Berita

(Video) Minyak Masak Melimpah, Lori Tangki Terbabas, Rempuh Penghadang Jalan Di Plaza Tol Juru
Sebuah lori tangki muatan minyak kelapa sawit terbabas dan merempuh penghadang besi di plaza Tol Juru menghala ke utara hari ini. Kejadian tersebut menyebabkan tangki minyak pecah dan melimpah ke atas jalan raya. Setakat ini, dua lorong di plaza tol tersebut terpaksa ditutup untuk kerja-kerja pembersihan oleh pihak PLUS. 12:57hrs Awas! Kemalangan lori tangki di […]
Jabatan Meteorologi Malaysia Keluar Nasihat Taufan Surigae
KUALA LUMPUR, 20 April – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan nasihat taufan (SURIGAE) yang berada di kedudukan 1,401 kilometer (km) ke timur laut Sandakan, Sabah. Dalam kenyataan hari ini, MetMalaysia memaklumkan kedudukan taufan itu kira-kira 522 km ke tenggara Luzon, Filipina. Jabatan itu turut memaklumkan berdasarkan pencerapan pada 11 pagi, angin taufan tersebut bergerak ke […]

(Video) Detik-Detik Bersejarah, NASA Berjaya Terbang Dan Daratkan Mini Helikopter Di Marikh
NASA mengesahkan bahawa sebuah helikopter mini, Ingenuity telah berjaya diterbangkan setinggi tiga meter di Marikh pada Isnin dan pencapaian ini sekali gus telah mencatat sejarah kerana berjaya terbang di sebuah planet di angkasa lepas. Helikopter mini seberat 1.8kg yang terbang selama 39.1 saat manakala data dan imej yang dirakamkan dari helikopter tersebut dihantar balik ke […]

Suami Isteri Rentas Negeri Untuk Berbulan Madu Dijatuhi Hukuman Penjara Sehari, Denda RM2,500
KUALA LUMPUR, 20 April – Seorang instafamous dan suami yang tular di media sosial kerana merentas negeri untuk berbulan madu, masing-masing dipenjara sehari dan denda RM2,500 oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini kerana memberi maklumat bertulis palsu kepada polis, bulan lepas. Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu selepas Iram Naz Hafiz Sabir Muhammed, […]

Polis Kesan Dua Lagi Video Baharu Promosi Judi, Tiga Individu Ditahan
KUALA LUMPUR, 20 April – Tiga termasuk dua wanita ditahan berhubung pembikinan dua lagi video iklan lagu raya yang mempromosi kegiatan perjudian secara dalam talian. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata kesemua suspek rakyat tempatan berusia 21 hingga 42 tahun itu ditahan di sekitar ibu kota selepas polis mengesan dua video baharu masing-masing berdurasi 30 saat dan 48 saat yang […]

Ayahanda Permaisuri Selangor Meninggal Dunia
SHAH ALAM, 20 April – Ayahanda Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin, Abdul Rahman Baba meninggal dunia akibat sakit tua pada pukul 3.40 pagi tadi. Istana Selangor dalam satu hantaran di laman Instagram dan Facebook Selangor Royal Office hari ini memaklumkan bahawa Allahyarham Abdul Rahman kembali ke rahmatullah hari ini (20 April 2021), bersamaan 8 Ramadan […]
Microsoft Bakal Bina Pusat Data Bernilai RM4.1 Bilion Di Cyberjaya?
Satu inisiatif projek Microsoft telah dilancarkan di bawah ‘Bersama Malaysia’ yang menandakan komitmen penting untuk memperkasakan ekonomi global Malaysia dan memajukan transfomasi digital di negara ini dalam sektor awam dan swasta. Kos pelaburan inisiatif ini dianggarkan bernilai US$ 1 Bilion dalam kira-kira RM 4.1 billon dalam tempoh 5 tahun ke hadapan. Rancangan projek ini akan […]
Korang Sebagai Pemborong Nak Kembangkan Bisnes? Ikuti Cara Yang Telah Dibuktikan Ini
Lumrah bila buat bisnes ni ada masa kita sampai terlalu sibuk nak uruskan semuanya sekaligus. Mana nak beli stok, cari supplier dan lepas tu terkejar-kejar pula nak buat penghantaran barang. Apabila terlalu sibuk fokus kepada operasi, adakah kita masih mempunyai masa untuk susun strategi yang berkesan bagi mengembangkan bisnes? Ditambah pula dengan kekecewaan dalam memastikan […]

“Selamba Je Cuti Masa PKP,” Lelaki Ni Kongsi Pengalaman Bercuti Pakai Agensi Siap Dapat Diskaun RM100
Belakangan ni, mesti korang dah mula stress kan bilalah status pergerakan kawalan kita ni nak ‘membaik’. Yelah, sebab semua dah tak sabar nak bercuti, hirup udara lain sikit selain duduk je kat rumah. Eh! Siapa cakap tak boleh bercuti? Kan kerajaan tengah galakkan aktiviti pelancongan rentas negeri tapi mesti dibawah program ‘Gelembung Pelancongan Bersasar.’ Program […]
Tular Kisah Pelajar Matrik Dipercayai Kena Kompaun RM1.5K Di Cafe, Ini Jawapan Tan Sri Noor Hisham
Tular satu foto di laman Twitter yang mendakwa pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memberi kompaun kerana melanggar SOP kepada beberapa pelajar sebuah institusi pendidikan di Perak. Menurut perkongsian tersebut, apa yang membuatkan pelajar kesal kerana mereka tidak ke mana-mana sejak semester baru di buka. Bagaimanapun, tweet tersebut mendapat perhatian Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor […]
(Video) Boleh Jadi Kad ATM, Ini 5 Fungsi Kad Pengenalan Yang Anda Patut Tahu
MyKad atau kad pengenalan merupakan dokumen paling penting bagi seseorang yang bertaraf warganegara. Tidak dinafikan, kalau tak bawa MyKad ke mana-mana pasti akan berasa gelisah. Ya, kebanyakan urusan penting memerlukan kad pengenalan. Justeru, orang ramai perlu menjaga kad pengenalan agar tidak hilang, rosak dan sebagainya. Tetapi korang pernah terfikir tak sebenarnya kad pengenalan mempunyai pelbagai […]
“Jemput Hadir Tuan Puan, Kami Merayu,” Pusat Darah Negara Seru Orang Ramai Derma Darah Di Bulan Mulia Ini
Pusat Darah Negara (PDN) menyeru kepada orang ramai untuk menghadirkan diri menderma darah di Pusat Darah Negara, Jalan Tun Razak. Menerusi ciapan di Twitter, penderma darah yang beragama Islam boleh menderma selepas berbuka puasa dan penderma bukan Islam diseru untuk hadir menderma sepanjang bulan Ramadan ini. “Makanan berbuka disediakan untuk penderma darah utuh yang menderma,” […]
(Video) Catat Sejarah Baharu, Helikopter Kecil NASA Berjaya Diterbangkan Di Marikh
NASA dilaporkan telah berjaya menerbangkan helikopter kecil, Ingenuity di Marikh pada hari ini. Menurut BBC, drone itu terbang selama kurang dari satu minit di planet itu. Ia merupakan momen bermakna bagi NASA kerana Ingenuity mewakili penerbangan terkawal pertama di planet lain. Pencapaian itu meluaskan rekod pertama NASA yang luar biasa di Marikh, lapor The New […]
TERKINI SOP: Hanya Rentas Negeri Untuk Bekerja, Hal Kecemasan, Kematian Keluarga, Rawatan, Pendidikan & Pasangan Jarak Jauh Sahaja Dibenarkan- Polis
KUALA LUMPUR, 19 April – Pergerakan rentas negeri bagi tujuan pekerjaan, kecemasan dan kematian (ibu, bapa, anak & adik-beradik), perubatan, pendidikan serta pasangan jarak jauh (PJJ) adalah dibenarkan. Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani bagaimanapun berkata, kebenaran itu hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis sahaja jika permohonan pergerakan tersebut diluluskan. […]
Sudah Tamat Penggambaran, Netizen Teruja Nantikan Filem Biopik Buya Hamka
Bukan sahaja dikenali sebagai lagenda sasterawan, Haji Abdul Malik Karim Amrullah atau lebih dikenali sebagai Buya Hamka merupakan tokoh agama, sejarawan dan ahli politik yang terkenal di Indonesia. Kisah hidupnya sentiasa menjadi perhatian dan rujukan bagi pencinta karya-karya sasteranya. Banyak juga buku mengenai Allahyarham telah diterbitkan. Terbaru, filem biopik mengenainya dilaporkan telah disiapkan.Menurut Kompas.com, filem […]
(Video) Ini Cara Potong Bawang Dengan Mudah Tanpa Risau Jari Terluka
Walaupun ada sesuatu perkara yang dilihat sangat mudah tetapi bagi sesetengah orang, ia sangat sukar untuk dilakukan terutama apabila baru pertama kali mencuba. Sama juga seperti memasak, tidak semua orang akan mahir untuk menyediakan makanan walaupun ia menu yang senang untuk dimasak. Ada sesetengah orang, nak potong bawang pun masih lagi kekok kerana tidak biasa […]
Singapura: Rakyat Malaysia Ditahan Bersama Dadah Untuk Digunakan 12,000 Penagih Selama Seminggu
SINGAPURA, 19 April (Bernama) — Seorang rakyat Malaysia berusia 22 tahun ditahan di Singapura Jumaat lalu dan dadah yang dirampas daripadanya dianggarkan cukup untuk digunakan 12,000 penagih selama seminggu Biro Narkotik Pusat (CNB) Singapura, dalam kenyataan di laman webnya, berkata pegawai CNB menahan pemuda itu di sekitar Choa Chu Kang Ave 4. Dadah melebihi 40 kilogram bernilai S$2.3 juta (RM7.1 juta), termasuk […]
Rumah Pusaka Terbakar, Tiga Beranak Menumpang Stor Kilang Perabot Harap Ada Yang Sudi Bantu Bina Semula Rumah
GEORGE TOWN, 19 April (Bernama) — Sebuah keluarga di Air Itam di sini terpaksa menumpang di stor sebuah kilang perabot selepas rumah pusaka yang didiami mereka hangus terbakar dalam kejadian 6 April lepas. Effandy Abdul Rahim berkata dia tidak mampu membina semula rumahnya berikutan masalah kesihatan selain tidak mempunyai pendapatan tetap. “Saya tidak mengharapkan bantuan wang […]

Kejadian Ribut Petir Bukan Kesan Perubahan Iklim Sahaja – METMALAYSIA
KUALA LUMPUR, 19 April (Bernama) — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjelaskan bahawa adalah kurang tepat untuk mengatakan ribut petir yang melanda pantai barat Semenanjung baru-baru ini berpunca daripada perubahan iklim semata-semata. Merujuk kepada laporan yang disiarkan sebuah akhbar tempatan hari ini berkaitan ribut petir itu, MetMalaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan banyak faktor lain yang boleh menyebabkan ribut petir […]
UEFA Sahkan Pemain-pemain 12 Kelab Sertai Super League Akan Diharamkan Dari Menyertai Piala Eropah & Piala Dunia
Sedang hangat ketika ini mengenai tindakan 12 buah kelab bola gergasi daripada beberapa liga ternama Eropah yang berganding bahu dan membentuk satu kejohanan baru yang dikenali sebagai European Super League (ESL). Di media sosial ketika ini, rata-rata peminat bola sepak dunia mengecam dan megutuk habis-habisan tindakan yang didakwa mementingkan diri selain menjual jiwa bola sepak […]