Berita
Dakwaan Penjenayah Dari Bangladesh Bersembunyi Di Malaysia Dalam Perhatian – Ketua Polis Negara
IPOH, 1 Mac (Bernama) — Dakwaan bahawa penjenayah dalam buruan yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan pemimpin tertinggi tentera Bangladesh berada di negara ini dalam perhatian polis, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador. Bagaimanapun beliau berkata hingga kini pihaknya tidak menerima sebarang permohonan daripada Suruhanjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia agar siasatan dijalankan berhubung […]
Gara-Gara Anak Berhutang Ah Long, Ibu Bapa Hidup Dalam Ketakutan
OHOR BAHRU, 1 Mac (Bernama) — Pinjam RM1,000, namun hanya terima RM350 dan kini perlu membayar RM12,000 kepada ceti haram atau along, dakwa sepasang suami isteri yang sekarang hidup dalam ketakutan gara-gara perbuatan si anak gagal menjelaskan hutang itu. Chong Kok Yeong, 55, dan isteri Teoh Lee Hong, 56, mendakwa rumah mereka di Taman Pulai Utama, […]
(Video) Padah Kacau Kucing Santai ’Terapi’ Spa, Tak Pasal-Pasal Kena Gigit, Terpaksa Mengalah
Satu video yang memaparkan seekor kucing leka menghabiskan masa membuat aktiviti spa bersama tuannya telah menjadi tular di media sosial. Video lucu tersebut bermula dengan ‘ibu’ kucing tersebut mula masuk ke dalam dan mendapati bahawa suaminya bersama dengan kucingnya sedang asyik terbaring dan menutup mata mereka menggunakan timun sambil mendengar lagu yang menenangkan. Wanita itu […]
Garis Panduan Diwujudkan Elak Isu Potong Barisan Suntikan Vaksin COVID-19
PUTRAJAYA, 1 Mac (Bernama) — Kerajaan mewujudkan Garis Panduan Penetapan Senarai Barisan Petugas Hadapan bagi mengelakkan isu ‘potong barisan’ untuk program vaksinasi COVID-19, kata Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin. Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata keputusan itu dibuat pada Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang mana dokumen garis panduan […]
Dua Beranak Tinggal Di Rumah Berlantaikan Tanah Lebih Enam Bulan
BATU PAHAT, 1 Mac (Bernama) — Dua beranak terpaksa duduk di sebuah rumah yang berlantaikan tanah lebih enam bulan kerana tidak mampu mengupah tukang rumah untuk membina kediaman mereka berikutan pendapatan yang tidak menentu. Malah Abd Aziz Ahmad, 69, bersama anaknya Alif Haikal, 17, terpaksa membawa bahan binaan sedikit demi sedikit dengan menggunakan kereta sorong sejauh 800 meter dari simpang masuk ke rumahnya […]
MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Dan Hujan Lebat Di Beberapa Negeri Sehingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di beberapa negeri di Malaysia yang dijangka akan berlaku sehingga jam 7 dan 8 malam ini. Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 3:50 petang itu melibatkan beberapa buah negeri di Malaysia. Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga […]

“Jika Anda Ragu, Cari Ikon..,“ Maybank Dedah Ada ‘Website’ Palsu Menyamar Jadi ‘Page’ Rasmi Tawar Hadiah
Maybank telah mendedahkan kewujudan laman palsu di Facebook yang menyerupai laman rasmi bank berkenaan dipercayai untuk mencuri maklumat pengguna. Menurut Maybank, penjenayah telah menghasilkan iklan menawarkan hadiah di Facebook seakan-akan daripada bank tersebut sendiri. “Kami ingin mengingatkan agar anda tidak mengklik link tersebut kerana ia akan membawa kepada laman palsu untuk mencuri maklumat sensitif anda seperti […]
31 Polis Bakal Dihukum Disyaki Terlibat Macau Scam, Judi Dalam Talian – KPN
IPOH, 1 Mac (Bernama) — Seramai 31 warga Polis Diraja Malaysia yang dikenal pasti bersekongkol dengan sindiket Macau Scam dan kegiatan perjudian dalam talian bakal berdepan hukuman berat tidak lama lagi. Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata proses bagi menjatuhkan hukuman ke atas mereka telah dibawa ke pihak Suruhanjaya Pasukan Polis (SPP) untuk tindakan seterusnya. […]
Polis Tumpas Sindiket Pengedaran Dadah Antarabangsa, Rampas 623.76 Kg Syabu
GEORGE TOWN, 1 Mac (Bernama) — Polis menumpaskan sindiket pengedaran dadah antarabangsa selepas merampas syabu sebanyak 623.76 kilogram (kg) yang bernilai RM22.46 juta dan menahan lima lelaki dalam siri serbuan di Pulau Pinang, Selangor dan Johor pada Khamis lepas. Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Razarudin Husain berkata polis berjaya membongkar kegiatan […]
26,472 Anggota TDM Terima Vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech
PORT DICKSON, 1 Mac (Bernama) — Seramai 26,472 anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) di seluruh negara akan menerima suntikan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-BioNTech pada fasa pertama secara berperingkat bermula 8 Mac ini, kata Panglima Tentera Darat Jen. Tan Sri Zamrose Mohd Zain. Beliau berkata setakat ini, 28 anggota TDM di seluruh negara telah menerima suntikan […]
Unik, Kembar Nikahi Pasangan Kembar Lain Pada Hari Sama, Pernah Tersilap Panggil Nama Kekasih
Jodoh adalah rahsia tuhan. Di Cimanggung, Kabupaten Sumedang, sepasang kembar telah bertemu jodoh dengan pasangan kembar yang lain dan menjalani pernikahan secara bersama. Menurut Detik News, pernikahan yang berlangsung pada 27 Februari lalu itu melibatkan pasangan kembar, Ellwanda Julianop Hidayat yang menikahi Rani Nurhaeni serta adik mereka masing-masing, Ellwindi Junianfi Hidayat dan Rina Nurhayati. Tambah […]
Wanita Dan Teman Lelaki Didakwa Bunuh Anak
BANGI, 1 Mac (Bernama) — Sepasang kekasih dihadapkan ke Mahkamah Majistret Bandar Baru Bangi di sini hari ini atas pertuduhan membunuh seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun yang juga anak kandung teman wanitanya, bulan lepas. N.Tanabalan, 27, dan teman wanitanya K. Puvaneswary, 30, yang kelihatan tenang, menggelengkan kepala apabila ditanya jurubahasa sama ada mereka faham […]
Elakkan Buat 5 Perkara Ini Jika Tak Mahu Peti Sejuk Cepat Rosak, Nombor 5 Ramai Terlepas Pandang
Hampir setiap rumah mempunyai peti sejuk. Ia adalah salah satu teknologi yang banyak mengubah gaya hidup kita berbanding zaman ibu bapa kita suatu ketika dahulu ketika teknologi ini masih belum dipasarkan secara meluas. Mungkin ada yang berfikir, apalah sangat yang perlu kita lakukan untuk menjaga peti sejuk? Namun sedar tidak sedar, adakalanya tindakan kita yang […]
Tiada Satu Pun Ordinan Darurat Bertujuan Bolehkan PM Kekal Berkuasa – Muhyiddin
PUTRAJAYA, 1 Mac (Bernama) — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menegaskan tidak ada satu pun ordinan yang diperkenalkan di bawah Proklamasi Darurat bertujuan membolehkan perdana menteri kekal berkuasa selama-lamanya. Malah katanya perintah darurat yang sedang dilaksanakan itu juga mempunyai tempoh tamat pada 1 Ogos tahun ini. “Inilah kali pertama dalam sejarah negara kita, […]
“Ada Jenis Kosong, Ada Jenis Padu,” Wanita Ini Kongsi Tips Untuk Pilih Barang Kemas Jenis ‘Hollow’ Dan Padu
Emas adalah suatu barang perhiasan yang sangat berharga kerana mempunyai nilai yang tinggi. Ianya bukan sahaja boleh menjadi barang perhiasan, malahan ianya juga boleh menjadi suatu bentuk pelaburan. Bagi emas perhiasan, penting untuk kita mengetahui bahawa terdapat pelbagai jenis emas yang dijual di pasaran. Ada yang luarannya besar namun dalamannya kosong dan sebaliknya. Justeru daripada […]
Budak Lelaki 9 Tahun Didakwa Dicekik Hingga Mati Setelah Diliwat, Dua Lelaki Ditahan Polis
Seorang kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun di Uttar Pradesh, India didakwa diliwat dan dicekik hingga mati oleh dua pemuda yang berasal dari kampung yang sama, lapor India Times. Laporan menyatakan bahawa budak lelaki yang berasal dari sebuah kampung di daerah Balrampur itu sedang berada di kawasan pameran tempatan pada 14 Februari. Di sana, dia telah […]

(Video) Dah Lama Tak Beraksi, ‘Transformers’ Muncul, Sambut Murid Masuk Sekolah
Pelbagai persiapan dilakukan para guru sempena sesi persekolahan yang kembali bermula. Daripada menyediakan bahan bantu mengajar hinggalah menyambut kedatangan murid-murid di pintu masuk sekolah, semuanya telah disiapkan lebih awal demi membakar semangat pelajar yang kembali ke sekolah. Malah, bagi warga sekolah SK Kubang Kerian 3, mereka bertindak satu langkah ke hadapan apabila menggunakan watak ‘Transformers’ […]
NAFAS Jamin Benih Padi Sah Berkualiti
PASIR SALAK, 1 Mac (Bernama) — Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) komited memastikan benih padi sah yang diterima pesawah bukan sahaja berkualiti, tetapi harga terkawal serta bekalan sentiasa mencukupi di pasaran. Pengarah Bisnes Sektor Awam Nafas Saripol Baharin Karim berkata pengalaman Nafas sebagai pengeluar input pertanian seperti baja padi sebelum ini juga menjadikan pertubuhan itu platfrom […]
Wanita Pun Boleh Tumbuh Janggut ? Ini Antara 3 Penyakit ‘Rare’ Boleh Menyerang Wanita
Sempena Hari Penyakit Jarang Berlaku 2021 semalam (28 Februari), Hello Doktor telah berkongsi tiga jenis penyakit jarang jumpa yang lazimnya menyerang wanita. Antaranya ialah sindrom Achard Thiers, di mana berlaku gangguan yang menyebabkan wanita mengalami pertumbuhan rambut berlebihan pada wajah dan beberapa bahagian badan yang lain. Selain itu, dua lagi penyakit jarang jumpa yang sering […]
(Video) Kantoi Curang, Wanita Hias Bilik Pasangan Dengan Mesej-Mesej ‘Menggatal’ Dengan Perempuan Lain
Seorang teman wanita yang mendapati bahawa teman lelakinya mencuranginya telah memutuskan untuk menghiasi biliknya dengan semua mesej yang dihantar teman lelakinya itu ke wanita lain. Wanita tersebut menyatakan bahawa dia telah menjumpai mesej yang dikirim oleh bekas teman lelakinya itu kepada bukan satu, tetapi kepada tiga wanita berbeza. Setelah perbuatannya itu terbongkar, wanita tersebut telah […]