Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

“Jika Anda Ragu, Cari Ikon..,“ Maybank Dedah Ada ‘Website’ Palsu Menyamar Jadi ‘Page’ Rasmi Tawar Hadiah

Kredit: Google

Maybank telah mendedahkan kewujudan laman palsu di Facebook yang menyerupai laman rasmi bank berkenaan dipercayai untuk mencuri maklumat pengguna.

Iklan

Menurut Maybank, penjenayah telah menghasilkan iklan menawarkan hadiah di Facebook seakan-akan daripada bank tersebut sendiri.

“Kami ingin mengingatkan agar anda tidak mengklik link tersebut kerana ia akan membawa kepada laman palsu untuk mencuri maklumat sensitif anda seperti nama pengguna dan kata kunci Maybank2u anda,” tulis laman itu.

“Jika anda ragu, cari ikon tanda lencana pengesahan berwarna biru di sebelah nama profil untuk memastikan ia benar-benar laman media sosial rasmi Maybank.”

Untuk sebarang maklumat, layari laman web rasmi Maybank2u di www.maybank2u.com.my untuk mengetahui sebarang promosi ditawarkan. Hubungi 03-58914744 jika anda percaya telah terjebak dalam tawaran palsu serta berkongsi maklumat peribadi dengan laman palsu tersebut.

Sumber: Maybank