Berita

Kisah Tsutomu Yamaguchi, Lelaki Yang Selamat Dari Dua Letupan Bom Atom Di Perang Dunia Kedua
Tsutomu Yamaguchi sedang bersiap untuk meninggalkan bandar Hiroshima ketika bom atom jatuh. Jurutera marin berusia 29 tahun itu berada di sana selama tiga bulan demi tugasnya kepada Mitsubishi Heavy Industries. Pada 6 Ogos 1945, tarikh tersebut sepatutnya menjadi hari terakhirnya berada di bandar Hiroshima. Dia tidak sabar-sabar lagi untuk berangkat pulang ke rumah bertemu isterinya, […]

Dua Sahabat Ditemukan Lemas Di Sungai Dungun
DUNGUN, 5 Mac – Kegembiraan lima sahabat berkhemah di Sungai Dungun berhampiran Kampung Minda, Jerangau di sini bertukar tragedi, apabila dua daripada mereka ditemui lemas hari ini. Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Al-Muktafi Billah Shah (AMBS) Zulhusni Abdul Rahman berkata, mangsa Mohd Subree Ahmad Tajuddin, 38, yang berasal dari Sungai Petani, Kedah dan Ariff Razali, 34, berasal […]

(Video) Detik Cemas Rusa Belasah Anjing Dan Nyaris ‘Terkam’ Seekor Kucing Yang Cuba Ganggu Anaknya
Waalupun rusa kelihatan comel kerana sering dianggap sangat ‘friendly’ dengan manusia ini boleh mendatangkan risiko kepada orang awam jika mereka terasa terancam. Perkara ini jelas ditunjukkan dalam satu rakaman video dipercayai di luar negara, ibu rusa ini menyerang secara melulu menghentam haiwan yang berada disekelilingnya jika ia terasa terancam untuk keselamatan anaknya. Rakaman video ini […]

Wanita Ini Buat Kek ‘Ikan Haruan’, Ramai Puji Nampak Macam Ikan Sebenar
Ramai yang mempunyai bakat memasak, tetapi untuk membuat kek dengan dekorasi yang kreatif dan pelbagai memerlukan kemahiran yang tinggi. Seperti perkongsian oleh Dhia Aqilah menerusi Group Facebook Masak Apa Hari Ni.. (MAHN) mengenai kek ‘ikan haruan’ yang dibuatnya sendiri ternyata mengagumkan ramai sehingga meraih 7.4 ribu tanda suka dan ratusan komen oleh warganet. Ikan haruan […]

‘Geng Ayoi Gombak’ Aktif Jenayah Ragut, Lebur Emas Tumpas
KUALA LUMPUR, 5 Mac – ‘Geng Ayoi Gombak’ yang disyaki terlibat dalam 300 kes jenayah ragut sekitar Kuala Lumpur akhirnya tumpas apabila lapan anggota kumpulan itu termasuk seorang warga Thailand diberkas dalam Ops Rentap Mewah, baru-baru ini. Kesemua suspek yang berumur antara 29 dan 35 tahun itu diberkas dalam beberapa siri serbuan di Shah Alam, Sentul dan Hulu […]

TERKINI: 2,154 Kes Baharu Positif Covid-19, Selangor Catat 794 Kes Hari Ini
Sehingga hari ini, 5 Mac 2021, KKM memaklumkan pertambahan kes positif baharu dengan mencatat 2,154 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes positif di negara kita adalah sebanyak 310,097. Daripada jumlah tersebut, terdapat 22,034 kes masih aktif. Justeru itu, terdapat 184 pesakit yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) termasuk 87 yang memerlukan bantuan pernafasan. […]

Tak Ramai Yang Buat, Lelaki Ini Buat Servis Asah Pisau Di Taman Dagang, Ampang Hingga Jam 9 Malam
Zaman sekarang macam-macam pekerjaan kita buat untuk menampung kos sara hidup yang kian mencabar ini. Tambah pula, musim pandemik wabak ini, ramai yang ‘survive’ untuk menampung perbelanjaan mereka. Menerusi satu laman Twitter milik Animaaras berkongsi tentang seorang lelaki yang membuka ‘booth’ di kenderaannya dengan menawarkan perkhidmatan asah pisau. Bagi sesiapa yang berkelapangan dan mencari tempat […]
Sarawak Bantu Pelajar Bayar Balik Pinjaman PTPTN
KUCHING, 5 Mac – Sarawak menyediakan peruntukan RM30 juta bagi membantu pelajar dalam kalangan anak Sarawak yang berhadapan masalah untuk membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), menjadikan ia satu-satunya negeri yang mengambil inisiatif sedemikian bagi membantu secara terus pelajarnya membayar pinjaman itu. Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata kesulitan […]
KKM Kesan Dua Kes Pertama Dijangkiti Varian Nigeria SARS-CoV-2 Di Malaysia
KKM telah menemui dua kes pertama individu yang dijangkiti Varian Nigeria SARS-CoV-2, yang juga dikenali sebagai B1.525, di Malaysia Kes-kes ini adalah dari dua warganegara asing yang telah tiba dari Dubai, UAE dan didapati positif COVID-19 melalui ujian swab RT PCR. Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) selanjutnya melakukan penjujukan genom penuh kerana mengambilkira sejarah perjalanan mereka. […]
Pendaftaran Vaksinasi Kini Diperluas Dengan Dua Lagi Kaedah
Orang awam kini boleh membuat pendaftaran vaksinasi melalui dua lagi kaedah terkini, iaitu di laman sesawang www.vaksincovid.gov.my atau di talian 1800-888-828. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin memaklumkan, ianya adalah alternatif yang disediakan kerajaan selain melalui aplikasi MySejahtera seperti sebelum ini. “Dengan tambahan kaedah pendaftaran, saya berharap lebih ramai yang akan mendaftar bagi mendapatkan […]
Tarikan Terbaru Di Perak, ‘Maze Park’ Dibuka Untuk Pelancong ‘Selami’ Era Kegemilangan Bijih Timah
Seperti yang diketahui, Kapal Korek Tanjung Tualang di Perak kini sudah menjadi muzium dan boleh dilawati oleh orang ramai. Pernah beroperasi sejak tahun 1938, kapal korek tersebut menyimpan 1001 kisah industri perlombongan bijih timah di Perak. Terkini, lokasi itu mempunyai tarikan terbaharu iaitu Taman Sesat atau Maze Park. Menurut TT5 Perak di Instagram, taman yang […]
Enam Sekeluarga Nyaris Rentung
GUA MUSANG, 5 Mac (Bernama) — Enam sekeluarga nyaris rentung dan tinggal sehelai sepinggang selepas rumah pusaka yang didiami mereka di Kampung Lembaga, di sini musnah terbakar awal pagi tadi. Ibu tunggal, Zainab Yunus, 59, berkata dia baru 20 minit tidur apabila tiba-tiba dikejutkan jiran supaya keluar dari rumah ketika kejadian berlaku pada 4 pagi. “Saya segera bangkit daripada tidur sebelum mengejutkan dua […]
900 Juta Tan Makanan Dibuang Setiap Tahun – Laporan
AMMAN, 5 Mac (Bernama) — Lebih 900 juta tan metrik sisa makanan dibuang setiap tahun, menurut laporan global. Indeks Sisa Makanan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menunjukkan 17 peratus lebihan makanan yang dibuang itu oleh pengguna: kedai, isi rumah dan restoran, menurut Petra. Sebanyak 60 peratus daripada pembaziran itu adalah di rumah. Sumber: BERNAMA
AS Senarai Hitam Beberapa Lagi Entiti Komersial, Kementerian Di Myanmar
WASHINGTON, 5 Mac (Bernama) — Jabatan Perdagangan Amerika Syarikat (AS) pada Khamis menyenaraihitamkan Kementerian Pertahanan, Kementerian Dalam Negeri, dan dua entiti komersial Myanmar. Jabatan itu turut mengumumkan langkah-langkah kawalan eksport yang lebih ketat terhadap Myanmar, lapor Agensi Berita Xinhua. AS bulan lalu menyekat beberapa pemimpin tentera dan menyenarai hitam tiga entiti yang berkaitan dengan tentera atau pasukan keselamatan Myanmar. Tentera mengisytiharkan […]

(Video) Peluru Vs Kapak, Rupanya Ini Yang Terjadi Bila Peluru Ditembak Tepat Pada Mata Kapak Yang Tajam
Tak dapat dinafikan, senjata api merupakan antara senjata paling berbahaya di dunia. Dengan kecepatan pelurunya, mustahil untuk kita melihat ia bergerak di udara melainkan selepas ia memberi impak kepada sasaran. Menurut laman Explain That Stuff, peluru boleh bergerak pada kelajuan sekitar 1,080 km/j sehingga 3,000 km/j, bersama momentum yang tinggi untuk memusnahkan sasaran. Namun, bagaimana […]

(Video) Menyentuh Hati, Bayi ‘Pekak’ Sejak Lahir Tersenyum Lebar Dengar Suara Ibu Buat Pertama Kali
Sebuah detik bermakna. Mungkin inilah ungkapan yang bersesuaian apabila melihat detik seorang bayi yang mengalami masalah pendengaran mendengar suara ibunya buat pertama kali. Tersenyum lebar saat namanya dipanggil ibu, itulah Harrison Rex di dalam video tular semasa usianya enam minggu. Menurut Daily Mail, keluarga kanak-kanak itu mengetahui keadaan bayi berkenaan ketika usianya baru 14 jam […]
“Ohhh Jemmm Umi Memikir,” Wanita ‘Pening’, Anak Darjah Satu Minta Tukar Nama Sebab Sama Rakan Sekelas
Walaupun sesi persekolahan secara bersemuka bagi murid darjah satu pada kali ini bermula agak lambat namun mereka semua tetap bersemangat untuk ke sekolah. Pun begitu, murid darjah satu kebiasaannya juga mempunyai ragam mereka yang tersendiri. Sama seperti perkongsian di Facebook oleh Umi Humaira yang bimbang melihat gelagat anaknya yang terdiam seribu bahasa setelah pulang dari […]
“Berubat Memang Disuruh Oleh Islam,” Dr MAZA Perjelas Mengenai Istilah ‘ Perubatan Islam’
Mutakhir ini kita sering dikelilingi dengan isu konflik tentang kesahihan ‘perubatan Islam’, biasanya yang melibatkan gangguan ghaib. Tidak dinafikan, terdapat ramai ilmuan dan agamawan yang ‘pakar’ dalam bidang ini. Malah ilmu itu turut diwariskan dari generasi ke generasi bagi membantu mereka yang mengalami masalah gangguan tersebut. Bagaimanapun, istilah ‘perubatan Islam’ itu sendiri turut pernah disalah […]
Boleh Cuba Buat, Ini 6 Cara Elak Kereta Jadi Bahang Setelah ‘Parking’ Di Tempat Panas Terik
Pasti ramai diantara kita yang pernah merasai rasa bahang dan panas sejurus selepas pintu kereta kita dibuka. Manakan tidak, parkir dekat tempat terbuka di bawah terik matahari pula. Ais krim dalam kereta pun mesti laju je cair kalau suhu dalam kereta tu panas sangat. Tapi persoalan pastinya timbul tentang bagaimana parkir sekejap je kereta boleh […]
Geng Raj Aktif Pecah Tabung Rumah Ibadat Tumpas
MELAKA, 5 Mac (Bernama) — Polis berjaya menumpaskan Geng Raj yang dipercayai aktif dengan kegiatan pecah tabung di rumah ibadat sekitar negeri Melaka dengan penahanan dua lelaki Isnin lepas. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) negeri ACP Mohd Sukri Kaman berkata serbuan oleh sepasukan polis dari cawangan D4 Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Melaka bersama JSJ Ibu […]