Berita

Luar Negara
Cemburu Markah Lebih Tinggi, Tiga Pelajar Didakwa Racun Rakan Sekelas Sendiri
Tiga pelajar perempuan di sekolah di Iskandariah, Mesir telah ditangkap kerana meracuni rakan sekelas mereka yang mendapat markah lebih tinggi dalam peperiksaan, lapor Gulf News. Ketiga-tiga pelajar itu telah dipenjarakan selama empat hari sementara menunggu siasatan atas tuduhan membunuh rakan mereka setelah memasukkan racun ke dalam sepotong kek. Mangsa dikatakan terkenal dengan kecemerlangan akademiknya di […]
Gaya hidup
“Begitulah Lelaki…”, Kisah Ayah Terlihat Kuat, Tiba-tiba Terduduk Lemah & Menangis Bila Tahu Anak Lahir Pramatang
Kasih ibu membawa ke syurga, kasih bapa sepanjang masa. Mungkin ramai yang tidak mempunyai hubungan yang akrab dan berasa ‘sangat jauh’ dengan bapa sendiri kerana sifat garang dan tegas yang ditunjukkan oleh mereka. Namun percayalah bahawa mereka sangat menyayangi anak-anak walaupun tidak ditunjukkan. Memang sebegitulah golongan bapa, terlihat dingin namun ‘lemah’ bila melihat keluarga yang […]
Berita
“Pohon Doakan Ye…”, Ustaz Ebit Ziarah Komando VAT 69 & Maritim, Ucap Terima Kasih Sertai & ‘Pinjamkan’ 7 Bot Untuk Misi Bantuan
Baru-baru ini pendakwah dan aktivis, Ustaz Ebit Lew menjalankan tanggungjawab menyampaikan seruan dakwah kepada kaum Bajau Laut di Sabah. Difahamkan, ratusan orang masyarakat di sana ‘sendiri’ yang bertanyakan kepadanya tentang kewujudan Tuhan. Atas niat membantu menyebarkan syariat Islam, Ustaz Ebit dengan hati yang tekad mengajar mereka melafazkan dua kalimah syahadah. Sehubungan itu, demi memastikan usaha […]
Berita
Dipercayai Cuba Elak Kucing, Kereta Dilapor Terbabas Hingga Sebabkan Kebakaran 7 Buah Rumah Dan 2 Orang Maut
Dipercayai gara-gara cuba mengelak kucing melintas, seorang lelaki dilaporkan telah kehilangan isteri dan salah seorang anaknya selepas kereta yang dipandunya terbabas, lapor Tribun. Kejadian tersebut dilaporkan turut menyebabkan tujuh buah rumah hangus dijilat api. Menurut Tribun, kebakaran tersebut berpunca selepas kereta yang dipandu oleh lelaki itu melanggar sebuah kios minyak. Nasib malang yang dialami oleh […]
Berita
(Video) Gelagat Dua Ekor Panda ‘Nikmati’ Salji Jadi Perhatian, Siap Ada Yang Meluncur Gaya ‘Kuak Lentang’
Video melucukan sepasang panda bermain dengan salji berjaya raih perhatian warganet. Video rakaman yang dirakam di Smithsonian National Zoo di Washington D.C. memaparkan dua ekor panda yang bernama Mei Xiang dan Tian Tian bermain keriangan dengan salji. Kedua-dua panda yang dilahirkan di China itu kelihatan berbaring terlentang ketika sedang meluncur menuruni bukit yang dilitupi salji. […]
Kesihatan
Lain Tempat Lain ‘Penyebabnya’, Ini Mungkin Punca Jerawat Tumbuh Di Dahi, Hidung, Pipi, Dagu Dan Belakang Badan
Setiap orang pastinya pernah merasai kemunculan jerawat. Tidak kisahlah walau dimana pun ianya muncul, ianya semestinya akan buat diri berasa tidak tenteram. Selepas sahaja menyedari kemunculan jerawat itu, kita pastinya akan terus mencari jalan untuk menghilangkannya. Pun begitu, ada yang berjaya dan ada yang tidak berjaya. Namun, sebelum cuba untuk menghilangkannya, kita perlulah tahu terlebih […]
Berita
Jangan Pinggirkan Rawatan Moden Dalam Melakukan Rawatan Islam
TUMPAT, 1 Feb — Umat Islam disaran supaya tidak meminggirkan rawatan perubatan saintifik secara moden dalam melakukan rawatan Islam sebagai usaha merawat pesakit COVID-19. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, alternatif rawatan secara Islam boleh digunakan. Justeru, umat Islam dinasihatkan supaya jangan terkeliru sehingga meminggirkan rawatan kaedah saintifik dan moden kerana rawatan tambahan seperti doa […]
Berita
Pengusaha Kedai Gunting Rambut Rayu K’jaan Benarkan Mereka Beroperasi
GEORGE TOWN, 1 Feb — Pengusaha kedai gunting rambut yang kini disifatkan sedang ‘nazak’ selepas tidak dibenarkan beroperasi, hari ini merayu kepada kerajaan agar memberi kelonggaran dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini. Bendahari Persatuan Gunting Rambut India (PGRI) Pulau Pinang V. Tharmararaj berkata, semua pengusaha kedai gunting rambut hanya sempat beroperasi selama enam bulan […]
Berita
Selangor FC Lancar Jersi ‘Home’ Berkonsep Retro, Inspirasi Daripada SuperMokh
SHAH ALAM, 1 Feb — Selangor FC hari ini melancarkan jersi ‘home’ bagi musim 2021 yang diinspirasikan daripada ikon bola sepak negara, Allahyarham Mokhtar Dahari atau lebih dikenali sebagai SuperMokh. Selangor FC dalam kenyataan hari ini memaklumkan, jersi yang menerapkan elemen ‘Legasi Mokhtar Dahari’ itu diilhamkan daripada rekaan jersi yang disarung oleh The Red Giants hanya untuk sekali ketika menjulang kejuaraan […]
Berita
Awas Pengguna Maybank, Muncul Laman Web Mirip Maybank2u Dipercayai Cuba Curi Data Pengguna, Ini Cara Untuk ‘Block’
Pelbagai cara digunakan penipu atau scammer untuk mendapatkan wang orang ramai secara atas talian. Justeru, sebagai pengguna, kita perlu sentiasa berwaspada dan berhati-hati agar tidak menjadi mangsa penipuan ini. Sebelum ini, mungkin ramai antara kita pernah diajar, cara bagi memastikan sesuatu laman web selamat untuk dilawati adalah dengan memastikan kewujudan ‘https‘ pada awal pautan yang diterima. […]
Kesihatan
Lebih 155,000 Telah Terima Dos Pertama Vaksin COVID Di Singapura Sehingga 31 Jan
SINGAPURA, 1 Feb (Bernama) — Lebih daripada 155,000 individu telah menerima dos pertama vaksin COVID-19 Pfizer-BioNTech di Singapura sehingga 31 Jan, menurut Menteri Kanan Kesihatan Janil Puthucheary. Ketika memberikan maklumat terkini berkaitan program pemvaksinan COVID-19 dan kesan advers di Parlimen hari ini beliau berkata, dalam kalangan mereka yang telah menerima vaksin tersebut, terdapat empat kes […]
Berita
“Sampai Mereka Tanya Tentang Tuhan,” Ebit Lew Menangis Bahagia 490 Orang Dari 4 Buah Kampung Mengucap Syahadah
Menerusi perkongsian terbaru di laman Facebook, Ustaz Ebit Lew telah berjaya mengislamkan seramai 490 orang daripada 4 buah kampung masyarakat Bajau Laut. Menurutnya, perkara tersebut membuatkan dirinya sendiri menangis bahagia kerana diberi kesempatan untuk membimbing 490 orang untuk mengucap syahadah. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut: Menangis bahagia sangat di Semporna 2hari […]
Berita
Polis Tahan Pengutip Hutang Ugut Peminjam Wang
KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) — Polis menahan seorang lelaki disyaki anggota sindiket pinjaman wang tanpa lesen atau ‘ah long’ kerana mengugut seorang peminjam dalam satu serbuan di Klang, semalam. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Nik Ezanee Mohd Faisal berkata pihaknya menerima laporan bahawa suspek mengugut peminjam agar melunaskan hutang melalui pesanan Whatsapp pada […]
Berita
Lelaki Warga Emas Cedera Dipercayai Ditembak Di TTDI
KUALA LUMPUR, 1 Feb– Seorang lelaki warga emas cedera dipercayai ditembak ketika berada di sebuah restoran di Jalan Aminuddin Baki, Taman Tun Dr Ismail tengah hari semalam. Ketua Polis Daerah Brickfields ACP Anuar Omar berkata pihaknya menerima laporan daripada mangsa berhubung kejadian tersebut kira-kira 12 tengah hari tadi. “Ketika kejadian pada 12.30 tengah hari semalam, mangsa […]
Berita
Datuk Nicol David Menangi Undian Atlet Terunggul Sepanjang Zaman The World Games
Bekas ratu skuasy negara Datuk Nicol David telah disahkan memenangi gelaran Atlet Terunggul Sepanjang Zaman The World Games. Perkara tersebut telah disahkan menerusi satu ciapan yang dimuat naik oleh akaun Twitter rasmi Bernama. Ratu skuasy @NicolDavid menangi undian Atlet Terunggul Sepanjang Zaman The World Games pic.twitter.com/MoWzm7nVPa — BERNAMA (@bernamadotcom) February 1, 2021 Menerusi akaun Twitter […]
Berita
Ditemui Dalam Keadaan Tak Sedarkan Diri, Bayi 18 Bulan Dilapor Maut, Didakwa Akibat Diperkosa Oleh Teman Lelaki Ibunya
Seorang lelaki berjaya ditahan pihak polis kerana didakwa melakukan serangan seksual terhadap bayi teman wanitanya yang berusia 18 bulan sehingga menyebabkan kematiannya, lapor The Sun. Lelaki yang berusia 25 tahun itu dilaporkan telah ditangkap pihak polis di Itali selepas doktor mengesahkan bahawa bayi tersebut telah dirogol dan dipukul. Bayi tersebut difahamkan telah dikejarkan ke hospital […]
Berita
Tiada Ancaman Siber Seperti Dikatakan Anonymous Malaysia – Ismail Sabri
KUALA LUMPUR, 1 Feb (Bernama) — Sistem pertahanan dan laman-laman web kerajaan berada dalam keadaan selamat daripada sebarang ancaman siber setakat ini, kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ismail Sabri berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai ancaman kumpulan hacktivist ‘Anonymous Malaysia’ yang pada minggu lepas mengancam untuk menggodam sistem pertahanan negara […]
Berita
Pasangan Suami Isteri Direman Disyaki Dera Anak Angkat 15 Bulan
KOTA BHARU, 1 Feb — Seorang lelaki yang dikesan positif dadah bersama isterinya yang juga pembantu taska, ditahan polis selepas disyaki melakukan penderaan ke atas anak angkat perempuan mereka yang berusia 15 bulan. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kelantan ACP Wan Khairuddin Wan Idris berkata, pasangan berusia 26 (suami) dan 31 tahun itu, ditahan di […]
Berita
Ligat Kumpul Modal Jadi Driver Grab, Anak Muda Ini Nekad Berniaga Takoyaki Hingga Jualan Melebihi RM 850,000
Setiap kejayaan memerlukan pengorbanan. Semakin besar kejayaan yang ingin dicapai, semakin getir jugalah dugaan yang perlu ditempuhi. Lebih-lebih lagi jika ingin menuai hasil dalam bidang perniagaan, pengorbanan dari segi wang, masa, dan tenaga bukanlah sedikit. Tanyalah mana-mana peniaga yang anda kenal, kejayaan yang mereka raih tidak datang sekelip mata, malah banyak pula onak dan duri […]
Kesihatan
COVID-19: Lelaki 26 Tahun Mempunyai Latar Belakang Penyakit Obesiti Antara 10 Kes Kematian Hari Ini
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 10 kes kematian yang berkaitan dengan COVID-19 dicatatkan pada hari ini. 10 Kes kematian yang dicatatkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian yang berkaitan dengan COVID-19 di Malaysia bertambah kepada 770 kes. Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, salah satu daripada 10 kes kematian pada hari […]