Berita
Banjir Pahang Ragut Nyawa Pertama: Bapa Lemas, Anak Hilang
KUANTAN, 4 Jan – Banjir di Pahang meragut nyawa pertama apabila seorang kakitangan Pejabat Hutan Daerah Jerantut lemas manakala seorang anaknya hilang dibawa arus semasa meredah banjir di Kampung Gintong, kira-kira 100 kilometer dari sini, malam tadi. Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Mazlan Hassan berkata mangsa Zulkarnain Hitam, 58, ditemukan lemas sekitar 10.30 malam, dipercayai […]

Instafamous, Harris Annuar Sahkan Dirinya Positif Covid-19 Untuk Saringan Pertama, Mohon Kontak Rapat Turut Buat Saringan
Seorang ‘instafamous‘ yang juga merupakan bekas finalis Hero Remaja, Harris Annuar, mengesahkan bahawa dia positif Covid-19 setelah menjalani ujian saringan semalam. Menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Instagram rasminya, Harris berkata, dia yang sedang menjalani kuarantin di rumah akan menjalani saringan yang kedua pada hari ini. Susulan itu, Harris meminta semua yang mempunyai kontak […]

Cristiano Ronaldo Jadi Individu Pertama Di Dunia Capai 250 Juta Pengikut Di Instagram
Siapa yang tidak kenal dengan bintang Juventus, Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi individu pertama dunia yang memiliki jumlah pengikut paling ramai di laman Instagram. Terkini, pemain bola sepak terkenal dunia ini telah megumpul lebih 250 juta pengikut di media sosial tersebut. Jumlah tersebut mengatasi beberapa bintang terkenal dunia termasuk Lionel Messi (174 juta) manakala Neymar […]
Mungkin Ramai Yang Belum Tahu, Ini Rupanya Fungsi Kepingan Besi Pada Kunci Kereta Baru
Setiap pemilik kereta wajib mengetahui ilmu asas mengenai kenderaan yang dimiliki. Sebagai contoh, maksud di sebalik nombor pada kunci kereta. Kebiasaannya, jika anda membeli kereta baru, anda akan mendapat dua set kunci kereta termasuk sekeping besi kecil yang tertulis nombor khas. Menurut pengedar, saudara Faizi Zi, kod tersebut akan menjadi rujukan ketika anda ingin membuat […]
Dipercayai Cuba Raih Untung Lebih, Petani Didakwa Warnakan Cili Jadi Merah Guna Cat
Seorang peniaga di Jawa Tengah, Indonesia dilaporkan mewarna cili yang belum masak untuk mengaut keuntungan, lapor Kompas. Menurut portal itu, pelaku yang berusia 35 tahun telah ditahan pihak polis untuk siasatan. Hasil siasatan awal mendapati pelaku bertindak sedemikian bagi mendapatkan keuntungan lebih di mana cili merah lebih mahal berbanding cili kuning. “Motifnya ekonomi. Cili merah […]
Pahang Dan Johor Dalam Status Amaran Cuaca Bahaya, Hujan Lebat Dijangka Di Beberapa Negeri Hingga 5 Januari
Putrajaya, 3 Jan – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran cuaca bahaya di Pahang dan Johor sebentar tadi. Dalam kenyataan itu, kawasan Jerantut, Temerloh, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin di Pahang serta Mersing (Johor) dijangka menerima hujan sangat lebat secara berterusan sehingga esok. Sementara itu, Kemaman (Terengganu), Raub, Bentong, Bera (Pahang) serta Segamat dan […]
MetMalaysia Keluarkan Amaran Ribut Petir Dan Hujan Lebat Di Beberapa Buah Negeri Sehingga 5 Petang Esok
Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan kenyataan berkaitan amaran ribut petir dan hujan lebat yang dijangka akan melanda 5 buah negeri pada hari ini dan esok. Kenyataan amaran ribut petir tersebut dikeluarkan pada jam 3:25 petang hari ini melalui akaun rasmi Twitter mereka. Berikut merupakan 4 buah negeri serta kawasan yang terlibat sehingga 5 petang, 4 […]
Kanak-Kanak Lima Tahun Lemas Jatuh Sungai Jerong Bikam
TAPAH, 3 Jan (Bernama) — Seorang kanak-kanak lelaki berumur lima tahun mati lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Jerong Bikam, Sungkai di sini pada pukul 10.45 pagi tadi. Ketua Polis Daerah Tapah Supt Supt Wan Azharuddin Wan Ismail berkata ketika kejadian, mangsa Muhamad Amsyar Mohd Zamri bersama dua adiknya dan seorang sepupu berumur antara lima […]
Sumareh Kembali Ke Malaysia Selepas Empat Bulan Bersama Kelab Thailand
KUALA LUMPUR, 3 Jan — Pemain sayap kebangsaan, Mohamadou Sumareh kembali ke Malaysia, selepas empat bulan bersama kelab Liga Thailand, Police Tero FC. Pemain naturalisasi Malaysia berusia 26 tahun itu, mengucapkan terima kasih kepada kelab Thailand itu yang memberinya peluang selain merawat kecederaannya semasa bersama-sama kelab berkenaan, sejak September 2020. “Ia sesuatu yang mencabar sebagaimana […]

(Video) Detik-Detik Motosikal ‘Ditelan’ Arus Banjir, Cuba Diselamatkan Dua Individu Namun Gagal
Seorang penunggang terpaksa melepaskan motosikalnya selepas ia hanyut dipercayai ketika cuba melintas jalan yang dipenuhi air. Dalam kejadian dipercayai berlaku di Maran, Pahang itu, dua individu dipercayai cuba melintasi Sempadan Jengka 15-Jengka 16 sebelum arus kuat menghanyutkan motosikal mereka. Berdasarkan video tular, kelihatan kedua-duanya bergelut untuk menarik motosikal berkenaan, namun tidak mampu melawan arus tersebut. […]

Jasad Tiga Mangsa Insiden Triso Ditempatkan Di Rumah Mayat Sibu
SIBU, 3 Jan (Bernama) — Jasad tiga mangsa insiden Pangkalan Feri Triso tiba di Rumah Mayat Sibu di Jalan Bukit Lima, pada lebih kurang pukul 1 pagi tadi dengan dua van jenazah. Setibanya di pusat pengurusan mayat itu, jasad Lorna Ting, 33, dan dua anaknya Alvin Phang, 12 , dan Wallace Phang, 7, disambut oleh […]
Lelaki Dikhuatiri Lemas Selepas Dihanyut Arus Bersama Kereta
KLUANG, 3 Jan (Bernama) — Seorang lelaki dikhuatiri lemas apabila hilang selepas dihanyutkan arus bersama kereta Proton Waja dipandunya dalam kejadian di Batu 18, Jalan Batu Pahat-Mersing, Kahang dekat Kluang, petang semalam. Ketua Polis Daerah Kluang ACP Low Hang Seng berkata kejadian dilaporkan berlaku pada kira-kira pukul 5.30 petang ketika, Md Rajihan Junaidi, 28, sedang melalui […]
Warga Emas Dilapor Maut Selepas Terbabas Akibat Melanggar Jalan Berlubang Pagi Tadi
KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) — Seorang lelaki warga emas maut selepas terjatuh, apabila motosikal ditunggangnya dipercayai telah melanggar lubang di Jalan Tengah menghala ke Jalan Syed Putra di sini hari ini. Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur ACP Zulkefly Yahya berkata, mangsa dikenali sebagai Ho Yan Fee, 75, meninggal dunia di lokasi kejadian. “Polis menerima laporan […]

“Main O-Som Dengan Pasangan”, Lelaki Kongsi Cara Seronok Simpan Duit, Hujung Bulan Ada RM465
Ramai antara kita mempunyai strategi tersendiri untuk menyimpan wang. Bagi pasangan yang sudah berkahwin, mungkin boleh sama-sama berkolaborasi untuk menabung bagi mencapai satu impian yang satu, sama ada mengumpul deposit rumah ataupun kereta. Seorang penasihat kewangan, saudara Hafizul Hakim telah berkongsi satu cara yang menarik untuk mengumpul wang buat pasangan suami isteri. Dengan menggunakan cara […]
Pengasuh, Dua Anak Ditahan Disyaki Dera Kanak-kanak Sehingga Maut
KUALA LUMPUR, 3 Jan (Bernama) — Polis menahan seorang pengasuh wanita dan dua anak lelakinya kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak berusia lima tahun sehingga maut di sebuah kondominium di Jalan Ipoh, di sini semalam. Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata pihaknya menerima laporan berhubung kejadian berkenaan pada pukul 2.45 petang sebelum sepasukan […]

Banjir Jejas Tujuh Daerah Di Johor, Mangsa Meningkat Kepada 5,818 Pagi Ini
JOHOR BAHRU, 3 Jan (Bernama) — Banjir di Johor kini menjejaskan tujuh daerah dengan jumlah mangsa meningkat kepada 5,818 orang daripada 1,540 keluarga setakat 8 pagi ini berbanding 1,780 mangsa daripada 500 keluarga, malam tadi. Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Alam Sekitar negeri R. Vidyananthan berkata Mersing dan Pontian menjadi daerah terbaharu terjejas banjir menyusuli Kluang, […]
Air Melimpah Sedalam 2 Kaki, KM198 LPT Fasa 1 Arah Timur Dan Barat Dekat Gambang Dan Sri Jaya Ditutup
Susulan limpahan air sungai, sebahagian jalan di KM198 Lebuhraya Pantai Timur terpaksa ditutup. Menurut Bernama, memetik kenyataan Exco Pahang, penutupan bermula 8.40 pagi itu melibatkan jalan Fasa 1 arah Timur dan Barat berhampiran Gambang dan Sri Jaya. Berita lanjut menyusul. Air Sungai melimpah, KM198 Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 arah Timur dan Barat dekat Gambang […]

(Video) Detik-Detik Cemas Motosikal Tergelincir Dalam Arus Ketika Cuba Redah Banjir, Perakam Pula Dipuji Cepat Bertindak
Banjir di Johor semakin memburuk dengan lebih 5,818 mangsa telah dipindahkan di beberapa daerah termasuk Kluang, Kota Tinggi, Johor Bahru, Kulai dan Batu Pahat. Terbaru, dalam video dikongsikan Orang Kota-Tinggi, seorang penunggang motosikal dipercayai di Kota Tinggi, Johor telah tergelincir dalam arus banjir apabila motosikal ditunggangnya terbalik ke bahu jalan. Keadaan itu dikatakan berpunca daripada […]

Awas, MetMalaysia Keluarkan Amaran Cuaca Bahaya, Hujan Sangat Lebat Dijangka Berterusan Di Beberapa Negeri
KUALA LUMPUR, 3 Jan — Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran cuaca bahaya dan buruk, dengan hujan lebat berterusan di beberapa kawasan di Pahang dan Johor. MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran cuaca bahaya dengan hujan lebat berterusan dijangka berlaku hari ini di daerah Pekan dan Rompin di Pahang, manakala di Johor melibatkan daerah […]
(Video) “30 Hingga 60 Saat Adalah Tempoh…”, Ini “Step By Step” Apa Yang Anda Perlu Buat Jika Kereta Terjunam Dalam Air
Tiada sesiapa mahu terperangkap dalam situasi cemas yang boleh meragut nyawa. Tragedi kereta terjunam di dalam sungai Batang Lupar semalam sehingga menyebabkan sembilan kematian pastinya meninggalkan kesan mendalam kepada kita semua. Namun, mungkin tidak ramai yang sedar apa yang perlu kita lakukan jika terperangkap dalam situasi tersebut. Menurut ABC News, mangsa hanya mempunyai masa 30 […]