Berita
Tiga Jururawat Dikompaun RM4,000 Langgar SOP PKP
ALOR SETAR, 31 Mei – Tiga jururawat wanita yang bertugas di sebuah hospital swasta di Sungai Petani masing-masing dikompaun RM4,000 malam tadi kerana didapati melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan. Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Adzli Abu Shah berkata pihak polis mengesan mereka yang berumur antara 34 dan 45 tahun itu menyampaikan sumbangan kepada rakan mereka yang […]

PKP: Seramai 17 Individu Ditahan Bermain Snuker Di Sebuah Premis, Dikompaun RM5,000 Seorang
KUALA LUMPUR, 31 Mei – Akibat degil bermain snuker dalam tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), 17 individu termasuk dua penjaga pusat snuker di Damansara Jaya, Petaling Jaya dikenakan kompaun sebanyak RM85,000 keseluruhan kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata pihaknya menyerbu pusat berkenaan yang […]
Projek Perintis Trak Bergerak Vaksinasi Bakal Dimulakan di Kawasan Penularan Di Kuala Lumpur – KJ
Projek perintis trak bergerak vaksinasi bakal dimulakan di kawasan penularan wabak COVID-19 di Kuala Lumpur . Perkara tersebut disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin hari ini. Menurutnya lagi, vaksinasi trak bergerak Kuala Lumpur ini akan bermula di kawasan PPR, tapak pembinaan, guna 30 trak, sasar 100 vaksinasi setiap trak. Berita lanjut bakal […]
PPV MITEC Mula Beroperasi Secara Skala Besar Pada 7 Jun
KUALA LUMPUR, 31 Mei – Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) akan beroperasi secara skala besar dengan kapasiti sehingga 8,000 penerima vaksin sehari bermula 7 Jun. Penyelaras PPV MITEC Dr Nor Maizura Haron berkata penambahan kapasiti bagi pemberian vaksin itu bergantung kepada kapasiti petugas dan bekalan vaksin yang bakal diterima. “Dengan penambahan kapasiti 6,000 hingga 8,000 (penerima vaksin), kita memerlukan […]
Kami Akan Kekal Rendah Diri – Ee Wei
KUALA LUMPUR, 31 Mei – Pasangan beregu campuran negara Choong Hon Jian-Toh Ee Wei berjanji tidak akan besar kepala di sebalik kejayaan demi kejayaan yang dicatatkan oleh mereka kebelakangan ini. Pasangan muda itu meraih kejuaraan ketiga mereka tahun ini apabila memenangi final kejohanan badminton Terbuka Austria malam tadi. Tewas pada set pertama, pasangan beregu itu […]
Cheng Hoe Yakin Sumbangan Pemain Naturalisasi
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) — Ketua Jurulatih skuad kebangsaan Tan Cheng Hoe percaya masa akan tiba untuk melihat impak kehadiran tiga pemain naturalisasi dalam pasukan bimbingannya menjelang misi getir di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) bermula Khamis ini. Skuad Harimau Malaya akan memulakan baki saingan Kumpulan G pusingan kedua Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 bertemu UAE […]
Pasukan Liga-M Dibenar Teruskan Latihan Secara ‘Camp-Based Training’ – MFL
KUALA LUMPUR, 31 Mei – Kesemua pasukan Liga Malaysia (Liga-M) telah mendapat kebenaran daripada kerajaan untuk meneruskan latihan secara camp-based training sepanjang tempoh 14 hari sekatan pergerakan penuh mulai esok. Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) Datuk Ab Ghani Hassan dalam satu kenyataan memaklumkan camp-based training itu bagaimanapun perlu mematuhi prosedur operasi standard […]
200 Anggota Rela Perlis Mulakan Tugas Esok
KANGAR, 31 Mei – Seramai 200 anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) negeri Perlis akan bertugas bagi membantu penguat kuasa melaksanakan sekatan pergerakan penuh yang akan bermula esok. Pengarah Rela Perlis Ahmad Muazzan Shah Mohd Salleh berkata tugas Rela pada kali ini berbeza daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1.0 kerana tidak banyak Sekatan Jalan Raya (SJR) […]
Dua Lelaki Ditahan Miliki Rokok Seludup Bernilai Lebih RM40,000
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) — Polis menahan dua lelaki kerana dipercayai memiliki 465 karton rokok seludup bernilai RM47,360.80 dalam operasi Operasi Kontraban di Batu Caves, di sini, semalam. Pegawai Pemerintah Batalion 4 Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih Supt Rizal Mohamed berkata suspek terdiri daripada seorang warga tempatan berusia 38 tahun dan seorang warga Bangladesh […]
Kegiatan Lebur Tembaga Campuran Tumpas, Libatkan Rampasan RM3.5 Juta
JOHOR BAHRU, 31 Mei – Satu sindiket melebur tembaga campuran dipercayai beroperasi tanpa lesen berjaya ditumpaskan melibatkan rampasan bernilai lebih RM3.5 juta di Simpang Renggam, dekat Kluang, pagi semalam. Pegawai Pemerintah Batalion 6 Pasukan Gerakan Am (PGA) Supt Dimin Awang berkata pihaknya turut menahan lapan lelaki membabitkan tiga lelaki tempatan, empat lelaki warga China dan […]

Peminat Tempatan Mungkin Dibenar Hadir Saksikan Olimpik Tokyo
TOKYO, 31 Mei (Bernama) — Kerajaan Jepun sedang mempertimbangkan untuk membenarkan peminat tempatan hadir menyaksikan acara Olimpik dan Paralimpik jika mereka menunjukkan bukti vaksinasi atau hasil saringan COVID-19 negatif, lapor Sputnik memetik akhbar The Yomiuri Shimbun. Ujian saringan perlu dilakukan lebih awal seminggu sebelum menghadiri Olimpik. Peminat tidak dibenarkan bersorak serta diwajibkan memakai pelitup muka dan melakukan pemeriksaan suhu badan. […]

1,052,145 Individu Lengkap Dos Kedua Vaksin Setakat Semalam – Dr Adham
KUALA LUMPUR, 31 Mei (Bernama) — Seramai 1,052,145 individu telah menerima dos kedua vaksin COVID-19 setakat semalam, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Menerusi catatan di Twitternya, beliau berkata seramai 1,860,864 orang telah menerima dos pertama, menjadikan jumlah pemberian vaksin COVID-19 setakat semalam ialah 2,913,009 dos. Dr Adham berkata lima negeri tertinggi yang telah melengkapkan kedua-dua dos ialah Selangor […]

Pelakon Tarzan, Joe Lara Terbunuh Dalam Nahas Pesawat Di Tennessee
MOSCOW, 31 Mei (Bernama) — Pelakon Amerika Joe Lara yang membintangi “Tarzan: The Epic Adventures” terkorban dalam nahas pesawat bersama isterinya dan beberapa orang lain, lapor agensi berita Sputnik, memetik akhbar ‘The Tennessean’. Lara, 58, antara tujuh yang terbunuh dalam nahas pada Sabtu itu, lapor akhbar tersebut memetik kenyataan polis pada Ahad. Mangsa lain termasuk isterinya, Gwen Lara, […]
Perkhidmatan Bas Rapid Kamunting Berakhir 15 Jun
TAIPING, 31 Mei – Rapid Bus Sdn Bhd anak syarikat Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) yang mengendalikan perkhidmatan bas Rapid Kamunting, di Perak, hari ini mengumumkan penamatan perkhidmatan berkenaan pada 15 Jun ini selepas beroperasi lebih lima tahun. Menurut kenyataan Rapid Bus, langkah berkenaan diambil kerana kekangan dana dan permintaan rendah bagi perkhidmatan bas sejak awal […]
Warga Emas Korban Terbaharu Covid-19 Singapura
SINGAPURA, 31 Mei (Bernama) — Singapura melaporkan kematian COVID-19 ke-33 pada Ahad. Menurut data Kementerian Kesihatan malam tadi, kematian terbaharu itu melibatkan seorang wanita warga tempatan berusia 95 tahun. Wanita itu disahkan dijangkiti COVID-19 pada 17 Mei, ketika sedang dirawat di Hospital Awam Changi bagi penyakit yang tidak berkaitan dengan virus itu. “Beliau belum diberi vaksin COVID-19, […]

Netanyahu Cuba Sekat Media Sosial – Media Israel
BAITULMAQDIS, 31 Mei (Bernama) — Perdana Menteri Israel dilaporkan cuba untuk menyekat media sosial ekoran tunjuk perasaan yang diadakan penduduk Israel berketurunan Palestin kerana membantah serangan rejim itu di Baitulmaqdis Timur dan Semenanjung Gaza yang dikepung, menurut Agensi Anadolu. Akhbar Israel melaporkan pada Ahad, Benjamin Netanyahu berusaha untuk menyekat media sosial semasa serangan di Gaza […]

Banjir, Darurat Diisytihar di Wilayah Canterbury, New Zealand
MOSCOW, 31 Mei (Bernama) — Darurat diisytiharkan di wilayah Canterbury, New Zealand pada Ahad ekoran hujan lebat yang mencetuskan banjir besar dan gangguan bekalan elektrik, lapor Sputnik. “Kumpulan Pengurusan Kecemasan Pertahanan Awam Canterbury mengisytiharkan darurat di Canterbury kerana hujan lebat berterusan menyebabkan berlakunya banjir,” memetik kenyataan pihak berkuasa tempatan. Menurut portal berita Stuff, lebih 4,0000 […]

Jumlah Terkini Kes Covid-19 Di Malaysia Dan Beberapa Negara Dunia
KUALA LUMPUR, 31 Mei – Berikut adalah maklumat terkini mengenai COVID-19 di Malaysia dan beberapa negara di dunia pada 10 pagi hari ini. Di seluruh dunia terdapat 169,597,415 kes COVID-19 disahkan, termasuk 3,530,582 kematian seperti yang dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 30 Mei. Sebanyak 1,546,316,352 dos vaksin telah diberikan pada 26 Mei. Amerika Syarikat […]
PKPD: Penduduk Tak Pakai Gelang Pink Dibenar Keluar Beli Barang Keperluan
KUALA PILAH, 31 Mei – Tidak seperti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) sebelum ini, PKPD di tiga kawasan perumahan di Mukim Juasseh, dekat sini, sedikit berbeza apabila penduduk yang tidak memakai gelang pink diberi kelonggaran untuk keluar membeli barangan keperluan. Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Kuala Pilah Mohd Faizal Abdul Manap bagaimanapun berkata hanya seorang […]
Balu Imam Bersyukur Terima Manfaat SPS Lindung Perkeso
Jengka, PAHANG – Berkat kesedaran seorang imam mengenai kepentingan mencarum dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah membantu membela nasib dan mengurangkan keperitan yang dilalui oleh warisnya selepas dia meninggal dunia akibat dilanggar sebuah pacuan empat roda pada 11 Mei lalu. Ketika kejadian itu, Allahyarham Abdul Hamid Dak, 70 tahun, yang juga seorang amil zakat, baru […]