Berita
Baru Dapat Kunci Enam Jam, Ferrari Masih ‘Bau Kedai’ Terlibat Kemalangan Teruk & Pemilik Rugi RM 1.7 Juta
Setiap orang pasti akan teruja apabila memiliki kereta baharu dan tidak sabar untuk memandu dan mempamerkan kereta itu. Sama seperti seorang lelaki ini yang baru saja membeli kereta Ferrari F8 Tributo, tetapi dia tidak bernasib baik kerana terlibat dalam kemalangan di lebuh raya A5, Jerman. Kereta milik lelaki berusia 43 tahun itu dilaporkan hilang kawalan […]
Finland Dinobatkan Sebagai Negara Paling Bahagia Di Dunia
Tahun lalu menjadi permulaan kepada sejarah dunia yang dilanda pandemik COVID-19. Bukan sahaja mengakibatkan kematian lebih dari 2.6 juta orang di seluruh dunia, pandemik ini juga memperlihatkan berlakunya perubahan yang besar dalam kehidupan seharian bagi semua orang. Namun di sebalik peritiwa yang dahsyat itu, Finland telah berada di kedudukan teratas dalam menjadi negara yang paling […]
(Video) Lava Merah Mengalir Di Tanah, Gunung Berapi Di Iceland Dilapor Meletus
Gunung berapi di Reykjavik, Iceland dilaporkan telah meletus setelah beberapa gegaran seismik dikesan sejak beberapa minggu yang lalu. Menurut The Guardian, awan merah menerangi langit malam setelah letusan bermula di Fagradalsfjall pada Jumaat iaitu kira-kira 40km (25 batu) dari Reykjavik. “Letusan gunung berapi telah bermula di Fagradalsfjall,” kata Pejabat Meteorologi Iceland (IMO) di Twitter. Aliran […]
(Video) Kekurangan Bukan Penghalang, Akak ‘Istimewa’ Ini Buat “Fb Live” Guna Bahasa Isyarat Cari Rezeki
Semestinya, dalam kehidupan ini ada pelbagai dugaan hidup yang perlu dihadapi dan setiap dugaan itu hadir sesuai dengan kemampuan diri untuk menempuhinya. Misalnya, ada yang dilahirkan sebagai Orang Kelainan Upaya (OKU) dan ia sedikit sebanyak sudah tentu membataskan aktiviti kehidupan seharian. Bagaiamanapun, dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Sesuai dengan pepatah berkenaan, kegigihan insan istimewa […]
Polis Panggil Najib Langgar SOP Di Restoran
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) — Polis akan mengambil keterangan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak susulan tular video yang memaparkan beliau tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berada di sebuah restoran di Jalan Bukit Bintang, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah berkata Najib didapati melanggar SOP […]
Singapura Tarik Balik Telur Dari Sebuah Lagi Ladang Di Malaysia
SINGAPURA, 20 Mac (Bernama) — Singapura telah menarik balik telur yang diimport dari sebuah lagi ladang dari Malaysia setelah mengesan kehadiran bakteria Salmonella Enteritidis (SE). Agensi Makanan Singapura (SFA) dalam hantaran Facebook yang dikemas kini memaklumkan telur yang terbabit mempunyai cetakan kod “CEM014”. SFA berkata pihaknya telah mengarahkan empat pengimport untuk menarik kembali produk tersebut […]
Mahu Tebus Dosa Masa Muda & Mengingati Mati, Atuk Di Hujung Usia Pilih Menetap Di Kubur
Kisah Abah Sarji, 102, menjadi tular apabila dia memilih untuk menghuni di kawasan perkuburan di Jakarta, di penghujung usianya. Menurut laporan e24news, pilihan yang dibuat Abah itu kerana dia mahu menebus dosa lampau di usia mudanya selain mahu membuatkan dirinya selalu mengingati mati. Kini, pada usia yang sudah lanjut, Abah menghabiskan banyak masanya untuk beribadah […]
Malaysia Arah Kakitangan Kedutaan Korea Utara Keluar Dari Malaysia Dalam Tempoh 48 Jam
Wisma Putra semalam telah mengeluarkan kenyataan bahawa kakitangan diplomatik Korea Utara dan tanggungan mereka di Malaysia diperintahkan untuk meninggalkan negara dalam tempoh 48 jam. Ia susulan daripada kenyataan Korea Utara yang memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia. Menerusi kenyataan media yang dimuatnaik Wisma Putra di Twitter, Malaysia turut kesal dengan keputusan Korea Utara dan menganggap ia […]
Mungkin Ramai Masih Tak Tahu Bila Nak Kena Isytihar “Income Tax”? Ini Proses Anda Kena Tahu
Mungkin masih ada yang tidak tahu bahawa individu yang bekerja atau ‘makan gaji’ perlu mengisytihar dan membayar cukai pendapatan secara tahunan. Bagi yang baru mula bekerja, anda pasti pening memikirkan perkara ini dan tidak tahu untuk bermula dari mana. Ciapan yang dikongsikan oleh Fateyha ini mungkin boleh membantu anda. Ikuti perkongsiannya di bawah ini untuk […]
Imigresen Beri Jaminan Selesai Isu Perbaharu Pasport Di Singapura
KUALA LUMPUR, 20 Mac (Bernama) — Jabatan Imigresen memberi jaminan akan menyelesaikan isu kesesakan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia (STM) di Singapura susulan kesukaran memperbaharui Pasport Malaysia Antarabangsa (PMA) di negara itu. Ketua Pengarah Imigresen Datuk Khairul Dzaimee Daud berkata pihaknya dengan kerjasama Jabatan Kastam Diraja Malaysia akan menempatkan lapan pegawai di STM bermula minggu hadapan […]
Kajian: 55.5 Peratus Anggap Maklumat Dalam Talian Kadang-kadang Boleh Dipercayai
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) — Sebanyak 55.5 peratus rakyat Malaysia menyifatkan maklumat yang diperoleh di dalam talian kadang-kadang boleh dipercayai sementara 13.5 peratus lagi memilih untuk tidak percaya, menurut kajian yang dilakukan oleh Pusat Penyelidikan Undian UCSI baru-baru ini. Pusat kajian berkenaan dalam kenyataannya di sini hari ini berkata, kaji selidik mengenai penerimaan dan […]
Wanita Dilapor ‘Menangis Air Mata Darah’ Ketika Haid, Keadaan ‘Rare’ Buatkan Ramai Terkejut
Seorang gadis berusia 25 tahun di Chandigarh, India mengejutkan ramai orang apabila dia mengadu bahawa ‘air matanya berdarah’, lapor portal Outlook India. Wanita itu menyatakan bahawa dia menangis air mata darah dan selepas itu dia terus dibawa ke wad kecemasan di sebuah hospital di Chandigarh. Wanita itu memberitahu kepada doktor bahawa dia juga pernah mengalami […]
Upacara Cheng Beng: Kompaun Bagi Penganut Yang Langgar SOP
PUTRAJAYA, 19 Mac (Bernama) — Penganut yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) yang telah diluluskan di tanah perkuburan dan kolumbarium sempena upacara Cheng Beng atau Qing Ming boleh dikenakan kompaun, kata Kementerian Perpaduan Negara (KPN) hari ini. “Pihak pengurusan tanah perkuburan dan kolumbarium sebaliknya tidak akan dikenakan kompaun di atas pelanggaran SOP yang dilakukan oleh penganut tersebut,” menurut kementerian […]
Kepimpinan Tentera Di Myanmar Digesa Pilih Penyelesaian Yang Aman
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) — Kepimpinan tentera di Myanmar digesa supaya mengubah haluan semasa, dan memilih jalan kearah penyelesaian yang aman, kata Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyiddin dalam satu kenyataan malam ini berkata Malaysia menyuarakan rasa kebimbangan serius terhadap keadaan tragik di Myanmar sejak berlaku rampasan kuasa tentera pada 1 Feb. Beliau […]
Patut La Banyak ‘Sale’ Bermula Tengah Malam, Ini Sebabnya Yang Ramai Tak Sedar
Bila bercakap tentang Sale, ramai diantara kita yang pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk shopping, tak pun jenguk-jenguk untuk mengetahui promosi yang ditawarkan. Di era yang serba moden ini, lagi lah senang nak shopping. Dengan kewujudan teknologi-teknologi yang canggih, kini shopping hanya boleh dibuat dengan satu klik sahaja. Tak perlu nak bersiap-siap, beratur panjang-panjang atau ‘tawaf’ satu […]
SK Bukit Jenun Ditutup Sementara Berikutan Terdapat Kes COVID-19
ALOR SETAR, 19 Mac (Bernama) — Sekolah Kebangsaan (SK) Bukit Jenun dekat Pendang ditutup sementara sehingga satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak susulan terdapat kes COVID-19 di sekolah itu. Pengarah Kesihatan Kedah Dr Mohd Fikri Ujang berkata sekolah itu ditutup sementara bagi proses sanitasi selain mengesan kontak rapat untuk proses pengambilan ujian calitan. “Sekolah akan ditutup sehingga ujian […]
Seluruh England: Zii Jia Singkir Momota Mara Ke Separuh Akhir
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) — Perseorangan utama lelaki negara Lee Zii Jia mengecewakan pemain nombor satu dunia, Kento Momota dari Jepun hari ini untuk melangkah ke separuh akhir Kejohanan Badminton Seluruh England. Zii Jia menewaskan pilihan pertama Momota 21-16, 21-19 dalam tempoh 55 minit pada perlawanan suku akhir di Utilita Arena, Birmingham. Zii Jia, 22, pemain pilihan keenam, […]
(Video) Impian Naik Lamborghini Tercapai, Pemandu Tak Dapat Tahan Tangis Tengok Reaksi ‘Istimewa’ Lelaki Ini
Impian seorang lelaki kelainan upaya untuk menaiki sebuah kenderaan supercar iaitu Lamborghini menjadi kenyataan apabila seorang Youtuber yang bernama Andy Popescu membawanya menaiki kereta Lamborghini miliknya. Lelaki kelainan upaya yang dikenali sebagai The Little Giant itu juga sebenarnya adalah seorang Youtuber. 🥲🥲💚💚 This guys dream was to ride in a Lamborghini. I thought the driver […]
COVID-19: SK Taman Cempaka Ditutup Tujuh Hari
JOHOR BAHRU, 19 Mac (Bernama) — Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Cempaka, Tampoi, di sini, diarah tutup selama tujuh hari berikutan terdapat kes positif COVID-19. Pengarah Kesihatan Johor Datuk Dr Aman Rabu berkata penutupan itu berkuat kuasa semalam hingga 25 Mac bagi membolehkan kerja-kerja sanitasi dijalankan. Beliau berkata setakat ini, semua warga sekolah termasuk murid sudah […]
Kabinet Putuskan Penganut Kristian Dibenar Guna Kalimah Allah Pada Mei 1986 – Hakim
KUALA LUMPUR, 19 Mac (Bernama) — Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa penganut Kristian boleh menggunakan empat perkataan Bahasa Arab termasuk kalimah Allah dalam penerbitan mereka dengan syarat di luar kulit muka depan buku-buku itu ditulis perkataan ‘Untuk agama Kristian.’ Dalam penghakiman setebal 96 muka surat, Hakim Datuk Nor Bee Ariffin berkata keputusannya yang menyaksikan penganut Kristian di seluruh negara boleh menggunakan […]