasuah RM120,000 kepada seorang pegawai kanan polis untuk melepaskan dirinya daripada dikenakan tindakan kerana memiliki kira-kira lima kilogram dadah jenis syabu. Abd Aziz Abdullah @ Shariff, 39, mengaku tidak bersalah atas kedua-dua pertuduhan itu di hadapan Hakim Rihaida Rafie. Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa menawarkan rasuah RM120,000 kepada Penolong Penguasa Polis ASP Mohammad Izzuddin Zulkifly, […]
Berita
Penganggur Didakwa Seret Kucing
TELUK INTAN, 14 Jun – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan menyeret seekor kucing di atas jalan di Kampung Attaduri, Langkap di sini, pada 3 Jun lepas. Azizul Salahuddin, 46, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Adilah Mokhtar. Dia didakwa secara tidak munasabah menyebabkan penderitaan kepada […]
Berita
Ditelan Ikan Paus Selama 30 Saat, Lelaki Ini Dapat ‘Nyawa Kedua’ Selepas Ikan Paus Muntahkannya Semula
“Berpantang maut sebelum aja,” itulah peribahasa yang sesuai untuk menggambarkan situasi lelaki ini yang telah ditelan humpback whale atau paus kelasa selama 30 saat sebelum paus tersebut memuntahkannya semula. Lelaki yang bernama Michael Parkard berusia 56 tahun yang sedang mengutip udang galah yang dipancinf di pinggir laut Provincetown, Massachusetts bagaikan mendapat nyawa kedua dan memberitahu […]
Selera
Resipi ‘Cucur Udang Tak Serap Minyak’ Raih 3.2k Perkongsian, Ini ‘Rahsia’ Cucur Jadi Kembung Tapi Tak Serap Minyak
Pernah rasa cucur yang digoreng terlalu berminyak? Mungkin itulah yang sering dielakkan oleh ramai orang terutamanya golongan wanita yang sering terlibat dalam aktiviti memasak. Situasi tersebut apabila makanan atau lebih khususnya cucur yang digoreng serap minyak sehingga boleh menjejaskan selera seseorang. Namun begitu, tidak perlu dikhuatiri kerana seorang wanita ada berkongsikan resipi cucur udang dan […]
Berita
Kelantan Peruntuk RM4.5 Juta Bantu Ibu Tunggal Terkesan PKP
KOTA BHARU, 13 Jun (Bernama) — Kerajaan Kelantan memperuntukkan RM4.5 juta tahun ini bagi membantu golongan ibu tunggal terutama yang terkesan susulan pelaksanaan sekatan pergerakan penuh atau Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0. Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga dan Wanita negeri Datuk Mumtaz Md Nawi berkata sejumlah RM100,000 diperuntukkan bagi setiap kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) […]
Berita
i-Sinar: Belum Pernah Buat Pengeluaran, Permohonan Masih Dibuka Sehingga 30 Jun Ini Secara ‘Online’
Pengeluaran i-Sinar merupakan topik hangat yang sering menjadi topik perbualan ramai pihak. Apa tidaknya, ada yang mengatakan bahawa pengeluaran i-Sinar ini merupakan ‘nafas’ baharu buat mereka meneruskan kehidupan ketika pandemik ini. Sehingga kini, telah ramai ahli yang telah menikmati faedah pengeluaran i-Sinar dengan pelbagai perbelanjaan yang dibuat. Namun, bagaimana pula bagi ahli yang belum pernah […]
Berita
Kumpul Duit Hasil Jualan Sapu Lidi Sejak 1990, Kisah Pasangan Suami Isteri Sedih Tak Dapat Tunai Haji Tahun Ini
Sepasang suami dari Bogor, Jawa Barat mengakui bahawa mereka sedih kerana gagal menunaikan haji tahun ini, lapor Tribunnews. Damar Rahayu, 51 tahun dan Nana, 49 tahun yang merupakan penduduk Kampung Bojong Sompok itu telah bertahun-tahun menunggu untuk dapat menunaikan ibadah haji. Namun, disebabkan pandemik, Indonesia belum mengirim calon jemaah haji ke Tanah Suci, ditambah pula […]
Kesihatan
Pelajar Dilapor Hilang Separuh Tengkorak Akibat Lompat Dari Jambatan Untuk Bunuh Diri, Kini Semakin Sedar Akan Kehidupannya
Seorang pelajar yang hilang separuh tengkorak setelah cubaan membunuh diri telah pulih secara luar biasa dalam usaha untuk mengubah hidupnya, lapor Daily Star. Pelajar perempuan berusia 23 tahun itu telah menjalani dua pembedahan otak kecemasan untuk menghilangkan tekanan pada otaknya. Pakar bedah telah menjalankan pembedahan kraniotomi – penyingkiran sebahagian daripada tengkoraknya. Hal ini berikutan kejadian […]
Berita
(Video) Detik Kereta ‘Ditelan’ Lubang Sampai Lesap, Air ‘Berkelocak’ Seakan Tenggelam Lebih Dalam
Sebuah kereta yang diparkir di sebuah kompleks kediaman di Mumbai dilaporkan ‘hilang’ dalam beberapa saat sahaja selepas ‘ditelan’ sebuah lubang di kawasan parkir berkenaan. Dalam rakaman tular di media sosial, kelihatan kenderaan itu perlahan-lahan tenggelam ke dalam sebuah lubang dipercayai telaga yang terletak di bawah lot parkir itu. Menurut NDTV, kejadian tersebut berlaku selepas waktu […]
Berita
(Video) Misteri ‘Rangka Ular Gergasi’ Terakam Google Earth, Rupanya Memang Wujud & Ini ‘Asal Usulnya’
Pelbagai misteri telah ‘dibongkarkan’ melalui aplikasi Google Earth daripada lokasi jenayah sehinggalah tempat seram yang ditinggalkan seperti di Pripyat, Chernobyl. Dengan teknologi itu, pengguna boleh ‘mengembara’ di seluruh dunia hanya menggunakan peranti di hujung jari. Malah, hampir setiap ceruk terpencil pun boleh diterokai jika lokasi itu pernah dikunjungi kenderaan Google Earth. Salah satu misteri yang […]
Kesihatan
Pemandu Lori Bawa 48 Pekerja Positif COVID-19 Disaman, Majikan Disiasat
SUNGAI PETANI, 13 Jun (Bernama) — Polis mengenakan saman serta-merta terhadap seorang pemandu lori selepas didapati membawa sekumpulan pekerja asing yang didapati positif COVID-19 secara terbuka di sekitar bandar ini seperti tular di media sosial petang tadi. Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata sebaik menerima maklumat mengenai kejadian itu pada kira-kira […]
Berita
Lelaki Melecur Dalam Insiden Kebocoran Gas Oksigen Di HKL
KUALA LUMPUR, 13 Jun (Bernama) — Seorang pemandu lori melecur di sebelah tangan kiri dalam insiden kebocoran gas oksigen di Blok Kejuruteraan, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini petang tadi. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata insiden berlaku pada kira-kira 6 petang dan seramai 17 anggota dari Balai Bomba dan […]
Berita
“Ya Allah Kau Kuatkan Aku..,” Siti Jamumall & Bayi Dimasukkan Ke Wad, Netizen Pakat Doa Agar Cepat Sembuh
Sejak semalam, nama Siti Suriani atau Siti Jamumall menjadi perhatian ramai apabila anak wanita itu dilaporkan tertukar di hospital dengan bayi milik seorang wanita lain. Kekecohan itu selesai apabila kedua-dua mereka akhirnya dipertemukan semula dengan anak masing-masing selepas Siti menghubungi pihak hospital setelah mendapati maklumat pada tag kaki bayi diberikan kepadanya berbeza dengan maklumat sebenar. […]
Berita
(Video) 9 Bulan ‘Jaga’ Anak Orang Lain, Kisah Pasangan Diberi Bayi Yang Salah Di Hospital, Naluri Ibu ‘Bongkar’ Segalanya
Selama ini mungkin kita menyangka, kes tertukar bayi ini hanya dalam filem dan drama sahaja. Namun, kejadian terbaru sebelum ini membuktikan ia boleh terjadi kepada sesiapa sahaja di luar sana. Sepertimana yang berlaku kepada sepasang suami isteri di El Salvador yang tertukar bayi mereka pada tahun 2015 yang lalu. Lebih mengejutkan, bayi mereka telahpun tertukar […]
Berita
(Video)”Last Lap Potong Sampai Jadi Juara,” Detik Pelumba Negara Muncul Juara Moto3 Junior World Championship
Satu lagi lakaran sejarah telah terukir apabila pelumba Moto3 negara, Syarifuddin Azman atau dikenali sebagai Damok muncul Juara Moto3 Junior World Championship di Barcelona petang tadi. Lebih membanggakan, lagu Negaraku turut berkumandang di bumi Sepanyol ketika Damok dinobatkan sebagai juara Moto3 di Catalunya Barcelona. Menerusi video yang dikongsikan oleh Team Malaysia di laman Twitter, detik […]
Berita
“Saya Jamin Makanan Ini Selamat,” Kenali ‘Pagpag’, Hidangan Sisa Makanan Dari Tong Sampah Dibersihkan Dan Dimasak Semula
Setiap negara mempunyai makanan tersendiri yang diolah mengikut gaya hidup masyarakat masing-masing. Jika di Malaysia, sebahagian kita terbiasa menjadikan lebihan nasi dan lauk semalam sebagai menu sarapan, nasi goreng. Ia adalah salah satu cara penjimatan yang diamalkan zaman berzaman. Di Filipina pula, cara mereka sedikit berbeza. Keadaannya agak ekstrem di mana sebahagian masyarakat miskin di […]
Berita
(Video) Lupa Tarikh Luput Telur? Ini Cara Mudah Nak ‘Check’ Tahap Kesegaran Telur Sebelum Dimasak
Telur yang rosak boleh menyebabkan keracunan, malah mungkin menyebabkan kematian. Oleh itu, sebaiknya, kita digalakkan untuk memeriksa kesegaran telur selain memastikan ia masak sepenuhnya bagi membunuh kuman yang mungkin telah mencemari telur berkenaan. Tapi, macam mana nak tahu jika sebiji telur itu telah dimasuki kuman? Apatah lagi jika bekas telur telahpun dibuang dan tarikh luputnya […]
Berita
TERKINI: Tempoh Rayuan Bagi Permohonan BPR Akan Dibuka Mulai 15-30 Jun 2021, Ini Tarikh Bayaran Dan Jumlah BPR 2021
Individu yang ingin membuat rayuan bagi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) boleh berbuat demikian bermula 15 sehingga 30 Jun ini. Menurut kemaskini Kementerian Kewangan, pemohon boleh mengemukakan rayuan dan dokumen berkaitan untuk semakan semula oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). Permohonan boleh dibuat secara dalam talian melalui laman rasmi BPR LHDNM atau menghantar borang rayuan […]