Berita

Thailand Ubah Stadium Jadi Hospital Sementara Selepas COVID-19 Tunjuk Peningkatan
THAILAND- Stadium utama sukan di Bangkok serta kemudahan alatan latihan digunakan dan diubah menjadi hospital sementara bagi pesakit Covid-19 yang baru. Keputusan dibuat setelah jangkitan menunjukkan peningkatan, kata Perdana Menteri dan Menteri Kesihatan Awam, Anutin Charnirakul semalam. Selain itu, gedung sukan Nimibutr di daerah Pathumwan, Pusat Latihan Dalaman Lembaga Sukan Thailand , Stadium Nasional Rajamangala, […]
Masjid Ini Lancar Tabung Khas, Kumpul Dana Beli Kapal Selam Baharu Ganti KRI Nanggala
Masjid Jogokariyan di Jogjakarta dilapor membuat kutipan sumbangan awam bagi membeli kapal selam baharu sebagai ‘pengganti’ KRI Nanggala 402 yang tenggelam baru-baru ini. Maklumat hebahan mengenai kutipan sumbangan tersebut dimaklumkan menerusi akaun Instagram masjid itu, @masjidjogikariyan dalam satu hantaran semalam. Difahamkan, tujuan kutipan tersebut dibuat adalah sebagai tanda solidariti pihak masjid yang menyeru seluruh rakyat […]
“Saya Terima Dengan Hati Terbuka,” Neelofa Mohon Maaf, Anggap Kompaun Satu Pengajaran
Selebriti terkenal, Neelofa baru sahaja dikompaun sebanyak RM20,00 atas dua kesalahan iaitu gagal mewujudkan penjarakan fizikal ketika majlis akad nikahnya serta melanggar kebenaran rentas negeri Tidak cukup dengan itu, suaminya juga PU Hariz turut dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 atas kesalahan serupa; melakukan aktiviti di luar skop kebenaran pihak polis. Malah 20 ahli keluarga Neelofa juga […]

Kes COVID-19 Naik Mendadak Lebih Ratusan Ribu Sehari, Ini Sebenarnya Yang Berlaku Di India
Kes COVID-19 di India mencatatkan peningkatan mendadak dengan lebih 352 ribu kes dicatatkan dalam tempoh 24 jam pada 25 April. Memetik The Guardian, ibu negara itu, Delhi telah dikenakan perintah berkurung selama seminggu bermula Isnin lalu manakala semua penerbangan dari India turut disekat di beberapa negara termasuk Amerika Syarikat dan UK. Tidak terkecuali, Malaysia kini […]
“Tiada Lagi Rasa Hormat,” Peguam Kongsi Pandangan Isu Lawak Lucah Di Sekolah
Setiap tutur kata seseorang sememangnya akan memberikan kesan kepada orang lain tidak kira secara buruk atau baik. Walaupun mungkin sesuatu perkara itu dianggap kecil namun ia akan memberikan kesan yang besar kepada orang lain. Sama juga apabila melakukan lawak lucah, ramai yang tidak sedar atau pura-pura tidak sedar bahawa ia merupakan perkara sensitif. Ia bagaikan […]
(Video) Ibu Pasrah Anak Kuat Meragam, 2 Malam Terpaksa Dodoi Anak Nak Tidur Dalam Kereta Je
Apabila mendirikan rumah tangga, setiap pasangan perlu bersedia untuk menerima kehadiran permata hati yang pastinya akan menyerikan lagi suasana. Saat yang paling bermakna pula adalah apabila melihat mereka membesar di depan mata dengan pelbagai keletah. Apa saja sanggup dilakukan demi melihat mereka bahagia dan menjadi orang yang berjaya pada suatu hari nanti. Pun begitu, ragam […]
Neelofa Dikompaun RM 20,000, Suami RM 10,000 Kerana Langgar SOP PKPB
Selebriti terkenal, Neelofa dilapor dikenakan kompaun sebanyak RM20,000 bagi dua kesalahan tanpa sebarang diskaun, umum Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal Abdullah. Bagi kesalahan pertama, selebriti tersebut gagal mematuhi arahan Ketua Pengarah Kesihatan berkenaan prosedur operasi standard (SOP) selaku penganjur majlis perkahwinan apabila gagal mewujudkan penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter sewaktu majlis akad […]
Ramai Yang Konon-Konon Tau, Tapi Ini Sebenarnya Modus Operandi Siakap Keli
Setiap kali jumpa client atau ada orang datang office, semua ingat Siakap Keli (SK) ni beroperasi hanya secara home-based atau istilah kasarnya, duduk rumah park laptop atas riba sambil taip berita. Acap kali kami didatangi dengan anggapan demikian, mungkin kerana ada segelintir yang tidak menyangka platform media kreatif seperti SK dan page lain-lain boleh ditubuhkan […]

Inisiatif Bag-2-School Gardenia KL Bantu Lebih 1, 000 Pelajar Yang Memerlukan
Shah Alam, 27 April 2021 – Membawa beg galas baharu ke sekolah adalah satu kemewahan bagi golongan tertentu, khususnya masyarakat B40. Aspirasi Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd (Gardenia KL) untuk merapatkan jurang ini direalisasikan menerusi inisiatif Bag-2-School yang menghadiahkan keperluan asas tersebut kepada lebih daripada 1,000 kanak-kanak kurang berkemampuan yang kembali ke sekolah untuk menyambung semula […]
COVID-19: Kompaun Mesti Ikut Garis Panduan – Takiyuddin
KUALA LUMPUR, 27 April (Bernama) — Langkah mengenakan kompaun di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) mestilah dilaksanakan mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh kerajaan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) Datuk Seri Takiyuddin Hassan. Beliau berkata kerajaan telah menggubal Garis Panduan Penetapan Nilai Tawaran Kompaun dan Kadar Pengurangan Kompaun di bawah akta tersebut […]
11 Tahun Bersama, Lee Kwang Soo ‘Si Zirafah’ Umum Bakal Keluar Dari Running Man
Setelah hampir 11 tahun, pelakon Korea Selatan, Lee Kwang Soo dilaporkan bakal meninggalkan rancangan televisyen popular, Running Man tidak lama lagi. Perkara itu telah dimaklumkan oleh agensinya, King Kong by Starship dalam satu kenyataan media. Lee Kwang Soo akan menjalani penggambaran untuk episod terakhir pada 24 Mei 2021, lapor Koreaboo. Menurut kenyataan yang dikeluarkan agensinya, […]
PM Thailand Didenda 6,000 Baht Kerana Tidak Memakai Pelitup Muka
BANGKOK, 26 April (Bernama) — Perdana Menteri Prayuth Chan o-cha adalah antara yang awal didenda kerana tidak memakai pelitup muka hari ini, yakni hari pertama pihak berkuasa di ibu negara Thailand mewajibkan orang ramai memakai pelitup muka di kawasan awam. Prayuth yang merupakan Menteri Pertahanan didenda 6,000 baht (RM782) kerana melanggar peraturan semasa mesyuarat Rumah […]

Genap 7 Hari Kelahiran, Siti Nurhaliza Dan Suami Namakan Anak Muhammad Afwa
Hari ini genap tujuh hari kelahiran putera kepada penyanyi terkenal negara, Datuk Siti Nurhaliza bersama pasangannya, Datuk Khalid Mohamad Jiwa. Merupakan adik kepada Aafiyah, 3, kelahiran putera ini turut ditunggu-tunggu Datuk Siti dan suami serta para peminat mereka yang setia mengikuti perkembangan pasangan berkenaan. Malah, nama yang dipilih bagi si kecil ini juga mempunyai maksud […]
PdPR Dua Minggu Selepas Cuti Hari Raya Ganti Sesi Bersemuka – Radzi Jidin
PUTRAJAYA, 26 April (Bernama) — Sesi pembelajaran selepas cuti hari raya Aidilfitri akan diteruskan dengan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) selama dua minggu bagi menggantikan sesi bersemuka di sekolah, kata Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin. Sesi pembelajaran itu bermula 16 hingga 27 Mei bagi sekolah kumpulan A (sekolah-sekolah di Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu) dan […]
PKP Syawal Diumum Esok – Ismail Sabri
LUMUT, 26 April (Bernama) — Kategori Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sempena perayaan Aidilfitri akan diumumkan esok, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. “Semua pihak diminta bersabar. Esok saya akan umum status PKP. Kalau saya umum hari ini, tidak jadi esoklah,” katanya ketika ditanya mengenai status PKP berkenaan termasuk kebenaran rentas negeri dan […]
‘Escape Suit’ Ditemui Terkoyak Di Luar Peti Khas, Kru KRI Nanggala Dipercayai Cuba Selamatkan Diri Dalam Keadaan Kecemasan
Kru kapal KRI Nanggala 402 sempat berusaha menyelamatkan diri sebelum kapal itu tenggelam di laut utara Bali, lapor Tribun News. Berdasarkan penemuan sut keselamatan kru kapal selam MK11 yang sudah terkoyak oleh ROV MV Swift Rescue dari Singapura, para kru kapal dipercayai mengalami kecemasan dan cuba mengeluarkan sut itu namun tidak sempat memakainya. Memetik kenyataan […]
Sesi Persekolahan Secara Bersemuka Diteruskan, Data KKM Tunjukkan Sekolah Selamat – Radzi Jidin
Putrajaya, 26 April – Menteri Pendidikan, Mohd Radzi Md Jidin menasihatkan ibu bapa yang sedang menjalani kuarantin atau mempunyai anak yang bergejala COVID-19 agar tidak ke sekolah, lapor Bernama. Menerusi ciapan agensi itu, beliau berkata, tiada mana-mana pelajar yang tidak datang ke sekolah kerana risaukan ancaman COVID-19 telah didenda KPM. Sesi persekolahan secara bersemuka juga […]
TERKINI: 2,776 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini, Selangor, Sarawak, Kelantan Dan Johor Catat Kes Tertinggi
Putrajaya, 26 April – Sebanyak 2,776 kes baru COVID-19 telah dicatatkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia sebanyak 395,718 kes. Memetik laporan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Selangor, Sarawak, Kelantan dan Johor menjadi negeri yang merekodkan kes tertinggi hari ini. Masing-masing mencatatkan 762 kes di Selangor, Sarawak (615), Kelantan (343) dan Johor (309). Sementara […]
Betul Ke Kisah Kucing Boleh Bantu Tuannya Di Hari Akhirat? Ini Penjelasan Mufti
Ramai antara kita yang sukakan kucing, tak kira kerana kecomelannya atau kerana mengharapkan ganjaran di akhirat kelak. Umum mengetahui segala kezaliman yang kita lakukan kepada haiwan perlu dijawab di akhirat, jadi, bagaimana pula dengan kebaikan terhadap haiwan peliharaan? Adakah haiwan ini akan dapat membantu tuannya di sana kelak? Bagi mengulas lanjut perihal ini, mari kita […]
Gunung Sinabung Indonesia Meletus, Muntahkan Abu Tebal Setinggi 1,000 Meter
JAKARTA, 26 April (Bernama) — Gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara Indonesia meletus dengan memuntahkan abu tebal setinggi 1,000 meter dari puncaknya, kata Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Bencana Geologi pada Isnin. Letusan berlaku pada 1.55 pagi waktu tempatan selama 175 saat, lapor Agensi Berita Xinhua. Pada 1.44 pagi waktu tempatan, gunung dengan status tahap ketiga juga meletus dengan abu setinggi 500 meter selama […]