Berita

“Masa Itu, Terpulang Kepada Rakyat Untuk Pilih Kerajaan Mana Yang Layak…”, PM Jelaskan PRU Hanya Diadakan Selepas Jawatankuasa Bebas Perakui COVID-19 Sudah Reda
PUTRAJAYA, 12 Jan – Rakyat bebas untuk memilih kerajaan dalam pilihan raya sebaik sahaja wabak COVID-19 berakhir kelak, umum Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Muhyidin memberi jaminan bahawa pilihan raya umum hanya akan diadakan selepas Jawatankuasa Khas Bebas yang ditubuhkan memperakukan bahawa pandemik telah reda atau pulih sepenuhnya. “Pada masa itu terpulanglah kepada rakyat untuk […]
Amaran Keras & Tindakan Tegas Untuk Mana-mana Pihak Yang Mengganggu Usaha Kerajaan Tangani Pandemik & Pulihkan Ekonomi
Menerusi Pengumuman Khas Darurat hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memberi amaran kepada sesiapa yang mengganggu usaha kerajaan untuk menguruskan pandemik COVID-19. Menurutnya, tindakan tegas akan diambil demi kesejahteraan rakyat dan keselamatan negara. “Saya memberikan amaran keras, sesiapa yang cuba mengganggu-gugat usaha kerajaan untuk mengurus pandemik COVID-19 dan ekonomi negara akan diambil tindakan […]
TERKINI DARURAT: Kerajaan Tidak Akan Mencampuri Urusan Mahkamah, Badan Kehakiman Akan Terus Berfungsi Sepanjang Darurat
Badan kehakiman akan dijamin terus berfungsi untuk menegakkan hukum dan keadilan sepanjang tempoh darurat dikuatkuasakan. Menurut Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kerajaan tidak akan mencampuri sebarang urusan mahkamah. “Kerajaan Perikatan Nasional akan terus mempertahankan kebebasan badan kehakiman dan tidak akan sekali-kali mencampuri urusan mahkamah,” katanya. Perintah darurat telah diisytiharkan oleh YDP Agong pada hari […]
TERKINI DARURAT: PRU,PRN Dan PRK Tidak Akan Diadakan Semasa Darurat Berkuatkuasa
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, melalui Pengumuman Khas Darurat hari ini memaklumkan bahawa pilihan raya tidak akan diadakan sepanjang darurat berkuatkuasa. “Sepanjang tempoh darurat berkuatkuasa, Pilihan Raya Umum, Pilihan Raya Negeri dan Pilihan Raya Kecil tidak akan diadakan,” katanya. Menurutnya, rakyat tidak mahu pilihan raya diadakan buat masa ini untuk mengelakkan wabak COVID-19 merebak […]

TERKINI DARURAT: Bukan Rampasan Kuasa Tentera, Perintah Berkurung Tidak Akan Dilaksanakan – PM
PUTRAJAYA, 12 Jan – Pengisytiharan darurat yang diperkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah ini bukanlah satu bentuk rampasan kuasa tentera. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, perintah berkurung juga tidak akan dilaksanakan seperti yang dibimbangi rakyat. “Sebaliknya sepanjang tempoh darurat ini, kerajaan awam akan terus berfungsi. Biar saya tunjukkan kerajaan pembangkang […]
TERKINI DARURAT: Agong Perkenan Tubuh Jawatankuasa Bebas Libatkan Ahli Parlimen Kerajaan, Pembangkang, Pakar-pakar Kesihatan & Pihak Berkaitan
KUALA LUMPUR, 12 Jan – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah perkenan cadangan kerajaan untuk menubuhkan Jawatankuasa Bebas melibatkan ahli-ahli parlimen pihak kerajaan dan pembangkang. Titah Seri Paduka Baginda menerusi satu perutusan, turut sama yang terlibat dalam usaha tersebut adalah pakar-pakar kesihatan dan pihak yang berkaitan. “Jawatankuasa Bebas ini akan mengesyorkan kepada Seri […]
COVID-19: Punca Masih Belum Terungkai, Genap Setahun Kes Kematian Pertama Dicatatkan Di China
Semalam (11 Januari 2021) menjadi tarikh keramat yang menandakan bahawa sudah genap setahun sejak kes pertama kematian akibat COVID-19 dilaporkan di China. Kematian pertama itu melibatkan seorang lelaki berusia 61 tahun yang tinggal di Wuhan. Kini, jumlah kematian akibat COVID-19 di seluruh dunia sudah hampir mencapai dua juta kes. Dengan peningkatan itu, pandemik COVID-19 ini […]

TERKINI: Perdana Menteri Umum Pengumuman Khas Darurat 11 Pagi Ini
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menyampaikan Pengumuman Khas Darurat yang dijadualkan bersiaran secara langsung pada 11 pagi ini. Dalam masa sama, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah turut perkenan melaksanakan tempoh darurat sehingga 1 Ogos 2021 atau lebih awal lagi, sekiranya kes harian COVID-19 dapat dikawal. Selain itu, negara akan mula […]
TERKINI: Agong Perkenan Isytihar Darurat Hingga 1 Ogos Atau Lebih Awal Jika Kes Harian COVID-19 Dapat Dikawal
KUALA LUMPUR, 12 Jan – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah telah memberi perkenan supaya Pengisytiharan Proklamasi Darurat dilaksanakan sebagai langkah proaktif untuk membendung gejala wabak COVID-19. Menerusi laporan ringkas BERNAMA pagi ini, Seri Paduka Baginda turut memberi perkenan untuk tempoh pelaksanaan darurat tersebut sehingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang […]
Lebih 70 Peratus Kes Kini Libatkan Warganegara, KKM Titip Pesan ‘Selamat Menempuh 14 Hari Yang Mencabar Dengan Jujur’ Kepada Semua Rakyat Malaysia
Semalam negara menerima perkhabaran ‘duka’ apabila kerajaan terpaksa melaksanakan semula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk kali yang kedua berkuatkuasa tengah malam ini. Ia melibatkan sebanyak enam negeri yang mempunyai kadar jangkitan COVID-19 yang tinggi, disusuli PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) di negeri-negeri yang kurang berisiko. Bagaikan peperangan untuk ‘pusingan kedua’, Kementerian Kesihatan (KKM) […]
Gempa Bumi Kuat 6.5 Gegar Sempadan Rusia-Mongolia Pagi Tadi
KUALA LUMPUR, 12 Jan (Bernama) — Gempa bumi kuat berukuran 6.5 pada skala Richter berlaku di Rantau Sempadan Rusia-Mongolia, pada pukul 5.32 pagi tadi. Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini memaklumkan gempa itu berlaku kira-kira 730 kilometer (km) tenggara dari Krasnoyarsk, Rusia, pada kedalaman 10 km. Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami […]
“Masih Ramai Yang Memandang Remeh,” KKM Ingatkan Pemilik Premis Untuk Lebih Tegas Pastikan Pengunjung ‘Scan’ Suhu Pada Dahi
Pandemik Covid-19 yang melanda dunia telah merubah banyak perkara. Mengimbas suhu adalah perkara wajib yang perlu dilakukan jika memasuki premis perniagaan agar dapat memastikan individu bergejala tidak terus masuk ke premis. Namun, tindakan segelintir masyarakat yang mengimbas suhu pada bahagian tubuh badan yang lain adalah tidak digalakkan kerana ia tidak akan memberikan bacaan suhu badan […]
Ibu Larang Anak Pulang Jenguk Dirinya Yang Sakit, Pelajar Ini Terselamat Dari Nahas Sriwijaya Air
Suratan atau kebetulan, siapa sangka siapa menduga, kerana patuh pada perintah ibu untuk tidak pulang ke rumah, seorang pelajar kolej di Jogja terselamat dari tragedi pesawat Sriwijaya Air yang terhempas di sekitar Kepulauan Seribu, Jakarta. Menurut portal Suara.com, Agustiawan adalah seorang pelajar kolej di Yogyakarta berasal dari Singkawang, Kalimantan Barat. Agustiawan dikatakan akan terbang ke […]
Dua Anggota Polis Cedera Diserang Ketika Cuba Leraikan Pergaduhan
ALOR GAJAH, 11 Jan (Bernama) — Dua anggota polis cedera diserang sekumpulan penduduk kampung ketika sedang meleraikan pergaduhan dua pihak dalam kejadian di tepi jalan besar Simpang Tiga Ayer Pasir, Machap Baharu di sini, Jumaat lepas. Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata Kpl G. Ramanan, 34, dan Kpl Lisrullah Ali, 33, dari […]
Hodak Sasar Bantu KL United FC Kembali Ke Era Gemilang
KUALA LUMPUR, 11 Jan — Bekas ketua jurulatih skuad bola sepak bawah 19 tahun negara, Bojan Hodak menyasarkan untuk membentuk Kelab Bola Sepak KL United (KL United) menjadi sebuah pasukan yang disegani dalam persaingan Liga Super 2021 yang dijadualkan bermula pada 26 Feb depan. Warga Croatia berusia 49 tahun itu yang menandatangani kontrak dua tahun, percaya gabungan pemain berpengalaman dan muda dalam musim ini akan […]
Diskaun Saman Sehingga 50% Ditawarkan Di Negeri Perak Bermula 19 Hingga 27 Januari ini
Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik Kontinjen Perak mengeluarkan satu kiriman melalui akaun Facebook mereka berkaitan tawaran potongan sebanyak 50% atas kesalahan trafik kepada pengguna lalu lintas yang berada di sekitar negeri Perak. Pengguna jalan raya yang mempunyai saman lampau dan ingin mendapatkan tawaran 50% tersebut boleh hadirkan diri di kaunter saman IPK dan semua cawangan […]
Gajah Ditemui Dengan Lebih 40 Kesan Tembakan Dilapor Mati
Seekor gajah liar yang ditemui cedera di perkampungan Tha Wang Hin, Pran Buri, Thailand semalam telah dilaporkan mati pada hari Ahad, tulis Bangkok Post. Menurut portal itu, haiwan yang mempunyai lebih 40 kesan tembakan dipercayai daripada pelbagai jenis senjata api itu telah dirawat oleh pakar veterinar di Taman Negara Kui Buri. Ketua Taman Negara Kui […]
Pasar Raya Dan Bank Di Kawasan PKP Antara Dibenar Beroperasi Namun Pada Tahap Berjaga-Jaga – PM
Putrajaya, 11 Jan – Bank dan pasaraya akan dibenarkan beroperasi pada tahap berjaga-jaga sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini, ujar Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Selain itu, perkhidmatan kesihatan seperti klinik, hospital dan farmasi juga dibenarkan beroperasi dengan prosedur operasi standard yang ketat. Kesemua sektor ini termasuk dalam lima sektor ekonomi yang dibenarkan operasi […]
(Video) Rakaman Menyeramkan Dipercayai ‘Sosok Tubuh Misteri’ Melintas Di Hospital Sakit Jiwa ‘Usang’ Bikin Meremang
Satu kelibat yang tampak seperti ‘hantu’ dilaporkan telah berjaya dirakam oleh seorang wanita bersama dengan rakannya yang menjelajahi sebuah hospital sakit jiwa yang ditinggalkan. Kayleigh Love menyatakan bahawa dia telah mendapat “jackpot” apabila berjaya merakamkan entiti tersebut ketika menjelajahi sebuah hospital usang di Wales. Dalam rakamannya, satu sosok seperti manusia dapat dilihat berdiri pada hujung […]
Lelaki ‘Temui’ Bapanya Yang Sudah 7 Tahun Meninggal Dunia Dalam ‘Google Earth’ Undang Sebak
Di era teknologi ini, ramai antara kita pasti pernah menggunakan aplikasi Google Maps untuk mencari alamat rumah mahupun untuk mencari seseorang. Baru-baru ini, seorang lelaki di Jepun telah ‘menjumpai’ sosok ayahnya di Google Earth. Ayahnya itu dilaporkan telah meninggal dunia tujuh tahun lalu dan ciapan lelaki itu yang menjelaskan penemuannya tersebut telah tersebar secara meluas […]