Berita
PKP: Hanya Dua Orang Dibenar Dalam Satu Kenderaan Kecuali Jika Kes Kecemasan – Ismail Sabri
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri menerusi sidang media yang diadakan sebentar tadi memaklumkan bahawa hanya dua orang sahaja yang dibenarkan untuk berada dalam satu kenderaan. Menurutnya, hanya dua orang sahaja dalam kenderaan yang dibenarkan bagi tujuan membeli barangan keperluan. Walau bagaimanapun, kebenaran tersebut boleh dikecualikan bagi kes kecemasan sahaja. “Membeli barangan dua orang […]
Kes Khas, Yang Tertentu, Boleh Rentas Negeri Sewaktu PKP Dengan Kebenaran Polis – Ismail Sabri
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menerusi sidang media sebentar tadi memaklumkan bahawa hanya kes khas yang tertentu sahaja boleh merentas negeri sewaktu PKP. Walau bagaimanapun, beliau menyatakan bahawa kebenaran itu perlu mendapat kebenaran daripada pihak polis terlebih dahulu. “Dengan peningkatan kes empat angka yang berterusan ini pergerakan merentas negeri adalah tidak dibenarkan di […]
KPDNHEP Melaka Had Pembelian Roti Gardenia, Barangan Keperluan Kepada Pembeli
MELAKA, 12 Jan — Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka mengehadkan jumlah pembelian bagi beberapa barangan keperluan yang mendapat permintaan tinggi seperti roti putih, ayam, telur, gula, tepung dan beras di semua pasar raya dan kedai runcit di negeri ini. Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Hubungan Masyarakat, Tenaga Kerja dan Hal Ehwal Pengguna […]
TERKINI: Kes Baharu COVID-19 Catat Rekod Tertinggi Dengan 3,309 Kes, Selangor, Johor Dan Sabah Antara Catat Kes Tertinggi
Putrajaya, 12 Jan – Sebanyak 3,309 kes baru COVID-19 dicatatkan hari ini, sekaligus menjadi jumlah harian tertinggi dicatatkan setakat ini. Angka itu menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia sebanyak 141,533 kes, tulis Kementerian Kesihatan (KKM) sebentar tadi. Menurut kemaskini KKM, kira-kira 78 peratus kes baharu datang dari negeri-negeri yang bakal dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan […]
Tadika Swasta Di Negeri-negeri PKP Dibenar Dibuka
Tadika swasta di negeri PKP dibenarkan dibuka mengikut konteks keperluan dan mengikut keputusan ibu bapa. Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin, mengatakan bahawa PKP yang dilaksanakan kali ini berbeza dengan PKP pada bulan Mac yang membolehkan tadika dibuka. “PKP kali ini kita buka sektor-sektor ekonomi tertentu, oleh yang demikian, untuk membolehkan ibu bapa yang bekerja […]
Jururawat Kuarantin Diri Dalam Karavan Selama 9 Bulan Demi Melindungi Ibunya Dari Wabak COVID-19
Seorang jururawat dilaporkan telah menjalani kuarantin di dalam karavan selama sembilan bulan demi melindungi ibunya daripada dijangkiti wabak COVID-19. Namun begitu, dirinya mendakwa berjaya kembali ke rumah bulan lalu setelah ibunya menerima suntikan vaksin COVID-19. Jururawat Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS), Sarah Link dan suaminya, Gary tinggal di dalam karavan yang diparkir di laluan masuk kediaman […]
Pelajar Tingkatan 2 & 3 Di Negeri PKPB & PKPP Akan Jalani Pembelajaran Di Rumah Sehingga 8 Mac Sebelum Kembali Ke Sekolah
Pelajar sekolah bagi tingkatan 2 dan 3 di negeri PKPB dan PKPP akan menjalani pembelajaran di rumah. Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin, pembelajaran di rumah itu akan dijalankan sehingga 8 Mac. “Seperti yang pernah dimaklumkan oleh saya pada bulan November lalu, pelajar bagi tingkatan 2 dan 3 akan akan menjalani pembelajaran di rumah […]
Lapan Gorila Di Taman Safari Zoo San Diego Dilaporkan Positif COVID-19
Lapan gorila di Taman Safari Zoo San Diego di Amerika Syarikat dilaporkan positif COVID-19 yang dipercayai merupakan kes pertama yang terjadi kepada haiwan berkenaan. Pegawai eksekutif zoo tersebut berkata, pihaknya telah menguji sampel najis gorila yang dilakukan oleh Makmal Perkhidmatan Veterinar Nasional Jabatan Pertanian AS selepas dua gorila itu mengalami batuk pada 6 Januari yang […]
Bicara Kes Bunuh Zulfarhan Dilapangkan, Empat Tertuduh Positif COVID-19
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) — Perbicaraan kes bunuh, bersubahat membunuh dan mencederakan Pegawai Kadet Laut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, yang sepatutnya bersambung hari ini hingga Jumaat ini dilapangkan berikutan empat tertuduh dalam kes itu positif COVID-19. Timbalan Pendakwa Raya N. Joy Jothi memaklumkan perkara itu kepada pemberita selepas pengurusan kes […]
Hanya Murid Yang Akan Menjalani Peperiksaan Utama Sahaja Akan Ke Sekolah Bagi Negeri-negeri Diisytihar PKP
Menerusi sidang media hari ini, Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin, memaklumkan bahawa bagi kawasan negeri PKP, hanya pelajar yang akan menduduki peperiksaan utama sahaja akan ke sekolah. Menurutnya, persekolahan akan bermula pada 20 Januari ini. “Untuk kawasan PKP, hanya murid yang akan menjalani peperiksaan iaitu SPM, SVM, SKM, STPM, STAM, DVM dan peperiksaan antarabangsa […]
Kronologi Darurat Di Malaysia
KUALA LUMPUR, 12 Jan — Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini, memberi perkenan Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sehingga 1 Ogos sebagai langkah proaktif membendung wabak COVID-19 di Malaysia. Ia merupakan darurat yang kesembilan pernah diisytiharkan dalam sejarah negara. Berikut adalah kronologi pengisytiharan darurat: Darurat Tanah Melayu (1948-1960) Darurat Tanah Melayu […]
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump Isytihar Darurat Di Washington
WASHINGTON, 12 Jan (Bernama) — Presiden Donald Trump mengisytiharkan darurat di Washington D.C. menjelang pelantikan rasmi bakal Presiden Joe Biden yang dijadual 20 Januari ini, lapor Agensi Berita Sputnik. “Hari ini, Presiden Donald J. Trump mengisytiharkan darurat di Washington (District of Columbia) dan memerintahkan Persekutuan membantu gerak kerja susulan Perasmian Presiden ke-59 dari 11 Januari […]
Dua Lelaki Ditahan, Disyaki Curi Tengkorak Di Tanah Kubur Untuk Tujuan Pemujaan
Dua lelaki dilaporkan telah ditahan atas dakwaan mencuri tengkorak dari tanah perkuburan Florida yang bertujuan untuk diletakkan dalam tempat pemujaan ilmu hitam. Mereka yang ditangkap masing-masing akan menghadapi empat tuduhan mengganggu kubur dan penyalahgunaan mayat manusia yang mati. Menurut laporan, Pejabat Sheriff Lake County mengatakan bukti DNA yang dijumpai dari cerut dan barang-barang lain yang […]
Viral Video Penumpang Didakwa Kencing Dalam Tren, Bikin Warganet Berang
LONDON – Baru-baru ini menjadi tular di media sosial rakaman video yang memaparkan kelakuan seorang penumpang London Tube yang didakwa bertindak membuang air kecil di dalam tren. Kejadian tersebut berlaku ketika tren berada dalam perjalanan menuju ke Wimbledon. Menerusi video tersebut, kelihatan seorang lelaki yang sedang duduk dengan keadaan kakinya yang sedikit terkangkang. Aliran cecair […]
Kawasan Lapang Di China Jadi ‘Kubur’ Ribuan Basikal, Menunggu Masa Untuk Dilupuskan
CHINA- Ribuan basikal yang rosak milik sebuah syarikat sewaan di kawasan lapang diibaratkan kubur yang bertujuan untuk dibaiki dan juga dimusnahkan ekoran jumlah yang meningkat setiap hari. Jurugambar, Jackie Xie berusia 45 tahun yang merakam tempat kejadian mengatakan bahawa basikal rosak itu menunggu giliran untuk dibaiki atau dimusnahkan. Kawasan lapang itu didakwa menjadi tempat simpanan […]
“Jimat Banyak Buat Sendiri,” Kos Jauh Beza, Lelaki Kongsi Hasil DIY Kabinet Dapur
Apabila ingin mengubahsuai rumah, banyak yang perlu dititikberatkan terutamanya kos yang sememangnya tinggi. Ruang seperti dapur pastinya memakan kos yang banyak. Namun, anda sebenarnya boleh mengubah sendiri ruang tersebut tanpa perlu mengupah orang lain. Seperti yang dimuatnaik oleh Azman Man di page Tukang Apa Hari Ini, dia berkongsi hasil kabinet dapur yang dibuat sendiri olehnya. […]
Jangan Serah Amanah Kepada Golongan Bermoral Rendah, Terpalit Rasuah, Salah Guna Kuasa – Sultan Nazrin
IPOH, 12 Jan (Bernama) — Umat Islam diingatkan supaya tidak menyerahkan amanah atau tanggungjawab kepada golongan yang bermoral rendah, terpalit dengan rasuah, salah guna kuasa, tidak amanah dan tidak ikhlas. Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah, umat Islam hendaklah dengan segala daya dan kekuatan menolak perlakuan golongan yang berimej mungkar dan munafik, kerana ia boleh mencemarkan […]

Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz Umum Tarik Balik Sokongan Terhadap PM
KUALA LUMPUR, 12 Jan – Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Nazri Aziz secara rasminya menarik semula sokongan yang diberikan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Nazri menerusi satu sidang media yang disiarkan Astro Awani, beliau berkata keputusan tersebut adalah demi kebaikan dirinya dan juga masa depan parti UMNO. “Kita tidak menentukan bila pilihan […]

ATM Diperuntuk Kuasa Bantu Fungsi Kesihatan Awam, Ini Antara Ordinan Yang Boleh Dimasyhurkan Agong Ketika Darurat
PUTRAJAYA, 12 Jan – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diperuntukkan kuasa untuk membantu melaksanakan fungsi-fungsi berhubung dengan kesihatan awam. Dalam masa sama, ATM juga turut diberi kuasa membantu fungsi-fungsi yang dijalankan oleh pegawai awam yang berkaitan semasa pandemik ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, itu adalah antara ordinan yang boleh dimasyhurkan oleh Seri […]

Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainudin Disahkan Positif COVID-19
Pejabat Menteri Kementerian Dalam Negeri melalui satau kenyataan yang dikeluarkan di laman facebook sebentar tadi memaklumkan bahawa Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hamzah Zainudin disahkan positif COVID-19. Keputusan berkenaan dimaklumkan oleh KKM selepas beliau menjalani ujian saringan COVID-19 pada 11 Januari. “Oleh yang demikian, YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin akan menjalani tempoh kuarantin mengikut saranan […]