Berita

(Video) Giliran Pak Long Mail Terima Vaksin Pfizer-BioNtech Hari Ini
KUALA LUMPUR, 26 Feb – Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob hari ini menerima suntikan vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, Wangsa Maju di sini. Beliau menerima suntikan dos pertama vaksin berkenaan pada kira-kira 9.30 pagi ini oleh vaksinator Koperal Siti Maliah Sheikh Alwi. Ismail Sabri yang tiba sekitar 9.09 […]

Kenali Pasangan Saintis Muslim Ini, Pengasas Vaksin Covid-19 Pfizer Yang Jadi Pilihan Seluruh Dunia
Tahukah anda, vaksin Pfizer adalah hasil usahasama syarikat milik Dr Ugur Sahin, seorang pakar onkologi dengan PhD dalam bidang ‘oncology chemotherapy’. Beliau telah mengabdikan hidup mereka dalam bidang onkologi dan penyakit berjangkit. Bahkan sudah bertahun-tahun dalam penyelidikan rawatan imunoterapi khusus untuk penyakit kanser. Dalam mausim pandemik Covid-19 ini mereka memutuskan untuk mencipta satu vaksin yang […]
(Video) Ditonton Lebih 3 Juta Kali, Geng Ini Buat ‘Magnet Fishing’ & Apa Yang ‘Dipancing’ Memang Mengejutkan
Jika dulu, sungai adalah sumber air utama yang bersih untuk kegunaan segala hidupan termasuk manusia dan haiwan. Namun ianya sudah berbeza pada hari ini apabila kebanyakan sungai tidak sebersih dulu, ditambah lagi dengan pencemaran akibat buangan sisa pepejal mahupun cecair. Tidak mustahil, sungai juga dijadikan tempat membuang benda-benda tertentu, salah satunya dipercayai untuk menghilangkan barang […]
Senang Pantau Anak-Anak Main “Phone”, Wanita Saran Ibu Bapa “Install” Google Family Link
Setiap lapisan umur pada masa kini pastinya tidak terlepas dalam kepesatan teknologi digital yang memperlihatkan penggunaan gajet atau telefon pintar yang semakin meluas kerana wujudnya pelbagai platform media sosial. Ini termasuk dalam kalangan kanak-kanak di mana mereka terkadang diberikan akses yang penuh untuk menggunakan telefon pintar sendiri. Tanpa disedari, ia sebenarnya boleh memberikan kesan yang […]
Penduduk Selangau Kecewa Peniaga Pamer Barangan Jualan Di Lorong Pejalan Kaki
SIBU, 25 Feb (Bernama) — Orang ramai meluahkan perasaan marah dengan tindakan beberapa peniaga di pusat komersial Bazar Selanggau di sini yang meletakkan barangan jualan mereka di lorong pejalan kaki di premis perniagaan mereka. Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (SRDC) yang menerima aduan tersebut mengakui bahawa perbuatan itu bukan sahaja menimbulkan pelbagai kesulitan malah ia […]
Cegah Sebelum Terlambat, Ikuti 7 Tip ‘Hindar’ Sakit Jantung Yang Anda Patut Amalkan
Sakit jantung boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, hatta kepada individu yang mengamalkan gaya hidup aktif. Oleh itu, penting untuk kita menjaga segala aspek kesihatan bukan sahaja dari segi senaman, tapi termasuk pemakanan, menghindari produk tembakau serta mengamalkan jadual tidur yang teratur. Tanpa mengira umur dan jantina, setiap daripada kita perlu lebih peka dalam menjaga kesihatan […]
Vaksin COVID-19 Jalan Terbaik Rancak Ekonomi
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) — Ketersediaan vaksin COVID-19 dalam negara disifatkan sebagai jalan terbaik dalam usaha merancakkan kembali pertumbuhan ekonomi. Felow Akademi Sains Malaysia Datuk Dr Madeline Berma berkata dengan adanya vaksin itu juga memberi petanda bahawa kerajaan tidak perlu lagi melaksanakan Perintah Kawalan pergerakan (PKP), termasuk kemungkinan membuka sepenuhnya sektor ekonomi. “Ketika kerajaan […]
Individu Ingkar SOP COVID-19 Berdepan Denda RM10,000 Mulai 11 Mac 2021
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) — Individu yang melanggar peraturan atau prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan bagi pencegahan dan kawalan pandemik COVID-19 berdepan hukuman denda maksimum RM10,000 mulai 11 Mac 2021. Perkara itu dinyatakan dalam Ordinan Darurat Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Pindaan) 2021 melalui Warta Kerajaan Persekutuan yang dimuat naik dalam Portal rasmi Jabatan Peguam Negara hari ini. Ordinan itu turut […]
Malaysia Rujuk Ulama Dunia Tentang Fatwa Ambil Vaksin, Kata Menteri
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) — Malaysia telah mendapatkan pandangan dan penjelasan daripada ulama terkemuka dunia tentang hukum pengambilan vaksin COVID-19, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri. Katanya beliau telah menghantar surat kepada beberapa ulama terkemuka bagi memohon penjelasan tentang isu berkaitan vaksin, antaranya Imam Besar Al-Azhar Sheikh […]
(Video) Seram, Rakaman Budak Didakwa ‘Ditarik’ Ke Bawah Katil Sambil Memanggil Ibunya Seperti Sedang Takut
Satu video TikTok yang memaparkan detik-detik seorang kanak-kanak didakwa ditarik di bawah katilnya telah menjadi tular di media sosial. Bapanya, telah berkongsikan klip video yang dirakam dari bilik tidur anaknya itu pada Isnin. Pada tepat waktu 11:37 malam, kanak-kanak itu difahamkan terjaga, berjalan-jalan dan merangkak ke bawah katilnya. Kanak-kanak itu secara tiba-tiba kelihatan takut, mula […]

(Video) “Ini Lah Kanak-Kanak Yang Pernah..,” Bapa Ainul Luah Rasa Syukur, Ucap Terima Kasih Pada Semua
Perjalanan buah hati rakyat Malaysia, Ainul Mardhiah daripada awal kelahiran sehingga kini pastinya menjadi bukti kasih ibu bapa dan orang sekeliling terhadap bidadari kecil berkenaan. Biarpun terpaksa menjalani episod ujian kesihatan, keluarga yang sememangnya positif ini boleh menarik nafas lega dan bersyukur melihat perkembangan Ainul pada hari ini. Kini sudah menjadi kakak, telatah Ainul yang […]
Mayat Lelaki Ditemukan Di Siling Sebuah Restoran Di Tawau
TAWAU, 25 Feb (Bernama) — Misteri bau busuk dan titisan darah pada siling sebuah restoran di Jalan Chung Thien Vun di sini terjawab apabila satu mayat lelaki ditemukan semalam. Mayat yang lengkap berpakaian itu ditemukan dalam keadaan kembung dan melecur hampir 70 peratus oleh pemilik restoran pada 10 malam. Difahamkan sebelum penemuan itu, pemilik yang berusia 40-an tiba di premisnya untuk […]
Polis Buka Kertas Siasatan Jika Sebar Berita Palsu Bantah Vaksin COVID-19
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) — Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan membuka kertas siasatan jika ada mana-mana individu yang menyebarkan berita palsu membantah suntikan vaksin COVID-19. Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata kertas siasatan akan dibuka sekiranya PDRM menerima laporan polis berhubung isu itu. Beliau berkata kes akan disiasat di bawah Seksyen 505(b) Kanun […]
Jangan Ambil Mudah, Ketahui Gejala Penyakit Kencing Manis, Antaranya Ialah Kerap Lapar Dan Dahaga
Penyakit kencing manis adalah salah satu penyakit yang banyak dihidapi rakyat Malaysia. Bagi mengelakkan diri daripada menjadi semakin parah akibat penyakit ini, perlu untuk kita mengetahui tanda-tandanya sebelum terlambat. Portal Hello Doktor ada berkongsikan tentang tanda-tanda kencing manis ini. Bagi mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti penjelasannya seperti berikut: Bagaimana ingin tahu sekiranya anda mempunyai kencing […]
Amaran Ribut Petir Dikeluarkan Bagi Beberapa Kawasan Di Sabah Sehingga Jam 1 Pagi
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir/hujan lebat di Sabah yang dijangka akan berlaku sehingga 1 pagi ini. Amaran ribut petir yang dikeluarkan pada jam 10 malam itu hanya melibatkan negeri Sabah sahaja. Berikut adalah antara kawasan yang dijangka akan dilanda ribut petir sehingga pukul 1 pagi ini: Sabah: Pedalaman (Nabawan), […]
Dua Renjer Maut Dalam Letupan Bom, Insiden Berbalas Tembakan Di Narathiwat
NARATHIWAT, 25 Feb (Bernama) — Dua anggota renjer maut manakala seorang lagi rakan mereka cedera parah dalam letupan bom paip dan insiden berbalas tembakan di sebuah kampung di Ra-ngae, Narathiwat yang terletak di selatan Thailand. Ketua Polis Ra-ngae Piyapak Thongpanlertkun berkata dalam kejadian pada 6.50 pagi (waktu tempatan) itu, 16 anggota renjer yang sedang berehat […]
Apakah Hukum Ciuman Mulut Antara Lelaki Dengan Lelaki, Ini Penjelasan Dari Pejabat Mufti WP
Tular berkenaan video seorang individu yang mencium di bahagian mulut seorang kanak-kanak yang sama jantina di media sosial pada baru-baru ini. Video tersebut telah mendapat pelbagai reaksi sehingga mencetuskan pandangan dalam kalangan warganet. Namun begitu, apakah hukum ciuman mulut antara lelaki dengan lelaki ? Portal Mufti Wilayah Persekutuan ada berkongsikan tentang hukum serta penjelasan berkenaan […]

(Video) Lebih 18 Juta Tontonan, Reaksi Ikan Pari Seakan ‘Ketawa’ Ketika Digeletek Bikin Terhibur
Jika sebelum ini anda pernah melihat gelagat katak yang seakan terkekek-kekek apabila digeletek, kali ini mari kita lihat reaksi ikan pari pula apabila diperlakukan dengan cara serupa. Dengan anatomi tubuhnya seakan wajah manusia, reaksi haiwan ini membuatkan ramai penonton terhibur apabila ia terlihat seperti sedang tersenyum dan menguncup kegelian. Video yang dimuatnaik Christian Hofstedt di […]
(Video) Tapir ‘Ziarah’ Sekolah Ketika Pelajar Duduki SPM
KUANTAN, 25 Feb (Bernama) — Suasana bertukar kecoh ketika pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Soi, di sini menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) selepas seekor tapir ‘menziarahi’ sekolah berkenaan pagi ini. Pengetua SMK Sungai Soi Zolkifli Abd Ghani berkata beliau dimaklumkan kakitangan bertugas kira-kira pukul 10.30 pagi tadi mengenai kehadiran haiwan berkenaan di kawasan […]
(Video) PM Muhyiddin Kongsi Pengalaman Hari Kedua Disuntik Vaksin, Sihat Dan Tidak Demam
KUALA LUMPUR, 25 Feb (Bernama) — Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini berkongsi perkembangan kesihatannya, sambil menyatakan beliau sihat dan tidak demam selepas dua hari disuntik vaksin COVID-19. Muhyiddin memaklumkan mengenai keadaan dirinya itu melalui satu video yang dimuat naik dalam laman Facebook rasminya. “Semuanya berjalan dengan baik, saya yakin ini vaksin yang selamat, vaksin berkesan, jadi ramai nak […]