Berita
(Video) Bunyi Letupan Di Sabah Berpunca Daripada Bola Api Memasuki Ruang Udara Bumi – IMO
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) — Bunyi letupan dan gegaran kuat yang berlaku di Sabah pada Ahad lepas, merupakan fenomena bola api memasuki ruang udara bumi. Perkara itu disahkan oleh International Meteor Organisation (IMO) dalam laporan yang dikeluarkan di laman sesawangnya baru-baru ini, dengan kod peristiwa 632-2021. Timbalan Pengarah (Pencerapan) Planetarium Negara Zamri Shah Mastor […]

(Video) Kucing Ini Gigit Ekor Anjing Sebelum Tuduh Tuannya Yang Buat, Tak Pasal-Pasal Kena Kejar Satu Rumah
Dahulu, pepatah “Bagai kucing dengan anjing” sering digunakan untuk menggambarkan individu yang sering bergaduh. Namun kini, mungkin keadaan agak sedikit berbeza apabila anjing dan kucing sudah boleh berkawan serta bergurau sesama sendiri. Malah, ada masanya mereka ‘bersepakat’ untuk mengenakan tuan mereka sendiri sepertimana yang kita boleh lihat dalam video-video lucu haiwan tersebut di media sosial […]
Kadar Pematuhan SOP PKP Tinggi Di Kuala Lumpur, Selangor – Polis
KUALA LUMPUR, 3 Feb — Kadar pematuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan sejak 13 Jan lepas mencapai lebih 96 peratus di semua enam daerah di Kuala Lumpur. Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Saiful Azly berkata sepanjang tempoh itu sehingga semalam, hanya 1,496 kompaun telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan ingkar arahan. Beliau berkata pihaknya akan mengambil langkah lebih tegas dengan tidak lagi […]
Jumpa Mayat Dalam Rumah Tidak Semestinya Suspek Boleh Didakwa Bawah Seksyen 302, Ini Penjelasan Peguam
Apabila berlakunya sesuatu kes jenayah, kita pasti akan berasa amarah kepada individu yang dipercayai melakukannya. Selagi suspek tidak dituduh atau dijatuhkan hukuman sewajarnya di mahkamah, selagi itulah kita tetap tidak berpuas hati. Apa yang lebih menyakitkan ialah apabila ada suspek yang terlepas daripada hukuman berat hanya kerana kekurangan bukti. “Kalau tiada pembunuhnya, takkan mangsa mati […]
COVID-19: Ini Ringkasan 18 Kes Kematian Baharu Hari Ini Termasuk Lelaki 31 Tahun Tanpa Latar Belakang Penyakit Kronik
Putrajaya, 3 Feb – Malaysia telah mencatatkan lagi 18 kematian berkait COVID-19 hari ini, menjadikan kumulatif kes kematian di negara ini sebanyak 809 orang. Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kematian termuda hari ini melibatkan seorang lelaki warganegara berusia 31 tahun di Melaka. Jenazah pesakit yang tidak mempunyai sejarah penyakit […]
“Suara Garau Lebih Dari..,” Pengesanan Awal Boleh Selamatkan Nyawa, Ketahui 9 Tanda Amaran Kanser
Penyakit kanser adalah penyakit yang sehingga kini kerap menyerang manusia. Terdapat pelbagai jenis kanser yang boleh dihidapi seseorang itu antaranya ialah kanser payudara, kanser hidung, kanser paru-paru dan pelbagai lagi. Justeru daripada itu, bagi mencegah penyakit kanser ini sebelum terlambat, Kementerian Kesihatan Malaysia ada berkongsikan 9 tanda amaran kanser ini. Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda ini, […]
N. Sembilan Kecualikan Sewa Gerai Dua Bulan Untuk Peniaga – MB
SEREMBAN, 3 Feb — Kerajaan Negeri Sembilan hari ini memutuskan untuk memberikan pengecualian bayaran sewa gerai selama dua bulan bermula Januari bagi meringankan beban kewangan peniaga. Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun berkata pengecualian berkenaan yang memanfaatkan seramai 4,165 peniaga di tujuh kawasan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri ini, membabitkan peruntukan hampir RM1 juta. “Keputusan ini adalah bagi membantu mereka (peniaga) yang […]
TERKINI: 4,284 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini Dengan 18 Lagi Kematian, Selangor Dan Johor Catat Kes Harian Baharu Tertinggi
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 4,284 kes baharu Covid-19 yang dilaporkan pada hari ini. Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 4,284 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 226,912 kes secara keseluruhan. Daripada 4,284 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, […]

Jabatan Perhilitan Berjaya Tangkap Beruang Matahari Jantan Di Dungun
Operasi tangkapan seekor beruang matahari di Batu Tiong, Dungun, Terengganu berjaya apabila haiwan tersebut masuk ke dalam perangkap pada Isnin lalu. Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perhilitan di Twitter rasmi, operasi dijalankan oleh Jabatan Perhilitan Daerah Dungun, Terengganu dengan kerjasama penduduk sekitar. Operasi tangkapan itu berikutan maklumat dari orang awam mengenai seekor beruang matahari […]

(Video) Lelaki Ini Tunjuk Etika Letak Tangan Atas Meja Yang Boleh Dan Tak Boleh Ketika ‘Interview’ Atau Mesyuarat
Siapa je yang tak ‘kecut perut’ semasa menghadiri temuduga bekerja atau menghadiri mesyuarat kan? Mesti ramai yang ingin tahu apakah etika yang sangat berkesan untuk tampak diri kita konfiden dan beradab. Mudah sahaja, jom kita lihat apa yang perlu kita elak dan lakukan semasa menghadiri temuduga dan meeting. Perkongsian menarik ini daripada seroang Perunding Imej […]
Airport Untuk Kereta Terbang Dan Dron Pertama Di Dunia Bakal Dibina Akhir Tahun Ini
Satu lapangan terbang bakal dibina di Coventry, United Kingdom pada bulan November ini khusus untuk kereta terbang dan juga dron kargo. Tujuan pembinaan tersebut adalah bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di jalan raya dan juga salah satu inisiatif untuk mengurangkan masalah pencemaran. Menurut laporan, lapangan tersebut dikenali sebagi Air One yang didakwa terletak di Ricoh […]
(Video) Gelagat ‘Meow’ Kejar Penjual Bubur Mungkin Sebab Lapar, Sentuh Hati Netizen
Biasanya kita sering melihat, penjaja atau peniaga makanan di tepi jalan selalunya bermurah hati dengan haiwan-haiwan di jalanan. Kadang-kadang mereka suka berkongsi makanan dengan kucing, adakalanya juga yang menyediakan bekas air minuman untuk anjing dan banyak lagi. Justeru, kebanyakan haiwan jalanan ini pasti akan mengenang sifat kasih si peniaga makanan tersebut yang sudi memberi makanan. […]
Bagai ‘Kampung Mati’, Bencana Alam Antara Punca Ratusan Rumah Tidak Berpenghuni Di Kampung Ini
Kampung Tarikolot di daerah Majalengka bagaikan ‘kampung mati’ ekoran ratusan rumah dipercayai tidak berpenghuni dan terbengkalai. Menurut laporan, perkara tersebut terjadi disebabkan bencana alam termasuk pergerakan tanah yang kerap terjadi sehingga mengancam keselamatan penduduk di kampung tersebut. Hal ini, memaksa 180 rumah di kampung Tarikolot dikosongkan sementara 253 buah keluarga pula terpaksa dipindahkan. Kejadian pergerakan […]
Malaysia Tidak Ketinggalan Dalam Teknologi Pengesanan Virus COVID-19-MOSTI
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) — Di sebalik kejayaan dan penemuan baharu negara-negara jiran seperti Indonesia dan Singapura dalam teknologi pengesanan virus COVID-19, Malaysia turut tidak ketinggalan dalam usaha berkenaan menerusi pelbagai inisiatif yang sedang dibangunkan, kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Ahmad Amzad Hashim. Beliau berkata antara lain, usaha itu menerusi kerjasama […]

Sebak, Jururawat Ini Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Tak Sempat Jumpa Anak Baru Lahir
Wabak pandemik Covid-19 di negara kita saban hari telah mengorbankan ramai mangsa. Ia tidak memilih sesiapa mangsanya, baik muda atau tua. Tidak kira lagi, mereka yang sanggup berkorban untuk negara. Ramai para ‘frontliner’ telah gugur dalam melawan pandemik ini. Seorang lagi jururawat barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meninggal dunia. Kisah ini dikongsikan oleh sahabat […]

“Alhamdulillah Negatif…” Ustaz Ebit Lew Sahkan Dirinya ‘Bersih’, Tidak Dijangkiti COVID-19 Walau Jumpa Ramai Orang
Pendakwah dermawan, Ustaz Ebit Lew agak sibuk beberapa bulan ini dalam menjalankan misi bantuan kemanusiaan di serata negara. Ketika pandemik COVID-19 masih belum reda, pasti ada yang terfikir, di sebalik penjelajahan Ustaz Ebit, adakah beliau turut berdepan dengan risiko jangkitan virus? Namun kebimbangan tersebut sudah terjawab apabila beliau membuat pengakuan bahawa dirinya masih ‘bersih’ daripada […]
PKP: Kelantan Sokong Naikkan Kompaun Untuk Timbul Kesedaran Masyarakat
KOTA BHARU, 3 Feb (Bernama) — Kerajaan negeri Kelantan menyokong cadangan untuk menaikkan nilai kompaun yang lebih tinggi kepada pesalah yang ingkar dan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Menteri Besarnya Datuk Ahmad Yakob berkata pelaksanaan cadangan menerusi pindaan Akta 342 itu bertepatan dengan keperluan semasa termasuklah jumlah kompaun maksimum RM1,000 di bawah […]
Pesara, Bekas Dan Petugas Polis Bakal Terima Bayaran “One-off” RM 500 Mulai Mac Ini
Pesara polis, bekas polis dan petugas polis yang layak akan menerima bayaran ‘one off’ sebanyak RM500 bermula bulan Mac ini. Menurut Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia, Dato’ Ramli Bin Haji Din, dalam satu kenyataan media, pengemaskinian maklumat pesara polis, bekas polis dan petugas polis boleh dibuat melalui pautan http://[email protected]. “Dalam tempoh perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan […]
HTF Mohon Orang Ramai Derma Darah
KANGAR, 3 Feb – Hospital Tuanku Fauziah (HTF) meminta agar orang ramai terus menderma darah bagi menampung keperluan semasa. Pakar Perubatan Unit Transfusi HTF Dr Wan Noor Falah Wan Yahaya berkata jumlah bekalan darah mengalami pengurangan sejak kebelakangan ini. “Jumlah kutipan pek darah HTF mengalami pengurangan kepada 8,725 pek sepanjang Januari hingga Oktober tahun lepas berbanding 9,108 pek pada 2019,” katanya kepada pemberita di sini hari ini. […]

Rasuah: Isa Samad Dihukum Penjara Berjumlah 54 Tahun, Denda RM15.45 Juta
KUALA LUMPUR, 3 Feb (Bernama) — Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara berjumlah 54 tahun dan denda RM15.45 juta terhadap bekas Pengerusi Felda Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad selepas mendapati dia bersalah atas sembilan pertuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites (MPHS) di Kuching, Sarawak. Bagaimanapun, Mohd […]