Berita
Muhyiddin Mahu Agensi Penguat Kuasa Pematuhan SOP Guna Pendekatan Berhikmah
PUTRAJAYA, 28 April (Bernama) — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menggesa agensi penguat kuasa menggunakan pendekatan yang lebih berhikmah dalam memastikan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) oleh masyarakat ketika pandemik COVID-19. Beliau berkata walaupun ketegasan itu penting untuk memastikan peraturan dipatuhi, pada masa sama perlu ada budi bicara dan perikemanusiaan dalam tindakan […]
Dua Ditahan, Kemuka Surat Palsu Guna Kepala Surat Atas Nama Istana Negara Untuk Rentas Negeri
Dua individu ditahan polis berikutan mengemukakan surat palsu yang menggunakan kepala surat atas nama Istana Negara untuk tujuan rentas negeri. Berita tersebut dilaporkan BERNAMA menerusi satu ciapan ringkas di Twitter hari ini. Antara kesalahan maklumat yang jelas kelihatan adalah alamat di mana si pelaku meletakkan lokasi Istana Negara di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang sepatutnya […]
Pakar Kapal Selam Jelaskan 3 Faktor Ini Mungkin Jadi Punca KRI Nanggala Tenggelam 850 Meter
Pakar kapal selam dari Institut Teknologi Sepuluh November (ITS) Surabaya, Wisnu Wardhana menjelaskan tiga (3) faktor yang mungkin menjadi penyebab KRI Nanggala 402 boleh tenggelam sedalam 850 meter di perairan Bali. Ketiga-tiga faktor tersebut adalah kemungkinan ‘air ballast’ yang sepatutnya berupaya dapat mengatur ketinggian penyelaman kapal tidak berfungsi, ‘hydroplane’ atau sayap di badan kapal yang […]
Tiga Warga Indonesia Ditahan Cuba Seludup Ayam Sabung, Burung Murai Batu
ALOR SETAR, 28 April – Tiga lelaki warganegara Indonesia ditahan ketika cuba menyeludup 71 ekor ayam sabung dan 40 ekor burung murai batu menggunakan sebuah bot di perairan Langkawi, tengah malam semalam. Pengarah Maritim Kedah dan Perlis Mohd Zawawi Abdullah berkata bot tersebut dikesan di kedudukan 2.1 batu nautika, barat laut Pulau Anak Datai, Langkawi yang […]
TERKINI: PT3 Sesi 2021 Dibatalkan, UPSR Akan Dihapuskan Sepenuhnya Bermula Tahun Ini
Peperiksaan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) bagi tahun ini telah dibatalkan, umum Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md, Jidin. Jelas Radzi, antara asas utama pembatalan tersebut adalah kerana mengambil kira masa yang ada bagi murid-murid membuat persediaan khususnya secara bersemuka bersama guru-guru di sekolah. “Jika kita lihat keadaan penularan COVID-19 masih belum ditangani sepenuhnya, dan […]
Anggota ATM Yang Masih Berkhidmat Dicadang Wajib Bersara 21 Tahun – Ismail Sabri
Semalam Menteri Kanan Pertahanan kita, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob ada mengumumkan satu pengumuman mengenai had umur persaraan anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Pengumuman tersebut dibuat dalam satu sidang media ketika menghadiri Majlis Perjumpaan & Berbuka Puasa bersama persatuan-persatuan veteran di Wisma Perwira ATM semalam. Berdasarkan laporan berita AirTimes, berikut di bawah adalah ringkasan kandungan ucapannya […]

Vaksin AstraZeneca Tidak Diguna Pakai Dalam Program Vaksinasi Arus Perdana – KJ
Vaksin AstraZeneca tidak akan diguna pakai dalam program vaksinasi arus perdana, orang ramai boleh daftar secara sukarela. Perkara ini disampaikan oleh Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin sebentar tadi. Katanya, 268,600 dos vaksin AstraZeneca akan disalur ke PPV khas di Selangor dan KL, pemberian berdasar ‘first come first serve’. Berita lanjut bakal menyusul. 268,600 […]
Gempa Bumi Kuat Gegar Timur Laut India
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) — Gempa bumi kuat berukuran 6.0 pada skala Richter menggegarkan timur laut India pagi ini. Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia, gempa itu yang berpusat di 329 kilometer timur laut dari Jamalpur, Bangladesh berlaku pada 10.21 pagi tadi. Bagaimanapun gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. Sumber: BERNAMA

Potong ‘Mood’ Nak Sahur, Nasi Ditanak Akak Ini Bertukar Warna Gara-gara Periuk Buat Hal
Sekejap saja masa berlalu, sudah masuk hari ke-15 kita semua menjalani ibadah puasa. Sepanjang tempoh ini, pasti sudah banyak resepi-resepi lauk yang dimasak untuk berbuka puasa dan bersahur. Walau bagaimanapun, kadang-kadang tidak semua akan berhasil dengan sempurna. Hidangan yang biasanya dibuat menjadi, tiba-tiba tidak menjadi pula di bulan ini. Tidak cuma itu, insiden terlupa untuk […]
(Video) “Saat Suamimu Sudah Menyelam, Anggap Saja Sudah Mati”, Sebak, Kru KRI Nanggala Pernah Titip Pesan Hiba Ini Buat Isterinya
Tragedi ngeri ‘tumbangnya’ KRI Nanggala 402 di ‘pusara tidak bernisan’ di dasar lautan perairan Bali baru-baru ini masih menghantui kita semua. Apatah lagi jika mereka ‘pergi’ meninggalkan isteri dan anak kecil di rumah. Terbaharu, Tribun News mengimbas kembali satu sedutan video wawancara pihak media bersama salah seorang kru kapal selam tersebut pada 2017. Kru tersebut, […]

(Video) Ayah Kejut Anak Bangun Sahur Guna Mikrofon ‘Bluetooth’ Buat Ramai Terhibur
Berada di bulan Ramadhan, ibu bapa pastinya berdepan dengan pelbagai ragam anak-anak terutamanya ketika bersahur. Ada yang mudah dikejutkan tetapi ada pula yang ‘liat’ dan terpaksa dikejutkan dengan pelbagai cara. Seperti perkongsian video oleh seorang gadis yang menunjukkan gelagat ayahnya ketika mengejutkan dia dan adik beradik untuk bangun sahur dengan menggunakan mikrofon sekaligus membuatkan ramai […]

Semua Cuti Pegawai, Anggota Polis Di Seluruh Negara Dibekukan Bagi Penugasan Aidilfitri – Ketua Polis Negara
KUALA LUMPUR, 28 April (Bernama) – Kesemua cuti pegawai dan anggota polis di seluruh negara akan dibekukan sebagai persiapan bagi penugasan musim perayaan yang bakal disambut pada bulan depan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. Beliau berkata langkah itu bertujuan untuk memastikan kelancaran sambutan semasa musim perayaan. “Kami akan laksanakan kawalan pergerakan […]
Remaja Yatim Piatu Temui Ajal Selepas Dipukul & Dibakar Majikan Hanya Kerana Minta Upah RM 13
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun dilaporkan telah meninggal dunia setelah diseksa oleh majikannya di rumah penyembelihan ayam di kampung Minya Al Qamh, Mesir, lapor Gulf Today. Remaja yang bernama Saleh Tamer Ali itu diseksa, dipukul dan dibakar sehingga meninggal dunia kerana meminta gajinya yang berjumlah 50 pound Mesir (RM13.09) Lebih menyedihkan, Saleh dipercayai merupakan […]

Lelaki Dikhuatiri Lemas, Lori Terjunam Dalam Sungai Perai
BUTTERWORTH, 28 April – Seorang pemandu lori dikhuatiri lemas selepas lori dipandunya terjunam ke dalam Sungai Perai, dalam kejadian berhampiran sebuah kilang gula di Kampung Manis di sini malam tadi. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Shafee Abd Samad berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian pada 7.10 malam. Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup di kawasan […]
Stesen Pam Isi Minyak Diseluruh Kem Tentera Akan Dibina Untuk Mudahkan Anggota – Ismail Sabri
Seramai 15,000 anggota TLDM dan keluarga mendapat manfaat daripada stesen minyak sistem mudah alih kontena (PCS) yang dibina dalam kawasan Armada Mutiara Pangkalan TLDM. “Kios sama juga akan dibina dalam kem tentera lain di seluruh negara bagi memudahkan anggota tentera dan keluarga mereka untuk mengisi minyak kenderaan,” kata Ismail Sabri dalam satu temubual. Menurut Ismail […]
Apa Yang Akan Terjadi Pada Manusia Bila Berada di Lautan Paling Dalam? Ini Penjelasannya
Dengan penemuan badan kapal selam KRI Nanggala 402 di 838 meter di bawah permukaan laut, Tentera Laut Indonesia telah mengesahkan bahawa kesemua 53 kru telah terkorban dalam tragedi itu. Berita itu bukan sahaja memberikan kesan kepada ahli keluarga mangsa tetapi juga kepada seluruh masyarakat di dunia. Manakan tidak, semua orang telah berganding bahu memanjatkan doa […]
(Gambar) Keindahan Malam 15 Ramadan, Penampakan “Perigee Full Moon” Dirakam Malam Tadi
Pejam celik pejam celik, hari ini sudah 16 hari kita berpuasa di bulan Ramadan yang mulia ini. Ini menandakan bahawa separuh bulan telah pun berlalu. Bagaimana dengan amalan kita setakat ni? InsyaAllah mantap-mantap semuanya. Umumnya apabila sudah masuk hari yang ke-15, bulan pasti akan menunjukkan dirinya secara penuh buat tatapan manusia di bumi. Pendek kata, […]
Dipercayai Takut Dijangkiti, Lelaki Didakwa Tinggalkan Ibu Positif COVID-19 Di Tepi Jalan
Siapalah kita di dunia ini tanpa ibu bapa yang telah mendidik dan membesarkan kita selama ini. Mereka seharusnya dijaga dengan sebaiknya. Pun begitu, nampaknya berbeza pula dengan lelaki ini yang didakwa sanggup meninggalkan ibunya yang positif COVID-19 di tepi jalan di Kanpur, Uttar Pradesh, India. Menurut India Today, video yang memaparkan ibunya terbaring telah tular di […]
Kompaun Selebriti 50k & Kompaun Abang Burger 50k, Peguam Jelaskan Apa Yang Kita Kena Tahu
Semalam, keluarga selebriti terkenal, Neelofa dikenakan kompaun sebanyak RM60,000 atas beberapa kesalahan. Selebriti tersebut sendiri dikenakan RM20,000 kerana tidak memastikan penjarakan fizikal ketika majlis akad nikahnya berlangsung. Selain itu, dia juga dikompaun kerana didakwa melanggar kebenaran rentas negeri dengan membuat sebahagian aktiviti luar daripada skop yang dibenarkan. Suaminya, PU Haris turut dikompaun RM10,000 kerana kesalahan […]

(Video) Kelibat Makhluk Bongkok Misteri ‘Merangkak’ Di Tengah Jalan Bikin Seram, Ada Yang Dakwa Ianya ‘La Mona’
Sebuah video yang menampakkan sosok seakan-akan manusia membengkokkan badan ke belakang sambil berlari membuat netizen berdiri bulu roma. Dalam video pendek ini, dapat dilihat sosok makhluk seperti manusia dalam keadaan membengkokkan badan ke belakang sambil berlari dengan keempat-empat kaki dan tangan. Dapat dilihat juga beberapa ekor anjing sedang menyalak ke arah ‘makhluk’ tersebut. Menurut Daily […]