Berita
‘Notis Perintah Tutup Premis’ Dikeluarkan Berdasarkan Pergerakan Kes Berikutan 1 Kes Positif COVID-19 Di Cameron Highland
Pengarah Kesihatan Negeri, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Pahang memaklumkan bahawa ‘Notis Perintah Tutup Premis’ telah dikeluarkan di tempat-tempat yang dikunjungi oleh individu yang positif COVID-19 di daerah Cameron Highlands. Notis itu dikeluarkan bagi tujuan pelaksanaan aktiviti nyah kuman dan nyah cemar. “JKN Pahang telah mengesan satu kes positif COVID-19 di daerah Cameron Highland, Pahang. Kes […]
(Video)”Nasib Tak Tempang Kaki,” Oyen Buat Muka Tak Bersalah, Kena Beleter Sebab ‘Serang’ Hamster Sampai Tersepit
Bukan mudah sebenarnya untuk menjaga kucing, banyak yang perlu ‘dihadapi’ oleh pemilik haiwan comel tersebut terutama apabila melibatkan oyen. Manakan tidak, oyen sememangnya banyak karenah dan terlebih nakal sehingga membuatkan orang sekeliling ‘geram’. Sama dengan oyen milik Siti Salmi ini yang buat hal dengan seekor hamster. Menerusi video yang dimuatnaik olehnya di Facebook, Siti Salmi […]
Bot Karam, Dua Beranak Dikhuatiri Lemas
KUANTAN, 4 Jan — Seorang wanita dan anak perempuannya dikhuatiri lemas selepas bot dinaiki mereka karam di Sungai Jelai, Kampung Bertang, Lipis, kira-kira 248 kilometer dari sini hari ini, akibat arus deras. Ketua Zon Tiga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang Shahrulnizam Nasir berkata mangsa Rozi Omar, 52, dan Zakirah Ahmad Husin, 19, difahamkan […]
13 Lokasi Di Kelantan Dan Kawasan Sekitarnya Dijangka Dilanda Banjir Bermula Awal Pagi 5 Januari
Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara (PRABN), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan bahawa banjir dijangka akan berlaku di beberapa kawasan di Kelantan bermula 5 Januari 2021. Menurut ciapan yang dikongsikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) sebentar tadi, ia akan berlaku di Lembangan Sungai Kelantan iaitu Sungai Nal, Sungai Durian dan Sungai Pahi. Ia […]
TERKINI: 1,741 Kes Baharu COVID-19 Dicatatkan Hari Ini, Jumlah Kumulatif Kes Kematian Kini 501
Sebanyak 1,010 kes sembuh dan dibenarkan discaj dari hospital dicatatkan pada hari ini danmenjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya daripada COVID-19 adalah sebanyak 98,228 kes (81.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes). Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kes baharu yang dicatatkan hari ini pula adalah sebanyak 1, 741. Ini menjadikan jumlah kes positif […]

Jumlah Korban Covid-19 Di Amerika Selatan Hampiri Setengah Juta
ANKARA, 4 Jan (Bernama) — Angka korban akibat COVID-19 di Amerika Selatan kini menghampiri setengah juta dengan 365,000 kematian dilaporkan pada Isnin, lapor Agensi Anadolu. Menurut Johns Hopkins University, Brazil terus menjadi negara paling teruk diancam apabila lebih 196,000 orang meninggal dunia, hampir lima kali ganda jumlah korban di Colombia yang merekodkan 44,000 kematian – […]

Penjawat Awam Boleh Bekerja Dari Rumah Jika Dapat Arahan
PUTRAJAYA, 4 Jan (Bernama) — Pegawai perkhidmatan awam persekutuan boleh bekerja dari rumah (BDR) jika mendapat arahan daripada kerajaan atau diarahkan ketua jabatan masing-masing melalui pelaksanaan dasar BDR yang berkuat kuasa 1 Jan 2021, kata Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman. Dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan Lima Tahun 2020 bertarikh 21 Dis […]
Vaksin COVID-19 Selamat, Tiada Kesan Sampingan Jangka Panjang-MOSTI
KUALA LUMPUR, 4 Jan — Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menegaskan vaksin COVID-19 yang akan diguna pakai nanti tidak memberi kesan sampingan memudaratkan kepada kesihatan untuk jangka masa panjang. Timbalan Menterinya Ahmad Amzad Hashim berkata vaksin itu telah diuji secara klinikal dan akan dikawal selia Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan. “Semua vaksin […]

Dipercayai Dihanyutkan Arus Deras, Penuntut IPTA Jadi Korban Kedua Banjir Di Johor
Seorang pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) menjadi korban kedua banjir di Johor apabila ditemui mati lemas di Kampung Bentong, Kluang, tengah hari tadi seperti memetik laporan Sinar Harian. Memetik Sinar Harian, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Law Hang Seng berkata, mangsa, Ikmal Hakimi Mahasan, 20, dipercayai dihanyutkan arus deras sebuah sungai yang melimpah […]

Ada Pihak Cuba Sebar Berita Palsu, Kononnya Virus Covid-19 Tidak Pernah Wujud
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) meminta rakyat negara ini agar menghentikan penyebaran berita palsu berkenaan Covid-19 bagi menggelakan kekeliruan dalam masyarakat. Ianya berikutan dakwaan Covid-19 hanyalah ‘global scam’ di mana dikatakan tidak wujud sebagai virus dan mangsa yang meninggal dunia disebabkan Amplified Global 5G Electromagnetic Radiaton atau keracunan. Penemuan itu kononnya didakwa susulan daripada penemuan doktor […]
Sambal ‘Win’, Netizen ‘Try’ Nasi Atuk KFC Viral
Bila dah namanya orang Malaysia, dah jadi kebiasaan untuk makan hidangan nasi bila sarapan. Tentulah nasi lemak yang akan menjadi pilihan ramai. Tapi nasi lemak bukan terhad untuk sarapan je, bila dah suka sangat tu bila-bila waktu pun boleh makan. Dah betul-betul kena dengan selera, pasti ‘tersangkut’! Setiap orang juga pasti ada port atau kedai […]
Ini Penjelasan Mufti Tentang Hukum Orang Islam Terlibat Dalam Pertandingan Ratu Cantik
Mungkin ramai yang keliru tentang hukum orang Islam terlibat dalam pertandingan ratu cantik. Ya, seperti mana yang kita tahu, para lelaki dan wanita yang beragama Islam dilarang menyertai pertandingan seperti ini mengikut fatwa yang dikeluarkan. Hari ini, sekali lagi SK ingin berkongsi penjelasan daripada Pejabat Mufti Wilayah tentang hukum ini untuk orang ramai lebih memahami […]

RM8 Juta Untuk Keperluan Asas Mangsa Banjir – Rina
KUANTAN, 4 Jan – Sebanyak RM8 juta diperuntukkan bagi menampung pelbagai keperluan asas mangsa banjir termasuk makanan kering, tilam, selimut dan bantal di lapan depoh seluruh negara, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rina Mohd Harun. Daripada jumlah itu, Rina berkata RM1 juta diperuntukkan bagi tujuan itu di Pahang, yang setakat 1 […]
Pejabat KWSP Shah Alam Dan Georgetown Diarah Tutup Sementara Hari Ini
Pejabat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) cawangan Georgetown dan Shah Alam akan ditutup sementara bermula 4 Januari 2021 berikutan arahan Kementerian Kesihatan Malaysia kepada pengurusan premis untuk menjalankan proses disinfeksi dan sanitasi. Perkara ini dimaklumkan dalam satu kenyataan menerusi laman Facebook rasmi KWSP menjelaskan penutupan itu berkuat kuasa pada hari ini sehingga tarikh yang telah […]

“Saya Akan Pulang Ke Alam Saya” Remaja Ini Cuba Tanam Diri Sendiri Kerana Merasakan Sudah Meninggal Dunia
Seorang pemuda di Kota Tegal, Jawa Tengah, Indonesia nekad berusaha menguburkan diri sendiri hidup-hidup di sebuah kompleks tempat pengebumian umum. Video aksi penyelamatan pemuda yang setengah badannya sudah di liang lahad di tempat pengebumian Debong Kidul oleh pegawai dan penduduk itu viral di media sosial. Ketua di kawasan tersebut iaitu Sertu Dasrim mengungkapkan, pemuda bernama […]

Program SAVE 2.0: Ini Cara Daftar Dan Tebus e-Rebat RM200 Untuk Beli Peralatan Elektrik Di Shopee
Pelbagai manfaat diperolehi oleh rakyat menerusi pengumuman Belanjawan 2021 pada November lalu. Antaranya ialah program SAVE 2.o, di mana melibatkan peruntukan berjumlah RM30 juta kepada 140,000 isi rumah. Menerusi program ini, pemberian e-rebat RM200 akan diberikan oleh kerajaan kepada isi rumah bagi membeli peralatan eletrik seperti penyaman udara atau peti sejuk cekap tenaga berlabel 4 […]

LPT 1: Laluan Kuala Lumpur Ke Kuantan Dan Kuantan Ke Kuala Lumpur Ditutup Akibat Berlaku Limpahan Air
Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) sebentar tadi melaporkan bahawa laluan Kuala Lumpur ke Kuantan dan Kuantan ke Kuala Lumpur di kawasan antara Persimpangan Karak ke Lanchang dan Lanchang ke Karak. Ini berikutan berlaku limpahan air di Kilo Meter 84.6 Lebuhraya Pantai Timur 1. LLM juga menasihatkan agar pengguna Lebuhraya menangguhkan perjalanan anda sehingga air kembali surut. […]
Giliran Ayah BoBoiBoy Pula Beraksi, Filem Baru Monsta ‘Mechamato’
Monsta dan Astro Shaw melangkah ke tahun 2021 dengan melancarkan trailer rasmi filem animasi terbaru, Mechamato. Monsta yang sebelum ini terkenal dengan BoBoiBoy kini membawakan watak adiwira baru, Amato. Amato merupakan ayah kepada BoBoiBoy dan telah membuat kemunculan ‘cameo’ pertamanya pada penghujung kredit filem BoBoiBoy Movie 2. Filem Mechamato adalah sebahagian daripada Power Sphera Universe […]

Banjir Di Enam Negeri, Lebih 16,500 Mangsa Dipindahkan
KUALA LUMPUR, 4 Jan (Bernama) — Enam negeri dilanda banjir dengan kejadian terbaharu di Kelantan dan Perak, manakala jumlah mangsa yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) seluruh negara termasuk di Johor, Pahang, Terengganu dan Selangor terus meningkat seramai 16,546 orang, pagi ini. Di KELANTAN, Gua Musang menjadi jajahan pertama dilanda banjir berikutan hujan lebat sejak malam tadi […]
SPRM Tahan Empat Individu Syarikat Pengimport Daging Sejuk Beku
JOHOR BAHRU, 4 Jan – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan empat individu iaitu pengarah dan pekerja syarikat pengimport daging sejuk beku kerana disyaki terlibat dengan kegiatan rasuah berhubung isu aktiviti penyeludupan bahan mentah itu dari negara yang dilarang dibawa masuk ke Malaysia. Menurut sumber, kesemua mereka berusia lingkungan 39 hingga 50 tahun itu, ditahan di pejabat SPRM Johor malam tadi […]