Berita
PKPB: Sabah Kekalkan Kebenaran Rentas Daerah Ikut Zon
KOTA KINABALU, 27 April (Bernama) — Kerajaan Negeri Sabah mengekalkan kebenaran rentas daerah mengikut enam zon ditetapkan walaupun negeri ini bertukar status daripada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) hari ini. Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun berkata sehubungan itu penduduk negeri ini hanya dibenarkan merentas daerah dalam zon yang telah ditetapkan […]
Penganjur Diingat Baiki Aspek Kelonggaran Pematuhan SOP Bazar Ramadan, Aidilfitri
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) — Penganjur Bazar Ramadan dan Aidilfitri di Lorong Tuanku Abdul Rahman di sini digesa memperbaiki segera kelonggaran aspek pematuhan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang penularan wabak COVID-19. Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa berkata beliau juga mahu penganjur yang mengendalikan bazar itu terdiri daripada jawatankuasa penduduk dan persatuan penjaja sentiasa […]
Raih Lebih 19k Perkongsian, Lelaki Ini Hias Dinding Rumah Dengan Hasil Memukau, Sebelumnya Hanya Papan Kosong
Jangan disangka rumah yang berdindingkan papan tidak boleh menjadi cantik tau. Ini kerana, seorang pengguna Facebook bernama Arif ada berkongsikan berkenaan dinding rumahnya yang dibina menggunakan papan, telah mendapat sentuhan kreatif sehingga ianya menjadi sangat cantik. Manakan tidak, daripada sekeping papan menjadi sebuah dinding, daripada dinding menjadi sebagai suatu bentuk seni yang mempesonakan. Seni itu […]
Polis Buru Individu Sebar Maklumat 12 Pegawai Penguat Kuasa Yang Ditahan
JOHOR BAHRU, 27 April (Bernama) — Polis melancarkan gerakan memburu individu yang menyebarluaskan senarai nama 12 pegawai penguat kuasa yang ditahan kerana dipercayai terbabit dengan kegiatan jenayah “Geng Nicky”. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata langkah itu susulan pihaknya telah mengesan maklumat sulit itu disebarkan melalui aplikasi WhatsApp. “Tindakan menyebarkan maklumat ini boleh […]
KKM Buat Penilaian Semula Terhadap Kes Peniaga Burger Dikompaun RM50,000
PUTRAJAYA, 27 April (Bernama) — Kementerian Kesihatan (KKM) akan membuat penilaian semula terhadap kes seorang peniaga burger di Kelantan yang dikompaun RM50,000, sama ada diberi pengurangan atau pengecualian, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba. Beliau berkata KKM amat prihatin serta memandang serius kes berkenaan dan meminta peniaga terbabit tampil mengemukakan permohonan rayuan terhadap kompaun itu secepat mungkin. […]
(Video) Tiga Kali Talian Terputus, Adik Lutfi ‘Comeback’ Sempurnakan Bacaan Al-Quran Dengan Lancar Buat Ramai Kagum
Kisah berkenaan adik Lutfi yang membaca potongan ayat di sebuah rancangan televisyen secara langsung pada tempoh hari telah menjadi tular selama beberapa hari. Manakan tidak, ketika dia sedang membaca potongan ayat suci al-quran itu, sebanyak tiga kali taliannya terputus. Lebih menghiburkan warganet adalah, taliannya terputus di potongan ayat yang sama. Namun begitu, pada baru-baru ini […]
Kes Kompaun Pelajar Tidak Memakai Pelitup Muka Selesai, Pelajar Terlibat Tak Perlu Bayar Kompaun Dikenakan
LARUT, 27 April (Bernama) — Kes enam pelajar Kolej Matrikulasi Perak di Gopeng yang tular kerana dikenakan kompaun akibat tidak memakai pelitup muka telah diselesaikan, kata Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak Mohd Akmal Kamaruddin. Beliau berkata pihaknya telah mengadakan perjumpaan dengan pihak kolej, Pusat Kesihatan Kampar dan Pengarah Kesihatan Perak baru-baru ini dan […]

(Video)”Memang Hobinya Pecahkan Benda Keras,” Tular Rakaman Pengantin Perempuan Pecahkan Blok Di Depan Suami
Aksi seorang pengantin wanita warga Indonesia memecahkan blok berukuran besar mendapat sorotan ramai. Pengantin wanita tersebut merupakan ahli sebuah organisasi pencak silat di negara itu yang digelar Persaudaraan Setia Hati Terate (PSHT). Sehingga hari ini, video yang diunggah pemilik akaun TikTok @frendienzo ini mendapat 1.4 juta tontonan dan 26.9 ribu sukaan. Pemilik akaun dengan nama […]
“Minyak Akan Melimpah Keluar Melalui..,” Lelaki Ini Kongsikan Kenapa Jangan Isi Minyak Kereta Terlampau Penuh
Pasti ramai diantara kita yang selalu isi minyak full tank di stesen minyak, akan cuba menekan nozel walaupun nozel minyak tersebut telah berhenti mengisi kerana tangki minyak kereta telah penuh. Menurut seorang pengguna Facebook bernama Mohd Ekram Marfuadi ini, perbuatan tersebut sebenarnya tidak disarankan dibuat. Ini kerana, menurutnya jika minyak terlampau penuh sangat, ianya akan […]
SOP Sambutan Raya Akan Diumumkan Kelak, Dakwaan Larangan Rentas Daerah Dalam Tempoh Aidilfitri Adalah Palsu
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri menyangkal dakwaan larangan rentas daerah dalam tempoh hari raya Aidilfitri yang bakal disambut tidak lama lagi. Beliau menegaskan bahawa dakwaan tersebut adalah palsu. JAKIM, bersama MKN dan KKM masih memperhalusi prosedur operasi standard (SOP) untuk sambutan Aidilfitri dan akan diumumkan kelak. Tambahnya lagi, pihak JAKIM masih memperhalusi SOP […]
Waspada, Amaran Ribut Petir Dijangka Melanda 14 Buah Negeri Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 8 malam ini. Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 5:20 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Berikut adalah antara kawasan yang dijangka dilanda ribut petir sehingga pukul 8 malam […]
TERKINI: Selangor, KL, Johor, Pulau Pinang Dan Sarawak Kekal Status PKPB, Sabah Dikenakan PKPB Bermula 29 April
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa semua daerah di negeri Kelantan kekal di bawah status PKP kerana kadar insiden yang semakin meningkat. Seluruh negeri Kelantan kekal PKP hingga 17 Mei – @IsmailSabri60 pic.twitter.com/vnFumJYkof — BERNAMA (@bernamadotcom) April 27, 2021 Selain daripada itu, lima negeri atau wilayah dikekalkan status PKPB. Antara negeri-negeri tersebut […]
TERKINI: Pergerakan Rentas Negeri Masih Tidak Dibenarkan, Rentas Daerah Dibenarkan Kecuali Sabah Dan Sarawak
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa rentas negeri masih kekal lagi tidak dibenarkan kecuali bagi aktiviti pelancongan dari negeri PKPP ke negeri PKPP melalui konsep green travel bubble menggunakan syarikat dan ejen pelancongan yang berdaftar dengan MOTAC. Walau bagaimanapun, beliau memaklumkan bahawa pergerakan merentas daerah dibenarkan kecuali bagi negeri Sabah dan Sarawak. […]
MK K-Clique Pun ‘Join’, Cabaran Nyanyi Lagu Rap Kat TikTok Ni Boleh Menang RM10,000
Seiring dengan kecanggihan teknologi yang ada pada smartphone, media sosial juga dah makin rancak dengan pelbagai ciri yang pastinya sesuai dengan kehendak pengguna. Salah satu media sosial yang paling popular pada ketika ini adalah TikTok. Tipulah kalau dalam phone masing-masing tak ada TikTok. Kalau tak upload video pun, mesti korang selalu scroll FYP kan? Korang […]
Awas, Hati-hati Panggilan Dari ‘Scammer’ Menyamar Sebagai Kakitangan LHDN, Guna Helah Masalah Tunggakan Cukai
Kes-kes scam yang menyebabkan kerugian wang ringgit semakin membimbangkan di negara ini. Kebanyakan taktik scammer yang digunakan adalah dengan menakut-nakutkan mangsa. Kerana ketakutan, mangsa yang terpedaya dengan taktik scammer itu akan terus memberikan maklumat peribadi atau pun memindahkan sejumlah wang ke dalam akaun scammer. Terbaharu, laman Facebook Cyber Crime Alert Royal Malaysia Police ada berkongsikan tentang […]
Sultan Selangor Mahu TLDM Terus Kawal Perairan Negara Dari Ancaman Asing
SHAH ALAM, 27 April (Bernama) — Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah bertitah mahu Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terus memainkan peranan penting sebagai barisan hadapan bagi mengawal dan mempertahankan kedaulatan dan keselamatan perairan negara daripada sebarang ancaman luar. Menurut hantaran di laman Facebook Selangor Royal Office menyatakan sebagai Kepten Yang Dipertua TLDM, baginda juga […]
(Video) Mekanik Maut Kereta Dihempap Pokok Tumbang
GEORGE TOWN, 27 April (Bernama) — Seorang mekanik maut selepas kereta jenis Proton Wira dipandunya dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Perak di sini hari ini. Pegawai Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak A’azelan Hassan berkata mangsa, Yong Geeng Huei, 53, maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala dan anggota badan, […]
Luahan Pembaca: Kesan Dahsyat Kepada Masa Depan Negara Jika Sekolah Semua Ditutup
Isu penutupan sekolah berikutan kenaikan kes positif COVID-19 akhir-akhir ini ‘kembali’ menerjah ruang pemikiran warga maya. Disebabkan itu, ramai yang beranggapan bahawa langkah terbaik ketika ini adalah menutup sekolah. Kalau korang nak tahu, baru-baru ini kami di Siakap Keli juga ada menerima surat kiriman daripada salah seorang pembaca setia. Insan ini meluahkan pandangan peribadinya mengenai […]
10 Pegawai Polis & 2 Pegawai SPRM Disyaki Terlibat Geng Nicky Ditahan
JOHOR BAHRU, 27 April (Bernama) — Seramai 12 pegawai penguat kuasa disyaki terlibat dalam kegiatan jenayah terancang yang didalangi ahli perniagaan Nicky Liow Soon Hee ditahan di beberapa negeri setakat hari ini. Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata mereka yang ditahan terdiri daripada 10 pegawai polis dan dua pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah […]

TERKINI COVID-19: 2,733 Kes Baharu Hari Ini & Selangor Catat Angka Tertinggi
Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat 2,733 kes positif COVID-19 baharu yang direkodkan hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes terkini meningkat kepada 398,451 kes. Berdasarkan statistik, Selangor mencatatkan kes harian tertinggi hari ini dengan 750 kes, diikuti Kelantan 484 kes dan Sarawak 432 kes. Berita penuh menyusul. Sehingga 27 April 2021: Jumlah kes COVID-19 […]