Berita

Berita
“Teringat Pulak Kat Dia”, Sebak, Wanita Berhati Mulia Kirim Gaji Pertamanya Dekat Bekas Suami, Walau Dah Lama Berpisah
Bila ikatan rumah tangga sudah terlerai, sesetengah orang mungkin tidak lagi bertegur sapa dengan bekas pasangan kerana masalah yang dihadapi. Pun begitu, ada juga yang masih mengekalkan hubungan yang baik walaupun sudah berjauhan. Sama seperti kisah yang dikongsikan oleh Abu Hurairah Asifa di Facebook mengenai seorang wanita yang berhati mulia memberikan wang kepada bekas suaminya. […]
Berita
Gelombang Haba: Enam Kawasan Di Semenanjung Termasuk Baling & Kinta Berada Pada Tahap Berjaga-jaga
KUALA LUMPUR, 10 Mac – Terdapat enam kawasan di Semenanjung Malaysia berada pada Tahap 1 dalam fenomena gelombang haba, iaitu berstatus Berjaga-jaga. Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) melaporkan, keenam-enam kawasan yang terlibat ialah Baling (Kedah), Kuala Muda (Kedah), Kuala Kangsar (Perak), Kinta (Perak), Batang Padang (Perak) dan Hilir Perak (Perak). Dalam masa sama, semua kawasan di […]
Berita
(Video) Kenali Yanar Dag, Gunung Api ‘Misteri’ Di Azerbaijan Yang Didakwa Tak Pernah Terpadam Sejak 4,000 Tahun lalu
Seperti yang diketahui, gunung berapi merupakan salah satu bencana alam yang paling ditakuti kerana mengeluarkan lava dan asap atau debu yang panas. Pun begitu, tahukah anda bahawa terdapat juga gunung yang mengeluarkan api dan tidak pernah padam. Berada di Azerbaijan, ia dikenali sebagai Yanar Dag yang bermaksud gunung yang terbakar. Dari kawasan ini juga, Azerbaijan […]
Berita
TERKINI COVID-19: Meningkat Sedikit Berbanding Semalam, 1,448 Kes Baharu Dilapor Hari Ini
PUTRAJAYA, 10 Mac – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 1,448 kes positif COVID-19 baharu hari ini. Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kini meningkat kepada 317,717 kes dengan 18,010 kes aktif. Berdasarkan perbandingan, kes positif baharu pada hari ini didapati sedikit bertambah berbanding semalam iaitu 1,280 kes. Selain itu, kes sembuh juga turut […]
Berita
TERKINI: Harga Petrol RON97 Naik 5 Sen Seliter, RON95 Dan Diesel Kekal
Kementerian Kewangan Malaysia hari ini memaklumkan mengenai kemaskini terbaru harga runcit produk petroleum bagi tempoh 11 Mac 2021 sehingga 17 Mac 2021. Menerusi kenyataan yang dimuatnaik di Twitter, harga runcit petrol RON97 naik sebanyak 5 sen seliter iaitu daripada RM2.35 seliter kepada RM2.40 seliter. Manakala, harga runcit petrol RON95 kekal pada paras RM2.05 seliter dan […]
Berita
Bertaraf Bukan Warganegara, Wanita Rayu Anak Saudara Dibenarkan Bersekolah
KOTA BHARU, 10 Mac (Bernama) — Seorang wanita berharap anak saudaranya yang berusia lapan tahun dibenarkan untuk ke sekolah, biarpun hanya memiliki dokumen kelahiran bertaraf bukan warganegara. Siti Nur Aimuni Mat Yunan, 29, berkata dia bersama bapanya Mat Yunan Hamad, 58, menjaga Siti Nur Puteri Balqis Abdullah sejak berusia tiga hari, selepas ibu bapa kandung kanak-kanak tersebut hilang tanpa […]
Berita
“Mulut Nabil Tak Lekang Ucap ‘Masya-Allah’ Atas Pentas, Menangis Cerita Pengalaman Khuruj 3 Hari”
Tidak ramai yang mengetahui kisah hijrah pelawak dan pengacara popular, Nabil Ahmad. Dia mengambil pendekatan untuk tidak berkongsi kisahnya kepada umum sebelum ini kerana bimbang akan mengundang kata-kata kurang senang daripada orang ramai. Namun, menerusi siaran langsung di Youtube baru-baru ini di akaun PROMIS milik Datuk Profesor Dr Muhaya Mohamad atau lebih mesra dipanggil ‘bonda’, Nabil […]
Berita
Pasangan Cuba Rempuh Polis Ditahan
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) — Bagai aksi dalam filem Hollywood, seorang anggota polis terpaksa berpaut pada bonet kereta sejauh kira-kira 150 meter setelah pemandunya bertindak memecut kenderaan ketika polis ingin melakukan pemeriksaan, dalam kejadian di Bandar Baru Bangi, malam tadi. Detik cemas di kawasan letak kereta sebuah restoran makanan segera di Seksyen 9, Bandar Baru Bangi, berjaya dirakam oleh orang awam yang berada di […]
Berita
Polis Tahan Wanita Campak Botol Air Ke Mulut Badak Air Di Taman Safari Bogor
JAKARTA, 10 Mac – Seorang wanita berusia 56 tahun berasal Bandung, Indonesia ditahan bagi membantu siasatan berhubung tindakannya mencampakkan bekas botol air minuman ke dalam mulut seekor badak air di Taman Safari Bogor. Video perbuatannya itu tular di media sosial di Indonesia selepas dirakam dari kenderaan orang awam lain yang berada di belakang kenderaan dinaiki […]
Berita
Ugut, Acu Pisau Kepada Kakak Kandung, Penggangur Didenda RM 4,500
KUALA LUMPUR, 10 Mac – Gara-gara melakukan ugutan jenayah terhadap kakak kandungnya dengan mengacukan dua bilah pisau kerana enggan memberikan duit, seorang penganggur didenda RM4,500 oleh Mahkamah Majistret Selayang di sini, hari ini. Majistret Nik Mohd Fadli Nik Azlan menjatuhkan hukuman itu ke atas Muhammad Suhairiy Md Ashaary, 24, selepas dia mengaku bersalah melakukan perbuatan tersebut terhadap Noorashikin […]
Berita
Tahanan Lelaki Ditemui Mati Dalam Lokap
Kuala Lumpur, 10 Mac (Bernama) — Seorang lelaki dalam tahanan polis ditemui mati dengan tergantung di jeriji besi sel lokap, Balai Polis Cheras, di sini, Isnin lepas. Ketua Polis Daerah Cheras ACP Mohamed Mokhsein Mohamed Zon berkata, kejadian disedari petugas lokap semasa proses membawa keluar tahanan di sel lokap bersebelahan untuk proses siasatan kes lain, kira-kira 12.30 tengah hari. “Lelaki berusia 54 tahun […]
Berita
Penganut Kristian Boleh Guna Kalimah “Allah” Dalam Penerbitan Agama – Mahkamah
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini memutuskan bahawa penganut agama Kristian di seluruh negara boleh menggunakan kalimah “Allah” dan tiga perkataan Arab yang lain dalam penerbitan agama mereka untuk tujuan pendidikan. Tiga perkataan itu ialah Baitullah, Kaabah dan solat. Ini susulan keputusan Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Nor Bee Ariffin, […]
Kesihatan
Vaksin COVID-19: Dilema Wanita Hamil Dan Ibu Menyusu
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) — Melihat anak kecilnya yang sedang leka bermain, terdetik hati seorang ibu muda, Mujahidah Abdul Jalil, “patutkah aku mengambil vaksin COVID-19 ini?” Anaknya Iman, 20 bulan, masih menyusu badan dan beliau risau kalau ada kesan sampingan. Kegusaran yang sama turut dirasai Suliana Mohd Saffuan, seorang penyampai radio yang sedang hamil. “Saya nak ambil vaksin […]
Berita
KKM Sahkan Ia Berita Palsu, Kononnya 3 Kes Covid-19 Di Kalangan Staf Yang Telah Divaksin Dos Pertama
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta orang ramai untuk berhenti menyebarkan berita palsu yang didakwa dihantar oleh KKM mengenai kes Covid-19 yang dilaporkan dikesan dalam kalangan staf yang mendapat vaksin dos pertama. Antara intipati mesej yang tersebar menyebut: ”Terdapat 3 kes Covid dikesan dalam kalangan staf yang telah divaksin dos pertama (data kebangsaan). ”Oleh itu, mohon […]
Kesihatan
Produk Kosmetik FS Turmeric Dikesan Mengandungi Racun Berjadual
KUALA LUMPUR, 11 Mac (Bernama) — Produk kosmetik untuk merawat jeragat dan parut-parut jerawat, FS Turmeric Cream, dikesan mengandungi racun berjadual iaitu merkuri dan betamethasone 17-valerate, yang boleh memudaratkan kesihatan. Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan hari ini memaklumkan notifikasi produk kosmetik tersebut dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi Kementerian […]
Berita
Hanya Makan Roti, Juruterbang Ditemui Selamat Selepas 36 Hari Pesawat Terhempas Di Hutan Amazon
Nasib menyebelahi seorang juruterbang Brazil apabila dia berjaya ditemui dengan selamat selepas 36 hari setelah pesawat yang dipandunya terhempas di tengah-rengah hutan Amazon. Antonio ‘Toninho’ Sena berlepas pada 28 Januari lalu dari Alenquer, Para, di wilayah Utara Brazil.. Dia dijadualkan menuju ke kota Almeirim tetapi pesawat jenis Cessna 210 dipandunya mengalami kerosakan enjin sehingga dia […]
Gaya hidup
Google Map Tak Sengaja Terakam Kanak-Kanak Terjatuh Ketika Sedang Berjalan Bersendirian
Tangkapan layar gambar dari Google Maps menunjukkan seorang kanak-kanak sedang berlari dan terjatuh. Susulan daripada foto tersebut tular di media sosial. Menerusi laman Twitter Google Image Maps, gambar tersebut diambil pada tahun 2017. Kiriman tersebut mendapat lebih 11,000 tanda suka. pic.twitter.com/D66redKUFr — Google maps images (@StupidGoogIePic) March 9, 2021 Apa yang menarik perhatian ramai, cara kanak-kanak […]
Berita
Jual Semula Barang Tanpa Pengetahuan Penjual Asal, Mufti WP Perjelas Hukum ‘Resell’
Mungkin ramai antara kita pernah terdengar terma ‘reseller’, iaitu individu yang menjual semula barangan kepada orang lain sebagai orang tengah. Golongan ini boleh jadi mereka yang membeli dan menyimpan stok ataupun sama sekali tidak mempunyai pemilikan ke atas barangan yang dijual, sebaliknya menjalankan transaksi tanpa pengetahuan penjual asal produk. Bagi menjelaskan hukum menjual semula sesuatu […]
Berita
Siapa Sebenarnya Lelaki Yang Dipapar Pada Bahagian Enjin Carian Google Doodle Hari Ini ? Ini Jawapannya
KUALA LUMPUR, 10 Mac (Bernama) — Enjin carian Google Doodle hari ini memaparkan ahli epidemiologi Cina-Malaysia, mendiang Dr Wu Lien Teh, yang dikenali sebagai pencipta pelitup muka pembedahan jenis N95. Google Doodle memberi penghormatan kepada Dr Wu bersempena hari lahir tokoh berkenaan yang ke-142. Menurut Google, selepas mengikuti pengajian kedoktorannya, Dr Wu dilantik sebagai Timbalan Pengarah Imperial Army Medical College di China pada 1908. […]
Berita
Nahas Saujana Impian: Lelaki Didakwa Pandu Melulu Sebabkan Kematian Suami Isteri
KAJANG, 10 Mac (Bernama) — Seorang penghantar dokumen sambilan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu dan merbahaya sehingga menyebabkan kematian sepasang suami isteri dalam satu kemalangan di Saujana Impian, tiga hari lepas. Bagaimanapun S. Lokganathen, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Syahrul Sazli Md […]